Anda di halaman 1dari 6

Syed Othman A Alkaff

HADIS 40 UNTUK REMAJA


Hadis

Hadis 1 :

Ikhlas Dan Peranan Niat Dalam Amalan

HADIS 1 IKHLAS DAN PERANAN NIAT DALAM AMALAN 1. Hadis 1

) (1 : } { .
2. Erti Hadis 1
_________________________________________________________________________ 2

Daripada Umar bin Al-Khatab R.anhu, ia berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Hanya sanya segala amalan itu dengan niat.1) Dan hanya sanya bagi setiap orang itu apa yang diniatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya, dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk dunia, ia akan memperolehinya; atau untuk wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrah kepadanya.
2)

-Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam kedua kitab sahih mereka.
3. Kepentingan Hadis 1 Sesungguhnya hadis ini adalah di antara hadis penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hukum-hakam Islam bersandarkan kepada hadis ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama'. Imam Abu Daud berkata: "Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana addiin itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat." Sementara Imam Ahmad dan Imam Syafi'e pula berkata: "Di dalam hadis ini (iaitu hadis "Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat") mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut". Kerana itulah para ulama' suka untuk memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadis ini. Imam Bukhari telah meletakkan hadis ini pada awal kitab sahihnya. Imam Nawawi juga telah memulakan ketiga-tiga kitabnya iaitu Riyaadhus Soolihiin, al-Azkaar dan alArba'uuna Hadiithan (Hadis Empat Puluh) dengan hadis ini. Faedah pembukaan dengan hadis ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mengikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah Taala di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan. _________________________________________________________________________ 3

4.

Sebab Hadis Ini Dilafazkan Imam At-Tobaraani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu'jam alKabiir dengan rantaian perawinya yang tsiqah (dipercayai), daripada Ibnu Mas'ud r.a, beliau berkata: "Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai 'Penghijrah Ummu Qais". 5. i. Kandungan Hadis 1 Syarat niat

Ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syarak dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (

seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat. Manakala ibadat tidak langsung iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama' mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama' mazhab Syafi'e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat tidak langsung tidak sah kecuali dengan niat. ii. Waktu niat dan tempatnya Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi. Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan. Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara yang lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada Zohor atau Asar dan seterusnya. iii. Berniat untuk melakukan sesuatu amal salih _________________________________________________________________________ 4

Hadis ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal salih, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang beliau daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

iv. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat Hadis ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia. v. Amalan yang bermanfaat Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah S.W.T. 6. Kesimpulan Hadis 1

i. Setiap amalan mesti ada niat. ii. Amalan yang tidak ada niat dikira tidak sah. iii.Segala amalan dibalas mengikut niat. iv.Amalan yang disertai niat yang baik sahaja yang diterima oleh Allah. v. Untuk mendapat pahala, setiap amalan mestilah diniat dengan baik. vi.Allah mengetahui niat hati hamba-hambanya.

1)Niat ialah mengqasadkan sesuatu berserta dengan membuatnya. 2) Hijrah (perpindahan) dalam Islam berlaku dua kali (a) Hijrah para sahabat dari Mekkah ke Habsyah kerana gangguan orang-orang musyrikin berlaku selepas lima tahun nabi dilantik menjadi rasul. (b) Dari Mekkah ke Madinah berlaku selepas tiga belas tahun nabi dilantik menjadi rasul. Ada seorang lelaki turut berhijrah ke Madinah bukan dengan tujuan mendapat pahala hijrah tetapi kerana hendak berkahwin dengan seorang perempuan yang bernama Ummi Qais lalu ia digelar Muhajir Ummi Qais.

_________________________________________________________________________ 5

~Wallahu alam~

_________________________________________________________________________ 6