Anda di halaman 1dari 8

MANIFESTASI DAN SIFATSIFAT TAMADUN ISLAM

Manifestasi Tamadun Islam adalah untuk melindungi dan memelihara lima perkara yang dianggap darurat dalam tamadun manusia iaitu :

1. Memelihara Agama
Sikap Islam; memberikan kebebasan beragama dan tidak memaksa org lain untuk menerima Islam. Firman Allah: Tidak ada paksaan dalam (memasuki) ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang

kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.: (al-Baqarah: 256) Namun apabila telah Islam, ia tidak boleh keluar (murtad) dari agama Islam. Itu satu pengkhianatan dan jenayah yg besar: Firman Allah: dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (al-Baqarah:217)

Islam

jg

memberikan

kebebasan

berfikir,

memberi

pendapat & lain2 dan tertakluk kpd keizinan Allah dan

ia boleh ditarik balik andainya ia menggugat hak dan kepentingan manusia lain. Islam juga melalui akidahnya membebaskan manusia dari pengabdian dan penyembahan kpd sesuatu yg berbentuk manusia, benda, hawa nafsu, syaitan, iblis, jin, ruh dan sebagainya

1. Memelihara Nyawa
Hak menghidup dan mematikan adalah hak Allah. Hanya Allah yg sebenar-benarnya berkuasa menentukan hidup dan mati

seseorang. Tiada sesiapa berhak mencabar hak tersebut. Islam mengharamkan pembunuhan orang lain kecuali melalui jalan yang hak; contoh; mempertahankan diri & hukum bunuh. Firman Allah swt:

Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia seluruhnya (Surah al-Maaidah: 32) Juga haram bunuh diri sendiri. Firman Allah: Jangan kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah itu amat pengasih kepada kamu. Sesiapa yang melakukan demikian itu secara ceroboh dan zalim, maka kami (Allah) akan membakarnya dengan api neraka, yang demikian itu amat mudah bagi Allah (Surah al-Nisa : 29 &30)

Cara-cara 2) Kawalan

Islam

dalam

menjaga &

hak-hak

hidup: penyakit

kesihatan

melawan

3) Pengharaman perkara yg memudharatkan (dadah, arak dll) 4) Pengharusan setiap perkara yang bermatlamatkan

kehidupan spt. makan, minum, pakaian & sebagainya. Firman Allah swt:

Makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas (Surah al-Al-Araaf: 31). 6) Mengharuskan makan dan minum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan dharurat.

1. Memelihara Akal Fikiran


Pemeliharaan akal wajib; kerana akal lambang kesempurnaan manusia berbanding makhluk yg lain. Antara cara memelihara akal: Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu bagi membentuk pemikiran.Sabda Nabi Muhammad saw: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad (HR Muslim).

Pemeliharaan

Akal:

Islam

mengharamkan

makanan & minuman yang memabuk dan mengkhayalkan; mabuk menukarkan manusia menjadi seperti binatang

.1.

Memelihara

keturunan

dan

kehormatan.
Nabi Muhammad menerangkan: Wahai Manusia sesungguhnya tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah. (HR al-Bukhari & Muslim) Sabda Nabi Muhammad saw dalam pidato terakhirnya di Padang Arafah: Sesungguhnya nyawa, harta dan kehormatan kamu adalah suci(HR Bukhari). Islam memelihara keturunan manusia: Kawalan: Islam

mensyariatkan perkahwinan & meletakkan Undang-undangnya yg terperinci. Pencegahan: Islam haramkan Khalwat, zina, seks bebas, luar tabii dsb.

1. Memelihara Harta Benda


Kekayaan bumi bukan milik tertentu, setiap orang berhak menurut usaha dan kemampuannya. Firman Allah: Allah yang telah memudahkan bagi kamu lautan, supaya kamu boleh belayar padanya dengan kapal-kapal dengan izinnya, dan supaya kamu mencari daripadanya kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan ia memudahkan bagi kamu apa-apa yang di langit dan apa- apa yang di bumi semuanya (Surah al-Jaathiyah:12-13) Hak pegangan dipelihara dalam Islam; Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang terbunuh

kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid(HR Bukhari). Islam juga mengiktiraf hak pegangan harta org bukan Islam dlm negara Islam dan memberi mrk kebebasan dlm bidang ekonomi sama spt hal org Islam. Penjagaan Kawalan: Islam Undang-undang terhadap Ekonomi & hak Muamalat harta: Islam.

Pencegahan: Pengharaman Jenayah Curi & rompak.