Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran saya kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya

dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi mata pelajaran Matematik (KOD : MTE3109) dengan jayanya. Saya juga inginberterima kasih kepada Pensyarah MTE3109, Pn. Yeoh Chew Lan kerana kesudian beliau dalam membantu dan membimbing saya dalam penyiapan kerja kursus ini. Memahami bagaimana kanak-kanak belajar Matematik merupakan satu

pengetahuan yang penting bagi seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan. Sebagai seorang guru permulaan, adalah sangat penting untuk memperolehi kemahiran menyediakan rancangan mengajar yang sistematik dan berkesan serta pembinaan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian dan keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan akan mempengaruhi pencapaian hasil

pembelajaran sesuatu pengajaran. Ini merupakan salah satu kriteria utama yang perlu dititikberatkan oleh seorang guru Matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Tugasan ini memerlukan kami mencipta 2 buah alat bantu mengajar dan menghasilkan satu rancangan pengajaran menggunakan ABM tersebut. Sebelum saya melaksanakan pengajaran mikro, saya telah mendapatkan maklumat dari beberapa sumber iaitu buku, internet dan rakan-rakan. Saya telah menganalisis maklumat yang saya dapat dan memilih maklumat yang relevan dengan tajuk saya. Setelah itu, saya telah menyusun maklumat-maklumat tersebut berdasarkan susunan yang sesuai dengan tahap penerimaan murid-murid sekolah dalam subtopik Pendaraban. Selepas itu, saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendaraban bagi murid Tahun 3. Saya juga turut merancang dan menyediakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai dan menarik minat murid dalam pengajaran pendaraban. ABM yang telah dicipta oleh kumpulan saya ialah Kubus Pendaraban. Dengan menggunakan alat ini, saya dapat mengajar murid-murid tahun 3 operasi asas pendaraban. Alat ini sangat sesuai digunakan bagi budak tahap satu kerana ia sangat menarik dan kreatif. Warna-warna yang terdapat dalam alat ini dapat menarik

minat murid lantas membantu mereka dalam memahami konsep pendaraban dengan cepat dan tepat. Alat ini juga sangat mudah dimanipulasikan oleh muridmurid kerana bentuknya yang merupakan bentuk asas (kubus). Murid-murid dapat melakukan uji kaji dengan sendiri tanpa bantuan guru dengan menggunakan ABM ini. Manakala ICT pula, kumpulan saya telah mencipta satu perisian yang dipanggil J-Clik, dimana pelajar dapat melaksanakan pelbagai aktiviti rekreasi yang berkaitan dengan pendaraban. Penggunaan perisian dapat menarik minat murid, dan dengan adanya pelbagai permainan yang berkaitan dengan pendaraban, murid-murid suka mengendalikan perisian tersebut. Paparan yang menarik dan kreatif dan juga soalansoalan yang arasnya dapat diubah mengikut kesesuaian sangat membantu dalam mengajar murid-murid operasi asas pendaraban. Antara kelemahan-kelemahan yang telah diberitahu oleh pensyarah dan juga rakan sekelas untuk Kubus Pendaraban ialah semasa membuat pengajaran mikro, saya tidak dapat mempersembahkan alat itu dengan baik. Oleh kerana ia ditampal di atas papan putih, kubus tersebut kerap jatuh dan menganggu proses P&P. Kubus tersebut perlu diletakkan diatas meja dan diajar tetapi kerana terpaksa ditampal, maka masalah ini telah berlaku. Untuk penambahbaikkan, saya akan mencipta satu asas bagi ABM supaya ia dapat menampung kesemua kubus tanpa

menjatuhkannya. Bagi perisian J-Clik pula, salah satu masalah yang timbul adalah penglibatan pelajar. Penggunaan perisian tersebut terhad kepada beberapa orang pelajar sahaja pada satu masa. Ini akan menimbulkan masalah kawalan kelas. Ramai pelajar tidak akan dapat peluang untuk mengambil bahagian dalam pengajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian tersebut. Jadi untuk penambahbaikkan, kumpulan saya akan menaiktaraf perisian tersebut supaya ramai pelajar dapat mengendalikan persisian tersebut pada satu masa. Saya bersyukur kerana sepanjang tugasan ini dijalankan, saya telah dapat belajar pelbagai perkara baru yang tidak dapat saya pelajari hanya dari teori yang diajar di dalam kuliah. Semasa menjalankan pengajaran mikro, rakan-rakan telah memberi komen yang positif dan juga negatif yang mana telah memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain untuk membetulkan kesilapan kami. Segala pengalaman yang telah saya timba dapat saya gunakan di sekolah semasa

praktikum. Melalui pengajaran mikro juga saya telah dapat mempelajari teknik-teknik baru yang boleh saya aplikasikan di sekolah semasa praktikum. Secara keseluruhannya, saya sangat bersyukur kerana telah diberi peluang untuk menjalankan tugasan ini dan telah banyak membantu saya dalam proses untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berjaya di masa akan datang.

Disediakan oleh, (Ravind Sivalingam)