Anda di halaman 1dari 24

Cerita rakyat malaysia Presentation Transcript

1. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIACerita Rakyat Warisan Budaya 2. Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita Rakyat Ciri ciri Cerita Rakyat Bentuk bentuk Cerita Rakyat Pengajaran / Nilai nilai Murni yang Terkandung Contoh contoh Cerita Rakyat

3. Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita Rakyat? sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undangundang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.

4. Ciri-ciri Cerita Rakyat Penyebaran dan pewarisan dilakukan secara lisan Bersifat tradisional Bersifat lisan Bersifat Anonim - Nama pencipta tidak lagi diketahui Mempunyai fungsi tertentu sebagai media pendidikan, pengajaran moral, hiburan, proses sosial Bersifat Pralogis mempunyai logik tersendiri, tidak sesuai dengan logik pengetahuan

5. Bentuk bentuk Cerita Rakyat Cerita- cerita Binatang Cerita Jenaka Cerita Penglipur Lara Cerita Pengalaman 6. Tujuan Cerita Disampaikan Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum Sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan Memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat 7. Nilai-nilai pengajaran cerita kaum Melayu, Nakhoda Tanggang pengajaran : jangan menderhakaCerita kaum Kadazan, B urung LayangLayang -pengajaran : jangan sombongCerita kaum Iban Kura-kura yang pintar -pengajaran : jangan bersikap tamak dan halobaCerita kaum India Ahli Sihir Yang Angkuh -pengajaran : jangan bersikap terlalu angkuh

8. Kepentingan MengetahuiCerita Rakyat Pelbagai Kaum memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat Memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian

SUBJEK:PENDIDIKAN SIVIK KEWRGANEGARAAN TAJUK: PERAWAN TUJUH BERADIK CERITA KAUM KADAZANDUSUN

Pada zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa .Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yangmemperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah . Maka tersebutlahkisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia berasal dari Kalimantan Barat .Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani , namun dia selaluditimpa malang . Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencaribuah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputusasa .Walaupun telah beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itubelum juga kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat . Kapalnyaberpusing-pusing dengan ligat sekali . Lenggai sedaya upaya cuba hendakmenyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas .Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatangpokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini . Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu .Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air danberenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehatdi situ seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dandia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yangtertinggi di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengangenggaman seorang manusia . " Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentuaku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai . Dia pun mula memanjatpokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta daritempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kakiburung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali tidakmenyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lamakemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya .Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan ,sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi . Akhirnya burung ituternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang turun dan secepat kilatmenyambar seekor lembu .Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanahdengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya . Dia sangathairan

melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitucantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembangberseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhibermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpasebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnyaseorang perawan sedang menyediakan makanan ."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya ."Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya tidak tahu di manasaya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini , "terang Lenggai .Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikitmakanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enamorang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannyamenceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerimakedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik .Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu.Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal dirumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawanbongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akanperasaannya itu kepada kakakkakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawanbongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yangsulung. "Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnyakami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan BintangBanyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adikbongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi. " Maka seminggu kemudiannya,majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramaiorang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikanmajlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapatseorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itudengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja disawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidakmembuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membukapenutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak."Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selaludiingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu.Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah.Lenggai merenung tajau itu beberapa

kali. Perasaan ingin tahunya memuncak danLenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beriburibu orangmanusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauhsekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi,seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dansemuanya sedang bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang darisawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasawaktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja.Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Diasegera bertanya kepada Lenggai:"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggaimengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajauitu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu BintangBanyak berkata dalam tangisan. "Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersamakami. " Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudahtibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu BintangBanyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknyamenyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melaluimulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak BungsuBintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberipetunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbitfajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, makahasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberihasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumahhanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu BintangBanyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu danmenceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasamenjadi petunjuk kepada petani di bumi. Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung.Diamenceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaibsehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hariitu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip dilangit. -TAMAT

Lebai Malang Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun. Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya. Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya. Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain. Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orangorang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya. Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke

sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali. Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis. Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira. Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu. Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun

tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari. Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya. Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu. Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata: Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tidak terkira, Ke sana ke mari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang ke rumah mendapat mara.' Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

Cerita Rakyat Kaum India Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah

Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah. Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah. Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia menabrak sisi tubuh gajah yang kokoh. Oh, sekarang aku tahu! katanya, Gajah itu seperti tembok. Orang buta kedua meraba gading gajah. Mari kita lihat, katanya, Gajah ini bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak. Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat. Kalian salah! jeritnya, Gajah ini seperti ular!

Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut gajah. Ah! katanya, Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon. Yang kelima memegang telinga gajah. Kipas! teriaknya, Bahkan orang yang paling buta pun tahu, gajah itu mirip kipas. Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang ekor gajah yang berayun-ayun. Aku tahu, kalian semua salah. Katanya. Gajah mirip dengan tali. Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mau mengalah. Semua teguh dengan pendapatnya sendiri, yang sebagian benar, namun semuanya salah. Mereka semua hanya meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan haiwan gajah itu sendiri.

Monyet dan Buaya

Dahulu kala hiduplah seekor monyet di sebatang pohon jamblang di tepi sungai. Ia bahagia walaupun tinggal sendiri . Pohon itu mempunyai banyak buah yang manis dan memberinya tempat berteduh pada saat hari panas atau hujan. Pada suatu hari seekor buaya naik ke tepian sungai dan beristirahat di bawah pohon. Sang monyet yang ramah menyapanya, Halo. Halo, jawab buaya. Apakah kau tahu dimana aku dapat menemukan makanan? Tampaknya sudah tidak ada ikan lagi di sungai ini. Aku tidak tahu dimana ada ikan Namun aku mempunyai banyak buah jamblang yang masak di pohon ini. Ini, cobalah! kata monyet sambil memetik beberapa buah jamblang dan melemparkannya kepada buaya. Buaya memakan semua buah yang diberikan monyet.Ia suka rasanya yang manis. Ia minta monyet memetik buah jamblang lagi untuknya. Sejak saat itu buaya datang setiap hari. Mereka pun menjadi sahabat. Mereka mengobrol sambil makan buah jamblang. Pada suatu hari buaya bercerita tentang isteri dan keluarganya.Mengapa baru sekarang kau bilang bahwa kau punya isteri? Bawalah jamblang ini untuk isterimu.

Isteri buaya menyukai buah jamblang. Ia belum pernah makan sesuatu yang begitu manis. Ia berpikir betapa manisnya daging monyet yang sepanjang hidupnya makan buah jamblang setiap hari. Air liurnya menetes. Suamiku, kata isteri buaya, ajaklah monyet kemari untuk makan malam. Lalu kita makan dia. Pasti dagungnya lezat dan manis. Buaya terperanjat. Bagaimana ia dapat memakan sahabatnya? Ia menjelaskan kepada isterinya, Monyet satu-satunya temanku, katanya. Sang buaya tetap menolak membawa monyet kepada isterinya. Sementara isterinya pun tetap membujuknya. Ketika buaya tetap tidak mau menuruti keinginannya, isteri buaya pura-pura sakit keras. Suamiku, katanya, Hanya jantung monyet yang dapat menyembuhkanku. Kalau kau mencintaiku, kau ajak monyet temanmu kemari. Setelah makan jantungnya aku pasti segera sembuh. Buaya kebingungan, di satu sisi monyet adalah sahabatnya yang baik hati. Namun di sisi lain, bila isterinya tidak memakan jantung monyet, mungkin ia akan meninggal. Akhirnya, ia memutuskan untuk membawa monyet kepada isterinya untuk dijadikan obat. Teman, kata buaya kepada monyet. Isteriku sangat berterima kasih dengan buah jamblang yang kaukirimkan tiap hari. Sekarang ia ingin mengundangmu makan malam.Ikutlah denganku ke rumah kami. Monyet sangat gembira dengan undangan itu namun ia berkata bahwa ia tak mungkin ikut karena ia tak dapat berenang. Aku akan menggendongmu di atas punggungku. Kau tak usah khawatir, kata buaya. Monyet pun melompat ke punggung buaya dan berangkatlah mereka. Ketika mereka sudah cukup jauh dari pohon jamblang, buaya berkata,Isteriku sakit parah, hanya jantung monyet yang dapat menyembuhkannya. Monyet ketakutan. Ia berpikir keras, bagaimana ia dapat menyelamatkan diri. Buaya temanku, kasihan isterimu. Namun kau tak perlu cemas. Aku senang bisa menolong

isterimu dengan jantungku. Masalahnya, aku tadi meninggalkan jantungku di atas dahan pohon jamblang. Ayo kita kembali dan mengambilnya. Buaya percaya kepada monyet. Ia berbalik dan berenang kembali ke pohon jamblang. Monyet segera melompat turun dari punggung buaya dan segera naik ke dahan pohon. Temanku yang bodoh. Tidak tahukah kau, bahwa kita selalu membawa -bawa jantung kita? Aku tak akan mempercayaimu lagi. Pergilah dan jangan pernah kembali ke sini lagi. Monyet pun membalikkan badannya, tak mau lagi melihat sang buaya. Buaya sangat menyesal. Ia kehilangan satu-satunya sahabatnya. Ia juga tak akan dapat makan buah jamblang yang manis itu lagi. Monyet lolos dari bahaya karena berpikir dengan cepat dan cerdik. Ia menyadari bahwa monyet dan buaya tidak mungkin berteman. Buaya lebih suka makan monyet daripada berteman dengannya.

Cerita Rakyat Kaum Cina Puteri Hang Li Po

Hang Li Po ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 1477), sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, [1] maharaja Wangsa Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam babad Wangsa tersebut. Hubungan diplomatik Melaka-Ming Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. [2]

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran Hang oleh Sultan Mansur Syah. Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat. Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka hingga ke hari ini. Perigi Hang Li Po Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansur Shah kepada isteri baginda, seorang puteri dari negara China, Puteri Hang Li Poh. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well). Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh.

Cerita Kaum Melayu KELDAI DAN SERIGALA

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati. Oh,beruntung sungguh aku hari ini!Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya. Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala. Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.Kata

keldai dengan berani. Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,kata serigala.Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,Kata keldai,tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku. Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat. Aaaaaahhhhhhh!Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!jerit serigala dengan marah.

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah. Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok. Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba. Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu. Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu. Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung. Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu. Pengajaran : 1. Jangan menganiaya orang lain. 2. Usaha tangga kejayaan. 3. Jangan mudah putus asa.

PUTERI SANTUBUNG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu. Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang. Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari. Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu? Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi. Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya? balas Puteri Sejenjang.

Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bungabunga yang telah mekar di taman. Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana. Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai. Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi. Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masingmasing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri. Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang? Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi. Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini. Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong. Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi be gini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi. Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu, balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan. Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain. Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing, kata Puteri Santubong dengan bangga. Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan. Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini. Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong. Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

OhPuteri Santubong, Sejinjang sayang, Kisah lama, Zaman mensia maya. Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Penjaga gunung Negeri Sarawak, Manis sik ada dapat dilawan, Anak dak Dewa turun kayangan. Oh Santubong puteri bertenun kain malam, Oh Sejinjang puteri menumbuk padi siang. Satu hari nya dua kelahi, Beranuk anuk sik renti-renti, Seorang madah dirik bagus agik, Seorang sik ngalah walau sampai ke mati. Udah lejuk nya duak kelahi, Lalu bertukuk nya duak puteri, Sejinjang mengayun aluk ke pipi, Tebik Santubong sampai gituk ari. Tapi Santubong membalas juak, Lalu ditikam batang belidak, Sampei terkena Sejinjang kepala, Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang, Asal berkawan jadi musuhan, Kinik tuk tinggal jadi kenangan, Pakei ingatan sepanjang zaman.

Pengajaran : 1. Iri hati membawa mati. 2. Jangan sombong.