Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni kali 1 / 2013 Sekolah Kebangsaan Gemas Tarikh : 7 Januari 2013 Tempat : Bilik

Gerakan Hari : Isnin Masa : 1.40 petang 1. En. Mohd Zaini b. Abu Bakar - GPK Ko Kurikulum 2. En. Syukuruddin b Jamaluddin Ketua Panitia 3. Cik Hawa bt Ibrahim Khan Setiausaha 4. Pn. Halimah bt Hj. Shamsuddin 5. Pn. Suzana bt Sulaiman 6. Pn. Fauziah bt Maarit 7. Pn. Nurul Ashikin bt Abu Bakar Tidak Hadir : 1. Pn. Zanalullaily bt Mohd Sofian Cuti tanpa rekod Agenda Mesyuarat 1. Ucapan wakil pentadbir En. Mohd Zaini b. Abu Bakar. 1.1 En. Mohd Zaini mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau untuk hadir bersama dalam mesyuarat panitia Pendidikan Seni kali pertama 2013. 1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada panitia kerana dapat menjalankan mesyuarat kali pertama. 1.3 Beliau memesan kepada semua guru supaya tidak menganggap matapelajaran Pendidikan Seni sebagai matapelajaran sampingan tetapi ia merupakan salah satu matapelajaran yang penting dalam pembentukan kognitif murid. 1.4 Diharapkan pada mesyuarat kali ini, semua guru dapat berbincang tentang panduan menulis rancangan pelajaran tahunan dan harian supaya seragam semua guru kbsr dan kssr. 1.5 Beliau juga berpesan supaya panitia dapat berbincang untuk merancang kewangan panitia dengan baik. Semua guru perlu berbincang untuk mengemukakan pendapat tentang keperluan barangan Pendidikan Seni yang perlu dibeli pada tahun 2013. 1.6 Seterusnya, beliau meminta panitia merancang pembinaan modul bagi guru ganti supaya matapelajaran Pendidikan Seni dapat dijalankan walaupun ketiadaan guru. 1.7 Perancangan program panitia 2013 juga perlu dilakukan dan pastikan perancangan tersebut dapat dilaksanakan. 1.8 Beliau juga berpesan supaya pengurusan panitia pada tahun 2013 ini lebih baik sama seperti panitia-panitia lain. Tindakan : Semua guru

2. Ucapan pengerusi (En. Syukuruddin b Jamaluddin) 2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali pertama 2013. 2.2 Diharap semua guru dapat memberikan kerjasama untuk pembangunan panitia. 2.3 Pengerusi juga berpesan supaya semua guru dapat memberikan komitmen yang baik dalam pengajaran Pendidikan Seni dan tidak mengajar matapelajaran ini dengan sambil lewa. Tindakan : Semua guru 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas Pencadang : Pn. Nurul Ashikin bt Abu Bakar Penyokong : Pn. Halimah bt Hj Shamsuddin 4. Perkara-perkara berbangkit 4.1 Pelaksanaan PBS Dunia Seni Visual Penyimpanan evidens Dunia Seni Visual 4.2 Bilik Pendidikan Seni tidak berfungsi sepenuhnya. 4.3 Kekurangan bahan / alatan Pendidikan Seni untuk semua tahun. 4.4 Kekurangan bahan rujukan/ modul/ buku panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Tindakan : Ketua Panitia 5. Agenda 5.1 Sukatan, huraian sukatan dan rancangan pengajaran tahunan matapelajaran Pendidikan Seni. 5.1.1 Semua guru perlu memastikan mempunyai huraian, sukatan dan rancangan pengajaran tahunan yang terkini. Bagi mata pelajaran KSSR, guru perlu mempunyai dokumen standard kurikulum dan rancangan pengajaran tahunan sebagai bahan rujukan. 5.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian KBSR dan KSSR. 5.2.1 Rancangan pengajaran harian perlu ditulis selaras bagi semua guru (KBSR dan KSSR). Guru boleh merujuk edaran bagi cara penulisan rancangan pengajaran harian yang tepat bagi format KBSR dan KSSR. (Lampiran). Tindakan: Semua guru 5.3 LDP KSSR Dunia Seni Visual Tahun 3. 5.3.1 Satu LDP Dunia Seni Visual Tahun 3 akan diadakan bagi menerangkan tentang tatacara pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3, cara penulisan rancangan pengajaran harian dan pelaksanaan PBS kepada semua guru. Tindakan : Pn. Nurul Husna 5.4 PBS KSSR Dunia Seni Visual 5.4.1 Semua guru perlu memahami pelaksanaan PBS KSSR walaupun tidak mengajar matapelajaran KSSR. Guru yang mengajar KSSR Dunia Seni Visual perlu memasukkan setiap hasil seni murid ke dalam fail perkembangan murid dan memastikan fail perkembangan murid sentiasa dikemas kini seterusnya memilih hasil seni murid yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam fail showcase. Tindakan : Guru DSV Tahun 1, 2 dan 3

5.5 Perancangan Kewangan Panitia 2013 5.5.1 Setiap guru boleh menyenaraikan barangan keperluan yang perlu dibeli oleh panitia. 5.5.2 Pn. Suzana mencadangkan panitia membeli buku rujukan atau modul pengajaran Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual sebagai rujukan untuk semua guru. 5.5.3 Pn. Fauziah mencadangkan supaya panitia membeli baldi kecil untuk kegunaan pelajar mengisi air semasa aktiviti catan dijalankan. Masalah sinki yang tiada air di bilik seni menyukarkan aktiviti catan dijalankan. Oleh itu, panitia boleh menyediakan baldi kecil untuk kegunaan pelajar bagi mengatasi masalah tersebut. Tindakan : Semua Guru 5.6 Modul / Bahan untuk Guru Ganti 5.6.1 Guru yang tidak hadir ke sekolah perlu menyediakan bahan untuk guru ganti. Oleh itu, satu modul akan dibina sebagai bahan untuk guru ganti mengajar Pendidikan Seni / Dunia Seni Visual. 5.6.2 Guru yang mempunyai bahan untuk pembinaan modul boleh menyumbang kepada panitia. 2 buah fail (KBSR dan KSSR) akan disediakan sebagai tempat simpanan untuk bahan-bahan modul tersebut. Guru boleh mendapatkan fail tersebut daripada ketua panitia sekiranya ingin membuat rujukan. Tindakan : Ketua Paniti / Semua guru 5.7 Program Panitia 2013 5.7.1 Mengemas kini dan menceriakan Bilik Seni. 5.7.2 Amalan 5 S 5.7.3 Membuat mural di Bilik Seni 5.7.4 Program Bulan Kemerdekaan 5.7.5 Program Anti Dadah 5.7.6 Program Minggu Bahasa 5.7.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KSSR Dunia Seni Visual Tindakan : Semua Guru 5.8 Pengurusan Fail Panitia 5.8.1 Perkara-perkara yang perlu ada : 5.8.1.1 Fail Am 435 No fail boleh rujuk di pejabat Nama fail tidak boleh ditampal. Perlu tulis menggunakan blok dan kemas. Maklumat dalam fail mesti lengkap dan dikemaskini di pejabat Kertas minit fail direkod dan dikemaskini dengan sistematik Surat panggilan mesyuarat perlu ada tarikh, masa, tempat, dipengerusikan oleh dan senarai agenda mesyuarat. Salinan minit mesyuarat kurikulum dan panitia yang terkini perlu ada. Masukkan juga salinan pencerapan guru

Tindakan : Ketua / Setiausaha Panitia 5.8.1.2 Dokumen berkaitan panitia Misi dan visi panitia Objektif dan matlamat Struktur dan carta organisasi Maklumat, biodata atau profil guru Jadual waktu guru Salinan surat pekeliling iktisas Bil 4/1986 Sukatan dan rancangan matapelajaran Senarai ABM / BBM/ buku teks / buku kerja dan buku rujukan Anggaran belanjawan tahunan Rancangan jadual pencerapan Rancangan strategik / aktiviti, kertas cadangan dan laporan Perkembangan staf rancangan dan laporan 5.8.1.3 Koleksi soalan Peperiksaan dalaman dan ujian

Tindakan : Ketua panitia dan makluman semua guru Hal-Hal Lain 6.1 En. Zaini mencadangkan supaya satu borang penilaian formatif / sumatif dibuat untuk melihat perkembangan murid dalam aspek-aspek penilaian seni. Tindakan : Ketua Panitia 6.2 En. Syukuruddin mencadangkan untuk menghasilkan satu cop selaras untuk semua guru untuk memberikan markah kepada hasil seni murid. Tindakan : Ketua Paniti 6.3 Pn. Halimah mencadangkan supaya murid membuat fail khas sebagai tempat untuk menyimpan hasil seni mereka. 6.4 Pengerusi berharap panitia Pendidikan Seni dapat bergerak aktif pada tahun ini untuk kecemerlangan bersama. Tindakan : Semua Guru

Disediakan Oleh : _________________________ (Cik Hawa bt Ibrahim Khan) Setiausaha Panitia Pendidikan Seni

Anda mungkin juga menyukai