Anda di halaman 1dari 28

TUGASAN 2 Huraikan lima aspek ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

PENGENALAN Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifatsifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.

NILAI-NILAI BITARA Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif. 1. INTEGRITI Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan

yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

2. PROFESIONAL Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam profesion anda? Tidak kiralah sebagai warga UPSI mahupun sebagai guru sekolah, anda haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara berterusan. Tahukah anda bahawa hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan kontrak. Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika, iltizam, cinta ilmu dan kompeten. Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan muridmurid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka. Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga potensi diri dapat

dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid. Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka. Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurangkurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk. Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan cara ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid dan diri sendiri. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan diri selalu membaca dan mencari sendiri. Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda juga harus mencapai tahap kecekapan dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Anda juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada rakan sekerja dan muridmurid. Tidak semestinya anda sebagai guru hanya menggunakan rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, anda harus meningkatkan dan memperkemas diri anda dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk pembelajaran anda.

3. SEMANGAT BERPASUKAN Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan. Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Anda juga perlu mengingati setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormatmenghormati. Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, murid junior yang kurang pengalaman juga dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan akademik. Walaupun murid junior tiada di dalam sesuatu kelas, anda sebagai guru boleh membantu muridmurid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat diintegrasikan. Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi menaikkan reputasi UPSI. Visi dan misi UPSI seperti yang telah dibincangkan di atas, haruslah

dipegang dan dilaksanakan oleh setiap staf dan pelajar. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian. Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap ahli kumpulan untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan rakan sekumpulan. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan kumpulan tanpa mengira usia, seniority dan tahun pengajian. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Anda sebagai guru juga, harus menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya.

TUGASAN 3 1(a) huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan keskes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara

bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lainlain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak

menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguhsungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin

dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai

seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa. Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan

yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan

memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik. Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di dalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua

aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka. KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa, katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga

bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.

1(b)

huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,

perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifatsifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada

sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran. Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan pencabulan yang sering diperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak yang besar serta menyeluruh dalam segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesan adalah aspek profesion perguruan itu sendiri, dimana guru merupakan individu yang dianggap mulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru, maka profesion

perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk menghantara nak mereka di persekolahan. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandang serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di persekolahan. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Isu ini akan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yang mulia. Apabila kita menyebut guru, kepercayaan dan kemuliaan seorang guru itu terpancar jelas daripada raut wajag seorang guru, tetapi pada masa sekarang, guru tidak lagi dianggap sedemikian kerana isu rogol dan pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masa sekarang. Oleh hal yang demikian, ia memberikan kesan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi mempunyai kriteria yang baik dan jiwa sebagai seorang pendidik. Kementerian Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat serta orang awam akan menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien dalam menghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Wujud persoalan di kalangan orang awam yang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka bertanyakan bahawa adakah Kementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan penjenayah atau melahirkan para pendidik yang berwibawa?. Persoalan seperti ini akan memberikan impak yang besar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Oleh hal yang demikian, nama baik serta integriti Kementerian Pelajaran Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam hebat orang masyarakat.

Selain daripada itu, kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah ini merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadian seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain di mana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini aka menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara lita. Oleh hal yang demikian, isu pencabulan dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya, bukan menjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak didik mereka.

1(c)

kaitkan isu tersebut dengan satu teori pembangunan sahsiah.

Teori pembangunan sahsiah yang diguna pakai dalam membuat perkaitan mengenai isu ini adalah pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud. Pendekatan yang dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Pendekatan ini juga menutarakan mengenai pandangan terhadap manusia di mana, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalamanpengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam masyarakat sendiri.

STRUKTUR KEPRIBADIAN DALAM PANDANGAN FRUED Dalam teori psikoanalitik, struktur kepribadian manusia itu terdiri dari id, ego dan superego. Id adalah komponen kepribadian yang berisi impuls agresif dan libinal, dimana sistem kerjanya dengan prinsip kesenangan pleasure principle. Ego adalah bahagian kepribadian yang bertugas sebagai pelaksana, dimana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realita dan berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongandorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Superego adalah bagian moral dari kepribadian manusia, karena ia merupakan filter dari sensor baik- buruk, salah-benar, boleh- tidak sesuatu yang dilakukan oleh dorongan ego. Gerald Corey menyatakan dalam perspektif aliran Freud ortodoks, manusia dilihat sebagai sistem energi, dimana dinamika kepribadian itu terdiri dari cara-cara untuk mendistribusikan energi psikis kepada id, ego dan super ego, tetapi energi tersebut terbatas, maka satu diantara tiga sistem itu memegang kontrol atas energi yang ada, dengan mengorbankan dua sistem lainnya, jadi kepribadian manusia itu sangat ditentukan oleh energi psikis yang menggerakkan. Menurut Calvil S. Hall dan Lindzey, dalam psikodinamika masing-masing bagian dari kepribadian total mempunyai fungsi, sifat, komponen, prinsip kerja dinamika dan mekanisme tersendiri, namun semuanya berinteraksi begitu erat satu sama lainnya, sehingga tidak mungkin dipisahkan. Id bagian tertua dari aparatur mental dan merupakan komponen terpenting sepanjang hidup. Id dan instink-instink lainnya mencerminkan tujuan sejati kehidupan organisme individual. Jadi id merupakan pihak dominan dalam kemitraan struktur kepribadian manusia. Cara kerja masing-masing struktur dalam pembentukan kepribadian adalah: (1) apabila rasa id-nya menguasai sebahagian besar energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak primitif, implusif dan agresif dan ia akan mengumbar impuls-impuls primitifnya, (2) apabila rasa ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu, maka pribadinya bertindak dengan cara-cara

yang realistik, logis, dan rasional, dan (3) apabila rasa super ego-nya menguasai sebagian besar energi psikis itu, maka pribadinya akan bertindak pada hal-hal yang bersifat moralitas, mengejar hal-hal yang sempurna yang kadang-kadang irrasional. Jadi untuk lebih jelasnya sistem kerja ketiga struktur kepribadian manusia tersebut adalah: Pertama, Id merupakan sistem kepribadian yang orisinil, dimana ketika manusia itu dilahirkan ia hanya memiliki Id saja, karena ia merupakan sumber utama dari energi psikis dan tempat timbulnya instink. Id tidak memiliki organisasi, buta, dan banyak tuntutan dengan selalu memaksakan kehendaknya. Aktivitas Id dikendalikan oleh prinsip kenikmatan dan proses primer. Id mulai berkembang pada usia bayi, bagian kepribadian yang paling primitif, dan sudah ada sejak lahir Aspek biologis dari kepribadian.Id terdiri dari dorongan (impuls) dasar :kebutuhan makan, minum, eliminasi, menghindari rasa sakit, memperoleh kenikmatan sosial. Id juga merupakan kondisi Unconsciousness, sumber energi psikis, sistem kepribadian yang dasar, terdapat naluri-naruli bawaan, berisi keinginan-keinginan yang belum tentu sesuai dengan norma. Id biasanya menuntut segera dipuaskan (the principles of constancy). Id akan Menjalankan fungsi tindakan refleks dan proses berpikir primer. Kedua, Ego mengadakan kontak dengan dunia realitas yang ada di luar dirinya. Di sini ego berperan sebagai eksekutif yang memerintah, mengatur dan mengendalikan kepribadian, sehingga prosesnya persis seperti polisi lalulintas yang selalu mengontrol jalannya id, superego dan dunia luar. Ia bertindak sebagai penengah antara instink dengan dunia di sekelilingnya. Ego ini muncul disebabkan oleh kebutuhan-kebutuhan dari suatu organisme, seperti manusia lapar butuh makan. Jadi lapar adalah kerja Id, yang memutuskan untuk mencari dan mendapatkan serta melaksanakan itu adalah kerja ego.sedangkan pertimbangan halal dan haram dalam mencari makan adalaj kerja Super ego. Ego mulai berkembang usia 2-3 th. Ego

merupakan aspek psikologis kepribadian. Ego berada pada tingkat pra sadar. Ego menjalankan fungsi dengan proses berpikir sekunder (rasional). Ego merupakan hasil kontak individu dengan dunia luar/lingk (The realita of principles) dan penengah tuntutan id dan superego. Ketiga, superego adalah yang memegang keadilan atau sebagai filter dari kedua sistem kepribadian, sehingga tahu benar-salah, baik-buruk, boleh-tidak dan sebagainya. Di sini superego bertindak sebagai sesuatu yang ideal, yang sesuai dengan norma-norma moral masyarakat. Super ego Mulai berkemb usia 4-6 tahun. Super Ego merupakan aspek sosiologis kepribadian, sistem kepribadian yang berisikan nilai-nilai dan aturan yang sifatnya evaluatif. Terbentuk melalui internalisasi nilai-nilai atau aturan-aturan dari significant others. Berfungsi dalam legislatif dan yudikatif. Super Ego juga terdiri dari : kata hati (nurani) & ego ideal. Fungsi utama: 1) pengendali id, 2) mengarahkan ego pada tujuan yang yang sesuai dengan moral ketimbang kenyataan, 3) mendorong individu ke arah kesempurnaan. Dalam isu yang telah dikupaskan iaitu isu rogol dan pencabulan, perkaitan pendekatan mengenai mausia oleh Sigmund Freud ini adalah di mana manusia dilahirkan dengan naluri yang semula jadi, manakala beliau juga menyatakan bahwa sifat manusia adalah tidak rasional, tidak sosial dan tingkah laku manusia digalakkan oleh naluri kehaiwanan. Di sini dapat dijelaskan bahawa, keinginan untuk melakukan perbuatan rogol dan pencabulan tersebut adalah disebabkan naluri kehaiwanan yang diterangkan dalam pendekatan tersebut. Keinginan untuk mempunyai pasangan dan keinginan nafsu yang tinggi tersebut merupakan satu sikap atau naluri yang dikongsi oleh manusia dengan haiwan, maka manusia yang terdorong untuk melakukan perbuatan seperti pencabulan dan rogol tersebut adalah berdasarkan kehendak dan naluri kehaiwanan atau lebih dikenali sebagai nafsu. Selain itu, menurut pendekatan ini, menyatakan bahawa desakan paling utama dalam diri samada lelaki atau perempuan adalah mendapatkan

kepuasan nafsu sendiri. Dalam konteks isu rogol ini, setiap manusia samada lelaki atau perempuan mempunyai keinginan yang tinggi dalam nafsunya, apabila melihat anak gadis yang tertarik dan menarik, maka desakan dan dorongan tersebut menjadi lebih menigkat. Selain itu, tindak balas yang selari dengan kehendak perogol daripada mangsa juga menjadikan guru tersebut tinggi akan desakan naluri kehaiwanan dan mendapatkan kepuasan nafsu sendirinya. Sebagai seorang guru, kawalan nafsu ini haruslah dipelihara dan dijaga rapi kerana nafsu atau naluri kehaiwanan terseut akan menyebabkan terjadinya jenayah-jenayah seperti rogol dan pencabulan terhadap murid-murid. Selain daripada itu juga, menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia terdiri daripada tiga sistem utama iaitu; id yang didorong oleh tenaga untuk hidup serta berprinsipkan kenikmatan; ego adalah diri yang sedar dan berprinsipkan realiti; dan superego adalah komponen sosial yang berprinsipkan moral. Sesuatu tingkah laku itu terjadi hasil daripada interaksi antara ketiga-tiga sistem utama tersebut dalam menentukan agihan tenaga psike kepada id. Id yang beroperasi ditahap bawah sedar adalah sebagai penggerak tingkah laku yang berusaha menggunakan tenaga psike untuk bertindak memenuhi kehendaknya. Bagaimanapun ego sebagai komponen psikologi yang beroperasi di tahap sedar akan merujuk kepada superego sebagai badan kehakiman yang menentukan sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Sekiranya desakan id tersebut menepati kehendak moral atau tidak menyalahi undang-undang dan beretika maka ego akan membenarkan id menggunakan tenaga psikik untuk bertindak. Maka terhasillah tingkah laku. Sebaliknya, jika didapati tingkah laku yang ingin dikakukan id adalah menyalahi peraturan moral, maka ego tidak membenarkan id menggunakan tenaga psike tersebut, justeru tingkah laku yang dihajati individu tersebut tidak akan berlaku.

Menurut pandangan psikoanalitik struktur personaliti manusia ini mengenai isu pencabulan dan rogol adalah di mana id merupakan satu naluri bawah sedar yang primitif. Naluri primitif ini lebih dikenali sebgai kehendak, berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut, naluri primitif yang terlibat adalah kehendak untuk melakukan hubungan seks yang tinggi. kehendak ini berada dalam pmikiran yang tidak sedar, dan ia nya tidak berada di dunia yang nyata atau dunia realiti. Manakala ego seperti apa yang diutarakan dalam pendekatan ini adalah diri yang sedar dan berprinsipkan naluri. Naluri atau kehendak untuk melakukan seks pada peringkat ini menjadi kenyataan dan menjadi realiti kerana pada peringkat ini, ia nya menjadi tingkah laku. Sekiranya, dorongan dan rangsangan yang diterima selari atau signifikan dengan kehendak id, maka ego akan menjalankan tanggungjawabnya di alam atau dunia realiti. Oleh hal yang demikian, kehendak untuk melakukan pencabulan dan rogol tersebut berlaku pada tahap atau struktur ini. Selaini itu, tahap yang seterusnya adalah superego di mana superego ini merupakan satu piawaian moral yang menentukan samada sesuatu tingkah laku tersubut harus dilakukan atau tidak. Berkaitan dengan isu pencabulan dan rogol tersebut, pada tahap ini,guru tersebut tidak mempunyai sebarang kekuatan yang kuat pada superegonya di mana guru tersbut tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, pendidikan moral yang tinggi dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, tingkah laku pencabulan dan rogol tersebut terus dilakukan oleh guru tersebut kerana superegonya tidak dapat mengawal dan menghalang ego daripada terus bertingkah laku dan memainkan peranannya di dunia realiti.

RUJUKAN Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth Cengage Learning.

Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development: Core concepts in therapy. Great Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

Anda mungkin juga menyukai