Anda di halaman 1dari 4

Definisi aqidah dari segi bahasa

Aqidah ( )dari segi bahasa berasal dari Bahasa Arab ( )yang


bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. kata dasar "al-aqdu" yaitu ar-rabth (ikatan), al-Ibraam (pengesahan), al-ihkam (penguatan),at-tawatstsuq (menjadi kukuh, kuat), asy-syaddu biquwwah (pengikatan dengan kuat), at-tamaasuk (pengukuhan) dan al-itsbaatu (penetapan). Di antaranya juga mempunyai erti alyaqiin (keyakinan) dan al-jazmu (penetapan). Perkataan aqidah juga bersamaan dengan Itiqod dan mutaqid, dan jamanya adalah aqoid dan mutaqidat.Perjanjian dan penegasan sumpah juga disebut 'aqdu. Jual-beli pun disebut 'aqdu, kerana ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan' aqdu (transaksi) yang mengikat. Kata "aqidah" diambil dari "Al-Aqdu" (ikatan) lawan kata dari alhallu(penguraian, pelepasan). Dan kata tersebut diambil dari kata kerja: " Aqadahu" "Ya'qiduhu" (mengikatnya), " Aqdan" (ikatan sumpah), dan " Uqdatun Nikah" (ikatan menikah). Allah Ta'ala berfirman,

...
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja ..." (Al-Maa-idah : 89). Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id. Terdapat aqidah yang salah, palsu dan sesat.Aqidah yang karut dan bukan bersifat agama.Aqidah yang benar dan sahih ialah seperti mana yang terdapat dalam Al-Quran.Aqidah yang lurus lagi benar ialah aqidah yang dibawa oleh para rasul untuk manusia.Aqidah yang satu, tidak berbilang dan berjuzuk kerana ia datang dari Allah walaupun berbilang rasul, masa dan tempat.

Definisi aqidah dari segi istilah Pengertian Aqidah secara istilah ialah perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerenanya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kukuh, yang tiada keraguan dan kebimbangan. Dengan kata lain, keimanan yang pasti tidak terkandung suatu keraguan apa pun pada orang yang menyakininya. Dan harus sesuai dengan kenyataannya, yang tidak menerima keraguan atau prasangka. Jika hal tersebut tidak sampai pada tahap keyakinan yang kukuh, maka tidak dinamakan aqidah. Dinamakan aqidah, kerena orang itu mengikat hatinya di atas hal tersebut. Aqidah dari segi istilah umum ialah dipakai untuk menyebut keputusan fikiran yang mantap, benar maupun salah.Jika keputusan fikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nasrani bahawa Allah adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas). Istilah "aqidah" juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan keputusan tegas yang tidak boleh dihinggapi kebimbangan. Iaitu apa-apa yang dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai mazhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya. Definisi Aqidah Menurut Istilah Khusus (Syariat)Iaitu, kepercayaan yang mantap kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab suci-Nya, para Rasul-Nya, hari Akhir, qadar yang baik dan yang buruk, serta seluruh muatan Al-Qur'an Al-Karim dan As-Sunnah ash-Shahihah berupa pokok-pokok agama, perintah-perintah dan beritaberitanya, serta apa saja yang disepakati oleh generasi Salafush Shalih (ijma '), dan kepasrahan total kepada Allah Ta'ala dalam hal keputusan undang-undang, perintah, takdir, mahupun syara ', serta ketundukan kepada Rasulullah SAW dengan cara mematuhinya, menerima keputusan hukumnya dan mengikutinya.

Mengikut beberapa pendapat ulama, aqidah menurut istilah. Ibnu Taimiah Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh ketenangan oleh ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Imam Al-Ghazali Satu pegangan dan membenarkan dengan hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Al-Murtadha az-Zabidi Apa yang dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ia tersemai di dalam hati dan jiwa. Abdul Aziz Umar Ahmad Pegangan yang tersimpul dan terikat dalam hati. Hassan Al-Banna Suatu yang mengharuskan hati anda membenarkannya, yang membuat jiwa anda akan tenang tenteram kepadanya dan akan menjadi kepercayaan anda yang bersih dari kebimbangan dan keraguan. Kesimpulannya, Secara istilahnya ialah satu simpulan kepercayaan yang teguh di dalam hati seseorang terhadap rukun-rukun iman seperti yang terdapat dalam wahyu Allah (Quran dan Sunnah) tanpa sebarang keraguan. Aqidah adalah ketetapan hati masing-masing dan keimanan yang teguh kepada Allah dengan segala pelaksanaan perintahnya. Dengan erti kata lain, kita wajib melaksanakan amar maruf nahi munkar yang bermaksud melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya. Maka aqidah yang sebenar ialah islam dan ia akan terjamin hingga qiamat.

Anda mungkin juga menyukai