Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrohmanirrohim, alhamdulillahi robbil alamin, wassolatuwassalamu ala khataminnabiyyin wa ala alihi, wasohbihi, waman daa bidawatihi ila yau

middin. Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang saya segani, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, penjaga masa yang sentiasa menepati masanya, dif-dif kehormat, rakan-rakan seperjuangan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh dan salam ukhuwwah. Berdirinya rumah kerana tiang, berdirinya agama kerana perjuangan, dan berdirinya saya di sini, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk Jauhilah Hasad Dengki. Hadirin sekalian, Sebelum kita menelusuri dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan ini. Menurut kamus Dewan edisi ke empat, hasad dengki boleh ditarifkan sebagai sifat cemburu, iri hati dan tidak berasa senang atas kesenangan yang dimiliki oleh orang lain. Menurut majalah SOLUSI edisi ke 32, menurut bahasa hasad dengki bermaksud menaruh perasaan benci, tidak suka kerana iri hati kepada kesenangan orang lain. Secara istilah pula ialah usaha

seseorang untuk mempengaruhi orang lain disertai dengan niat jahat supaya tidak senang terhadap orang yang memperolehi nikmat daripada Allah SWT. Hasad adalah merasa tidak suka dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada orang lain. Secara normatifnya, penyakit hasad dengki adalah berpunca daripada hati yang didominasi oleh perasaan dendam kesumat dan sifat amarah yang ada dalam diri manusia. Apabila individu manusia tenggelam dalam gelombang lautan hasad dengki ia boleh menjejaskan pertimbangan kewarasan akal dalam melakukan sesuatu tindakan. Hadirin sekalian, Hasad dengki sememangnya merupakan pembunuh senyap yang sangat popular dalam kalangan manusia sejak zaman dahulu lagi. Hasad dengki ini sangat merbahaya kepada hati-hati manusia yang boleh membawa kepada permusuhan serta pertelingkahan walaupun sesama saudara sedaging. Bahaya hasad dengki tidak dapat dinafikan lagi dan membawa kepada pelbagai kesan negatif.

Intipati bahayanya hasad dengki yang pertama kepada manusia ini adalah seseorang itu tidak menyukai apa yang Allah SWT takdirkan. Mereka berasa tidak suka dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada orang lain pada hakikatnya adalah tidak suka dengan apa yang telah Allah takdirkan dan menentang takdir Allah. Hasad penyebab sikap meremehkan nikmat yang ada. Maksudnya orang yang hasad berpandangan bahwa dirinya tidak diberi nikmat. Orang yang dia dengkilah yang mendapatkan nikmat yang lebih besar dari pada nikmat yang Allah berikan kepadanya. Pada saat demikian orang tersebut akan meremehkan nikmat yang ada pada dirinya sehingga dia tidak mahu mensyukuri nikmat tersebut.
Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu. (Riwayat Abu Daud).

Intipati yang kedua bahaya hasad dengki, ianya bertolak belakang dengan iman yang tidak sempurna. Nabi bersabda, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya. (HR Bukhari dan Muslim). Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasaTuntutan hadits di atas adalah merasa tidak suka dengan hilangnya nikmat Allah yang ada pada saudara sesama muslim. Jika engkau tidak merasa susah dengan hilangnya nikmat Allah dari seseorang maka engkau belum menginginkan untuk saudaramu sebagaimana yang kau inginkan untuk dirimu sendiri dan ini bertolak belakang dengan iman yang sempurna. Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh yang demikian marilah kita sama-sama membuang sifat dengki, buruk sangka, bermasam muka dan tidak bertegur sapa diantara kita.

Hadirin yang dikasihi sekalian, Bahaya yang ketiga, apabila sifat hasad dengki ini menguasai diri seseorang, sudah tentu orang yang di dengki itu akan dizalimi. Hal ini disebabkan oleh dorongan niat jahat untuk menyakiti dan menjatuhkan orang yang mendapat nikmat kesenangan tersebut sehingga tercetusnya persengketaan dan pertumpahan darah. Sebagai contoh yang dapat kita lihat pada masa kini mengenai kes pembunuhan Dato Sosilawati yang merupakan seorang jutawan kosmetik. Kes ini tidak lain dan tidak bukan sememangnya berpunca daripada hasad dengki dalam diri yang mahu melihat diri orang lain berada dalam keadaan kesusahan. Firman Allah SWT: Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi orang lakilaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita juga ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (QS. an Nisa: 32) Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa dengki adalah akhlak yang tercela, dan mendatangkan kerugian yang besar kepada diri seseorang individu. Hasad dengki ini haruslah dihapuskan dengan memupuk sikap kasih sayang antara satu sama lain dan sentiasa mensyukuri atas nikmat yang dlimpahkan oleh Allah SWT kepada kita. Marilah kita menjadi benang untuk jahitkan kembali di mana yang koyak, dan janganlah pula kita menjadi minyak yang memarakkan lagi api yang sedang menyala. Dengan demikian, dapatlah kita merasai keamanan di dunia

sekiranya semua umat manusia menghapuskan hasad dengki daripada sifat syaitan laknatullah ini. Jauhilah hasad dengki! Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warohmatullahi

wabarokatuh.