Anda di halaman 1dari 1

CONTOH LAPORAN KERJA KURSUS TINGKATAN 5

PENDIDIKAN MORAL SPM

Bidang Pembelajaran 3: Alam Sekitar Laporan Gotong Royong Membersihkan Kawasan Rumah Pada hari Sabtu 2 Mac 2013, saya telah meluangkan masa untuk menolong ibu bapa saya melaksanakan kerja rumah. Hal ini kerana saya mendapati bahawa ibu perlu bekerja pada waktu siang dan menjaga saya dan adik saya pada waktu malam adalah amat letih. Oleh itu, saya, sebagai anak ibu bapa saya bertanggungjawab untuk melakukan pembersihan dan pengemasan rumah untuk mengurangkan beban dan tanggungan yang dipikul oleh ibu saya. Yang pertama, saya menyumbang tenaga untuk menyiram pokok dan bunga di rumah saya. Di samping itu, saya telah menyumbang idea untuk mengajar adik saya teknik untuk menanam pokok dan bunga supaya dia dapat membantu ibu bapa serta memupuk sikap berdikari agar dapat melakukan kerja tanpa suruhan orang lain. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah melakukan kerja tersebut dengan rajin. Saya juga telah bekerjasama dengan adik saya sehingga kerja diselesaikan. Selain itu, aktiviti ini telah memupuk sifat kepimpinan saya kerana telah mengawal gerak geri adik saya. Di samping itu, saya bertanggungjawab untuk mengawal keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti ini, saya berpendapat bahawa ibu telah mengorbankan dirinya untuk menjaga taman bunga dan saya telah sedar bahawa saya harus lebih banyak membantu ibu saya untuk mengurangkan bebannya. Aktiviti tersebut akan menjadi pengajaran bagi saya supaya saya dapat lebih mengambil berat terhadap ahli keluarga saya. Saya turut akan berubah sikap untuk menolong ibu dalam melaksanakan kerja rumah untuk mengurangkan beban yang dipikulnya. Bidang Pembelajaran 3: Alam Sekitar Laporan Kitar Semula Pada hari Sabtu 9 Mac 2013, saya telah mengajak kawan saya, Lau Jun Fong untuk mengumpul sampah yang boleh dikitar semula. Hal ini kerana kami sebagai warga sekolah bertanggungjawab untuk mengurangkan pencemaran di kawasan sekolah kita. Pertama sekali, kami telah menyumbang tenaga dengan mengumpul sebanyak mungkin sampah yang dibuang oleh pelajar di sekolah. Saya telah menyumbang idea dengan menggunakan sebuah bekas plastik yang besar untuk mengisikan sampah-sarap yang telah dikumpul supaya memudahkan pembawaan. Setelah mengumpul sampah-sarap yang mencukupi, kami telah menempatkan sampah-sarap tersebut di hadapan tandas. Di samping itu, saya telah bekerjasama dengan Jun Fong untuk membahagikan sampah-sarap yang dikumpul dengan rajin sekali. Kami juga telah meluangkan masa untuk mengemaskan surat khabar yang telah kami bawa dan mengikatnya. Saya telah menyumbang idea supaya memberi surat khabar tersebut kepada tukang kebun di sekolah kita untuk prihatin terhadap mereka membersihkan kawasan sekolah kita. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya telah berjaya mengawal keadaan dan menyelesaikan aktiviti tepat pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut juga telah mengajar saya erti kepimpinan kerana telah mengawal gerak eri kawan saya. Melalui aktiviti kitar semula ini, saya berpendapat serta sedar bahawa kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar. Saya juga telah insaf kerana kita harus peka terhadap alam sekitar kita bukannya mengabaikannya sahaja. Di samping itu, saya telah mengambil iktibar melalui aktiviti ini supaya lebih giat dan aktif dalam aktiviti kitar semula pada masa depan. Saya turut telah berubah sikap dan menjadikan aktiviti ini sebagai rutin harian di rumah atau sekolah saya. SMK TUNKU PUTRA, BATU PAHAT @ 2013