Anda di halaman 1dari 5

ANNOTATED BIBILIOGRAFFY

1. Airurizat bin Anip (1997). Kajian fizikal perletakan pasar malam danimplikasi terhadap kawasan perumahan. 1-24. MASALAH KAJIAN Kajian yang dijalankan adalah merujuk kepada aspek fizikal pasar malam dan impaknya kepada kawasan perumahan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti keadaan fizikal dan permasalahan yang wujud dipasar malam ? 2) Apakah kesan-kesan letakan pasar malam di dalam sesebuah kawasan perumahan ? 3) Apakah potensi dan halangan pemajuan pasar malam serta kawasn tadahannya ? 4) Apakah kesan perletakan pasar malam terhadap kepenggunaan eleman- elemen sokongan di kawasan perumahan ? 5) Apakah cadangan pembagunan untuk tindakan pembagunan aktiviti pasar malam ?

METHODOLOGI KAJIAN Dalam usaha untuk merialisasikan kajian ini, perolehan maklumat adalah diperlukan dari Majlis Daerah Sepang, peniaga, pengunjung dan penduduk sekitar di mana perolehan maklumat adalah melalui borang soal selidik dan kaedah temubual. Peroiehan maklumat tersebut akan diolah dan dianalisa untuk dijadikan panduan di dalam proses pembentukan cadangan-cadangan dan strategi pembangunan demi untuk meningkatkan aktiviti perniagaan pasar malam di kawasan perumahan Bandar Baru Safak. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukan terdapat dua aspek utama iaitu daripada aspek fizikal dan aspek

implikasinya terhadap kawasan perumahan.

Selain itu kajian ini juga dapat membantu meningkatkan

kualiti aktiviti pasar malam bagi kawasan pasar malam di seluruh Malaysia

2. Amran bin Daud. (2004). Faktor faktor yang mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan. 1-24.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong usahawan wanita berniaga di Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah faktor minat menjadi pendorong usahawan wanita menceburkan diri dalam bidang perniagaan ? 2) Adakah faktor mengubah nasib keluarga menjadi pendorong usahawan wanita perniagaan ? 3) Adakah faktor keuntungan yang menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan menjalankan

perniagaan ? 4) Adakah faktor kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan perniagaan ? METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan 196 orang sebagai sampel yang mewakili 389 keseluruhan populasi.

Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaeadah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistic deskriptif frequensi dan peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mepunyai 2 bahagian iaitu bahagian A mengkami latar belakang responden dan bahagian B adalah menjawab persoalan kajian. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukan kesemua faktor seperti umur, mnegubah nasib, keluarga, keuntungan dan kepuasan diri menjadi pendorong usahawan wanita menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun faktor pendorong iniperlu digabungkan dengan ciri-ciri keusahawanan supaya usahawan waniata dapat meperluasakan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

3. Azlan bin Md Ali, Hishamuddin bin Md. Som, Siti Mariam Bt. Bujang, Thuaibah @ Suhaibbah bt. Abu Bakar. Aktiviti keusahawanan dikalangan ibu tunggal di negeri johor : Kajian terhadap faktor penglibatan dan kejayaan dalam bidang perniagaan. 1-19.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji aktiviti keusahawanandi kalangan ibu tunggal di

negeri johor iaitu kajian terhadap faktor penglibatan dan kejayaan dalam bidang perniagaan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat melihat perniagaan ibu tunggal di negeri johor ? 2) Adakah kajian ini dapat melihat faktor-faktor yang memengaruhi penglibatan dan kejayaan ibu tunggal dalam bidang perniagaan ? METHDOLOGI KAJIAN Kajian ini melibatkan 75 orang ibu tunggal yang mendaftar Dengan Persatuan Ibu Tunggal Negeri Johor yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan usahawan ibu tunggal menceburi bidang perusahaan

makanan dan minuman serta perusahaan yang berasaskan kain. Majority ibu tubggal menyatakan bahawa penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan adalah sebagai punca pendaatan selaian faktor minat dan faktor kerja sampingan.

4. Muhammad Rashid Bin Rajuddin dan Eric Yeo Cheng Aun. Faktor-faktor yang mendorong masyarakat baba dan nyonya di Bandar melaka menceburi bidang keusahawanan. 1-7 MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengetahui pengaruh faktor latar belakang keluarga dalam mempengaruhi seseorang yang berketurunan Baba dan Nyonya memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan ? 2) Adakah kajian ini dapat menentukan faktor sikap usahawan-usahawan Baba dan Nyonya dalam menceburi bidang keusahawanan ? 3) Adakah kajian ini dapat menentukan faktor motivasi yang mendorong para usahawan Baba dan Nyonya semasa membuat pemilihan kerjaya sebagai seorang usahawan ? 4) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti kemahiran-kemahiran yang ada pada usahawan-

usahawan Baba dan Nyonya dalam mempengaruhi mereka menceburi bidang keusahawanan ? METHODOLOGI KAJIAN Instrumen kajian yang dijalankan adalah set soal selidik yang mengandungi 40 item. Skala Likert telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data dan set soal selidik tersebut telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang usahawan Baba dan Nyonya di sekitar Bandar Melaka. Maklumat-maklumat yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 bertujuan untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, dan juga peratusan. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor sikap, faktor kemahiran serta faktor motivasi diri berada pada tahap yang tinggi. Cuma faktor latar belakang keluarga berada pada tahap sederhana. Faktor sikap usahawan merupakan faktor pendorong yang terkuat dalam mempengaruhi masyarakat Baba dan Nyonya di Bandar Melaka menceburi bidang keusahawanan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dilakukan pada masa hadapan.

5. Thuaibah @ Suaibah Binti Abu Bakar, Azlah Bin Md Ali, Dr Rozeyta Binti Omar, Pm Dr Hishamuddin Md Som, dan Syaharizatul Noorizwan Binti Muktar. (2007). kritikal kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. Vot 75087. 1-183. Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan di negeri johor: Kajian terhadap faktor-faktor

MASALAH KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti profil perniagaan usahawan wanita di Negeri Johor ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti persepsi responden terhadap tahap penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor ? 4) Adkah kajian ini dapat mengenal pasti persepsi responden terhadap faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kegagalan usahawan wanita dalam bidang perniagaan di Negeri Johor? METHODOLOGI KAJIAN Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 215 orang usahawan wanita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di negeri Johor. Seterusnya data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) 10.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian juga mendapati elemen sikap merupakan elemen yang paling mempengaruhi kejayaan seseorang manakala elemen kemahiran pula merupakan elemen yang paling mempengaruhi kepada kegagalan seseorang wanita dalam perniagaannya.

Anda mungkin juga menyukai