Anda di halaman 1dari 55

TAJUK 1

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Sinopsis Menghuraikan objektif, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peundangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Membincangkan kaitan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel. Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan objektif Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dalam peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel. 2. Menjelaskan dasar keselamatan dan kesihatan perkerjaan. 3. Menyatakan perundangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan. Kerangka Konsep

Objektif

Dasar Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Perundangan

Perkhidmatan

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 1

1.1

Objektif Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu: Pengilangan, Perlombongan dan pengkuarian ,Pembinaan ,Hotel dan restoran ,Pertanian, perhutanan dan perikanan, Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi ,Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun, Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan, Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan. Objektif Jabatan ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan menjelang tahun 2010 seperti berikut : (a) (b) Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 20% Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan (maut, hilang upaya kekal, tanpa hilang upaya kekal) sehingga 20% (c) Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga 100% dan promosi sehingga 200%; dan (d) Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal KKP (SHO) sehingga 20%

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 2

Tahukah Anda? Sekurang-kurangnya ada dua sebab utama mengapa JKK penting ditubuhkan. Sebab tersebut ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja

1.2

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk

menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama. Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 3

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan;

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan yakin bahawa keselamatan dan

kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi .

Tahukah Anda? Sekurang-kurangnya ada dua sebab utama mengapa JKK penting ditubuhkan. Sebab tersebut ialah adanya keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja.

Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 4

1.3

Perundangan. Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun

1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas kapal dan angkatan tentera.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah pembolehan yang bertindih di atas undangundang keselamatan dan kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 5

Akta ini juga mendefinasikan kewajipan-kewajipan am majikan, pengilang, pekerja, pekerja sendiri, perekabentuk, pengimport dan pembekal. Walaupun kewajipan-kewajipan tersebut adalah berbentuk am, ia memerlukan perhatian yang serius, dan membawa pelbagai tanggungjawab yang luas. Tiga prinsip utama telah diambil untuk dijadikan asas dalam penggubalan Akta ini. Prinsip pertama ialah selfregulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas. Bermula dengan mengadakan satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya, pihak majikan perlu mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk dilaksanakan. Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja. Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan pekerja tiada satu pun program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan akan berjaya. Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi dan penyusunan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang timbul daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Kuasa untuk
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 6

penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan juga dinyatakan dengan jelas. Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

Pengilangan Perlombongan dan penguarian Pembinaan Pertanian, perhutanan dan perikanan Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi Perdagangan borong dan runcit Hotel dan restoran Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Manakala misi Jabatan adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua majikan dan pekerja supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka dan orang lain yang terdedah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti orang bekerja adalah terpelihara.
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 7

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perundangan di dalam JKKP anda boleh melayari laman sesawang berikut : http://www.dosh.gov.my/

1.4

Perkhidmatan. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan komited untuk melaksanakan

tiga (3) fungsi utama Jabatan iaitu Penyediaan Standard, Penguatkuasaan, Promosi dan Khidmat Nasihat Kepakaran dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dengan adil, tegas dan mesra (3F) melalui janji-janji yang berikut :

Status Pencapaian Piagam Pelanggan Bagi Julai 2011 Tempoh (Masa)

Perkara 1)

Menyiasat dan memberi maklum balas kepada setiap aduan < 3 hari pelanggan

2)

Memproses permohonan kelulusan rekabentuk jentera berperakuan kelayakan i) ii) Dandang stim Pengandung tekanan tak berapi: Pengandung tekanan kritikal dengan semakan oleh pihak a. ketiga b. Pengandung tekanan kritikal tanpa semakan oleh pihak < 30 hari < 20 hari < 60 hari

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 8

ketiga c. Pengandung tekanan tidak kritikal 3) < 10 hari

Kelulusan pendaftaran sebagai Pegawai Keselamatan Kesihatan < 30 hari (Safety and Health Officer) bagi setiap permohonan yang lengkap

4)

Memproses dan mengumumkan permohonan Orang Yang < 30 hari Kompeten (Competent Person) untuk menjalankan kerja Higen Industri

5)

Memproses dan memaklumkan keputusan permohonan lanjutan < 60 hari tempoh sahlaku kad/sijil perakuan kelayakan pengandung

tekanan tak berapi / dandang stim 6) Memproses dan meluluskan permohonan kebenaran memasang < 15 hari dan mengendalikan simpanan pukal 7) Memproses kelulusan permohonan kebenaran memasang talian < 14 hari paip 8) Memproses kelulusan permohonan kebenaran mengendalikan < 10 hari talian paip 9) Menjalankan pemeriksaan dan ujian hidrostatik ke atas talian paip < 14 hari

10) Memulakan siasatan kejuruteraan forensik selepas menerima < Dalam pemberitahuan kemalangan / kejadian di tempat kerja tempoh 48 jam 11) Menyediakan laporan ringkas siasatan kejuruteraan forensik < 2 hari kepada pihak pengurusan atasan dari tarikh siasatan dijalankan

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 9

12) Memproses kelulusan permohonan pendaftaran Doktor Kesihatan < 30 hari Pekerjaan 13) Memproses kelulusan permohonan generik Chemical Health Risk < 60 hari Assessment bagi setiap permohonan yang lengkap 14) Memberikan maklumbalas bagi setiap permohonan memberikan < 7 hari ceramah dan mengadakan pameran berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15) Menyediakan resit bayaran di kaunter kepada setiap pelanggan < 10 minit yang membuat urusan bayaran 16) Mengkaji semula akta, peraturan, koda amalan dan garis panduan 5 tahun sekali berkaitan dengan fungsi-fungsi Jabatan

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 10

TAJUK 2

INSTITUT

KESELAMATAN

DAN

KESIHATAN

PEKERJAAN

KEBANGSAAN (NIOSH)

Sinopsis Menghuraikan peranan dan tanggungjawab Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH). Membincangkan hubungan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) terhadap peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel.

Hasil Pembelajaran :

1. Menyatakan peranan dan tanggungjawab Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) 2. Menjelaskan hubungan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kebangsaan (NIOSH) dengan institutsi pendidikan.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 11

Kerangka Konsep

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)

Peranan dan tanggungjawab

Hubungan dengan institusi pendidikan

2.1

Peranan Pekerjaan

dan

Tanggungjawab

Institut

Keselamatan

dan

Kesihatan

Kebangsaan (NIOSH).

1 Disember 1992 menandakan sebuah era baru dalam promosi Keselamatan dan Kesihatan di Malaysia. Pada hari ini, Institut Nasional Keselamatan dan Kesihatan Kerja (NIOSH) dilancarkan, selepas persiapan yang cermat dan komitmen dari semua pihak untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja di Malaysia. Dalam kata-kata Menteri Sumber Manusia, Malaysia, NIOSH akan menjadi kritis mangkin "" dalam mempromosikan keselamatan dan kesihatan yang juga akan menjadi tulang belakang "" untuk membuat "menetapkan diri sendiri budaya keselamatan dan kesihatan" di Malaysia. NIOSH ditubuhkan pada tarikh 24 Jun 1992 sebagai Perseroan Terbatas dengan jaminan, di bawah undang-undang Syarikat Malaysia, 1965. Sebagai sebuah syarikat, NIOSH diharapkan dapat beroperasi secara cekap dan dengan birokrasi pentadbiran minimum. NIOSH Lembaga Pengarah terdiri daripada 15 ahli Dewan, sepuluh yang

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 12

dilantik oleh Kerajaan sementara sisanya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Sidang Umum Tahunan (RUPST). Hal ini membuat NIOSH berbeza dari lembaga serupa di negaranegara lain. NIOSH ditubuhkan dengan RM1 juta Pelancaran Grant dari Kerajaan dan lebih RM50 juta Endowment Fund (RM40 juta daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dari Malaysia dan lebih RM 10 juta dari Kerajaan Malaysia), yang akan dilaburkan, dan kembalinya pelaburan akan digunakan untuk membiayai sebahagian operasi NIOSH.

Tahukah Anda? Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam latihan, sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Institut ini juga membantu pihak industri bagi membantu perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

2.1.1 Polisi Keselamatan Dan Kesihatan NIOSH komited bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat untuk semua pekerja dan orang lain yang terlibat atau yang menerima kesan daripada operasinya dengan mengambil kira keperluan statutory serta piawaian Negara dan antarabangsa dan tata amalan yang berkaitan.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 13

Pelaksaan dan keberkesanan polisi ini merupakan tanggungjawab pengurusan jaluran serta penyertaan dan penglibatan semua pekerja dan NIOSH akan memastikan bahawa sumber yang mencukupi, latihan dan masa juga diperuntukkan. Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan diberikan keutamaan yang sama dengan objektif utama yang lain. Sistem dan program pengurusan Keselamatan dan Kesihatan akan sentiasa disemak untuk memastikan penambahbaikan yang berterusan. Pendekatan kemanusiaan akan digunakan oleh NIOSH untuk memupuk budaya kerja yang selamat dan sihat, iaitu majikan dan pekerja hendaklah berkongsi tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik. Polisi ini akan dipantau untuk memastikan pencapaian objektif NIOSH dan disemak mengikut perubahan perundangan dan organisasi.

2.1.2 Polisi Kualiti Polisi kualiti NIOSH menunjukkan komitmen pihak pengurusan dan kakitangan di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti fungsiannya: Kami bertekad untuk mencapai kecemerlangan melalui peningkatan berterusan di dalam memberi produk dan perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkualiti bagi menepati keperluan pelanggan. Pihak Pengurusan akan memastikan:

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 14

1. Kualiti produk dan perkhidmatan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. 2. Kualiti produk dan perkhimatan dikawal dan dipertingkatkan pada setiap peringkat pengurusan dan organisasi. 3. Keakuran sepenuhnya terhadap keperluan kualiti. 4. Intergriti system pengurusan kualiti sentiasa dipelihara dalam proses

peningkatan yang berterusan. 5. Keberkesanan system pengurusan kualiti dikenal pasti. 6. Objektif kualiti sentiasa disemak dan dinilai semula. 7. Kualiti difahami dan disampaikan kepada setiap kakitangan serta menjadi teras amalan budaya korporat institut. Semua kakitangan memainkan peranan penting dalam memastikan kepuasan pelanggan. Setiap kakitangan bertanggungjawab dalam memastikan sumbangan mereka adalah berkesan dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

2.1.3 Polisi Pembangunan Sumber Manusia NIOSH bermatlamat untuk membangunkan tenaga kerja yang cekap, terlatih, berintegriti, dan professional melalui pengurusan pembangunan sumber manusia yang sistematik selaras dengan objektif latihan dan pembangunan sumber manusia NIOSH.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 15

Memberi peluang kepada semua kakitangan NIOSH menyertai latihan untuk pembangunan sumber manusia NIOSH Pihak pengurusan akan memastikan: 1. Ilmu pengetahuan dan keterampilan kakitangan di dalam bidang berkaitan dan bersesuaian dipertingkatkan. 2. Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti pembangunan sumber manusia dilakukan secara sistematik bagi memenuhi tuntutan kakitangan yang memerlukan pelbagai bentuk latihan dalam peningkatan kompetensi. 3. Kakitangan perlu menghadiri sekurang-kurangnya lima hari latihan dalam tempoh setahun. Keperluan dan pembangunan latihan kakitangan akan dikenal pasti melalui: i) ii) iii) Analisis keperluan latihan Penilaian tahunan kakitangan. Permohonan daripada kakitangan. NIOSH komited untuk menyediakan sumber dan kemudahan yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 16

2.2

Hubungan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) dengan Institusi Pendidikan. Tujuan pada hasil menyelesaikan program yang dianjurkan oleh NIOSH adalah

pelajar akan dapat :

Memahami landasan teori dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk secara efektif mengelola isu-isu keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.

Memperoleh pemahaman yang mendalam dan kompetensi dalam amalanamalan keselamatan dan kesihatan.

Mendemonstrasikan pengetahuan asas perundangan berkaitan berkenaan dengan peraturan keselamatan dan kesihatan.

Menunjukkan peranan dan fungsi keselamatan dan profesional kesihatan dan nilai pendekatan pasukan untuk keselamatan dan amalan kesihatan;

Mengembangkan diperlukan saintifik, kemahiran teknikal yang berkaitan dengan analisis, penilaian dan tafsiran data.

Menunjukkan pendekatan komunikasi yang berkesan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Manusia (NIOSH) berjanji akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti berorientasi pelanggan seperti berikut

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 17

a)

Kursus dan Latihan

Latihan merupakan bahagian integral dari Keselamatan & Kesihatan (Keselamatan dan Kesihatan Kerja). Untuk memastikan kejayaan dari setiap program Keselamatan dan Kesihatan Kerja di tempat kerja, dan berkesan latihan yang mencukupi perlu dilaksanakan bagi seluruh mereka yang bertanggung jawab untuk Keselamatan dan Kesihatan Kerja. Latihan membolehkan pengurus, penyelia dan pekerja untuk memahami cara kerja sistem pengurusan keselamatan dan pematuhan undang-undang yang diperlukan. Mereka kemudian akan memahami tanggung jawab mereka sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.

Memastikan pengesahan kursus yang akan dijalankan dimaklumkan kepada peserta dalam tempoh dua minggu sebelum kursus bermula

Memastikan pendaftaran peserta pada hari Kursus dijalankan 30 minit sebelum kursus bermula.

Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh 1 hari sebelum kursus bermula.

Memastikan pengeluaran resit pembayaran dibuat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh bayaran diterima.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 18

(b)

Khidmat Rundingan Penyebaran maklumat merupakan salah satu fungsi dalam NIOSH yang telah

menjadi diperlukan oleh industri Malaysia. Secara tidak langsung ini menunjukkan peningkatan tahap kesedaran dalam Keselamatan dan Kesihatan Kerja di antara pengusaha, pekerja dan institusi pendidikan tinggi. Pembangunan infrastruktur dan perisian teknologi maklumat tersebut antara unsur-unsur utama dari menyebarkan maklumat kepada industri serta masyarakat secara keseluruhan. NIOSH juga mengatur dan menyertai dalam pelbagai pameran, seminar dan persidangan yang diadakan kebangsaan serta memberikan nasihat dan menyokong industri dalam keselamatan mereka dan aktiviti kempen kesihatan. Sebagai maklumat penting dalam mewujudkan tujuan dari persekitaran kerja yang sihat dan selamat, NIOSH aktif melakukan kegiatan Diseminasi Maklumat untuk menjangkau awam dengan harapan untuk menanamkan budaya kerja yang sihat dan selamat.

Memeastikan sebut harga diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima hari bekerja selepas perbincangan bersama pelanggan.

Memastikan laporan akhir diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh selewat-lewatnya enam minggu selepas tarikh draf laporan dipersetujui oleh pelanggan.

(c)

Pasport Keselamatan

Memastikan Kad Passport Keselamatan NIOSH dikeluarkan dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh penilaian.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 19

(d)

Peperiksaan dan Penilaian Memastikan keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh enam minggu dari tarikh peperiksaan Memastikan sijil kehadiran dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu dari tarikh kursus

(e)

Pertanyaan dan Aduan Memberi maklum balas terhadap setiap pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh dua hari bekerja.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 20

TAJUK 3

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

Sinopsis Menghuraikan tugas serta peranan PERKESO termasuklah menerangkan secara terperinci misi , perananan dan tanggungjawab, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pendaftaran, caruman, perlindungan insurans bencana pekerjaan dan hubungan PERKESO dengan institusi pendidikan.

Hasil Pembelajaran :

1. Menjelaskan peranan serta tanggungjawab PERKESO 2. Menghuraikan secara jelas dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 21

Kerangka Konsep
PERKESO

MISI

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PENDAFTARAN

CARUMAN

PERLINDUNGAN INSURANS BENCANA PEKERJAAN

HUBUNGAN DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

3.1

Pengenalan PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja,1969 dan kemudian menjadi sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985. Mulai 1 Januari 1992 PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru PERKESO telah diperkenalkan. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 22

Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan di samping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin. 3.2 Misi

PERKESO adalah komited untuk memastikan keselamatan sosial dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi Prinsip Insurans Keselamatan Sosial Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos yang paling ekonomik (cost-effectiveness) dengan menggunakan teknologi canggih serta

pembangunan sumber manusia. Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan cara serta sistem pemberian faedah. Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usahausaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulanwang PERKESO melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik. Memupuk serta menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di kalangan pekerja/majikan. 3.3 Peranan dan Tanggungjawab

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 23

Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada pelanggannya. Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya. Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi lebih teguh. Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO. Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

3.4

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab semua. Pengurusan serta kakitangan adalah beriltizam untuk membentuk dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke arah membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan nyawa. Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan : Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan pencegahan kemalangan. Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan kesihatan dan keselamatannya serta orang lain. Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta teknik.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 24

Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan kesihatan.

Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat supaya terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan serta operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan kerajaan.

Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi memahami serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

3.5

Pendaftaran A. MAJIKAN UTAMA

Majikan yang mengambil pekerja secara terus untuk bekerja dengannya. Semua pembayaran gaji dan urusan perkhidmatan diuruskan oleh majikan utama ini. B. MAJIKAN LANGSUNG Majikan yang wujud di bawah majikan utama untuk menjalankan sesuatu kerja secara subkontrak. Majikan langsung berhak sepenuhnya kepada pekerja yang diambilnya untuk bekerja.

C. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO mengikut Akta Keselamatan
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 25

Sosial Pekerja, 1969. Memastikan semua pekerja yang diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka dibayar. D. PENDAFTARAN MAJIKAN Majikan mesti berdaftar di PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh beroperasi. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi borang-borang berikut dengan lengkap dan jelas: 1. Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) perlu disertakan dengan 2 salinan dokumendokumen berikut:a. Syarikat Sdn Bhd Borang 9 (Akta Syarikat 1965) Borang 49 (Akta Syarikat 1965)

b. Kepunyaan Tunggal / Perkongsian Borang D (Perakuan Pendaftaran) Borang A (Perakuan Perniagaan) atau

c. Pejabat Peguam Salinan Amalan Guaman daripada Majlis Peguam atau

d. Klinik Borang 12 (Akta Perubatan 1971 Kelulusan daripada MMA) atau

e. Pejabat Audit
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 26

Akta Syarikat 1965 Kelulusan Juruaudit atau

f. Pertubuhan / Persatuan Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-peraturan Pertubuhan atau 1984)

g. Lain-lain Dokumen seperti yang ditetapkan.

2. Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja) Ejaan nama dan kedua-dua nombor kad pengenalan pekerja perlu ditulis sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan pekerja. Borang 1 dan Borang 2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran. Nombor Kod Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dalam semua urusan.

Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang menunjukkan butirbutir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:Nama Pekerjaan

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 27

Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu Bahagian caruman pekerja Gaji bulanan Elaun Daftar ini tidak diperlukan lagi jika majikan telahpun menyimpan suatu daftar yang hampir serupa dan butir-butir yang tersebut di atas telah juga ditunjukkan dalam daftar itu secara manual ataupun elektronik.

PERKESO hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara untuk semua urusan pekerja dan tidak lagi menggunakan nombor Keselamatan Sosial Pekerja.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan tajuk ini anda boleh melayari laman sesawang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut http://www.perkeso.gov.my/ms/pendaftaran-majikan-a-pekerja.html 3.6 Caruman

Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Caruman pekerja sebanyak 0.5% perlu dibayar untuk perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat dan caruman majikan sebanyak 1.75% bagi perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 28

Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

Bincangkan bersama rakan, jenis serta kategori caruman yang boleh diperolehi melalui PERKESO

3.6.1 Jenis dan Kategori Caruman A. Jenis pertama Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun. Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. B. Jenis Kedua Caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Caruman jenis ini hanya untuk pekerja yang tidak lagi layak dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat. i. Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun dan masih bekerja;

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 29

ii.

Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 50 tahun ketika mula-mula mendaftar dan mencarum dengan PERKESO;

iii.

Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap keilatan.

iv.

Di bawah jenis ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Bank yang dilantik dikehendaki memindahkan kutipan caruman pada hari bekerja pertama setiap minggu atau apabila amaun kutipan caruman mencapai jumlah RM20,000 mengikut mana yang terdahulu ke akaun PERKESO di Malayan Banking Bhd iaitu Akaun Kumpulan Wang Keselamatan Sosial. Pertubuhan telah menandatangani perjanjian dengan EDI (M) Sdn Bhd dan Vads (M) Sdn Bhd bagi memperkenal dan melaksanakan pemindahan maklumat caruman majikan dan pekerja secara elektronik atau Electronic Data Intercharge (EDI) menggunakan kaedah konektiviti hos ke hos. 3.6.2 Takrif Gaji Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan seperti:i. ii. iii. iv. Gaji pokok Kerja lebih masa Komisen Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 30

v. vi.

Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya. Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh: Gaji Pokok Elaun kerja lebih masa Elaun sara hidup Jumlah gaji = RM1000.00 = = = RM250.00 RM100.00 RM1350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40 (Rujuk Lampiran A Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaran-pembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu: Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan. Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja Bonus tahunan.

Tahukah Anda? Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan gagal mencarum untuk pekerja dengan PERKESO.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 31

3.7

Perlindungan Insurans Bencana Pekerjaan

Dengan merujuk kepada buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan dengan skim-skim perlindungan insurans bencana pekerjaan.

PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.Skim Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab. Objektif kedua-dua skim keselamatan sosial ni adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan.

3.7.1 Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.

Perlindungan Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:-

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 32

Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada pekerjaannya.

Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya. Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang dibenarkan. Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya. (dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu).

Kemalangan Semasa Kecemasan Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat bencana. Contohnya kebakaran.

Penyakit Khidmat Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Contoh: o Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 33

o Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi pekerjapekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya. Insurans Bencana Pekerjaan Faedah Perubatan Faedah Hilangupaya Sementara Faedah Hilangupaya Kekal Elaun Layanan Sentiasa Faedah Pemulihan Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pendidikan

3.8

Hubungan dengan Institusi Pendidikan

Faedah Pendidikan ini merupakan suatu kemudahan pendidikan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan seseorang orang berinsurans yang menerima bayaran faedah secara berkala yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO. Syarat Permohonan 1. Pemohon hendaklah Anak Tanggungan seseorang orang berinsurans yang:i. ii. Meninggal dunia kerana suatu bencana pekerjaan atau Meninggal dunia atas apa-apa sebab sebelum berusia 55 tahun dan memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat; atau iii. Menerima Pencen Ilat; atau
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 34

iv. v.

Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat; atau Menerima Faedah Hilangupaya Kekal secara berkala.

2. Belum berkahwin 3. Belum mencapai umur 21 tahun semasa permohonannya diterima oleh PERKESO 4. Memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang ditetapkan oleh PERKESO. 5. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan di peringkat ijazah, diploma atau sijil. 6. Bagi pemohon yang menerima pengajian di IPTS, kolej berkenaan hendaklah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kursus yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA). 7. Bagi pemohon yang menerima pengajian di peringkat Sijil, tempoh pengajian kursus berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun dan kursus yang diikuti hendaklah mendapat pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia. 8. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh masa. 9. Tidak mendapat tajaan biasiswa/pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dari agensi lain. 10. Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya. Nota: Orang-orang berikut tidak layak memohon pinjaman ini:

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 35

i. Pelajar sekolah rendah atau menengah ii. Adik-beradik orang berinsurans iii. Pelajar peringkat sarjana/matrikulasi/pra/asasi/foundation Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan IPTS dan kursus yang diikuti telah mendapat kelulusan jabatan-jabatan yang berkenaan. 3.8.1 Kadar Dan Pembahagian Peruntukan Pinjaman Peruntukan pinjaman bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dan mengikut amalan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia seperti berikut:-

Yuran pengajian sebenar meliputi: Yuran masuk dan pendaftaran Yuran pengajian Yuran peperiksaan Perbelanjaan lain a. Perbelanjaan sara hidup b. Tambang kapal terbang c. Perbelanjaan buku d. Perbelanjaan alat perkakas e. Perbelanjaan penyediaan tesis f. Perbelanjaan latihan praktikal/amali

g. Lain-lain yang ditetapkan oleh PERKESO dari semasa ke semasa. 3.8.2 Pembayaran Balik Pinjaman
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 36

i.

Peminjam hendaklah membayar balik kesemua wang pinjaman yang telah diterima daripada PERKESO apabila tamat atau meninggalkan pengajiannya secara ansuran bulanan.

ii.

Tempoh pembayaran balik adalah antara 2 hingga 25 tahun, bergantung kepada jumlah pinjaman yang telah diluluskan. (Sila rujuk Lampiran 1).

iii.

Bayaran pertama bagi ansuran ini hendaklah bermula pada 1 haribulan bagi bulan ketujuh (7) daripada tarikh peminjam itu menamatkan atau meninggalkan pengajiannya atau lebih awal sekiranya telah bekerja sebelum genap tempoh berkenaan.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 37

TAJUK 4

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514)

Sinopsis Menjelaskan tentang peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa melakukan kerja di bengkel berdasarkan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta berkaitan dengan dasar, kawalan, jawatankuasa, pengelasan, penggunaan dan standard pekerjaan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja 2. Menghuraikan secara jelas dasar, kawalan, jawatankuasa, pengelasan, penggunaan dan standard
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 38

Kerangka Konsep

4.1

Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja.

Dengan merujuk kepada buku rujukan dapatkan maklumat berkaitan dengan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja berdasarkan kepada peruntukan Akta 514.
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 39

4.1.1 Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki setiap majikan : 1. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. 2. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas. 3. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia. 4.1.2 Tujuan Akta ini adalah seperti berikut :

1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. 2. Melindungi orang-orang di tempat tersebut. 3. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. 4. Menyediakan kaedah dimana peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja dapat diganti secara progresif dengan system peraturan dan kod amalan industry yang beroperasi bersama dengan Akta 514 untuk mengekal atau meningkatkan standart keselamtan dan kesihatan. 4.1.3 Peraturan serta langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

1. Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 40

2. Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja. 3. Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan contohnya drill kebakaran, mengangkat beban secara manual. 4. Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan unutk kakitangan. 5. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi contohnya menyusun fail di atas rak tinggi. 6. Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa. 7. Mengadakan pelan tindakan kecemasan 8. Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan 9. Mempertingkatkan kekemasan tempat kerja. 10. Menyusun atur kelengkapan pejabat dengan baik. 11. Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh: larangan merokok, menyediakan ruang khas unutk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan. 12. Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak pertolongan cemas ) 13. Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan 14. Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling. 15. Memberi latihan induksi kepada kakitangan baru. 16. Mendapatkan komitmen sepenuhnya dari majikan dan pekerja.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 41

4.2

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514), maka dengan ini dinyatakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan iaitu:

1. Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang negara 2. Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja 3. Menyediakan maklumat, petunjuk dan latihan bagi memupuk staf mendisiplinkan diri supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam sebarang pekerjaan 4. Melatih staf supaya mereka boleh dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan 5. Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik sebagai amalan biasa apabila mereka tamat belajar serta berdepan dengan masyarakat dan alam pekerjaan.

4.3

Fungsi Jawatankuasa Akta 514

1. Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat. 2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan .

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 42

3. Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan. 4. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan bagi penyemakan dasar tersebut. 5. Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikemukakan oleh pegawai, laporan dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 6. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko terdapat dalam jenis kerja ; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulan. 7. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja. 8. Menjalankan penyiasatan tempat kerja. 9. Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Jabatan/Unit;

Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 43

5.0 KEBERKESANAN PENGURUSAN BENGKEL YANG TERDAPAT DISEKOLAH SEMASA BERPRAKTIKUM


MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 44

KEBERKESANAN PENGURUSAN SERTA KELEMAHAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP YANG TERDAPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN ULU MELAKA, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

Bengkel Kemahiran Hidup merupakan pusat operasi pengajaran dan pembelajaran . Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang tertentu itu merupakan refleksi suasana bengkel yang dibina. Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan produk yang positif. Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi pendidikan dalam bidang pekerjaan yang merangkumi latihan bengkel. Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . (Yahya, 1989)

Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 45

dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran. (Newable dan Canon, 1989) Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran secara teori sahaja malahan juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran amali dijalankan di dalam bengkel - bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran secara amali. Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi Kedah Darul Aman mempunyai sebuah bengkel Kemahiran Hidup yang cukup kondusif serta mempunyai segala peralatan yang diperlukan oleh murid yang dapat membantu mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup. Perkara pertama yang yang sangat penting dalam pengurusan bengkel kemahiran hidup semestinya adalah struktur organisasi yang dirangka bertujuaan unutk mengurus bengkel tersebut. Apa yang dapat diperhatikan, bengkel kemahiran hidup di sekolah ini mempunyai struktur organisasi yang terancang dimana, Guru Besar sekolah tersebut menjadi sebagai penaung bagi struktur organisasi manakala guru panitia bertindak sebagai pengurus dalam menguruskan organisasi bengkel. Guru panitia mempunyai kuasa untuk melantik murid menjadi formen bengkel dimana tugas formen
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 46

ini adalah membantu guru dalam membersihkan bengkel serta memastikan segala peralatan yang terdapat di dalam bengkel diletakkan di tempat asal dan diselenggara mengikut jadual. Perkara kedua adalah kelengkapan alatan yang terdapat di dalam bengkel. Alatan yang lengkap membantu murid dalam menjalankan pembelajaran yang lebih efektif. Ini adalah kerana kemahiran hidup merupakan subjek yanglebih menekan kepada aspek kemahiran berbanding dengan teori.Di sekolah ini, peralatan yang tersedia di dalam bengkel memenuhi standard sesebuah bengkel kemahiran hidup. Selain itu, peralatan yang lengkap ini dijaga dengan rapi dan selenggarakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Segala urusan keluar/masuk perlatan di dalam bengkel ini akan dicatat seperti yang sedia termaktub di dalam sistem kewangan dan pengurusan aset sekolah ini. Perkara ketiga menyentuh kepada aspek peraturan yang dikuatkuasakan semasa murid berada di dalam bengkel.Apa yang dapat diperhatikan adalah, guru akan sentiasa mengingatkan murid supaya berhati-hati ketika berada di dalam bengkel dan sentiasa mengamalkan peraturan yang telah digubal oleh guru yang mengajar mereka.Selain itu, semasa murid menjalankan aktiviti amali iaitu penghasilan projek yang mendedahkan murid kepada bahaya peralatan dan tempat kerja, murid seringkali diberi peringatan oleh guru mereka supaya sentiasa mengamalkan prinsip UTAMAKAN KESELAMATAN.
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 47

Namun dalam kelebihan yang dimiliki oleh bengkel sekolah ini, turut juga mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki serta dipertimbangkan semula keberkesanannya.Kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah seperti bengkel diletakkan di aras satu bangunan dan ini tidak seharusnya terjadi kerana sepatutunya bengkel perlu diletakkan di aras yang paling bawah dalam sesebuah bangunan. Rasionalnya adalah pengurusan bengkel seperti keluar masuk peralatan seprti kayu, papan palywood serta serta bahan-bahan yang berbahaya seperti cat atau seumpanya. Selain itu, bengkel ini juga menganggu aktiviti bilik darjah yang terletak bersebelahan dengan bengkel apabila murid mula menggunakan bengkel untuk aktiviti pertukangan dan seumpamanya. Kelemahan seterusnya adalah dari segi kekemasan bengkel. Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dilakukan , di dapati bahawa bengkel ini kurang terurus memandangkan kapasiti ruang untuk meletak barang di dalam bengkel ini adalah sangat terhad. Perkara seterusnya, bengkel ini juga mempunyai masalah berkaitan dengan pengurusan murid kerana murid di sekolah ini terlalu ramai. Ini akan menimbulkan rasa kurang selesa bagi murid ketika guru melaksanakan aktivit amali. Memandangkan jumlah meja di dalam bengkel ini adalah terhad, maka murid-murid terpaksa berhimpit ketika mereka berada did lam bengkel.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 48

Beberapa cadangan yang dapat membantu dalam mengatasi kelemahan yang dinyatakan, bengkel sepatutnya perlu diletakkan di aras yang paling bawah sekali dalam sesebuah bangunan berikutan kerana memudahkan aspek keluar masuk barang serta pengurusan alatan. Selain itu juga,bengkel mestilah mempunyai ruang yang sangat luas bagi mmudahkan murid untuk melakukan aktiviti serta pengurusan alatan-alatan pertukangan.

BAHAN RUJUKAN

1. Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 49

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat Dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 3. Davies, D., & Howe, A. (2003). Teaching science and design and technology in the early years , London: David Fulton Publisher.
4. Wan Siti Azizah Binti Wan Yusoff (2008). Tahap Kepatuhan Peraturan Keselamatan

Bengkel

Kemahiran

Hidup

Bersepadu

Di

Kalangan

Pelajar-PelajarSekolah

Menengah Di Daerah Kota Bharu. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda


5. Kamal Halili Hassan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994: Labour and

Employment, Medicine Malaysia, CLJ (Dec), 1994. 6. Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

7. Kamal

Halili

Hassan,

Undang-undang

Keselamatan

Industri: Piawaian

ILO

dan

Malaysia,MLJA 84, 2002.

REFLEKSI

NAMA

: MOHAMAD FAIQ BIN ABDUL GHANI

NO KAD PENGENALAN : 871028-14-5513

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 50

Segala puji serta selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan syukur saya ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu tugasan bagi subjek RBT 3112 Pengurusan Keselamatan Bengkel. Untuk makluman tugasan yang diberikan ini adalah tugasan secara berpasangan. Pada permulaan semasa saya mula-mula menerima tugasan daripada pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu En Beni Bin Mahmud , saya berasa sangat risau untuk menyiapkan tugasan ini kerana tugasan yang diberikan tidak biasa saya lakukan sebelum ini..Hal ini adalah kerana saya bersama pasangan perlu membina satu modul berkaitan dengan perundangan serta peraturan dalam pengurusan bengkel. Tugasan yang diberikan ini adalah secara berpasangan namun ianya masih merisaukan saya disebabkan saya bersama rakan perlu merangka isi untuk menghasilkan suatu modul yang boleh digunapakai oleh orang lain kelak. Bertambah sukar apabila saya perlu menyediakan modul berkaitan dengan peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel. Ini bertambah rumit apabila saya perlu mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perundangan dan seperti yang sedia maklum bahawa maklumat berkaitan dengan perundangan bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya bukanlah bahan bacaan santai. Saya perlu meneliti dengan sehalus-halusnya akta yang berkaitan dengan pengurusan bengkel supaya saya dapat menghasilkan suatu modul mengikut kepada kehendak soalan. Selain itu, semasa saya sedang menyiapkan tugasan ini, saya sedang menjalani praktikm selama dua bulan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi Kedah Darul Aman. Kesempatan ini saya gunakan untuk memerhatikan struktur organisasi bengkel yang terdapat di sekolah tersebut

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 51

dan saya telah membuat beberapa proses kolobrasi dengan guru pembimbing saya berkaitan dengan peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel. Beliau telah membantu saya dalam memberi sedikit input berkaitan dengan pengumpulan maklumat sebelum saya menghasilkan modul ini bersama rakan saya. Selain itu, tidak ketinggalan juga, hasil daripada bimbingan daripada pensyarah daripada Jabatan Teknikal turut sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan modul ini. Banyak perkara yang sebelum ini menjadi persoalan bagi saya berjaya dirungkaikan melalui hasil perbincangan saya bersama pensyarah. Sepanjang saya menghasilkan modul ini, banyak pengetahuan baru telah terbina kerana sebelum ini saya hanya didedahkan kepada pengurusan bengkel dan kali ini saya telah diberi peluang untuk menghasilkan suatu modul dan ini merupakan kali pertama bagi saya menghasilkan modul dan saya berharap modul yang saya hasilkan ini akan menjadi sumber rujukan bagi orang lain. Jika sebelum ini saya hanya membaca modul yang dihasilkan orang lain dan kini saya berharap orang lain pula akan membaca modul yang saya hasilkan dan mudahan-mudahan modul ini banyak membantu dalam memberi maklumat berkaitan dengan peraturan serta perundangan dalam pengurusan bengkel.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 52

NAMA

: MOHD AFIQ AZFAR BIN ZAINUDDIN

NO KAD PENGENALAN : 890818-11-5339

Pada awal mendapat tugasan ini saya mengekui bahawa saya masih kurang jelas dengan bagaimana tindakan yang perlu saya lakukan bagi menyiapkan tugasan ini memandangkan ini adalah kali poertama saya diberi tugasan untuk membina sebuah modul. Sememangnya saya telah didedahkan dengan penggunaan modul sebagai bahan rujukan dalam pembelajaran tetapi untuk membina sebuah modul bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 53

Kesukaran menjadi bertambah sukar apabila dalam tempoh untuk menyiapkan tugasan ini saya dihantar berpraktikum selama 2 bulan di Pulau Langkawi menjadikan proses untuk membuat tugasan menjadi lebih sukar kerana sibuk untuk melaksanakan tugasan praktikum. Namun begitu, kesempatan saya berpraktikum ini saya gunakan sepenuhnya terutamanya dalam menuntut ilmu mengenai pengurusan bengkel melalui guru pembimbing yang banyak mendedahkan bagaimana untuk menguruskan sesebuah bengkel. Saya juga turut didedahkan bagaimana untuk melaksanakan urusan jual beli bahan dan peralatan bengkel yang memerlukan guru panitia mencatat dan mendokumentasi setiap resit dan borang bagi memastikan pengurusan bengkel lebih teratur dan sistematik. Segala ilmu yang dicurahkan banyak membantu saya dalam memahami dengan lebih mendalam mengenai pengurusan bengkel. Saya dapat megaitka apa yang telah dipelajari semasa menghasilkan modul membuatkan saya lebih faham dengan apa yang telah saya lakukan. Selain itu hasil bimbingan pensyarah saya iaitu Encik Beni bin Mahmud banyak membantu saya dalam menghasikan modul ini. Banayk perkara yang sebelum ini menjadi persoalan terjawab dengan bimbingan antaranya mengenai pecahan tajuk bagi setiap modul dan juga mengenai format standart modul yang harus dibina. Sepanjang proses menyiapkan modul ini pelbagai perkara baru yang saya perolehi. Selain daripada pendedahan ilmu baru bagi pengurusan bengkel, saya juga turut didedah dengan format pembinaan modul yang betul. Sememangnya bukan perkara mudah dalam pembinaan modul memandangkan segala maklumat harus bertepatan dengan hasil pembeljaran modul yang ingin dicapai. Sebenarnya, sememangnya banyak kesilapan yang telah saya lakukan sejak awal merancang mengenai modul yang ingin dibina. Antara yang paling saya ingat adalah pemahaman saya mengenai tajuk, pada awalnya saya merasakan tajuk modul ini iaitu Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkeladalah sesuatu yang mudah namun sangkaan saya meleset, ini kerana sebenarnya tajuk ini lebih
MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 54

menerangkan mengenai pertubuhan-pertubuhan besar yang banyak mepengaruhi dalam sistem peraturan dan perundangan bengkel. Namun semua ini saya anggap sesuatu yang baru kepada saya kerana sebelum ini saya langsung tidak ambil tahu menenai pertubuhan-pertubuhan ini. Secara keseluruhanya saya dapati modul yang saya telah bina bersama rakan saya ini memberikan satu kepuasan kepada saya memandangkan ini kali pertama saya menghasilkan modul dan dapatan sepanjang perjalanan menyiapkan modul ini merupakan pengalamn yang amat berharga kepada diri saya dan hasilnya amat membanggakan. Sekian, terima kasih.

MODUL PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL| 55

Anda mungkin juga menyukai