Anda di halaman 1dari 3

GAYATRI DEVI KERISNAN

Menulis esei lengkap mengenai pentaksiran formal dan tidak formal dalam Pendidikan Moral KBSR.

Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan setiap guru di sekolah diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul. Sebelum kita melihat tentang pentaksiran dengan lebih terperinci marilah kita membuat sedikit kajian tentang definisi Pentaksiran. Daripada kajian saya, Saya mendapat tahu bahawa Pentaksiran adalah salah satu proses yang dijalankan oleh seseorang guru untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid supaya mereka dapat membuat penilaian terhadap murid- murid. Perkataan pentaksiran berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud duduk Bersama dengan pelajar . Selain daripada itu, Pentaksiran juga proses yang berterusan dan dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pentaksiran yang dijalankan oleh guru harus berdasarkan kebolehan dan standard murid- murid. Segala maklumat yang diterima oleh guru daripada hasil pentaksiran akan membantu mereka untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, dalam proses Pentaksiran Pengumpulan bukti dan pencapaian murid dalam satu masa tempoh memainkan peranan yang sangat penting untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman murid dalam sesuatu pengajaran. Bukti dan data yang dikumpul oleh guru boleh diambil dalam bentuk dialog, journal, lembaran kerja, portfolio, dan beberapa ujian seperti ujian diagnostik. Tambahan lagi, Pentaksiran dalam pendidikan Khas membantu untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira, dan sebagainya. Ia juga akan mendorong untuk mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervesi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai berdasarkan tahap murid. Pelbagai definisi pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa Pakarpakar yang terkenal. Pertamanya, Salvia dan Yseldyke, 1978 mengatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses pengumpulan data dengan motif untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk mengambil sesuatu keputusan. Selain daripada itu, Gearheart 1990 pula berkongsi pendapat beliau bahawa Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu isu atau maklumat yang luas berdasarkan intervensi.

GAYATRI DEVI KERISNAN


Seterusnya, David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini untuk mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak balas murid terhadap tugas yang diberikan. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses

Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran . Seterusnya, Proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah untuk memilih calon- calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Tambahan lagi, Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan maklumat tentang murid secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi murid serta memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran. Selain daripada tujuan seperti di atas, Terdapat juga beberapa ciri yang harus difahami oleh seseorang guru untuk menjalankan pentaksiran yang baik.. Ciri- ciri tersebut ialah ( keobjektifan) yang membawa maksud ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawatan. (Kebolehtadbiran) di mana kelicinan dan kerja- kerja susulan yang dilaksanakan oleh guru harus berpusat atau berasaskan sekolah. Ciri lain ialah ( kebolehtafsiran) iaitu guru mempunyai kemahiran mengumpul data atau maklumat calon berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Ciri yang terakhir ialah (Kekomprehensifan) yang bermaksud guru harus memastikan soalan- soalan ujian diagonastik harus mewakili semua objektif yang penting . Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah Pentaksiran Formal dan Pentaksiran tidak Formal. Pentaksiran Formal biasanya melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid. Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif. Menurut, Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid telah mencapai hasil

GAYATRI DEVI KERISNAN


pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan menjalankan secara

berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid, mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan. Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian daripada penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, Penilaian Sumatif juga merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut Ee Ah Meng Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus. Di mana guru akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan .

Anda mungkin juga menyukai