Anda di halaman 1dari 5

ESENSIALISME

Esensialisme

Bermula sebagai satu pergerakan falsafah yang sistematik dalam bidang pendidikan pada tahun 1930an.

KONSEP
Terdapat ilmu yang dan kemahiran utama yang perlu diajar kepada anak murid kita. Menumpukan kepada perkara apa yang perlu diketahui oleh seseorang individu yang menjadi ahli masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan prakmatik.

MATLAMAT PENDIDIKAN
Pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya.

TUMPUAN
Jenis Kurikulum - tumpuan diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca, mengira dan menulis. Peranan guru - mahir dari segi kawalan bilik darjah serta menjadi teladan atau rol model kepada anak murid mereka. Kaedah mengajar - pendekatan didaktik adalah ditegaskan. Peranan murid - semua murid perlu rajin belajar dan menumpukan perhatian dan usaha mereka kepada apa yang diajar di sekolah