Anda di halaman 1dari 14

Refleksi.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih saya kepada Allah kerana telah melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator dan jurulatih yang telah mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Kepada fasilitator iaitu Encik Ismail bin Jaafar,jutaan terima kasih di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan atas segala kesilapan yang telah saya lakukan terutamanya kepada ahli kumpulan sekiranya terdapat keslahan dn kesilapan yang tidak disengajakan.Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa saya

disedari.Anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.Melalui BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman. Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

4.2 Sebelum ke Destinasi Bermula di tempat menunggu bas IPTHO, kami mengemas beg dan barang-barng keperluan untuk perkhemahan di Telok Gorek ,Mersing. Tempat yang memang agak asing bagi saya.Di bawah seliaan Encik Ismail, banyak pesanan dan panduan yng beliau berikan sebelum bas bergerak meninggalkan perkarangan maktab. Kami berhenti sebentar untuk membawa peralatn perkhemahan di sana nanti. Selepas segala persiapan disusun di dalam bas kami mula bergerak meninggalkan perkarangan maktab pda pukul sepuluh pagi.Pada pagi tersebut saya berasa bersemangat dan kesungguhan untuk mengikuti program BIG ini.Perjalanan yang agak jauh bagaikan satu cabaran yang menjadi azimat untuk terus berada di kem tersebut.

Sebaik tiba di Teluk Gorek,perkara pertama yang kami lakukan ialah mendirikan khemah.Inilah kali pertama saya mendirikan khemah bersama kawan-kawan.Selalunya di sekolah,guru lelaki yang menyediakannya.Semua itu memberi pengetahuan kepada saya.Pengalaman yang tidak akan saya temui di jalanan atau di bilik darjah.Khemah yang didirikan agak banyak tetapi kemah untuk peserta perempuan hanya 3 buah sahaja.Dengan adanya kerjasama erat yang terjalin antara peserta, kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

4.2 Refleksi SenamanPagi

Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Jawatankuasa Riadahakan mengetuai kami untuk melakukan senaman. Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang memang telah lama saya tinggalkan. Sepanjang program Bina Insan Guru ini dijalankan, saya sangat berasa sangat seronok ketika bersenam pagi. Ini kerana dalam tugas sehari-hari saya tidk berpeluang meluangkan masa untuk bersenam.Kami akan berjalan kaki menyusuri pasir pantai yang sangat indah sambil bersenam.

Senaman pagi 4.3 Refleksi LDK

Pada sebelah malam pula,kami terlibat dengan aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan).Daripada ceramah yang disampaikan oleh pensyarah,kami sedar banyak lagi kelemahan yang ada pada kami sebagai seorang guru.Banyak perkara yang perlu kami perbaiki.Ceramah yang disampaikan juga membangkitkan semula semangat kami untuk mendidik anak bangsa. Melalui program bina insan ini,dapat melahirkan guru yang serba boleh. Kuliah subuh dan tazkirah yang dismpaikan oleh ustaz juga banyak memberi kesedaran dan mengingatkan semula tentang penyuburan rohani dalam jiwa kami.Program ini juga memupuk keyakinan diri di hati kami bahawa seorang guru itu adalah insan terpilih dan serba boleh.Allah mengurnaikan kepada seorang guru itu keistimewaan yang amat banyak.Justeru itu,seorang guru juga mampu mencipta dan menulis lirik lagu sesuai dengan tugasan yang diberikan kepada kami.Meskipun lagu yang kami cipta tidak sempat diperdengar dan dipersembahkan berikutan kekangan masaSepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, banyak aktiviti yang memberi manfat kepada kami seperti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebu.Dalam sesi yang pertama iaitu mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing.Setiap manusia dianugerahkan potensi yang berbeza-beza oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.Cuma manusia tidak menghargai potensi yang diberikan dan tidak pandai menggunakan potensi tersebut. Kita sering melihat dan membandingkan
4

bahawa potensi orang lain lebih baik daripada potensi diri kita. Kita mesti bersyukur dengan anugerah Tuhan yang ada pada diri kita, barulah kita nampak bahawa kita juga ada potensi yang lebih baik dan tidak ada pada diri orang lain. Kita sudah dianugerahkan potensi, maka tanggungjawab kita adalah untuk manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Selain potensi yang telah dianugerahkan kepada kita, ada juga potensi yang dapat kita pelajari.Antaranya, sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni.Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Latihan

Perguruan.Keikhlasan semasa mengajar sangat penting supaya semua ilmu yang kita ajar dapat diterima dengan baik oleh pelajar kita. Kita haruslah menerima diri kita seadanya.Dengan sikap begini, kita dapat memberi penghargaan yang terbesar kepada diri kita sendiri.Namun, setiap sikap yang ada pada diri kita tidak semestinya baik dan mantap.Oleh itu, kita haruslah bersedia untuk melakukan perubahan kepada sikap kita.Tidak dapat dinafikan, sikap merupakan salah satu elemen diri yang amat sukar untuk diubah.Tambahan lagi, untuk mengubah yang buruk kepada yang baik. Namun berbekalkan keazaman yang kuat dan keyakinan dari dalam diri kita sendiri, mudah-mudahan usaha kita akan berjaya. Selain itu, kita memerlukan dorongan dari sekeliling kita untuk berubah.Ini kerana, manusia mudah terpengaruh oleh pelbagai anasir yang menghalang perubahan sikap mereka.Orang disekeliling memainkan peranan penting untuk menyokong dan mendorong perubahan sikap mereka.Sebagai seorang guru, apabila ada anak murid kita yang ingin berubah, kita hendaklah menunjukkan kita turut bersetuju dengan perubahannya. Sikap merendah-rendahkan perubahan atau pencapaian pelajar akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan tidak ada keyakinan untuk berubah.

4.4Refleksi Aktiviti Air

Aktiviti diair merupakan aktiviti yang mencabar dan terasa sedikit gentar kerana ombak air laut yang agak besar dan kami jarang dilakukan aktiviti sebegini. Namun dengan adanya bimbingan daripada pensyarah telah menyakinkan kami dan kebimbangan kami sirna serta merta.Kami telah diberi penerangan yang terperinci dan latihan membut apungan.Banyak perkara yang kami pelajari. Aktiviti dibuat dalam kumpulan-kumpulan kecil ini akhirnya menyeronokkan kerana kami berjaya menyelam dan membuat apungan di air. Terasa masa terlalu pantas berlalu.Sekali lagi pengalaman masa lalu saya menjadikan saya berkeyakinan tinggi. Berenang di laut dengan ombak yang menghempas kadang kala menyebabkan kami rebah jatuh ke dalam air dan merasai
6

kemasinan air laut, pengalaman ini tidak meninggalkan seribu kenangan yang tidak terbeli. Pada hari ketiga pula kami membina raakit mengikut kumpulan dengan mengikat tongtong dram dengan rapi. Kami belajar membut ikatan yang betul agar rakit tidak terlerai apabila digunakan di air. Semua ahli kumpulan bekerjasama membina rakit masingmasing. Selepas rakit siap dibina, selepas solat Zohor kami berkit di pantai mengikut kumpulan. Pad mulanya memang agak sukar untuk kami mengimbangkan rkit tersebut tetapi setelah mencuba beberapa kali akhirnya kami berjaya berakit dan aktiviti itu semakin menyeronokkan. Ia merupakan pengalaman manis yang tidak terhingga.Saya amat bersyukur dapat melalui semua aktiviti ini.Jika diberi pilihan,saya ingin melakukannya lagi.Inilah pengalaman yang amat berharga buat saya. Semua aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada bimbingan yang diberikan oleh jurulatih.Juga keyakinan yang dipupuk ke dalam hati kami semua.

Pertama kali sampai ke pinggirn laut yang luas mata memandang untuk aktiviti air, saya terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan yang terbentang luas dihadapan saya.Pandangan laut yang luas, damai serta nyaman itu menyedari betapa kecil dan kerdilnya diri saya dalam dunia ini. Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, mula-mula saya terfikir ia tidak sukar sangat, namun, apabila berhadapan dengan keadaan sebenar, ia tidak seperti yang disangkakan..Saya amat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak menolong saya.Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, air ibarat kehidupan kita. Kitaamat berterima kasih kepada kawan-kawan dan fasilitator yang telah banyak menolong saya.Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, air laut ibarat kehidupan kita.Ombak dan ketenangan tiupan anginnyaibarat pahit manis yang melanda kehidupan kita. Ombak yang tenang, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Andaikataair tadi bergelora dek ombak yang mangganas, ia umpama kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar manapun ombak tersebut, kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita.Ia sama dengan kehidupan kita, walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti
7

menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan.Selain itu, saya mempelajari bahawa kawan amatlah penting dalam kehidupan kita.Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan jayanya.

Akhir sekali, walaupun terasa amat letih namun pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti ini amat berguna.Keseronokan dan kegembiraan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi.Selain mempelajari banyak nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air.Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta sesiapa saja.

4.5Refleksi Agihan tugasan

Agihan tugasan dibuat dengan memberi kerjasama daripda setiap individu.Peserta wanita bergilir-gilir memasak mengikut jadual dan menu yang ditetapkan manakala peserta lelaki ditugaskan untuk bergilir-gilir membuat kawalan malam.

Kami juga berjaya membuat satu majlis makan malam yang agak istimewa dan sempurna walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

5.6 Refleksi Malam Kebudyaan. Malam Kebudayaan itu merupakan satu aktiviti yang sngat menghiburkan. Pelbagai persembahan daripada ahli-ahli kumpulan sangat kreatif dn melucukn. Setiap kumpulan memberi kerjasama dan mempersembahkan persembahan yang menarik. Walaupun dalam keadaan kesuntukn masa untuk berbincang membuat persembahan pada malam itu tetapi ia sangat berjaya dan menghiburkan.

4.6 Refleksi keseluruhan Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak.

Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada alam perkhemahan.Ini kerana dalam program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan segala persiapan perkhemahan.Khemah yang disediakan kepada kami adalah bersaiz besar.Hanya

dengan kemahiran yang cetek dan pengalaman yang kurang sahaja yang menjadi bekalan untuk kami mendirikan khemah.Ini sangat penting sebagai latihan untuk saya sekiranya ingin membawa pelajar-pelajar saya untuk mengadakan perkhemahan kelak. Tanpa pengalaman seperti ini, kita pasti akan kelam kabut untuk menguruskan perkhemahan semasa di sekolah nanti.

Kedua, Program BIG ini mengajar saya cara menguruskan diri dalam keadaan suntuk dan tidak selesa. Dengan keadaan cuaca yang panas dan kadang kala hujan, aktiviti sukar untuk dilaksanakan. Namun, berkat kerjasama ahli kumpulan, kami

berjaya mengatasi masalah tersebut.. Saya berasa gembira kerana dalam situasi genting seperti ini, kumpulan saya masih berusaha melakukan sesuatu untuk menguruskan masalah yang kami hadapi..Dengan pengurusan masa yang agak terhad, saya belajar bagaimana menguruskan diri saya sendiri. Contohnya, menguruskan masa untuk membersihkan diri (mandi) sendiri tanpa memberi bebanan atau gangguan kepada orang lain ditambah lagi dengan ketidak selesaan rempat tidur. Walaupun saya mendapat beberapa sengatan semut yabg berbisa namun ia dapat saya tangani dengan sabar.

Ketiga, saya belajar untuk menguruskan masa dengan baik.Saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti yang telah ditetapkan dalam jadual.Selama ini, saya selalu membuat jadual namun tidak mengikutinya.Semasa BIG ini, saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk melakukan sesuatu dalam masa yang telah
10

ditetapkan.Apa yang saya tahu yang paling penting adalah azam dan pembahagian tugas. Misalnya, kami telah diberi masa yang singkat untuk berehat, membersihkan diri, memasak dan makan. Jika kita tidak berazam untuk melakukan semuanya dalam masa yang diberikan, kita tidak akan ada cukup masa. Namun sekiranya kita tidak dapat membahagikan tugas-tugas antara ahli kumpulandengan baik, kita juga tidak mungkin dapat menyelaesaikan tugasan tadi dalam masa tersebut.

Keempat, saya belajar bagaimana kehidupan dalam satu kumpulan. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi bersama mengajar pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama.Nilai ini dapat saya hayati semasa pembahagian alatan di maktab lagi.Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mendapatkan alatan yang

mencukupi.Kemudian semasa memunggah barangan dari bas ke tapak perkhemahan, semuanya berjaya dilakukan kerana kerjasama yang kukuh antara peserta.Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan persepakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Secara tidak langsung, apabila berada dalam lingkungan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai sedemikian, kita juga akan belajar untuk mengamalkan nilai yang sama. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesefakatan dan toleransi, maka semua -tugas akan menjadi berat. Ini kerana semua orang bersikap mementingkan diri sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Sikap inilah yang akan merosakkan sesuatu kumpulan itu. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-pelajar kita menjadi mudah.

11

Kelima, saya turut belajar bagaimana kita harus berbeza dengan orang lain. Berbeza maksudnya mempunyai identiti yang tidak ada pada orang lain. Sebagai seorang guru, kita harus melakukan kelainan semasa mengajar untuk meningkatkan kefahaman pelajar kita. Selain itu, ini dapat mengelakkan kebosanan. Jangan selalu bergantung kepada idea orang lain sahaja, tetapi mencuba sesuatu yang baharu. Untuk menjadi seorang guru yang disukai pelajarnya, sikap kreatif haruslah ada bagi mewujudkan kelainan.

Keenam, semasa berda di laut saya belajar satu analogi yang cukup berguna. Jika dilihat dari jauh , air laut Nampak tenang dan damai tapi sebenarnya bila kita dekati ia kadang kala menerima ombak yang besar. Tetapi jika salami dengan lebih mendalam banyak kebaikan yang boleh kita lihat di dasarnya.Ini ibarat kehidupan seorang guru yang kadang-kadang gembira, sedih, mencabar, sukar, dipenuhi air mata dan sebagainya.Namun, ianya mesti ditempuhi juga demi anak bangsa.Begitu juga dengan seorang guru dan anak murid yang cukup nakal. Jika guru tersebut berterusan membimbing dan menasihati murid itu, lama kelamaan murid itu akan berubah seperti batu yang keras itu. Apabila mengajar kelak, sikap sebegini patutlah ada dalam diri seorang guru.

Ketujuh,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang
12

sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi.Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri.Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak.

4.7 Penutup Program ini berakhir pada waktu tengah hari.Perjalanan selama empat jam untuk tiba ke destinasi bukanlah halangan besar buat saya walaupun pada ketika itu,badan terlalu letih, mengantuk dan saya masih mabuk laut.Tanggungjawab saya sudah menunggu di rumah.Anak-anak yang ditinggalkan sepanjang yang tiga hari harus saya saya bayar temui demi

segera.Sesungguhnya,inilah

pengorbanan

harus

merealissasikan impian yang tertangguh.Kepada suami dan anak-anak,terima kasih atas pengertian kalian.Terima kasih atas pengorbanan kalian. Terima kasih juga kepada pensyarah dan pegawai yang bertugas dengn gigih untuk menjayakan program ini.

13

Siantan bunga selasih,Sekian terima kasih.

Norlela Sekak BMM 2 PPG JUN 2011

14