Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Cabaran dalam sebuah organisasi hari ini memerlukan daya kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan ke arah menentukan wadah dan hala tuju yang ingin dicapai. Bakat kepimpinan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Kebolehan memimpin dapat membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi meningkatkan mutu disiplin dan ketrampilan warga organisasi. Institusi-institusi pendidikan di

Malaysia kini memerlukan perubahan dan pembaharuan yang berterusan bagi mengekalkan kebolehcapaian dan keberkesanannya dalam pembangunan dan kepimpinan (Yahya Don, Aziah Ismail dan Yaakob Daud, 2007).

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa pembangunan sistem pendidikan di Malaysia ialah dengan menzahirkan sistem pendidikan yang mencapai kualiti dunia dan menjadikan negara ini sebagai satu pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Dengan itu, fokus paling utama dalam sistem pendidikan adalah untuk melaksanakan usaha-usaha strategik yang dapat meningkatkan keupayaan serta kemampuan sistem tersebut ke tahap kualiti yang lebih tinggi dan cemerlang agar sistem pendidikan di negara ini bertapak dengan kukuh bagi menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 (Abdul Shukor Abdullah, 2004).

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bab ini mengandungi lima bahagian iaitu huraian mengenai proses membuat keputusan, model membuat keputusan, faktor membuat keputusan iaitu faktor kecerdasan emosi, faktor autoriti, faktor budaya, faktor masa dan faktor tekanan. Selain itu, ia juga termasuklah huraian mengenai kepimpinan yang merangkumi definisi kepimpinan dan kepimpinan pelajar serta sorotan penulisan lalu yang berkaitan dengan kajian ini.

2.2

Proses Membuat Keputusan

Membuat keputusan didefinisikan sebagai sesuatu tindakan untuk memilih daripada pelbagai alternatif. Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau yang buruk kepada diri individu. Kebijaksanaan dan kematangan seseorang boleh dilihat daripada cara individu tersebut membuat sesuatu keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta merta dan ada yang mengambil masa untuk difikirkan. Untuk membuat sesuatu keputusan yang baik, ia memerlukan penelitian daripada pelbagai alternatif yang telah disediakan. Setiap alternatif atau jalan tindakan mempunyai berbagai-bagai kemungkinan yang timbul. Secara teorinya, individu tersebut dapat menentukan akibat sesuatu alternatif yang dipilih dan dilaksanakan (Baharom Mohamad, Jamaludin Hashim, Ahmad Esa dan Rafiza Hassan, 2008).

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan cara-cara kajian ini dijalankan dan prosedur statistik yang digunakan dalam menganalisis data. Perkara-perkara yang dihuraikan termasuklah rekabentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, perlaksanaan kajian dan kaedah menganalisis data.

3.2

Rekabentuk Kajian

Menurut Othman Mohamed (2001), reka bentuk kajian adalah suatu panduan tentang pendekatan kaedah yang sesuai yang boleh diaplikasikan bagi sesuatu kajian. Sekiranya pernyataan masalah, tujuan kajian dan persoalan kajian telah dapat dikenal pasti maka reka bentuk kajian dapat ditetapkan. Bagi kajian ini, reka bentuk kajian yang akan diaplikasikan merupakan kajian penyelidikan kuantitatif yang berbentuk tinjauan deskriptif kerana kaedah ini dapat memudahkan penyelidik membuat pengumpulan data statistik. Kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah kajian terhadap perkara yang sedang berlaku. Kaedah tinjauan ini dijalankan dengan cara mendapatkan data dalam tempoh suatu masa yang tertentu sahaja (Mohd Majid Konting, 2005). Menurut Mohd Majid Konting (2005), kaedah deskriptif

memainkan peranan yang penting bagi mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku atau pengalaman. Memandangkan kajian ini

BAB 4

ANALISIS DATA KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini memberi penumpuan kepada proses menganalisis data yang telah diperoleh daripada responden. Data mentah ini telah dikumpulkan dengan menggunakan

borang soal selidik yang diedarkan dalam kalangan Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa (JKM) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Data mentah yang

diperolehi daripada maklumbalas 168 responden dianalisis untuk mendapatkan keputusan dan kesimpulan terhadap kajian yang telah dijalankan. Data mentah yang telah diperolehi disemak terlebih dahulu bagi memastikan responden telah menjawab dengan lengkap semua soalan dalam borang soal selidik yang telah diedarkan. Bagi memelihara kebolehpercayaan, penyelidik juga telah membuat pemeriksaan bagi memastikan responden telah menjawab semua soalan dengan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Penganalisisan data kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu analisis bahagian demografi dan analisis bahagian soal selidik. Bahagian

demografi yang dianalisis ialah jantina, kolej kediaman dan tempoh aktif dalam jawatan JKM. Manakala pada bahagian soal selidik pula meliputi pernyataan-

pernyataan berkaitan dengan faktor-faktor yang dianggap mempengaruhi membuat keputusan dalam kalangan pemimpin pelajar, hubungan antara faktor-faktor dan proses membuat keputusan serta kesediaan mengambil risiko dalam kalangan pemimpin pelajar

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab lima ini menumpukan perbincangan dapatan kajian yang telah diperolehi berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan dalam bab empat. Perbincangan,

rumusan dan cadangan yang dikemukan dalam bab ini adalah berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi membuat keputusan dalam kalangan pemimpin pelajar iaitu Jawatankuasa Kolej Kediaman Mahasiswa (JKM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dapatan yang diperolehi daripada alat ukur soal selidik yang merupakan maklumbalas daripada responden yang menjawab borang soal selidik kemudiannya dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Selain itu, kesimpulan juga turut dibuat berdasarkan data yang telah dianalisis untuk mendapatkan kesimpulan yang menyeluruh bagi kajian ini. Dalam bab ini, penekanan tentang aspek perbincangan juga diberikan. Di akhir bab, kajian ini juga turut mengemukakan cadangan dengan menggunakan dapatan kajian dan kesimpulan yang dibuat sebagai garis panduan bagi tujuan kajian pada masa akan datang bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul demi kebaikan bersama.

Dalam bahagian ini, perbincangan yang dilakukan adalah berfokuskan kepada keseluruhan kajian ini berdasarkan lima objektif kajian iaitu :

Anda mungkin juga menyukai