Anda di halaman 1dari 1

Semasa 7 OKTOBER 2010 Pada mulanya buku program ingin diedarkan kepada para peserta pada waktu pagi

tetapi setelah mendapat makluman daripada pensyarah penasihat, buku program diedarkan pada waktu malam sebelum bertolak iaitu tepat jam 10.15 supaya tidak berlaku kehilangan atau tertinggal di asrama. Buku program didedarkan mengikut kumpulan masing-masing kemudian ketua AJK buku program telah memberi taklimat ringkas tentang kandungan buku program kepada para peserta. Setiap peserta diberi kod tersendiri supaya buku program itu tidak tertukar atau jika hilang ianya mudah dikesan dan dikenalpasti. Walaupun buku program itu telah berjaya dicetak dengan jayanya tetapi setelah diedarkan kepada peserta, didapati terdapat beberapa kesalahan yang ralat seperti kesalahan maklumat peribadi peserta. Kesalahan ini kebanyakkannya berpunca daripada AJK lain yang memberikan maklumat yang salah kepada kami. Jadi bagi pihak AJK buku program kami ingin memohon maaf dan kesalahan ini amatlah dikesali. 8 OKTOBER 2010 Semasa tibanya pengarah IPG Kampus Darulaman di tapak perkhemahan untuk majlis perasmian, buku program telah diedarkan kepada pengarah, timbalan pengarah, ketua jabatan Pendidikan Jasmani dan semua pensyarah. Pada sebelah malamnya, ketua AJK buku program telah memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan buku program agar tidak berlaku kekeliruan atau kesalahan maklumat serta memberi amaran kepada peserta supaya menjaga buku program itu dengan baik. 9-11 OKTOBER 2010 Aktiviti sukan dan rekreasi berjalan dengan lancar mengikut jadual di dalam buku program dan kami tidak mendapat sebarang laporan tentang kehilangan buku program oleh para peserta.