Anda di halaman 1dari 3

Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini telah diberikan kepada kami oleh Puan.

Sabiah Bt Mohamed, pensyarah Budaya dan Pembelajaran kami. Beliau menjelaskkan serba sedikit tentang tugasan ini. Saya telah mengelola banyak ilmu yang berkaitan dengan Budaya dan Pembelajaran dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran ini dengan lancar dan baik. Tugasan ini mengenai budaya, kepercayaan orang Asli. Ini merupakan tugasan kumpulan berempat. Kami dikehendaki membuat suatu lawatan ke sebuah sekolah orang asli untuk mengumpul maklumat mengenai kaum dan budaya mereka. Sepanjang lawatan tersebut kami dikehendaki mendapatkan maklumat tentang murid-murid orang Asli di sana dari aspek suku bangsa, kelas sosial, kepercayaan, adat resam dan bahasa. Seterusnya, kami dikehendaki membuat implikasi sosio budaya terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Akhirnya kami dikehendaki menyediakan satu kajian kes mengenai aktiviti yang dijalankan kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran komunikasi. Kami sebanyak 2 unit Mengikuti lawatan ini ke SK Lanai, pada 5 Mac 2010. Kami tidak mendapat peluang untuk bermalam di situ bersama dengan pelajar-pelajar peribumi. Ketibaan kami disambut dengan meriah oleh pelajar-pelajar peribumi. Kami semua mendapat seorang adik angkat. Kami dapat menjalankan kajian kes berasaskan tugasan kami dengan adanya kerjasama pihak SK Lanai, dan murid-murid peribumi di situ. Selepas itu, saya mula untuk mencari maklumat dan nota yang diperlukan daripada pelajar-pelajar peribumi dan guru-guru SK Lanai untuk menyiapkan tugasan

ini dengan sempurna. Pensyarah dan rakan-rakan sekelas kami sentiasa memberikan idea dan berkongsi maklumat dengan saya. Ini menyebabkan saya untuk menyiapkan kerja kursus dengan sempurna. Melalui pemerhatian, saya dapat disimpulkan bahawa terdapat ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan murid oang asli. Lagipun masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanakkanak peribumi yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Tetapi juga mempunyai alasan lain. Selain itu, pembangunan dan budaya pemikiran komuniti peribumi yang masih dibelenggu struktur persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri juga mengakibatkan ketaksamaan peluang pendidikan. Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran menyebabkan pelajar peribumi terus memendam perasaan tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi. Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan peribumi ini akan ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan mereka akan tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.

Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka mennyanyi dan menari serta suka berlakon. Sebagai seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk menarik minat anak-anak peribumi ini mengikuti pelajaran. Maka, dengan mengikuti program ini saya telah menimba pengetahuan baru tentang gaya hidup orang Asli serta pengalaman yang tidak ternilai iaitu berbual mesra dengan adik-adik angkat dari suku kaum Semai. Saya amat berterima kasih kepapa Pensyarah Budaya dan Pembelajaran kami iaitu Cik Rusini bagi member peluang yang tidak ternilail ini untuk bersama-sama dengan murid-murid orang Asli. Tambahan lagi, saya juga ingin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Yang Benar, Thivya Narayasamy (Unit PISMP PT)

Anda mungkin juga menyukai