Anda di halaman 1dari 10

Tips ; 1.

Kalau boleh sebelum mula buat karangan, petik satu rangkap lagu yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. 2. Setiap perenggang mestilah diisi dengan 2-3 ungkapan menarik. (lebih banyak lebih bagus) 3. Permulaan setiap isi penting mesti ada penanda wacana. 4. Pengakhiran sesuatu perenggang mestilah ada ayat penegas. Contohnya, ( tuntasnya kita mestilah menjaga hubungan baik sesame masyarakat bagi menjamin kesejahteraan Negara. 5. Buat karangan Bahagian B dulu, seterusnya baru buat Bahagian A. Contoh pendahuluan; 1. Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang ,,,,,,,, 2. Era pascaperindustrian dan pasca globalisasi yang sering mencabar akal dan minda kita telah,,,,,,,,, 3. Sudah terang lagi bersuluh , semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat ,,,,,,, 4. Pada dasar langit terbuka ini, kita sering dihangatkan dengan pelbagai masalah oleh media massa mahupun media cetak. Contoh ungkapan menarik; 1. Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku merupakan tempa terpeciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. 2. Nabi Muhammad saw pernah bersabda : anak-anak merupakan kain putih. Ibu bapa yang memainkan peranan untuk mencorakkan kehidupan anak-anak supaya menjadi golongan anum yang berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan barbar yang menjadi agen perosak kepada Negara. 3. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang deperti kata seorang cendiakawan , permulaan hidup seseorang adalah mengenal Tuhan dan agamanya.

4. Kita seharusnya menghargai setiap detik waktu dalam segala perkara yang kita lakukan kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. 5. Golongan anum yang cemerlang tidak akan berputus asa dalam menemui kegagalan, mereka tidak akan mudah bersedih malahn menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. 6. Menurut Al-ghazali, hati kanak-kanak adalah bersih dan bersinar persis seperti mutiara dan lembut seperti tanah menyebabkan benih dapat disemai. 7. Davey John Shawartz : yang paing kita perlukan dalam kehidupan ialah seseorang yang selalu memberi kita semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. 8. Mendepani reality dunia baru yang pantas berubah dan berkembang 9. Mendukung kebenaran yang kita sepakati 10. Menghirup udara hasil kemerdekaan 11. Mengundang kontroversi 12. Menjadi tampuk kepimpinan Negara 13. Menjulang Negara ke puncak jagat 14. Menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi 15. Mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya 16. Menangkis setiap tuduhan yang tidak berasas 17. Masyarakat yang naf dengan setiap mata kebendaan yang melalaikan 18. Melangkah dengan seribu kekuatan 19. Mampu mengandunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu 20. Dalam kerancakan masyarakat sarwajagat bergerak seiring bayang-bayang pemodenan 21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati 22. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir

Pernyataan keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanakkanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing.

Ibu

bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya,

kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan . Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk keperibadian anak-anak. Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilainilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian, mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring . Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting. Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana sesal dahulu pendapatan,

sesalkemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu langkah yang
signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.

Intihanya,

keluarga

merupakan

mercu

tanda

kemakmuran

negara

dan

menggalas

tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masingmasing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia.

Apakah maksud 'Amalan Gaya Hidup Sihat'? Frasa tersebut boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang akan membawa maut pada masa akan datang. Menurut kajian pakar-pakar dietetik Malaysia, jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami obesiti dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang kebanyakan. Oleh itu, pendekatan secara drastik perlu diambil bagi membendung masalah kesihatan di negara ini daripada semakin berleluasa. Langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan gaya hidup sihat adalah dengan menghindarkan diri daripada gejala-gejala tidak sihat seperti merokok dan penyalahgunaan dadah. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan bahawa perokok menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Penyalahgunaan dadah pula perlu dicegah kerana perbuatan terkutuk itu akan membawa kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS. Oleh itu, kita perlu bijak dalam membuat keputusan agar tidak terjebak dalam gejala-gejala negatif yang bukan sahaja meragut wang ringgit, bahkan meragut nyawa seseorang. Amalan gaya hidup sihat lain yang perlu diikuti adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang menepati nisbah piramid makanan perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi selain terhindar daripada penyakit. Kita juga seharusnya perlu mengurangkan pengambilan makanan segera kerana makanan tersebut biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Sebaliknya, pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperbanyak agar mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Di samping itu, aktiviti senaman juga perlu dijadikan keutamaan bagi seseorang individu. Hal ini demikian kerana apabila kita bersenam,tubuh badan kita akan membakar lemak, membuang toksin dan melancarkan pengaliran darah. Hal ini penting terutamanya bagi pelajar kerana apabila pengaliran darah menjadi lancar, otak akan lebih mudah menyerap pembelajaran. Jadi, seseorang perlulah bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari bagi meningkatkan kecergasan tubuh da kecerdasan minda.

Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan sarang pelacuran. Hal ini demikian kerana tempat-tempat sebegini akan menjerumus seseorang ke kancah pengambilan alkohol dan dadah selain hubungan seks rambang. Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan seseorang individu mendapat penyakit HIV dan AIDS. Sebaiknya, kita boleh mendapat hiburan dengan berekreasi di taman atau melancong bersama keluarga bagi mengurangkan stres. Apabila kita mengawal tingkah laku dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian, nescaya kita tidak akan terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya. Intihanya, banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang individu dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan sebaikbaiknya kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menyelamatkan tubuh badan yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah bertindak bijak dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

FRASA / UNGKAPAN MENARIK

PENDAHULUAN Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu..... Saban hari, cuping telinga kita dihidangkan oleh media massa tentang .... Menginsafi tuntutan untuk memikul tanggungjawab bersama-sama, maka... Pernahkah terlintas dalam gawang minda .....bahawa.... Sebelum hal ini menjadi barah dan menjadi seperti tanduk di kepala yang tidak dapat digelengkan, ...... PUNCA 1. Sebagai memperkukuh penyataan tersebut lagi, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. 2. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. 3. Benarlah kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 4. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. LANGKAH 1. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. 2. Tanpa menyalahkan sesiapa, kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah ini. Hal ini dinyatakan dalam bidalan yang berbunyi, buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat. 3. Yang lebih afdal lagi adalah dengan mencari perencah yang terbaik bagi mengekang gejala ini. 4. Usaha-usaha yang istiqamah, proaktif, pragmatik, dan jitu memerlukan obligasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan mestilah digerakkan dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah dari langkah yang pertama.

REMAJA 1. Berpeganglah pada kata-kata Bapa Kemerdekaan, Presiden Indonesia yang pertama iaitu Soekarno, Pemuda mesti bercita-cita besar, meningkat lebih tinggi dari Gunung Singgalang, lebih tinggi dari Gunung Merapi, yang lebih tinggi dari Gunung Tandikit, bahkan harus lebih tinggi dari bintang-bintang di langit, cubalah capai dengan segenap tenagamu.. 2. Pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara. 3. Remaja yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang / belum keras ubun-ubunnya / masih hijau masih tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca / batu kelikir. 4. Hukama-hakama Arab pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. 5. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan. 6. Kekuatan remaja kepada negara dapat dikaitkan dengan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Soekarno, Presiden Indonesia pertama, Berikanlah saya 10 orang belia waja, pasti saya akan gegarkan dunia. 7. Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan aset yang paling berharga. 8. Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang kank-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain. 9. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara KELUARGA 1. Anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa hadapannya. 2. Didikan agama yang mantap Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. 3. Memetik kata-kata mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah. 4. Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada pelajar kita pada hari terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.

PENUTUP 1. Setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing dan janganlah sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 2. Sinergi daripada semua pihak perlu dipupuk umpama sakit sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma yang menjamin kelangsungan hidup bermasyarakat yang bebas daripada masalah.... 3. ta tidak seharusnya bersikap tutup sebelah mata, sebaliknya buka mata, buka minda, buka hati dan kenali diri. 4. Bertindaklah secara glokal dan berfikirlah secara global. 5. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang....
PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Hal ini disebabkan Hal ini membuktikan bahawa Hal ini menggambarkan bahawa Hal ini secara tidak langsung akan Hal ini semua meninggalkan kesan kerana Hal ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh

Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

Anda mungkin juga menyukai