Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : saya berpeluh 1 morfem : 2 morfem : 3 morfem : saya ber+peluh ber+kaki+kan

berkakikan

Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersamasama morfem lain). Contoh : Morfem bebas saya Morfem terikat ber dan kan, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti berkakikan Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri

sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Konsep Morfologi

1. Konsep

Morfem Bebas Terikat Akar

Perkataan Dasar

2. Bentuk Kata

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Soalan Tugasan Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik.

Soalan 1

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

Hang Tuah Berbangsa Cina oleh : Shahabudeen Jalil Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini. Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah di Melayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood. Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya. Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksireaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah. Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan bahasa jiwa bangsa dan manusia mati meninggalkan nama . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan nama menunjukkan bangsa. Bahasa nama merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada nama manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya. Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan Hang. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China.

Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran Hang telah dianugerahkan oleh Raja Raja Melayu juga tiada asasnya. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan, cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Mengikut buku Sejarah Melayu edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan campur antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama Paduka Hang Mamat sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaur loghat bahasa Melayu. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan. Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau. Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar biduanda Cina juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini. Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam. Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po. Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang Sejarah Melayu dan pengarang Hikayat Hang Tuah mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau. Kedua : Pengarang Sejarah Melayu telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisahkisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang Hikayat Hang Tuah adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail. Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di Melayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi. Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Analisis golongan kata berdasarkan petikan teks

GOLONGAN KATA Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

Kata Nama Am Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu : Hidup atau tak hidup Manusia atau bukan manusia Institusi atau bukan institusi Konkrit atau abstrak Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya.

Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : Hidup (manusia dan bukan manusia) Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

Analisis penggolongan kata berdasarkan teks Kata nama am Kata nama am hidup Contoh Orang-orang Melayu Pahlawan Bangsa Manusia Raja-raja Bendahara Paduka Raja Termengung Laksamana Syahbandar Mandulika Dayang Puteri Anak Putera Cucu Rakan Pengarang Sultan

Kata nama am tak hidup

Bilik darjah Dewan kuliah Seminar Wilayah Kaum Buku Agama Istana Bahasa

Anda mungkin juga menyukai