Anda di halaman 1dari 3

PUSAT TUISYEN IDEAL

Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar


TAHUN 2011

LIEW WAN HOE 012 3544 621

PENGENALAN
Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar satu produk latihan yang dibangunkan oleh Pusat Tuisyen Ideal. Ia merupakan satu idea yang tercetus lantaran daripada kebanyakan isu yang timbul dalam kalangan remaja sekolah yang semakin jauh dan hilang minat mereka terhadap ilmu pengetahuan. Peperiksaan pula kini bagi mereka adalah sesuatu yang tidak utama memandangkan kemahuan dan keperluan bagi mereka dalah hiburan dan keseronokan. Cabaran belajar di sekolah, dengan kerja rumah, latihan-latihan subjek, kelas tambahan dan sebagainya adalah sesuatu yang membosankan. Mereka lebih mudah untuk berada bersama rakan-rakan mereka dan mencari keseronokan yang pada mereka sendiri tidak pasti kemanakah halatuju kehidupan mereka berkesudahan. Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar yang juga membawa maksud aman merupakan satu produk yang akan membimbing pelajar untuk berada dalam keadaan tenang ketika melalui proses pembelajaran. Bentuk pendekatan serta penerapan nilai berdasarkan kestabilan emosi dan kerohanian menjadi tunjang utama sebelum melakar gambaran kecemerlangan idaman setiap peserta. Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar mengadaptasikan latihan berbentuk modular kepada peserta. Ini membolehkan suasana pembelajaran berlaku dalam bentuk komunikasi 2 hala dengan mewujudkan suasana komunikasi yang aktif dan interaktif. Semoga dengan terlaksananya Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar ini di tempat anda, akan mendatangkan lebih minat belajar peserta di samping mencari keseimbangan hidup mereka dengan suasana perkembangan kehidupan mereka sebagai seorang remaja.

MATLAMAT
Melahirkan remaja yang stabil emosi, berdaya saing dalam pelbagai bidang serta cemerlang dalam setiap perkara yang diceburi.

OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini, peserta akan dapat; 1. Meningkatkan tahap kecerdasan emosi dan motivasi diri dalam pembelajaran; 2. Mempelajari teknik untuk mengekalkan motivasi serta fokus dalam pembelajaran; 3. Memahami kepentingan keseimbangan antara pembelajaran dan persekitaran serta; 4. Mempersiapkan mental, emosi, rohani dan jasmani bagi menghadapi peperiksaan.

BUTIRAN PERLAKSANAAN
BILANGAN PESERTA

Maksimum adalah seramai 80 orang peserta untuk satu sesi. SASARAN PESERTA Modul ini mensasarkan pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah bermula dari tahun 3 sehingga ke tingkatan 6 khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. TEMPAT PERLAKSANAAN Kami di Pusat Tuisyen Ideal mencadangkan agar perlaksanaannya dijalankan di dalam kawasan persekolahan sahaja atau mana-mana agensi yang menganjurkan. Tetapi, jika pihak penganjur berminat untuk dilaksanakan di luar kawasan, kami di Pusat Tuisyen Ideal bersedia untuk mencadangkan tempat-tempat yang bersesuaian dengan modul. PENGANJURAN 1. Pihak sekolah kebangsaan yang berminat. 2. Agensi dan syarikat korporat yang berminat untuk dilaksanakan kepada anak-anak kakitangan.

PENUTUP
Kami di Pusat Tuisyen Ideal sentiasa berharap, dengan terlaksananya Motivasi Peningkatan Akademik dan Kecerdasan Emosi Pelajar di tempat anda, akan mampu memberikan semangat serta matlamat yang jelas dalam menentukan masa depan dan membentuk peribadi yang jauh lebih positif dan optimis. Matlamat utama adalah untuk memberikan peringatan kepada peserta bahawa kejayaan dan kecemerlangan sebenar bukanlah hanya bergantung kepada banyak A yang diperolehi tetapi ada yang jauh lebih utama dari itu. Semoga Allah merahmati segala usaha dan amal soleh yang sama-sama kita usahakan. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus ke talian 012-3544 621 (Encik Liew Wan Hoe)

Anda mungkin juga menyukai