Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Kreatif Bilangan Murid : 34 orang Tajuk : Membaca Jambatan Ilmu Tarikh : Masa : 60 minit

Hasil Pembelajaran (Fokus Utama) : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul dan intonasi yang betul. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (ii) Menerangkan makna perkataan, frasa dan ayat.

Hasil Pembelajaran (Fokus Sampingan) : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, Istilah, frasa,struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 (i) Mengumpul dan menyusun isi penting daripada sesuatu topic yang dibincangkan. 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, Istilah, frasa,struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Aras 1 (ii) Mengemukakan isi penting dengan jelas.

Objektif Eksplisit : Pada akhir pelajaran murid dapat;

i.

Menyatakan 3 kebaikan membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. (Hasil Pembelajaran 5.1 (i) )

ii.

Membaca petikan kata-kata hikmah dengan sebutan dan intonasi yang betul.. (Hasil Pembelajaran 5.1 (ii).

iii.

Menulis kebaikan membaca dengan menggunakan tulisan berangkai.. (Hasil Pembelajaran 3.1 (ii).

Objektif Afektif : a) Murid akan lebih rajin membaca. b) Murid dapat mengamalkan amalan membaca di mana-mana sahaja.

Pengetahuan Sedia Ada : a) Murid dapat menyatakan fakta dan mesej dengan menggunakan ayat mudah. b) Murid dapat menulis dengan menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu Belajar : a) Paparan video, Lembaran Kerja, Buku Teks,

Sistem Bahasa : a) Morfologi : Kata Bantu, Kata Penguat b) Sintaksis : Ayat tunggal c) Sebutan dan Intonasi : Kesantunan berbahasa dalam menyatakan suatu perkara. d) Kosa Kata : Daulat, Menerajui, Dianugerahi

Pengisian Kurikulum : Nilai : Menghargai jasa tokoh bahasa negara,

Kemahiran Berfikir: mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam petikan, Ilmu: Sejarah : Mengenali tokoh bahasa negara. Kajian Tempatan : Menyatakan dari mana barangan tersebut dijumpai.

Kemahiran Masa Depan : Murid dapat melihat kegigihan tokoh bahasa dalam memartabatkan bahasa melayu di Negara kita.

Langkah dan Masa Set Induksi (5 minit)

Huraian Hasil Pembelajaran dan Kandungan 1. Membaca Jambatan Ilmu

Aktiviti Pembelajaran Dan Pembelajaran

Catatan

1. Murid diminta untuk melihat replica buku yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. 2. Murid menjawab soalan guru. Apakah yang anda lihat? Dimanakah kita boleh membaca? Apakah yang boleh kita baca? Kenapa kita harus membaca?

BBB : Gambar Nilai : Peka terhadap perkembangan bahasa.

3. Guru mengaitkan aktiviti ini dengan tajuk pelajaran. Langkah 1 5.1......Aras 1 (i) (15 minit) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul dan intonasi yang betul.

1. Guru meminta murid membaca kata-kata hikmah yang terdapat dalam replica buku. 2. Murid diminta menyatakan maksud kata-kata himah yang telah dibaca tadi. 3. Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti maksud katakata hikmah yang diberikan oleh rakan mereka.

KB : mencari maklumat. BBB : Buku Teks Nilai :Menghargai jasa

tokoh bahasa.

Langkah 2 5.1....Aras 1 (ii) (15 minit) Menerangkan makna perkataan, frasa dan ayat.

1. Guru bertanyakan kepada murid-murid akan kebaikan membaca. 2. Murid menyatakan 3 kebaikan membaca yang merea tahu.

KB : menghubungkaitkan, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, BBB : Buku Teks KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens. BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : intrapersonal;interpersonal, visual, verbal-linguistik. Nilai : bekerjasama, menghargai,. BBB : Lembaran kerja.

Langkah 3 (20 minit) Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pemgayaan: Menulis kebaikan membaca menggunakan tulisan berangkai. Aktiviti Pemulihan: Menyalin semula ayat dalam bentuk tulisan berangkai. Terdapat dua orang murid yang masih memerlukan latihan asas (linus). Penutup (5 minit)

1. Murid diminta untuk menulis kebaikan membaca dengan menggunakan tulisan berangkai. 2. Murid pemulihan diberikan contoh kebaikan membaca dan mereka diminta untuk menyalin semula ayat dengan menggunakan tulisan berangkai.

Guru dan muridmurid samasama membuat rumusan mengenai sesi pembelajaran pada hari

1. Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan yang lain bagi menambanhkan pengetahuan mereka. 2. murid juga

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Bekerjasama

tersebut. . Guru menanyakan nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Refleksi : ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai