Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua kami menyiapkan tugasan BMM 3110 Sintaksis Bahasa Melayu dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr. Rogayah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan idea sepanjang tugasan ini dijalankan tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tanpa beliau mungkin kami tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan baik. Seterusnya, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu atas sokongan yang diberikan dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan seperjuangan unit PISMP Bahasa Melayu yang tidak pernah putus memberi kerjasama serta cetusan idea bernas kepada kami. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung terutamanya pustakawan dan pustakawati IPGM KTAA kerana memberi kerjasama kepada kami ketika mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan bagi menghasilkan tugasan Sintaksis Bahasa Melayu ini.

Sekian, terima kasih.

ix