Anda di halaman 1dari 8

Ujian Yang Dijalankan Untuk Mengukur Perkembangan Fizikal dan Kognitif Murid

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 11 TAHUN

TINGGI(CM)

BERAT(KG)

SAIZ KEPALA(CM)

SAIZ BADAN

142

41

54.5

Jadual 1.1

Jadual di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 5 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah Mohd. Imran bin Maturidi@Ahmad, murid kelas 5 Sentosa,

Dari segi ketinggian, Mohd. Imran mempunyai ketinggian 142cm. Dari segi berat badan pula, mencatatkan berat sebanyak 41kg, Ketinggian dan berat badan Mohd. Imran adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang mendapat obesity yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang mendapat obesity.

Dari aspek saiz badan pula, Mohd. Imran mempunyai saiz badan M. Faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesity dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) Mohd. Imran ..yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Mohd. Imran mencatatkan saiz kepala cm. Kesimpulannya perkembangan fizikal Mohd. Imran adalah seimbang. Jadual dibawah menunjukkan data hasil ujian kognitif murid.

3 JENIS UJIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 11 TAHUN

1) UJIAN KUANTITI AIR

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

2) UJIAN BILANGAN BOLA

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

3) UJIAN BERAT BOLA

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

Jadual 1.2

Hasil data yang sama diperolehi bagi kanak-kanak berumur 12 tahun. Jadual dibawah menunjukkan data ujian perkembangan fizikal murid tahun 6 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat dalam ujian ini adalah, Nor Awatif Binti Fisol, murid kelas 6 Sentosa,

PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12 TAHUN

TINGGI(CM)

BERAT(KG)

SAIZ KEPALA(CM)

SAIZ BADAN

148

36 Jadual 2.1

61

3 JENIS UJIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN

1) UJIAN KUANTITI AIR

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

2) UJIAN BILANGAN BOLA

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

3) UJIAN BERAT BOLA

JAWAPAN:

KEDUDUKAN ASAL: SAMA

TRANSFORMASI: SAMA

Jadual 2.2 Dari segi ketinggian, Nor Awatif Binti Fisol mempunyai ketinggian 148cm. Dari segi berat badan pula, mencatatkan berat sebanyak 36kg, Ketinggian dan berat badan Nor Awatif Binti Fisol adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan anak-anak yang

tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil akan menghasilkan anakanak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan pula, kanak-kanak yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih tinggi dan sihat berbanding dengan kanakkanak yang kurang mendapat nutrien.

Dari aspek saiz badan pula, Nor Awatif Binti Fisol mempunyai saiz badan S. Faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan saiz badan kanakkanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan mereka ideal.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) Nor Awatif Binti Fisol ..yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal. Dari segi saiz kepala, Awatif mencatatkan saiz kepala cm. Kesimpulannya perkembangan fizikal Awatif adalah seimbang.

Analisis Hasil Ujian Perkembangan Kognitif Murid

Jadual 1.2 dan Jadual 2.2 menunjukkan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas kedua-dua responden. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya, responden menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada penambahan kuantiti kepada air tersebut. Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa responden telah pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

Ujian kedua yang dijalankan untuk melihat perkembangan kognitif responden ialah ujian bilangan bola. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris bola itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut akan direkodkan. Responden, menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, responden juga menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah sama. Mohd. Imran berkata demikian kerana apabila bola yang

sama

digunakan

sudah

tentu

bilangannya

adalah

sama

walaupun

diubah

kedudukannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan (conservation).

Daripada ujian ini, dapat simpulkan bahawa responden telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan (conservation). Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau susunannya berubah.

Ujian ketiga yang dijalankan untuk melihat perkembangan kognitif Mohd. Imran ialah ujian berat bola. Dalam ujian ini responden dikehendaki menyatakan sama ada kedua-dua berat bola yang diletakkan di atas penimbangn dan tidak diletakkan di atas penimbang adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, kedua-dua bola diletakkan di atas penimbang. Posisi penimbang seimbang, tidak berat di sebelah kanan mahupun di sebelah kiri. Kemudian, satu biji bola diletakkan di atas penimbang dan satu biji bola lagi tidak diletakkan di atas penimbang, Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden. Jawapan responden terhadap berat bola tersebut akan direkodkan. Responden menyatakan berat bola adalah sama kerana apabila bola yang sama digunakan sudah tentu beratnya adalah sama walaupun diubah kedudukannya. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation). Dalam konsep ini, kanak-

kanak perlu menguasai 3 peringkat. Salah satu daripanya adalah Prinsip Keterbalikan. Prinsip Keterbalikan ialah proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula. Berat kedua-dua bola adalah sama semasa berada di atas penimbang, oleh itu berat bola tetap sama walaupun tidak berada di atas penimbang.

IMPLIKASI

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

TERHADAP

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN SERTA AMALAN GURU DALAM BILIK DARJAH

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperoleh, para pelajar adalah berbeza dari segi intelek, jasmani, emosi dan pengalaman. Guru perlu bertindak bijak dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka.

Menurut kajian yang telah dibuat ke atas kedua-dua responden, jelas menunjukkan mereka boleh menggunakan skema fizikal yang mudah seperti ujian

yang telah dilaksanakan. mereka juga berkebolehan berfikir secara logik. Walau bagaimanapun, pemikiran mereka masih terikat dengan situasi fizikal yang konkrit. Mereka perlu melihat dengan teliti serta saya perlu menerangkan sebab dan akibat sesuatu perubahan yang berlaku dalam ujian-ujian yang telah dilaksanakan. Implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi objek-objek yang di ajar. Guru juga perlu menggunakan contohcontoh sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar serta memperkenalkan soalan berberbentuk penyelasaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik.