Anda di halaman 1dari 29

SEMANGAT PATRIOTIK Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan

dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanakkanak lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insaninsan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei

berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanakkanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, muridmurid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu

negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagungagungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

PEMUPUKAN PATRIOTISME MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH

pemupukan patriotisme hanyalah berkisar tentang semangat perjuangan menentang penjajah. lebih mudah dilaksanakan dalam tajuk-tajuk seperti perluasan pengaruh dan penapakan kuasa British di Negara kita , perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajahan British dan tindak balas untuk menebus maruah bangsa dan negara yang jelas berkaitan langsung dengan konsep menentang penjajah sebagai satu perkara asas untuk menimbulkan , mengaitkan dan menanam semangat patriotik kepada Negara. konsep menentang penjajah sebagai satu elemen patriotisme sudah tidak lagi dominan dalam permikiran pelajar kita.

SUKATAN PELAJARAN Patriotisme adalah perasaan yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah

negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. ( PPK , 2000 , 4 )

5 UNSUR PATRIOTISME bangga sebagai rakyat Malaysia bersemangat setia Negara semangat kekitaan berdisiplin berusaha dan produktif Pemupukan semangat patriotisme mestilah mengakibatkan perubahan paradigma pelajar dalam pemikiran dan perasaan mereka terhadap Negara. pemupukan semangat patriotisme harus ditekankan kepada perubahan sifat dalaman pelajar itu sendiri. Maklumat yang disampaikan haruslah menjadi satu agen yang mampu mengubah pemikiran pelajar PEMIKIRAN SEJARAH Patriotisme bukan sekadar semangat perjuangan menentang penjajah tetapi lebih luas daripada itu dan lebih besar lagi jika kita berusaha untuk memajukan Negara dan berfikir bagaimana untuk menjaga , memerlihara dan mengekalkan kemerdekaan bukan sekadar kefahaman guru bahawa untuk menjadikan seseorang itu patriotik ia mestilah menyanyikan dan menghormati lagu-lagu patriotik atau lagu kebangsaan , menaikkan bendera serta menyertai dan menyambut bulan kemerdekaan sematamata KAJIAN MASA DEPAN

guru perlu menjurus kepada tahap pemikiran tinggi supaya pelajar yang kita hasilkan mampu membuat analisis dan tafsiran tentang unsur patriotisme secara mendalam , rasional dan prakmatik. Guru juga membuat andaian bahawa pelajar faham apakah unsur patriotisme yang kita hendak pupukkan Mereka sendiri boleh faham dan mentafsirkan daripada contoh yang kita berikan . Adakah semua pelajar kita berkemampuan membuat sedemikian? Kalaupun mampu di tahap pemikiran mana mereka berada? Adakah hanya sekadar di aras pengetahuan atau kefahaman sahaja. peranan penting seorang guru sejarah ialah untuk membentuk , mengasah dan menajamkan pemikiran pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sejarah sebenarnya membantu kita membentuk dan membina satu kerangka pemikiran dan menanam ingatan bersama berkaitan sesuatu peristiwa yang telah berlaku dan menjadikannya satu pengajaran dan pengalaman berguna di masa hadapan bukan sekadar maklumat semasa sahaja tetapi juga sejarah masa hadapan.

PENDIDIKAN PLKN
Bagi menanam semangat perpaduan dan patriotik di kalangan belia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan pada tahun 2003. Program selama tiga bulan ini juga bertujuan untuk membentuk belia negara daripada pelbagai bangsa menjadi pemimpin generasi masa hadapan dengan nilai yang sempurna dan keperibadian yang utuh. Modul latihan meliputi bidang seperti kecergasan fizikal dan ketahanan diri, peranan dan tanggungjawab mereka dalam membina nusa dan bangsa, asas untuk menjadi warganegara yang baik dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan penekanan terhadap membina sahsiah diri. Pada akhir tempoh Rancangan, seramai 135,700 belia telah dilatih di 76 kem latihan yang ditubuhkan di seluruh negara.

Suntikan semangat patriotik


Menanam / membangkitkan semangat patriotisme / semangat cinta akan tanah air dalam kalangan peserta Memupuk perpaduan dan kerjasama antara belia daripada rakyat berbilang kaum di negara ini Mengikis sikap mementingkan diri sendiri Memupuk kemesraan dan pergaulan / interaksi yang sihat dalam kalangan masyarakat RUKUN NEGARA ASAS kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya kesatuan hati. Perpecahan dan persengketaan pula

menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Ideologi negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Rukun Negara mempunyai lima objektif, iaitu: untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; dan, untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Lima prinsip Rukun Negara pula ialah Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai kenegaraan yang sangat mendasar dan ianya mesti difahami dan dihayati dengan penuh komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakayat di negara ini. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. - BH 5 Okt.2010

PERANAN BAHASA MELAYU ( MBM )

Berbeza dengan zaman sebelum merdeka dan pascamerdeka, bahasa Melayu dilihat memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya sastera, seorang novelis terkenal iaitu Pak Sako (Ishak HajI Muhammad) yang menghasilkan Anak Mat Lela Gila mengkritik penjajah dan pada sama memartabatkan bangsa dan bahasa. Menurut Devamany, semangat nasionalisme dahulu adalah hak milik semua kaum. Kesedaran ini tidak terbatas kepada bangsa Melayu semata-mata, malahan Cina dan India turut bersama-sama bangkit dan berjuang. Melalui media cetak seperti surat khabar Saranggabani melahirkan tulisan yang mencetuskan semangat nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Melihat senario yang berlaku pada hari ini, Devamany menyatakan bahawa kecanggihan teknologi menyaksikan kita sekali lagi merelakan diri dijajah, namun dengan cara yang lebih halus. Usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat nasionalisme dan jati diri negara bangsa. Langkah pertama adalah dengan meletakkan keagungan bahasa dan sastera Melayu pada tempat selayaknya iaitu DBP yang dilihat sebagai pemangkin yang perlu menggalas harapan dan tanggungjawab tersebut. DBP yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran dan kemampuan mampu melaksanakan hasrat ini tanpa membataskan sasaran terhad kepada sekolah kerajaan semata-mata tetapi perlu menyeluruh kepada sekolah Cina dan Tamil. 27 juta rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggalas tanggungjawab ini memandangkan perjuangan bahasa Melayu merupakan wadah perjuangan rakyat Malaysia. Dalam usaha negara mencapai status negara maju, adunan bahasa kebangsaan dan membina jati diri bangsa perlu diacukan serentak. Hal ini penting kerana di sinilah peranan karya sastera yang berunsur patriotik mampu menyemarakkan semangat cintakan negara terutama kepada golongan muda. Peranan sastera tidak hanya terhad kepada penyeri bicara tetapi mampu menjadi alat pembakar semangat perjuangan seperti yang menyentuh isu ketidakadilan sosial dan kemiskinan yang disampaikan dalam nukilan karya seperti cerpen, novel dan puisi mutakhir.

NILAI YANG DITERAPKAN DALAM MATAPELAJARAN MORAL NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME 4.1 Cinta Akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. 4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. 4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara

Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. KELAB RUKUN NEGARA Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan muridmuridmengenai prinsipprinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolahsekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dandiperkukuhkan lagi selaras dengan keputusanMesyuarat JemaahMenteri pada 11 Ogos 2004. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dandisarankan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Bin Haji AhmadBadawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasamerasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan HariPerpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telahmenyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepadaprinsipprinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dankemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab RukunNegara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsipprinsiptersebut supaya mereka benarbenar dapat memahami sertamenghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian. 2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikanpada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan KelabRukun Negara di sekolah sekolah menengah seluruh negara.Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.817/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah sekolahbertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah PendidikanNegeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negaraditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperincidikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan danpengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini. 2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum danmeningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsipprinsipRukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan IntegrasiNasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telahdipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama eratdengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan KementerianPengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan MesyuaratJemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004). 3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA 3.1 Memperkenalkan prinsipprinsip Rukun Negara; 3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara; 3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan 3.4 Menjadikan prinsipprinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara

Kesedaran sivik merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan, lebih-lebih lagi kepada sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Malangnya, sikap ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk menyuburkan kesedaran sivik. KARANGAN Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan seseorang individu itu warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk

mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun, tanpa kita sedari kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita, individuindividu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Kata-kata, Yang muda disayangi, yang tua dihormati, tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila berada di dalam pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih banyak lelaki yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada wanita tua atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula, sampah-sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara asing di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan dapat kita lihat di manamana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita. Pepatah ada mengatakan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih; ibu bapalah yang yang akan mencorakkan kehidupan dan peribadi mereka yang sebenarnya. Pepatah ini menggambarkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi yang positif dalam diri anak-anak mereka. Malahan, rumah adalah ibarat syurga kepada setiap anak yang lahir ke dunia ini. Dari rumah, mereka mengenal erti kasih sayang, perasaan saling memahami serta saling menghormati. Namun, hakikat yang amat pahit untuk diterima adalah terdapat banyak daripada kalangan masyarakat kita kini yang menjadikan rumah sebagai neraka buat anak-anak mereka. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kadar perceraian dan rumah tangga bermasalah semakin hari semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town dan Johor Baharu. Perceraian memperlihatkan masalah rumah tangga antara suami isteri yang berpunca daripada permusuhan, perkelahian dan kecurangan antara suami isteri. Siapakah saksi kepada semua permasalahan ini? Sudah pastilah insaninsan lain dalam institusi rumah tangga itu, iaitu anak-anak. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mereka telah memusnahkan keceriaan rumah tangga dan alam remaja anakanak mereka menyebabkan anak-anak turut berendam air mata. Menyaksikan ibu bapa seperti anjing dengan kucing, akan mempengaruhi pertumbuhan jiwa anakanak terutama remaja yang sedang meningkat dewasa. Perasaan marah kepada ibu bapa ini akan mewujudkan luka jiwa yang amat dalam kepada anak-anak. Maka, akan terdapat antara mereka yang melepaskan kemarahan itu di luar rumah, iaitu dengan menconteng atau melakarkan graffiti di tempat-tempat menunggu bas atau merosakkan harta benda awam seperti tandas dan telefon awam. Malahan, terdapat juga dalam kalangan mereka yang bertindak seperti marahkan pijat, kelambu dibakar iaitu melepaskan kemarahan dan dendam mereka kepada orang lain seperti guru-guru dan rakan-rakan dengan menunjukkan sikap biadab dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Segala perlakuan ini dapat kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari menjadi bukti rendahnya kesedaran sivik di kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Malahan, kajian polis mendapati bahawa lapan puluh peratus daripada remaja yang ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah merupakan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah.

Justeru tidak keterlaluan jika kita menyatakan bahawa salah satu punca kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada kelonggaran dalam institusi rumah tangga itu sendiri sehingga menyebabkan jiwa anak-anak menjadi tidak subur atau terbantut. Seterusnya, perkara tersebut akan mempengaruhi perlakuan mereka. Semangat patriotik yang rendah juga menjadi sebab lunturnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Anak-anak hari ini kurang dididik agar berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, perasaan sayang akan negara dan berbangga menjadi warganegara Malaysia masih amat kurang dalam kalangan masyarakat kita. Satu contoh yang jelas membuktikan pernyataan ini adalah apabila Lagu Kebangsaan, Negaraku, berkumandang di udara. Berapa ramaikah antara kita yang berhenti dan berdiri tegak secara sukarela bagi menghormati lagu tersebut? Berapa ramaikah pula antara kita yang masih mengetahui Rukun Negara dan menghayatinya? Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jumlahnya adalah terlalu sedikit; iaitu hanya dalam kalangan warga senior kita. Apabila tahap kesedaran dan kecintaan terhadap negara rendah, natijahnya, perasaan Negara KitaTanggungjawab Kita juga turut kurang dalam diri setiap individu. Justeru tidak ada perasaan bersalah apabila seseorang itu merosakkan bunga di taman-taman rekreasi. Tidak ada juga perasaan dan keinginan dalam hati mereka untuk mencantikkan setiap kawasan di negara ini. Justeru, ada yang tidak berasa bersalah apabila mereka membuang sampah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, seperti ke dalam sungai atau di mana-mana yang difikirkan selesa untuk mereka berbuat demikian. Perkara yang jelas adalah wujudnya sikap, aku, aku dan engkau, engkau dalam diri masyarakat kita. Oleh itu, perasaan sepunya terhadap harta benda awam, perasaan menghormati pelbagai kaum atas dasar ini ialah tempat kita dan negara ini ialah negara kita dan kitalah yang bertanggungjawab atas keharmonian, kesejahteraan serta keindahannya, tidak wujud dalam diri mereka yang terlibat. Maka, sehingga hari ini, kita masih menyaksikan perlakuan-perlakuan negatif yang memperlihatkan bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat ternyata masih rendah. Ketidakmampuan sistem pendidikan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak kepada para pelajar turut menyebabkan kesedaran sivik masih belum membanggakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Selain rumah, sekolah merupakan institusi murni yang berperanan membentuk sahsiah dan peribadi seseorang individu. Di sekolah yang terdapat pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama, maka integrasi kaum berlaku. Melaluinya, para pelajar mempelajari adat dan budaya kaum lain. Mereka juga belajar menerima, memahami dan menghormati satu sama lain walaupun mereka dari latar belakang bangsa dan kaum yang berbeza. Namun, kenapakah kita masih menyaksikan pelajar-pelajar yang tidak menghormati satu sama lain? Mengapakah nilai-nilai murni seperti mematuhi undang-undang dan peraturan serta hormat-menghormati masih kurang dipraktikkan oleh para pelajar seluruh negara? Dalam hal ini, kita tidak menafikan kepentingan sekolah kepada kehidupan seseorang individu.Namun, keberkesanan fungsinya sebagai tempat untuk mencerna peribadi murni dalam kalangan para pelajar masih boleh dipertikaikan. Tambahan pula pada masa kini, keunggulan serta kecemerlangan sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademiknya. Jika tinggi peratus kelulusan para pelajar, maka dikatakan bahawa sekolah itu ialah sebuah sekolah yang baik. Hambatan untuk menghasilkan pelajar

yang cemerlang akademik inilah yang menyebabkan guru-guru bertungkus-lumus melatih anak-anak didik mereka agar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Waktu pengajaran dan pembelajaran juga adalah untuk mencapai matlamat yang sama ini. Natijahnya, tugas untuk mendidik sahsiah serta membentuk perkembangan emosi para pelajar semakin dikesampingkan. Malahan,terdapat sesetengah sekolah yang mengetepikan terus kegiatan kokurikulum untuk pelajarpelajar kelas peperiksaan semata-mata untuk memberi penekanan kepada peperiksaan. Hal ini pernah diselar oleh Menteri Pelajaran yang berasa kesal terhadap tindakan sesetengah pengetua sekolah yang tidak memberi penekanan kepada bidang kokurikulum sehingga matlamat menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek tidak tercapai sepenuhnya. Jika di rumah anak-anak gagal terdidik, di sekolah juga mereka tidak menerima bimbingan yang sewajarnya, maka tidak hairanlah jika kita masih melihat ketempangan peribadi anak-anak muda kita yang masih rendah kesedaran siviknya. Pada era globalisasi ini, negara kita begitu ghairah untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamed ini telah menjana pembangunan yang amat pesat dalam pelbagai bidang di negara kita, terutama bidang telekomunikasi dan perindustrian. Sememangnya, idea tersebut merupakan impian murni setiap warganegara kerana pembangunan dan kemajuan akan menjanjikan peningkatan taraf hidup masyarakat kita. Namun,kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk segala yang dinikmati itu. Keghairahan mengejar kebendaan telah mewujudkan golongan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Kemajuan serta pembangunan pesat juga telah meragut semangat kejiranan dan kemesraan dalam masyarakat. Sikap siapa lu siapa gua semakin berleluasa. Hidup bak enau dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat. Natijahnya, kepentingan terhadap kebendaan ini menyebabkan seseorang bertindak tanpa mementingkan perasaan dan kebajikan orang lain. Dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain, masyarakat, terutamanya yang di bandar-bandar besar hanya sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Kegiatan gotongroyong yang diadakan hanya akan disertai jika terdapat orang-orang besar yang merasmikannya. Jika tidak, amalan bergotong-royong itu tidak akan mendapat sambutan. Oleh yang demikian, kita menyaksikan masyarakat di bandar-bandar besar mengadakan majlis kenduri dan perkahwinan di hotel-hotel. Dengan berbuat demikian, mereka sebenarnya telah membunuh semangat kerjasama yang mewujudkan silaturrahim serta keharmonian dalam masyarakat. Peluang untuk saing mengenal dan bertegur sapa antara jiran juga tidak dapat dipraktikkan. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita semakin berkurang. Malahan lebih malang daripada itu, sikap mementingkan diri juga turut menimbulkan masalah lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu kemalangan, terdapat individu yang terus memandu tanpa menghiraukan mangsa kemalangan yang memerlukan bantuan. Hal ini bermakna, di samping menghapuskan kesedaran sivik, sikap individualistik ini yang diakibatkan oleh pembangunan ini juga telah turut membunuh rasa kemanusiaan di kalangan sesetengah daripada kita. Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan alam siber. internet, media massa seperti televisyen dan sebagainya telah mendominasi kehidupan

sebahagian besar daripada masyarakat. Sasaran pembangunan ini juga tidak mengecualikan golongan kanak-kanak dan remaja. Kita tidak bimbang jika perkembangan tersebut adalah sesuatu yang positif. Malangnya, filem-filem yang ditayangkan di televisyen begitu dikuasai oleh filem-filem luar terutamanya filemfilem dari Barat. Bersama-sama filem tersebut ialah nilai-nilai kehidupan masyarakat Barat yang amat bertentangan dengan budaya dan amalan kita masyarakat Timur. Kebanyakan rancangan dari Barat ini memaparkan anak-anak yang sudah tidak lagi menghormati ibu bapa mereka. Mereka kononnya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kehendak mereka. Malahan, pada kebanyakan siri filem atau drama Barat ini ditonjolkan bahawa keluarga terutama ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi penting buat anak-anak mereka. Bahkan, bagi anak-anak yang sudah berkeluarga, ibu bapa adalah terpisah terus daripada kehidupan mereka. Jika kita perhatikan, paparan remaja Barat di sekolah juga amat berbeza daripada para pelajar dalam sistem pendidikan kita yang begitu menekankan nilai-nilai murni dan adab antara guru dan pelajar. Di Barat, pelajar boleh meletakkan kaki di atas meja semasa guru sedang mengajar. Perkaraperkara ini disertai maklumat-maklumat negatif dari internet secara perlahan-lahan telah mempengaruhi dan menghakis nilai dan kesopanan masyarakat kita. Justeru kita melihat kepincangan akhlak dan peribadi masyarakat kita semakin hari semakin ketara. Jadi, tidak hairanlah jika kesedaran sivik seperti sikap menghormati guru dan orang yang lebih tua juga semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Walaupun petanda-petanda kerendahan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat semakin jelas, namun, kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan membiarkan permasalahan ini semakin serius. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum yang bengkok terus menjadi patah, langkah-langkah untuk mengembalikan nilai murni dan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat perlu segera dilaksanakan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Jika melalui Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), elemen nilai-nilai murni wajib diterapkan dalam setiap mata pelajaran, maka dalam kurikulum baru yang disemak semula, perkara ini ditambah pula dengan meletakkan elemen semangat patriotik sebagai sesuatu yang wajib diterapkan dalam pengajaran. Selain itu, nilai-nilai kesusasteraan pula kini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, tema-tema yang berkenaan dengan nilai-nilai murni dan semangat cinta akan negara telah diterapkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilainilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Malahan di negara-negara Jepun dan Korea ini, yang merupakan dua buah negara gergasi perindustrian ini, institusi pendidikan begitu dihormati oleh ibu bapa kerana mereka menyedari bahawa daripada sekolah, anak-anak mereka dididik dan diasuh untuk menjadi insan yang sempurna. Malahan, sistem pendidikan di kedua-dua buah negara ini amat menitikberatkan mata pelajaran kesusasteraan dan sejarah, dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya

mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. Justeru dalam usaha untuk melahirkan semangat cinta akan negara serta menerapkan kesedaran sivik yang tinggi dalam diri anak-anak remaja kita, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan. Dalan hal ini, guruguru juga memerlukan orientasi baru agar turut memberi perhatian pada sahsiah dan nilai-nilai murni anak-anak didik mereka dan tidak hanya berusaha membimbing mereka mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Selain usaha di atas, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wahana yang paling berkesan dalam membentuk sikap murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah, akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersamasama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya , sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti kawat kaki dan latihan-latihan yang diadakan pula akan membentuk para pelajar yang mematuhi masa dan sentiasa berdisiplin. Aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka. Bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. Justeru melalui programprogram yang dijalankan, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat telah meningkat. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara merupakan kata-kata yang melambangkan kepentingan generasi muda terhadap pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita mahu melahirkan golongan remaja yang berwibawa dan berketerampilan dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menyumbang tenaga dan bakti kepada negara. Hal ini tidak akan tercapai jika remaja kita rendah kesedaran siviknya serta kurang jati dirinya. Justeru usaha kerajaan untuk mewajibkan remaja yang berusia lapan belas tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda di negara kita ini. Latihan-latihan yang diikuti adalah bermatlamat untuk membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri remaja. Malahan, lebih daripada itu, program tiga bulan ini akan melarikan para remaja daripada pelbagai gejala negatif seperti melepak, merambu dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Latihan-latihan yang dijalankan juga akan memberi penekanan pada kepentingan kesedaran sivik, kepentingan mencintai negara,kepentingan

pembentukan modal insan serta kepentingan untuk membina kemandirian dan jati diri agar sikap positif ini akan tumbuh subur dalam diri anak-anak remaja negara kita. Apabila para remaja ini mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri, bangsa dan negara, secara tidak langsung, mereka juga akan bertanggungjawab terhadap hak dan kepentingan orang lain. Hasilnya, diharapkan agar melalui program Khidmat Negara ini, negara akan dapat melahirkan masyarakat yang lebih tinggi tahap kesedaran siviknya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita mahu melahirkan masyarakat yang hidup seperti aur dengan tebing, saling menguatkan antara satu sama lain. Kita mahu melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya serta sentiasa bersedia untuk bekerjasama demi kebaikan bersama. Dalam hal ini, saya berpendapat agar amalan bergotong-royong yang menjadi teras konsep bekerjasama dalam masyarakat kita perlu disuburkan kembali, terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Pada tahap awal, kita berharap agar para menteri dan Wakil Rakyat turut turun padang bersama-sama dengan rakyat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan. Apabila budaya gotong-royong ini telah dapat diwujudkan, masyarakat akan dengan sendirinya mengatur program-program tersebut untuk kepentingan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, amalan rumah terbuka serta ziarah-menziarahi pada musim-musim perayaan juga merupakan amalan positif yang akan meningkatkan kesedaran sivik dalam masyarakat kita. Melalui aktiviti ini, sesama jiran akan salin mengenali dan beramah mesra sesama mereka. Walau bagaimanapun, kita berharap agar kejadian berebut makanan yang berlaku dalam satu majlis terbuka anjuran seorang menteri beberapa tahun lalu akan dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Kita mahu melihat bukan sahaja keharmonian hubungan pelbagai bangsa di negara kita tergambar melalui aktiviti tersebut, malahan juga kita mahu menampilkan adab yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita yang terkenal dengan budi bahasa dan kesantunannya. Apabila program-program ini dapat disebarluaskan di seluruh negara, sudah pasti tahap kesedaran sivik masyarakat kita juga akan dapat ditingkatkan. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa tersebut membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Justeru jika kita ingin melihat kesedaran sivik subur dalam masyarakat, maka ibu bapa perlu memainkan peranan perdana dalam usaha ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendidik anakanak agar saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Oleh itu, amalan bergotong-royong sesama ahli keluarga perlu diterapkan dari peringkat rumah lagi. Bukan sahaja amalan ini akan memudahkan pelaksanaan sesuatu pekerjaan, malahan kemesraan keluarga juga akan dapat ditingkatkan. Kita sedia maklum bahawa pada peringkat usia muda, anak-anak sedang membina identiti mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa akan menjadi contoh teladan yang paling hampir untuk diikuti oleh anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa juga perlu menegur kesilapan anak-anak agar mereka mengetahui garis panduan antara perkara yang betul dan perkara yang salah. Kebanyakan permasalahan yang berlaku dalan kalangan remaja masa kini adalah disebabkan ibu bapa begitu takut untuk memperbetul dan menegur perbuatan negatif anak-anak mereka. Jika ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik anak-anak mereka sewajarnya, maka sudah pasti masalah remaja kekurangan kesedaran sivik ini tidak akan wujud di negara kita. Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi adalah melalui tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang. Jika kita tinjau ke negara jiran kita, Singapura, kita akan begitu kagum akan rakyatnya yang begitu patuh akan peraturan serta amat bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Namun, dasar sebenar sikap tersebut adalah daripada ketegasan kerajaan Singapura mendidik rakyatnya.Setiap mereka yang didapati melanggar peraturan awam akan terus didenda. Malahan, dalam perkara penggunaan tandas awam pun,Singapura sentiasa memastikan penggunaannya yang betul Sesiapa yang didapati tidak menarik pam air selepas menggunakan tandas akan dikenakan hukuman pada masa itu juga. Negara kita juga perlu menguatkuasakan peraturan dan undangundang yang melibatkan rakyat yang kurang kesedaran siviknya ini. Jika Singapura mewajibkan aktiviti khidmat masyarakat kepada sesiapa yang didapati melanggar hak-hak penggunaan harta benda awam seperti telefon awam, dan pembuangan sampah-sarap, mengapakah kita tidak boleh melaksanakannya? Golongan masyarakat yang berkepala batu dan terlalu mementingkan diri sendiri ini sememangnya perlu dikenakan tindakan tegas. Setakat ini, tindakan hanya dikenakan kepada mereka yang didapati merosakkan telefon-telefon awam. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat membezakan antara tong sampah dengan tempat menunggu bas? Golongan ini juga perlu dikenakan tindakansewajarnya. Dalam hal ini, tindakan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) menangkap orang ramai yang mengotorkan tempat-tempat awam dan mewajibkan mereka membersihkan tempat itu semula adalah amat dipuji. Hal ini disebabkan, melalui pelaksanaan peraturan yang tegas itu, orang ramai akan sentiasa beringat-ingat semasa menggunakan segala kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan mereka. Kesimpulannya, walaupun masalah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita belum begitu parah, namun, kita perlu berusaha untuk membaikinya. Hal ini terutamanya dalam kalangan remaja kerana merekalah yang bakal mencorakkan hala tuju masa depan negara. Kita menginginkan agar kemajuan yang kita kecapi adalah selaras dengan pembangunan jiwa dan peribadi anak-anak bangsa kita. Justeru menyedari hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat masih rendah atau semakin luntur, semua pihak harus membuka mata dan memainkan peranan masing-masing untuk membina satu bangsa Malaysia yang berjaya dan mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita. Oleh itu bersama-samalah kita seluruh warga negara yang tercinta ini memupuk sikap saling bekerjsama dan saling bersatu hati agar kemajuan yang diingini tercapai tanpa mengorbankan nilai dan susila bangsa dan agama kita.

(c) zma 2006 PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN Hal ini demikian kerana mengenang erti sebenar kemerdekaan membolehkan setiap daripada kita merenung diri sebagai seorang ahli dalam keluarga yang besar melangkaui batas agama, etnik, bangsa, atau gender. Di samping itu, elemen perjuangan kemerdekaan itu akan mengukuhkan pegangan rakyat terhadap nilai toleransi, sikap saling memahami dan menghormati, serta mempertahankannya agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang. melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum termasuklah Perhimpunan Mingguan yang melibatkan aktiviti perbarisan, menaikkan bendera dan menyanyikan Lagu Kebangsaan serta lagu patriotik. Acara kemuncak kegiatan penerapan semangat patriotisme di kalangan pelajar adalah melalui Sambutan Bulan Kemerdekaan (SBK). Sepanjang tempoh SBK, pelbagai jenis aktiviti bahasa dan budaya seperti deklamasi sajak, pidato, syair dan nyanyian mengisi programprogram berikut: Kempen Kibar Jalur Gemilang menggalakkan sekolah-sekolah untuk menganjurkan pertandingan mencipta Jalur Gemilang secara kreatif menggunakan pelbagai bahan dan media. Di Sekolah Wawasan acara ini disambut secara serentak; Sambutan Detik Ambang Merdeka diadakan di semua sekolah berasrama dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru; Perhimpunan Khas sempena Hari Merdeka diadakan untuk memperdengarkan Perutusan Kemerdekaan; Sambutan Perayaan Hari Kemerdekaan melibatkan penyertaan pelajar dalam Acara Persembahan Padang dan Acara Perarakan; dan Aktiviti berbentuk deklamasi sajak, pidato, syair, nyanyian, pameran statik hasil karya pelajar, karya kreatif dan kerja sukarela juga diadakan untuk menyemarakkan SBK.

KEGIATAN KOKURIKULUM Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya aktiviti

kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang atau hujung minggu. Sesetengah aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti kuiz, syarahan, ceramah dan sebagainya. Terdapat juga beberapa jenis kokurikulum yang mempunyai kurikulumnya kemas lagi terancang. Contohnya seperti pergerakan pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah, dan lain-lain lagi (Abd Halim, 1999). Apakah cara untuk memupuknya semangat patriotik dalam masyarakat? Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat semakin berkurang Kita perlu mengingati dan menghargai pengorbanan para pejuang Mereka sanggup berkorban nyawa demi mencapai kemerdekaan negara Mereka mempunyai kegigihan dan keberanian ketika menentang penjajah Para pejuang telah menunjukkan taat setia kepada pemimpin dengan berusaha mempertahankan tanah air daripada dijajah Contoh : Dato Maharaja Lela telah membina kubu pertahanan dann berjaya membunuh pegawai British iaitu J.W.W. Birch Sudah terang lagi bersuluh bahawa semangat patriotisme dapat dipupuk dengan mengingati dan menghargai jasa para pejuang tanah air

Terap semangat patriotik di kalangan pelajar


KUCHING 25 Ogos - ''1SMK Santubong, Pelajar Didahulukan, Pencapaian Akademik Sekolah Diutamakan," kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, Jali Kenoi ketika melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah berkenaan di sini baru-baru ini. Gagasan tersebut merupakan inisiatif sekolah untuk menaikkan semangat para pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama menerapkan nilai-nilai murni serta patriotik supaya jati diri mereka akan terus dihayati. Menurut Jali, sempena sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, pihaknya menyediakan pelbagai program berbentuk pemahaman, penghayatan serta penghargaan dengan penglibatan para pelajar dari peringkat tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Katanya, antara program yang disediakan untuk para pelajar sepanjang sambutan bulan kemerdekaan sejak 1 Ogos lalu adalah pertandingan lagu-lagu patriotik dan 1Malaysia, deklamasi sajak, berpidato serta penulisan esei bertemakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang juga tema Hari Kemerdekaan ke-52. ''Dengan ada program-program seumpama ini secara tidak langsung ia memeriahkan lagi sambutan sempena bulan kemerdekaan negara.

''Pada masa yang sama, para pelajar boleh menyertai program-program tersebut sekali gus mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. SMK Santubong yang ditubuhkan pada tahun 1984 kini mempunyai 51 tenaga pengajar dengan 720 pelajar termasuk seramai 250 mereka yang tinggal di asrama. Jali berkata, penganjuran program sempena bulan kemerdekaan sudah menjadi tradisi di sekolah terbabit dan ia dilakukan pada setiap tahun. Katanya, tujuannya adalah supaya program seumpama itu dapat memupuk semangat cintakan negara di dalam diri pelajar di samping kesedaran mengenai sejarah kemerdekaan negara. Tambahnya, pihak sekolah juga berharap program tersebut dapat menanamkan nilai-nilai jati diri, membina keyakinan serta kekuatan pada diri pelajar dalam melahirkan modal insan berkualiti serta berkemahiran pada masa akan datang. ''Kita sedia maklum bahawa generasi muda hari ini adalah pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang, maka mereka perlu dibentuk dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan jati diri mereka. ''Sehubungan itu, program bulan kemerdekaan sekolah ini bertepatan sekali untuk mewujudkan golongan masyarakat yang mampu memacu negara ini ke peringkat yang lebih baik pada masa akan datang," ujarnya. Dalam pada itu, Ketua Panitia Sejarah, Hayati Yaman, 35, berkata, program berbentuk sejarah memang perlu dilaksanakan supaya generasi muda terutamanya pelajar tidak akan melupai setiap titisan peluh dan darah para pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan negara. Katanya, para pelajar tersebut boleh mempelajari dan mengkaji mengenai tokohtokoh sejarah negara yang telah memperjuangkan kemerdekaan sebelum ini. ''Dengan adanya program seperti hari ini, para pelajar tidak akan melupakan jasajasa orang terdahulu yang memperjuangkan merdeka kerana tanpa pejuangpejuang dahulu, kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan bertuah seperti hari ini," ujarnya. MATAPELAJARAN SEJARAH Pendidikan sejarah telah dijadikan wahana utama dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai matlamat di atas. Awang Had Salleh (1983) menyifatkan apa yang hendak dicapai oleh pendidikan dalam hubungannya dengan nasionalisme ialah dengan menyemaikan rasa patriotisme ke dalam jiwa pelajar, iaitu rasa kesediaan dan kerelaan berkorban nyawa untuk Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 9, 2010 mempertahankan negara. Kedua, menanam ke dalam jiwa pelajar penghayatan terhadap cita-cita unggul negera seperti yang terdapat pada Rukunegara. Ketiga, membimbing pelajar supaya menghayati pusaka tradisi

negara ini serta membina penghayatan terhadap lambang-lambang, perlembagaan dan negara serta negeri di Malaysia, dan memupuk rasa hormat kepada bahasa negara, iaitu bahasa Melayu, agama rasmi, iaitu agama Islam dan bendera negara. Semua usaha ini menjurus ke arah penjelmaan gagasan patriotisme dan pembinaan bangsa yang mendasari wawasan negara. pendidikan Sejarah dianggap elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu dan cintakan negara. Pembinaan bangsa dan negara hanya boleh dicapai jika pengetahuan tentang negara ditanam di jiwa pelajar (Zainal Abidin Wahid, 1998). HARI PATRIOTIK Pada tahun lepas, dalam aktiviti Hari Pahlawan, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program yang diberi nama `Hari Patriotik' di sekolah-sekolah seluruh negara. Program ini bertujuan menyemai semangat patriotik dan cintakan tanah air di kalangan pelajar-pelajar yang merupakan generasi muda masa kini, dengan harapan mereka akan membentuk masyarakat penyayang dan prihatin di masa akan datang. Di dalam program tersebut pelajar-pelajar diperkenalkan kepada peranan tentera negara dan sejarah perjuangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menegakkan keamanan. Program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan ini sangat baik dan positif, yang mana dalam jangka masa panjang akan dapat membina generasi Malaysia yang penyayang, prihatin dan cintakan tanah air. Melalui program yang dijalankan ini Kementerian Pendidikan telah berjaya mengumpulkan sumbangan dari pelajar-pelajar dan kakitangan sejumlah RM288,000.00 ( Dua Ratus Lapan Puluh Lapan Ribu Ringgit Malaysia) untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan pada tahun lalu. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Pendidikan atas daya usaha menggerakkan aktiviti yang murni ini. 10. Kita tidak perlu menunggu lama sehingga pelajar- pelajar masa kini dewasa, untuk membentuk masyarakat yang penyayang dan prihatin. Kita boleh memulakannya daripada sekarang dengan memberi sumbangan kepada mereka yang sangat- sangat memerlukan. Secara tidak langsung, tindakan kita membantu mereka yang memerlukan ini akan menjadi teladan dan mengukuhkan semangat patriotik yang disemai di kalangan pelajar-pelajar iaitu anak-anak kita sejak di bangku sekolah lagi. PENGENALAN/PENDAHULUAN Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanahair. Perasaan cinta yang kuat terhadap tanahair ini sudah pasti wujud dihati setiap individu warganegara Malaysia yang berdaulat dan merdeka dalam usaha mencapai matlamat dan aspirasi negara. Dalam negara seperti Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum sudah pasti semangat patriotsme akan dapat membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatupadu dan harmonis. Patriotisme juga diserapkan dalam semua matapelajaran secara merentas kurikulum . Patriotisme adalah perasaan yang kuat terhadap tanah air . Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu , semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru , berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah

negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara , para pelajar dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. ( PPK , 2000 , 4 ) PEMUPUKAN SEMANGAT PATRIOTIK PENGENALAN KEMERDEKAAN -rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan kali ke-51. -hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia . -pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan. -berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan. -Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan -tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga British. -semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka Semangat Patriotisme -perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. -sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. -mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri. -anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain. -rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan.zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap. -Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini. -Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin

semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya. USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME 1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan -jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal -pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan. -memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza -sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan. -setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing -setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang -keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama -konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan. 2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme -Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM -bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme -mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum -pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini -menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam pelbagai elemen. -fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja -Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain -program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat -mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara 3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik -Hari perpaduan disambut pada 16 september -berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera -memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita -rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan harmoni

-melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat patriotisme merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara. -mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara. -Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada. -sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum. 4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan diberi keutamaan -ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya. -semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat. -selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. -pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing -pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. 5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara. -melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini. -para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia . -Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara. -menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara. -sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara. -kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme. 6. Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. -mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan bersungguh-sungguh -majlis rumah terbuka berbilang kaum akan menyambut bersama-sama -menikmati juadah bersama-sama

-hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak beratjarang berpeluang bersama-sama -oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai bertemu -berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia . Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara. -intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat 7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk. -Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama. -sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik -kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988. -kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara. -langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar. -para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah. -sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. -Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah -Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi -Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar -Kementerian Pelajaran Malaysia menghidupkan kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu. -melahirkan rakyat yang berperwatakan positif. Kesimpulan -semangat patriotisme dapa membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi

-pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masingmasing mempunyai inisiatif untuk membangun negara -industri pelancongan dapat dikembangkan -negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai -negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut. 1. Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia . 2. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat: a. mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara. b. mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara. c. bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis. d. memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan e. membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan f. bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara. 3. Anda perlu merujuk kepada buku panduan ``Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah,'' Pusat Perkembangan Kurikulum 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program itu. 4. Dalam program edutourism ini, guru boleh menyelitkan unsur-unsur tertentu untuk menerapkan unsur-unsur patriotisme. 5. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk: a. kerja projek b. permainan c. simulasi d. lakonan e. drama f. perbincangan g. lawatan

Patriotismenya adalah semangat yang murni, universal dan bebas daripada elemen perkauman. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta, kasih, sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Lazimnya, patriotisme didasari oleh sifat dan sikap kesukarelaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan, dedikasi dan komitmen seseorang insan untuk mempertahankan kemerdekaan negara dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan bangsanya. Matlamatnya supaya perlembagaan, undang-undang, integriti, kredibiliti, kepentingan, kemajuan, kejayaan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, perpaduan, ketenteraman, keamanan dan kelangsungan bangsa dan negara ini tidak diganggu-gugat oleh sesiapa. Oleh itu, patriotisme adalah sesuatu yang abstrak. Ia lahir daripada tindakan atau perjuangan seseorang yang berasaskan kepentingan negara, agama dan bangsa. Patriotisme membabitkan minda, sanubari dan naluri. Ia juga membabitkan roh dan jiwa, semangat dan keinsafan, serta cinta, kasih dan sayang. Di zaman silam, patriotisme di Malaysia sering dimanifestasikan menerusi kesukarelaan dan keberanian seseorang berperang demi kepentingan ibu pertiwinya, untuk berjuang menentang penjajah, atau memperjuangkan kemerdekaan tanah airnya. Di zaman mutakhir, patriotisme Malaysia dimanifestasikan menerusi kepimpinan yang berjiwa rakyat, bertungkus-lumus memajukan negara untuk mencapai taraf dunia dan sentiasa memperjuangkan keselamatan tanah air dan kesejahteraan ummah. Patriotisme Malaysia mutakhir juga dibuktikan oleh segolongan bangsa Malaysia menerusi penciptaan rekod-rekod dunia melalui aktiviti yang amat mencabar, lasak dan berbahaya. Contohnya, pelayaran mengelilingi dunia secara solo, berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam tempoh yang tersingkat, memacak dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest, dan menawan Kutub Utara. Pada tahun 2020, patriotisme Malaysia wajar pula dimanifestasikan menerusi kemasyhuran bangsa Malaysia memenangi Hadiah Nobel, kejayaan menerokai angkasa lepas, memperjuangkan keamanan dan keadilan sejagat, kebijaksanaan dalam bidang sains, teknologi dan perubatan, serta menjadi pemain global dalam semua bidang. Berikut adalah antara beberapa definisi patriotisme mengikut beberapa kamus dan ensaiklopedia Melayu dan Inggeris: ``Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.'' Semangat cinta tanah air dan sikap bersedia mengorbankan apa sahaja untuk kejayaan dan kemakmuran negara.

``Perasaan dan sifat mencintai negara dan mempertahankannya pada bila-bila masa. ``Cinta dan setia kepada negara.'' ``Dedikasi yang tinggi kepada negara.'' ``Cinta dan kesetiaan kepada negara, kerajaan dan institusinya.'' Beberapa cendekiawan Malaysia dari pelbagai latar belakang pula pernah memberikan definisi patriotisme seperti berikut: ``Kasih sayang kepada bumi tempat tinggalnya.'' ``Kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya.'' ``Ikatan spiritual antara individu dan negaranya.'' ``Sentimen nasional yang menitikberatkan kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.'' Oleh itu, patriotisme bolehlah ditakrifkan sebagai semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih, sayang, kesetiaan, kebanggaan, keikhlasan, kesanggupan, kesungguhan dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya. Patriotisme penting kepada Malaysia . Ia menjadi satu daripada prasyarat pembentukan bangsa dan pengukuhan ketahanan nasional. Menerusi patriotisme, bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba, agamanya terus mulia, jati dirinya tetap unggul, budayanya mantap, politiknya bebas dari pengaruh universalisme, perpaduannya teguh, semangat juangnya pukal, dan masa depannya terus cerah. Pendek kata, dalam konteks suasana dunia hari ini, patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama, melumpuhkan bangsa dan meruntuhkan negara. Lantaran itulah patriotisme Malaysia perlu mencakupi seluruh aspek perjuangan individu, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Ia perlu mementingkan prinsip-prinsip perjuangan dan pengorbanan, kewajipan dan tanggungjawab, komitmen dan dedikasi, kesungguhan dan kesukarelaan, keberanian dan keperkasaan. Penerapan dan penyuburan patriotisme Malaysia juga wajar mencakupi aspek kepintaran dan kebijaksanaan, konsistensi dan kesinambungan, kesetiakawanan dan kesetianegaraan, perpaduan dan keharmonian, disiplin dan undang-undang.

Di samping itu, patriotisme Malaysia juga perlu menitikberatkan elemen kredibiliti dan integriti, kreativiti dan produktiviti, ilmu dan pengetahuan, kemajuan dan kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan, kemerdekaan dan kedaulatan. Jika penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia tidak berasaskan prinsip-prinsip ini, ia mungkin menghasilkan jingoisme, cauvinisme dan ekstremisme. Lantaran itu, pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme dan pengukuhan ketahanan nasional di negara ini perlulah lebih terancang, fokus dan menyeluruh. Ini kerana senario dunia mutakhir memerlukan barisan bangsa Malaysia yang lebih patriotik, bersatu padu, berdedikasi, berakhlak mulia, cekap dan berilmu serta berkemahiran di semua bidang kehidupan. Maksudnya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang. Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa. Ini kerana musuh bangsa Malaysia di hari muka bukan hanya aggression ketenteraan seperti peperangan antiterorisme global. Musuh mereka akan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Mungkin dalam bentuk peperangan ekonomi dan manipulasi pasaran yang menggunakan senjata seperti derivatif, pelaburan berisiko tinggi, spekulasi mata wang, blok perdagangan, tindakan undang-undang mengenai hak cipta dan cap dagangan, bentuk cukai dan tarif yang canggih, sistem penentuan harga dan tarif, manipulasi ke atas faedah pinjaman dan sebagainya. Musuh bangsa Malaysia di hari muka juga mungkin dalam bentuk subversion, infiltration dan juga pengaruh ideologi americanisme dan universalisme. Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan pengetahuan, di peringkat yang paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang setinggi-tingginya. Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia perlulah didukungi oleh seluruh bangsa Malaysia . Hakikatnya demikian kerana patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan, mengikrarkan Rukunegara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.

Hakikat ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan segera oleh semua pihak supaya seluruh resipi, strategi dan dasar ke arah mewujudkan patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benarbenar selaras dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT, perkembangan bioteknologi serta kebangkitan neoimperialisme. Hanya sesudah itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan kebijaksanaan silam bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; biar putih tulang, jangan putih mata; kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya!