Anda di halaman 1dari 25

oleh

Bakir bin Mahadi


bakirmahadi@yahoo.co.nz
1

KONSEP ASAS MORAL


Istilah asas dalam moral etika

moral
akhlak Aliran pemikiran moral

naturalis
Konsep asas emotivis intuisionis rasionalis

baik
benar patut

ETIKA
Sains yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam masyarakat Mentafsir tingkahlaku manusia sebagai baik/buruk; benar / salah; patut / tidak Logik etika ? Logik: mengkaji standard-standard (nilaitara) penentuan samada benar / salah Etika (ethos) = adat; cara hidup; satu set peraturan tingkahlaku spt kod etika guru; perubatan; guaman; perakaunan; dll Moral etika ? Tingkahlaku seseorang kajian mengenai t/laku
8

MORAL
Moral tinggi ? Tidak bermoral ? Istilah: asal dari Latin moralis = ? Tingkahlaku yang sesuai dengan tatasusila & peraturan masyarakat Segala sifat luhur, nilai-nilai murni Kawalan diri dari melakukan sesuatu kerana takutkan kesan / akibat - baik / buruknya Disiplin diri berdasarkan peraturan / prinsip-prinsip yang diterima secara rasional, tindakan yang betul, berpatutan, ambilkira hak / kepentingan orang lain ~ memerlukan keupayaan intelek: memahami, menganalisis untuk mengawal tingkahlaku.
9

AKHLAK
Istilah: berasal darikhuluk (Arab) = t/laku; perangai; tabiat; budi pekerti Sifat dan perilaku seseorang individu yang dimiliki menerusi tindakan yang dilakukan dalam kehidupan Merangkumi aktiviti-aktiviti dalaman (motif, keinginan) dan luaran (tingkahlaku, tuturkata, tindakan) Merangkumi tindakan sengaja dan tindakan yang tidak disedari Akhlak mulia dibentuk melalui faktor-faktor peribadi / sifat-sifat semulajadi; keluarga; persekitaran; pendidikan; pegangan agama.. Akhlak dari pelbagai sudut pandangan / agama (rujuk modul)
10

Teori-Teori Etika:
Teori Teleologikal (consequentialist theory) jika
kesannya baik, ianya harus dilakukan. bohong sunat ditentukan melalui akibatnya. Jika niatnya baik, ianya harus dilakukan; kewajipan sebagai anak; kewajipan sebagai pelajar; sebagai guru; . . . kebaikan maksima kepada kuantiti orang yg seramai mungkin atau melibatkan semua pihak.

Teori Deontologikal (Im. Kant) tumpuan kpd motif & tujuan.

Teori Utilitarianisme sentiasa bertindak utk mghasilkan


Teori Egoisme sentiasa bertindak demi kepentingan diri Teori Eksistensialisme menitikberatkan kebebasan

memilih tanpa arahan, paksaan dan larangan. Menilai situasi dengan teliti, memilih dan mem buat keputusan moralnya sendiri. (Freedom of choice & first hand choice)
11

12

KONSEP BAIK; BENAR; PATUT

13

KONSEP BAIK
PERSOALAN: Yang mana anda lebih suka menjadi seorang kaya atau seorang yang sihat ? A pilih kaya money can buy everything. Sihat tanpa wang tak jadi apa. Siapa peduli saya sihat / tidak? B pilih sihat ada wang tak guna jika sakit manjang. Kita boleh buat apa saja bila badan sihat. Apa yang difikir baik oleh A tidak baik bagi B ~ Apa & bagaimana yang dikatakan baik? ~ memerlukan kriteria tertentu bagi menentukan apakah yang dianggap sebagai baik. Naturalis: yg. mendatangkan kebahagiaan; enak (kek tu baik; vitamin baik utk kesihatan); kejayaan; Lihat kesannya; kepuasan seseorang
14

Perbincangan kes
Julia sedang memandu keretanya pada suatu malam dan rakannya duduk disebelah. Di satu persimpangan Julia memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat warna merah menyala. Rakannya menyuruh Julia memandu terus kerana tidak ada kenderaan lain dan ketika itu hari pun dah lewat malam.

Tindakan siapakah dianggap betul? Adakah tingkahlaku moral harus mengikut situasi? Apakah kaitan moral dengan melanggar peraturan?

15

KONSEP BENAR / BETUL


Menurut Kant: Sesuatu tingkahlaku dianggap betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggung jawab. Ianya salah sekiranya bertentangan G.E. Moore kebaikan intrinsik bergantung kepada darjah keseronokan yang dihasilkan. Hanya keseronokan mempunyai kebaikan intrinsik. John Dewey: benar/ betul adalah sesuatu yang abstrak bagi permintaan orang lain kepada kita. benar melambangkan tekanantekanan sosial yang dikenakan pada diri kita untuk mendorong kita berfikir dan bertindak mengikut sesuatu cara yang tertentu Definisi yang tepat bagi benar sukar diperolehi.
16

Perbincangan kes
Edwin dalam perjalanan pulang dari kerja. Satu kemalangan jalan raya telah berlaku. Ramai orang berhenti melihatnya. Edwin tidak berhenti dan tidak mahu menolong menghantar si malang yang cedera itu ke hospital kerana Edwin tidak mahu terlibat; Edwin mahu cepat sampai ke rumah. Dalam fikirannya orang lain akan menolong si malang itu. Ia bukan tanggung jawab saya. Saya letih dan tidak ada masa. Adakah tingkahlaku Edwin itu betul, salah atau patut? Apakah yang harus dilakukan oleh Edwin? Apakah dia bertanggungjawab?
17

KONSEP PATUT
Dalam etika, tindakan patut dilakukan bermakna tindakan yang seharusnya dipilih setelah menimbangkan tindakan alternatif yang lain. A.C. Ewing istilah patut adalah sesuatu yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks berbeza. saya patut membayar hutang adalah huraian yang tidak lengkap. Hutang itu patut dibayar, tapi tak mestinya perlu dibayar pada masa kini, mungkin ada keperluan lain yang lebih mendesak perlu didahulu kan. Apa yang patut kita buat mungkin bukan tindakan yang unggul. Kita perlu bertindak secara baik, waras, dan bijaksana. Betul dari segi moral? / salah dari segi moral? etika? akhlak?
18

ALIRAN PEMIKIRAN MORAL


Naturalis Emotivis

Intuisionis

Rasionalis

19

ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS


Aliran yang berusaha utk menggambarkan sesuatu itu dalam keadaan yang sebenar (generalisasi empirikal). contoh seseorang individu yang cenderung menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dikatakan berfikiran naturalis. teruknya markah sayatapi apa boleh buat Peter R.S.: manusia adalah lebih rasional berbeza dari haiwan kerana boleh berfikir dan meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak mereka. Mereka bersosial dan menghormati satu sama lain. Aliran naturalis disangkal. Manusia tak patut terima saja. Kita patut berusaha untuk mencari alasanalasan yang menyebabkan sesuatu kegagalan.
20

ALIRAN PEMIKIRAN EMOTIVIS


Aliran pemikiran yang hanya menyatakan perasaanperasaan mereka dan mengajak orang lain berkongsi perasaan-perasaan itu. Pentafsiran moral tidak berdasarkan fakta tetapi mengenai emosi, sikap atau perasaan. saya harus hormat semua rakan saya saya harus menolong orng-orang miskin dan kurang bernasib baik saya harus jujur setiap masa Walaupun terdapat kelemahan, teori emotivist telah memberi sumbangan penting dalam pendidikan moral moral emosi.
21

PEMIKIRAN INTUISIONIS
Intuisi = satu proses melihat / merenung untuk memahami sesuatu situasi secara intelek. Pertimbangan moral adalah berpunca dari hasil pengalaman lalu (reflektif). Semakin > pengalaman, semakin baik intuisinya. Menurut intuitionist, seseorang itu menentukan apa yg baik / tidak baik mengikut naluri / gerak hatinya tanpa memerlukan sebarang penerangan atau sebab untuknya
22

PEMIKIRAN RASIONALIS
Menekankan penaakulan sebagai faktor utama. Menurut rasionalis, pengetahuan diperolehi melalui konsep, prinsip, hukum dan bukan dari deria fizikal sahaja. Pelajar yang berpemikiran rasioanalis akan mengkaji dan mengenal pasti sebab-sebab mengapa markah bagi kerja kursusnya rendah. Mungkin tulisannya kurang elok, gambar yang diguna kurang jelas; dan bertindak berjumpa dengan guru supaya tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.
23

RUMUSAN
Konsep Asas Moral adalah amat penting sebagai asas untuk menjadi seorang guru Pendidikan Moral yang baik. Konsep asas dalam beberapa aliran pemikiran moral perlu diketahui agar anda dapat memban dingkan beberapa pandangan berbeza tentang moral.

24

25

Anda mungkin juga menyukai