Anda di halaman 1dari 23

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Info Kata Kerja


1) KATA KERJA TRANSITIF Menerangkan perbuatan yang dibuat oleh pelaku terhadap orang atau benda lain. Mesti diikuti oleh objek atau penyambut untuk melengkapkan maksudnya. Terbahagi kepada dua bentuk:

a) Bentuk aktif menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran -kan atau i Contoh:menulis memasak menyanyi mengukus menconteng menaiki membesarkan

b) Bentuk pasif hasil daripada proses perubahan ayat aktif kepada ayat pasif Contoh:ditulis diconteng dimasak dinaiki dinyanyi dibesarkan dikukus

2)

KATA KERJA TAK TRANSITIF Menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pelaku terhadap dirinya sendiri. Tidak memerlukan objek atau penyambut Terbahagi kepada dua:-

a) Tanpa pelengkap dapat berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut:Contoh:Laili bermain. Padi menguning. Budak itu tertawa. Pelajar itu pulang.

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

b) Berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh:Laili keluar dari kelas. Sofia menjadi guru. Penyakitnya beransur pulih.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya. A B C D merintih mengeluh mengenang mengerang

Badan Nabilah__________kerana ketakutan. A B C D menggeliat menggeletar menggelupur menggelepar

Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut. A B C D dihalang dibuang dihalau ditindas

Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur. A B C D menumbuk mengetuk memukul memalu

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya. A B C D memicit melenyek memerah menindih

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________. A B C D merenggut menyambar merampas mengambil

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan. A B C D melaksanakan menjalankan mengadakan melahirkan

Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai. A B C D terbelah terpisah terpecah terbahagi

Ular sawa itu __________ seekor kambing. A B C D melulur meneguk mengunyah menghisap

10

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu. A B C D merancang menimbang melaksana melihat

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11

Lilian .buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan. A B C D memberikan menyerahkan memulangkan menghulurkan

12

Peniaga itu ..keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya. A B C D meraih mencapai mengumpul mengais

13

Mulut adik semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek. A B C D tertutup tersengih terlopong terkatup

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14

Fauzan .kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah. A B C D menunggu menyambut mengajak menanti

15

Banduan itu terpaksa di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri. A B C D menetap menginap meringkuk menumpang

16

Syarikat Tonggak Maju mampu.projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit. A B C D menganjurkan melaksanakan meningkatkan mengadakan

17

Adik .kerana memakai kasut tumit tinggi ibu. A B C D terjatuh tertimpa terhantuk terhempas

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

18

Elina .perca-perca kain itu pada selimut yang koyak. A B C D melekatkan menampalkan mencantumkan meletakkan

19

Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ..sungai yang dalam dengan tipu helahnya. A B C D melepasi melangkahi mengharungi menyeberangi

20

Lidahnya melecur kerana .air yang masih panas itu. A B C D terhisap tertelan tersedut terhirup

21

Bekalan air di kawasan kami sering___________ . A B C D terkandas terganggu terpotong terhalang

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah

22

Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur. A B C D mendengkur mendepang menggeliat menganga

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

23

Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati. A B C D menggeletek menyentuh menggores mencuit

Soalan 24 berdasarkan Gambar 3 di bawah.

Gambar 3 24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari. A B C D 25 menghiris menyiang mencincang menyiat

Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang. A B C D terpijak terpegang tersentuh terlangkah

26

Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya. A B C D mendenda memarahi menyaman menasihati

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

27

Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam. A B C D menjamah menyuap mencubit menelan

28

Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu. A B C D menyinggung menyambar merenggut merampas

29

Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau. A B C D diumumkan dinyatakan dibahaskan dibincangkan

Soalan 30 berdasarkan gambar 4 di bawah.

Gambar 4 30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu. A B C D membalingkan melemparkan menebarkan mencampakkan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

31

Puan Sarifah ________air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya. A B C D merenjis menyiram menyimbah menuangkan

32

Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris. A B C D menjolok mencocok mencucuk merodok

33

Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya. A B C D bersila berlunjur bersimpuh bertinggung

34

Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu. A B C D memicit-micit menekan-nekan menepuk-nepuk menggenggam-genggam

35

Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup. A B C D membimbing memandu mengajar mengawasi

36

Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya. A B C D menceritakan mengadu meracau meleter

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

37

Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir. A B C D mengikis mengikir mengasah mengilat

38

Hati Puteri Nur Ashikin ________apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu. A B C D terdiam tercalar tersayat tersentuh

39

Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. A B C D memiliki mendapati mempunyai memperoleh

40

Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya. A B C D melekat menyisip membubuh menyangkut

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

10

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.

41

Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa kemas dan berjenama untuk __________ imejnya. A melaram ... mengekalkan B C D menyarung ... melonjakkan memakai ... menghangatkan menampilkan ... menaikkan

__________ pakaian yang

Soalan 42 berdasarkan gambar di bawah.

42

Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar. A B C D dibakar disalai didiang dikukus

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

11

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

43

Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam. A B C D merayap menjalar memanjat menyelinap

44

Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia. A B C D memaklumkan memberitahu meramalkan melaporkan

45

Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. A B C D berebut bersaing berjuang berlawan

46

Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu. A B C D terhenti terbantut terkandas terbengkalai

47

Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak. A B C D menggeletek menggeletar menggelepar menggeliat

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

12

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

48

Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik. A B C D mengembang menguncup menebal menipis

49

Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu. A B C D menconteng mengelap menyapu mencalit

50

Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing. A B C D menjala memukat mencandat memancing

51

Pemain bola sepak pasukan Selangor __________.piala yang dimenangi oleh mereka sambil mengelilingi stadium. A B C D menjunjung menjulang menatang memikul

52

Remaja yang __________.dalam gejala sosial itu akan diberi kaunseling A B C D terjerumus tersungkur tertiarap terjatuh

53

Pasukan kriket sekolah mereka telah __________. oleh pasukan lawan. A B C D dimusnahkan dimenangkan ditewaskan dihapuskan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

13

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

54

Ahli pengakap berhati-hati __________anak sungai kerana terdapat banyak batu kerikil yang tajam. A B C D mengharungi menjalani meredah melalui

Soalan 55 berdasarkan gambar di bawah

55

Nabila __________surat yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Indonesia. A B C D membalas mencoret mengirim menulis

56

Pelukis itu __________.warna di atas kanvas dengan berhati-hati agar lukisannya cantik. A B C D mencalar mencatat melukis mencalit

57

Ibu __________.secubit garam ke dalam kari itu. A B C D Memasukkan menggaulkan menaburkan membubuh

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

14

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 58 berdasarkan gambar di bawah.

. 58

Para pendaki terpaksahutan tebal itu sebelum malam menjelang tiba. A B C D melalui meredah meranduk menempuh

Soalan 59 berdasarkan gambar di bawah.

59

Pekebun itu__________bakul yang penuh dengan sayur-sayuran A B C D menggalas menjinjing menjunjung mengangkat

60

Razali membantu orang buta itu melintas jalan dengan __________tangannya. A B C D menarik menuntun mengheret meruntun

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

15

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

61

Apabila memikirkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya, akhirnya Aidil ________keputusan untuk belajar di universiti tempatan sahaja. A B C D mengatur menyimpul mengambil merancang

62

Pihak polis sedang ___________pergerakan kongsi gelap yang sering membuat kekacauan di dalam bandar itu. A B C D mengintai memerhati mengamati mengintip

63

Peniaga itu ____________keuntungan yang berlipat ganda sebelum musim perayaan. A B C D mengikis mengaut mengambil merenggut

64

Penyakit selesema burung itu __________akan ___________dengan cepat. A B C D dibimbangimenjalar diyakinimenular digusarimenjangkit dikhuatirimerebak

65

Jamil ____________adik yang sedang __________buku sekolahnya. A B C D memarahimenconteng menengkingmenulis memukulmelukis

menasihatimenggunting

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

16

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

66

Halili______ adiknya semasa hendak __________jalan raya itu. A B C D memapahmenyeberangi menuntunmerentasi memimpinmelintasi

memegangmeredah

67

Nelayan itu _____jalanya yang ________. A B C D menjahitberlubang menyiratterkoyak menekattertiris menganyamtertembuk

68

Mariam _______anak pohon bunga mawar yang baru _______nya itu. A merenjisdiubah menjirusdisemai

..

B C D 69

menyiramditanam

menyimbahdigubah

Nenek ________dulang tembaga itu hingga berkilat semula. A B C D menyapu mengelap menggilap mencuci

70

Jururawat itu begitu berhati-hati ketika membuka balutan yang ____________ kaki Hazriq yang luka. A B C mengelilingi membaluti melingkari

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

17

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 71 berdasarkan gambar di bawah.

71

Aqil __________ badannya menggunakan gayung sementara ibunya pula __________ kain yang telah dicuci. A B C D menyimbah ... menyental menjirus ... memberus menyiram ... membilas mencedok...merendam

72

Penduduk Kampung Kuala Muda __________ air sungai untuk disalurkan ke dalam sawah. A B C D menahan menyekat membenteng mengempang

73

Pengarah syarikat itu _________ saham Puncak Emas kerana beliau ingin mengembangkan perniagaannya. A B C D menawar membida membeli menjual

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

18

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 74 berdasarkan gambar di bawah.

74

__________ nota ketika __________ akan membantu murid mengingati fakta-fakta penting tentang sesuatu topik. A B C D Melukis ... melakar Mencatat ... menelaah Mencoret ... mengarang Menconteng ... melorek

75

Encik Karim __________ kos untuk membaik pulih bangunan lama itu menelan belanja yang tinggi. A B C D menentukan menjumlahkan mencongakkan menganggarkan

76

Kenaikan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan begitu ___________ sehingga sukar dikawal oleh kerajaan. A B C D mengejut menonjol mendesak mendadak

77

Ammonia tidak berbahaya dalam bentuk cecair tetapi boleh __________risiko kepada kesihatan manusia dalam bentuk gas. A B C D mendatangkan menyebabkan menyebarkan menjejaskan

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

19

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Soalan 78 berdasarkan gambar di bawah.

78

Asrul _________ tetikus untuk mencari laman web Cikgu Net ketika __________ internet di kafe siber petang semalam. A B C D mengalihkan ..... memasuki memusingkan ..... membuka menggerakkan ..... melayari menolak ..... membaca

79

Encik Fahmi __________ gadis ayu yang berdiri di sebelahnya di dalam lif itu. A B C D menjelir menjeling menjenguk menjengah

80

Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, semua syarikat akhbar tempatan akan _________ penerbitan surat khabar pada 19 Februari. A B C D menangguhkan menghentikan menundakan menamatkan

81

Puan Sarina _________doh karipap sebelum mencanainya. A B C D merata melumur menguli menggaul

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

20

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

82

Farhan _________ kakaknya apabila disuruh mengemas bilik tidur yang berselerak itu. A B C D membantah membentak merungut mengamuk

83

Budak itu _________oleh ayahnya sebanyak dua kali kerana berbohong. A B C D dihentam disebat digasak ditindas

84

Pergaduhan antara dua orang lelaki itu _________akibat perasaan cemburu terhadap pasangan masing-masing A B C D terjalin terlibat tercetus terbentuk

85

Mak Bedah _________padi di atas jemuran dengan jari jemarinya apabila matahari mula meninggi. A B C D mengais-ngais menguis-nguis menampi-nampi mengibas-ngibas

86

Nakhoda Tanggang mengarahkan anak-anak kapalnya agar _________sauh untuk meneruskan pelayaran mereka. A B C D membongkar menarik melabuh membuka

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

21

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

87

Pekerja-pekerja Majlis Bandaran Teluk Intan sedang _________ranting pokok bunga di taman itu supaya sentiasa rimbun. A B C D memangkas mengerat memotong menghiris

88

Ular berbisa yang _________kaki landak itu sehingga pengsan telah dapat dibunuh oleh penduduk kampung. A B C D meragut membelit menggigit memagut

89

Pak Ali ___________ lembunya untuk ditambat di pangkal pokok itu. A B C D menolak menuntun mengheret memegang

90

Beburung berterbangan di sawah pada musim padi ________. A B C D menuai menguning menghijau membajak

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

22

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA KERJA

Kata Kerja

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

D B C A C B C B A A C A C B C B D B D D B C D B A C A C D C

31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60

B D C A A A B D D B D A A C B D A A A C B A C A A D A B A B

61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90

C D B D A C C C C B C D C B D D A C B A C B B C B A A D C B

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

23

Anda mungkin juga menyukai