Anda di halaman 1dari 19

PERMAINAN TENIS

1|PERMAINAN TENIS

1.0

PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan dewasa ini dan tenis

merupakan permainan yang diminati ramai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu jen de paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kali di sebuah kawasan di Perancis. Sewaktu bermain permainan tersebut, pemain perlu memukul bola melepasi tali yang direntangkan antara dua pihak yang bermain. Bola yang digunakan untuk permainan itu diperbuat daripada kulit kambing biri-biri manakala pemukulnya hanyalah tangan. Seterusnya permainan ini diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Permainan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain. Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Majalah Inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games And Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801 menyebut sebagai tenis panjang. Tenis pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai permainan luar. Di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953, pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemarduntuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan
2|PERMAINAN TENIS

dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia. Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya. Antara pertandingan tenis antarabangsa ialah wembledon, perancis terbuka, us terbuka danAustralia terbuka.

3|PERMAINAN TENIS

2.0 2.1

PERALATAN PERMAINAN TENIS Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang

gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaikbaiknya ditanda dengan garisan putih.

4|PERMAINAN TENIS

2.2

Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang

dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan.

2.3

Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada

raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.

5|PERMAINAN TENIS

2.4

Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara

56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

6|PERMAINAN TENIS

2.5

Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk

permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih. 2.6 Pegawai Permainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya tempat duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dan pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

7|PERMAINAN TENIS

3.0 3.1

CARA-CARA BERMAIN TENIS Memilih raket Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu :

Saiz genggaman tangan Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis. 3.2 Cara memegang raket tenis Cara memegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamakan. Terdapat lebih kurang sebelas cara genggaman yang diamalkan oleh pemainpemain tenis. Namun yang paling biasa dan mudah digunakan oleh pemain tenis ialah pegangan eastern. Teknik pegangan eastern juga turut dikenali sebagai pegangan berjabat tangan (shakehands). Caranya ialah, hulurkan raket ke depan, tangan kiri menyokong bahagian leher raket. Buka tapak tangan kanan dan genggaman bahagian pemegang (grip) raket seolah-olah berjabat tangan. Terdapat dua cara untuk pukulan cara genggaman eastern ini iaitu pukulan pepat dan pukulan kilas. Kedua-duanya mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain. Untuk menukar dari pegangan pukulan pepat ke pegangan kilas, longgarkan genggaman dan pusing pergelangan tangan ke dalam sedikit. Ibu jari tidak membalut pemegang raket ketika pegangan kilas. 3.3 Tempoh permainan
8|PERMAINAN TENIS

Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. 3.4 Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0. Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pemain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangan kepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sama, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemenangan salah seorang pemain harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengan demikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya pula dan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseorang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk memenangi sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5, permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.
9|PERMAINAN TENIS

3.5

Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu bagi menentukan pemain

mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gelanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan. 3.6 Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki

pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.
10 | P E R M A I N A N T E N I S

4.0

JENIS-JENIS GELANGGANG TENIS Pertandingan tenis mempunyai musim-musim tertentu. Musim dalam

pertandingan tenis kriterianya ditentukan oleh jenis gelanggang yang digunakan untuk bertanding. Permainan tenis mempunyai tiga jenis gelanggang iaitu: Hard Court (gelanggang simen), Clay Court (gelanggang tanah liat), dan Grass Court (gelanggang rumput). Setiap gelanggang mempunyai kriterianya sendiri. 4.1 Hard Court Bulan Januari hingga Mac biasanya adalah musim Hard Court. Hard Court adalah gelanggang tenis yang paling popular di mana-mana. Umumnya lapangan hardcourt diperbuat daripada simen atau di beberapa tempat diperbuat daripada bahan pasir , asfalt dan konkrit. Gelanggang ini memberikan kelebihan kepada pemain-pemain yang bermain permainan pantas dan suka memukul bola yang keras.

4.2

Clay Court Musim Clay Court adalah pada bulan April - Mei. Clay Court diperbuat daripada

serpihan-serpihan tanah liat atau pasiran dari batu bata yang dihancurkan. Kelajuan

11 | P E R M A I N A N T E N I S

bola yang berguling di gelanggang ini adalah perlahan sehingga membolehkan pemain bermain bola lebih lama.

4.3

Grass Court Bulan Jun adalah musim Grass Court. Gelanggang ini diperbuat daripada rumput

sintetik atau semulajadi. Bola cenderung untuk meluncur dan hanya sedikit mempunyai kesan pantulan kerana pergeseran minimum yang dihasilkan daripada gelanggang rumput. Disebabkan oleh kos yang tinggi terutamanya untuk rawatan rumput dan tanahnya, grass court jarang ditemui.

5.0 5.1

PERTANDINGAN TENIS ANTARABANGSA (GRAND SLAM) PERTANDINGAN WIMBLEDON Wimbledon adalah sebuah pertandingan tenis terkemuka yang dilangsungkan

selama sekitar dua minggu pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Pertandingan ini
12 | P E R M A I N A N T E N I S

diadakan di atas gelanggang rumput dan merupakan salah satu dari empat pertandingan Grand Slam. Dilaksanakan bermula pada tahun 1877 oleh All England Lawn Tennis and Croquet Club di Wimbledon, London. Pada mulanya, hanya perlawanan perseorangan lelaki dipertandingkan. Namun pada tahun 1884, perlawanan perseorangan lelaki dan wanita mulai dipertandingkan seperti pertandingan Grand Slam yang lain. Wimbledon hanya disertai pemain-pemain handalan hingga era "terbuka" dimulakan pada tahun 1968. Gelanggang utamanya, Centre Court dibuka pada tahun 1922 dan mempunyai kapasiti seramai 14.000 penonton. Gelanggang utama lain ketika ini, Court No. 1, dibuat pada tahun 1997 untuk menggantikan Court No. 1 yang lama. Kapasitinya adalah 11.000 orang. Kedua gelanggang ini hanya digunakan selama dua minggu iaitu ketika pertandingan ini dilangsungkan setiap tahun. Gelanggang ketiga terbesar, Court No. 2, dianggap sebagai "lapangan angker" kerana telah ramai pemain handalan yang kalah di awal perlawanan di gelanggang ini. Kapasitinya adalah 3.000 kerusi. 5.2 PERTANDINGAN AUSTRALIA OPEN Australia Terbuka adalah salah satu dari empat kejuaraan Grand Slam dalam dunia tenis. Kejuaraan ini diadakan di Melbourne, Australia pada bulan Januari setiap tahun. Dimulai sejak tahun 1905, Australia Terbuka adalah kejuaraan yang termuda dibandingkan dengan kejuaraan Grand Slam lainnya. Awalnya bernama Australian Championships, namanya berganti seperti sekarang ini sejak tahun 1968 apabila kejuaraan terbuka dimulakan Australia Terbuka dilangsungkan di Melbourne Park sejak tahun 1988. Sebelumnya, kejuaraan ini diadakan di Kooyong, yang terletak di sebelah tenggara Melbourne. Kooyong sendiri kini menjadi tempat diadakan kejuaraan invitasi (Kooyong Classic) yang berlangsung tepat sebelum Australia Terbuka. 5.3 PERTANDINGAN PERANCIS TERBUKA

13 | P E R M A I N A N T E N I S

Perancis Terbuka adalah sebuah pertandingan tenis yang berlangsung selama dua minggu dari pertengahan Mei hingga awal Jun di Paris, Perancis setiap tahun. Pada tahun 1891 pertandingan ini menjadi pertandingan antarabangsa. Pada tahun 1925, Perancis Terbuka dibuka kepada peserta antarabangsa dan diadakan di gelanggang rumput di Racing Club de France dan Stade Franais. Untuk Piala Davis Challenge tahun 1928, sebuah stadium tenis baru dibina di Porte d'Auteuil dan dinamakan berdasarkan pahlawan Perang Dunia I, Stadion Roland Garros, dan Court Philippe Chatrier yang baru dibangun dengan permukaan tanah liat. Tanah liat melambatkan pergerakan bola dan menyebabkan bola memantul sangat tinggi jika dibandingkan dengan permukaan rumput atau permukaan keras. Sejak gelanggang tanah liat diperkenalkan, ramai pemain tenis handalan menghadapi kesukaran. Contohnya, Pete Sampras yang memenangi empat belas pertandingan perseorangan lelaki pertandingan Grand Slam, tidak pernah memenangi Perancis Terbuka. Sehingga tahun 2006, enam orang pemenang perseorangan lelaki pertandingan Perancis Terbuka dimenangi oleh orang yang tidak pernah memenangi pertandingan Grand Slam lain. Manakala, permainan perseorangan wanita Perancis terbuka menyebabkan pemain tenis seperti Lindsay Davenport dan Martina Hingis tidak mendapatkan Grand Slam. Pada tahun 1968, pertandingan ini menjadi pertandingan Grand Slam pertama yang menjadi "terbuka," sehingga baik pemain handalan mahupun profesional dapat turut serta. Pada tahun 2007, diumumkan bahawa Perancis Terbuka akan memberikan hadiah wang yang sama baik bagi lelaki mahupun wanita di semua perlawanan.

5.4

PERTANDINGAN AS TERBUKA AS Terbuka adalah salah satu pertandingan Grand Slam dalam dunia tenis.

Perlawanan ini diadakan pada bulan ogos atau September setiap tahun. AS Terbuka bermula dengan dua pertandingan terpisah iaitu perlawanan lelaki dan perlawanan wanita bermula pada tahun 1881. Pertandingan ketika itu bernama
14 | P E R M A I N A N T E N I S

U.S. National SinglesChampionship dan hanya mempertandingkan perlawanan kategori wanita enam tahun kemudian. Pada tahun 1968, ketika era "terbuka" dimulakan, lima perlawanan yang terpisah iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu lelaki, bergu wanita, dan bergu campuran dijadikan satu dan diberi nama "AS Terbuka". Pertandingan tahun tersebut juga merupakan yang pertama dan yang membolehkan penyertaan pemain profesional. Sejak tahun 1978, pertandingan ini dilangsungkan di Flushing Meadows di New York. Gelanggang utamanya terletak di Stadium Arthur Ashe yang berkapasiti seramai 23.000 penonton. Gelanggang keduanya adalah Stadium Louis Armstrong. Keduanya adalah gelanggang keras (hardcourt), sehingga permainan pun berlangsung dalam kecepatan tinggi.

6.0

PEMAIN TENIS DUNIA PETRA KVITOVA Petra Kvitova dilahirkan pada 8 Mac 1990 di Bilovec, Czechoslovakia. Beliau

mempunyai ketinggian 1.83 meter dan berat 70kg. Beliau bermain menggunakan tangan kiri. Beliau mempunyai kerjaya junior kukuh, mencapai kedudukan yang tinggi
15 | P E R M A I N A N T E N I S

sebanyak 27 nombor pada kedudukan junior ITF pada tahun 2007. Beliau tidak memenangi sebarang kejohanan utama sebagai junior. Petra Kvitova dinamakan juara dunia 2011 oleh Persekutuan Tenis

Antarabangsa (ITF) Bagi kategori wanita saingannya cukup sengit tetapi akhirnya memihak kepada juara Wimbledon, Petra Kvitova yang membantu Republik Czech memenangi Piala Fed dan mengatasi pemain nombor satu, Caroline Wozniacki bagi anugerah itu. Petra sangat berbangga menerima anugerah juara dunia ITF. Bermula dengan kejayaan di final Piala Davis tahun 2010, semuanya berjalan lancar tahun 2011. Beliau mengimpikan untuk bergelar pemain terbaik dunia dan kejayaan memenangi tiga gelaran Grand Slam dan melabuhkan tirai 2011 sebagai pemain nombor satu amat istimewa bagi beliau. Petra yang menjuarai Kejohanan WTA sekali gus menyaksikannya muncul sebagai pemain nombor dua dunia berkata Saya pastinya mengingati anugerah ini yang melengkapkan tahun ini. Tahun ini amat menarik dan tidak mungkin dapat saya lupakan. Satu perkara menarik tentang kerjaya junior Petra Kvitova bahawa beliau tidak datang dari keluarga yang gila tenis dan beliau tidak menghadiri sebuah akademi tenis di mana beliau boleh berlatih 3 hingga 4 jam sehari. Sebaliknya beliau berlatih hanya 1 hingga 2 jam setiap hari selepas sekolah dan perlahan-lahan tetapi bertambah baik permainan beliau. Sebagai seorang profesional, beliau menikmati kejayaan awal, mencecah Top 50 di dunia pada tahun 2008 pada usia semuda 18 tahun. Sejak itu beliau terus bertambah baik.

16 | P E R M A I N A N T E N I S

17 | P E R M A I N A N T E N I S

7.0

REFLEKSI Sebelum membuat tugasan ini, saya tertanya-tanya adakah saya mampu

membuat tugasan ini dengan baik? Ini kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang permainan tenis. Saya juga tidak pernah memegang raket tenis apatah lagi bermain tenis. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai permainan tenis. Saya telah mengetahui mengenai sejarah tenis, teknik permainan seperti cara pegangan raket yang betul, cara pukulan, peralatan permainan, cara mengira mata, cara untuk mendapatkan mata, cara memulakan permainan dan sebagainya. Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang jenis-jenis gelanggang tenis dan beberapa pertandingan tenis peringkat antarabangsa. Saya juga telah mengetahui mengenai butiran diri pemain yang terkenal iaitu Petra Kvitova yang berasal dari Bilovec, Republik Czech. Saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang permainan tenis yang tidak pernah saya bermain sebelum ini. Saya juga dapat mengenali beberapa pemain tenis bertaraf antarabangsa yang tidak pernah saya kenali sebelum ini seperti Rafael Nadal, Roger Federer dan ramai lagi. Selain itu, saya telah mendapat sedikit pengetahuan cara mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti daripada internet dan buku-buku ilmiah. Selain itu, nilai-nilai murni yang saya dapat ialah berusaha
18 | P E R M A I N A N T E N I S

mendapatkan

ilmu

pengetahuan

selain

ilmu

akademik

yang

berorientasikan

peperiksaan akhir semester, kepatuhan kepada arahan, ketepatan masa, kegigihan, dan sebagainya.

8.0 1.
2. 3.

RUJUKAN
kellybrook-pictures.blogspot.com http://nidapink90.blogspot.com/2010/10/asignment-permainan-tenis.html http://sharldepiepiapie.blogspot.com/2011/08/sejarah-tenis-jenis-jenis-pertandingan.html

19 | P E R M A I N A N T E N I S