Anda di halaman 1dari 1

Mohd Hambali Bin Yazid, Instruktur Kursus Kokurikulum, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan

Idris, 35900, Tanjung Malim Perak. Unit Pembayaran, Jabatan Bendahari, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjung Malim Perak.

017-7632764

20 DISEMBER 2012

Tuan/Puan,

Penjelasan Kelewatan Tuntutan Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin memohon maaf atas kelewatan saya membuat tuntutan elaun bayaran tenaga pengajar/Instruktor bagi bulan September, Oktober, November dan Disember 2012. 2. Antara sebab kelewatan membuat tuntutan ialah :
a) Kekangan masa bagi menyiapkan tugasan akademik.

b) Kurang arif berkaitan prosedur tuntutan di bendahari iaitu perlu surat penjelasan bagi tuntutan lewat melebihi 3 bulan dari tarikh tuntutan dihantar. 3. Bersama-sama ini disertakan dokumen yang berkaitan dan diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan tuntutan saya. 4. Saya berjanji akan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan tidak akan melakukan lagi kesilapan seperti ini pada masa akan datang. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang Benar, .. ( Mohd Hambali Bin Yazid) Instruktur Kursus Pengurusan Kokurikulum (CMP2011)