Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA

NATIONAL ASSOCIATION OF MALAYSIAN STUDENTS IN INDONESIA


KENYATAAN RASMI PKPMI MENGENAI KES PEMERKOSAAN TKW DI MALAYSIA
1. Berhubung dengan kes dakwaan pemerkosaan Tenaga Kerja Wanita (TKW) Indonesia oleh 3 pegawai polis di Pulau Pinang, Malaysia beberapa hari lalu, kami para mahasiswa Malaysia di Indonesia sangat menyesali hal yang terjadi. Walaupun terdapat versi yang menyatakan bahawa TKW tersebut sebenarnya menawarkan perkhidmatan seks sebagai balasan supaya dilepaskan dari tahanan, perkara ini tetap tidak dapat diterima melihat kepada imej dan kedudukan polis sebagai pihak yang berkhidmat kepada masyarakat yang seharusnya bersikap melindungi. 2. Kami berharap kes berkenaan disiasat dan diambil tindakan dengan cepat sesuai dengan undang-undang negara. Sekiranya mereka didapati bersalah kami berharap mereka dikenakan hukuman yang setimpalnya. Kami juga berharap rakan-rakan kami terutama di kalangan mahasiswa dan generasi muda Indonesia tidak melihat kes-kes seperti sebagai menggambarkan sikap seluruh rakyat Malaysia. Kes rogol dan penderaan sememangnya perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan perlu dikecam oleh semua pihak sama ada ia melibatkan warganegara Malaysia atau warganegara asing. 3. Kami berharap di waktu yang akan datang hubungan yang lebih erat akan terjalin antara masyarakat di Indonesia dan Malaysia terutama di kalangan generasi muda dan mahasiswa. Sekian, terima kasih. Wassalam wr wb "Memperkasakan PKPMI Ke Arah Globalisasi Minda" Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat Sesi 2012-2013 Menteng, Jakarta Pusat Hp: +6285885786782 Email : nabiehrahmat@yahoo.com BB Pin : 28DD364A Twitter : @abqorian