Anda di halaman 1dari 16

PJM 3112 ISU-ISU DALAM SUKAN (INFRASTRUKTUR)

DISEDIAKAN OLEH: Farhaliza Bt Hassim Illy Naziha Bt Sukeri Norfatihah Faezah Bt Halib Nurr Fatehana Bt Aduka PISMP MATH/PJ/PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dan sebagainya Kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dan sebagainya) dan prasarana.

INFRASTRUKTUR

Institut Sukan Negara Stadium Gelanggang Sukan

CONTOH INFRASTRUKTUR DALAM SUKAN

Untuk menjadikan sesuatu sukan itu lebih berjaya, kita perlu mempunyai lebih banyak infrastruktur, bagaimana kita mahu maju kalau tiada banyak infrastruktur terutamanya di peringkat akar umbi?

John Beasley

Kekurangan infrastruktur dan fasiliti boleh mengakibatkan perjalanan latihan pemain atau pelajar dalam aktiviti sukan terganggu. Negara kita masih kekurangan gimnasium, dan kompleks sukan bertaraf dunia. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis, badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga.

Contohnya: Pemain skuad hoki Sekolah Menengah Tinggi Setapak, Sekolah Menengah St. John, Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas terpaksa terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk menjalani latihan di stadium hoki yang diselia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Hal ini kerana Stadium Hoki Kementerian Pelajaran (KPM) yang telah lama rosak tetapi masih belum diperbaiki.

Kita juga kekurangan jurulatih yang berkaliber, pakar pemakanan (diet), ahli fisioterapi dan pakar psikologi untuk membantu meningkatkan prestasi atlet. Peralatan untuk latihan sudah usang dan aspek penyelenggaraan agak Iemah. Pegawai sukan dan jurulatih kurang bersungguh-sungguh untuk merencanakan program pembangunan sukan.

Negara

kita telah digemparkan dengan runtuhnya bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang lalu. Punca utama masalah ini adalah bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi. Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

Ketiadaan sekolah-sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu pula.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Kementerian Pelajaran wajar memperuntukkan dana yang secukupnya untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah. Dasar balik ke sukan oleh kementerian harus diterjemahkan dengan penambahan peruntukan pada Rancangan Malaysia Ke10 (RMK-10) untuk pembinaan infrastruktur sukan seperti padang di sekolah-sekolah.

Penyediaan

infrastruktur sukan yang lengkap di samping penganjuran programprogram pembangunan sukan dapat meningkatkan pembangunan sukan di peringkat sekolah dalam usaha melahirkan atlet-atlet pelapis negara.

2. Pembinaan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa turut dilaksanakan dengan segera kerana kemudahan sebegini memberi banyak kelebihan kepada ahli sukan negara. Infrastruktur yang moden seperti stadium bola sepak yang besar, kolam renang bersaiz Olimpik dan trek bertaraf dunia menjadikan ahli sukan kita sudah biasa menyesuaikan diri mereka dengan suasana pertandingan yang sudah pasti akan dilakukan di luar negara tetapi dalam stadium atau balapan yang serupa.

Latihan

yang lebih kerap dan sistematik turut mampu dilaksanakan di kemudahan sukan yang bertaraf dunia ini selain memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mencuba dan menjadi ahli sukan juga. Maka, pembinaan lebih banyak kemudahan sukan akan membuka lebih banyak peluang kepada ahli sukan untuk meningkatkan diri lalu meninggikan kualiti sukan negara.

Anda mungkin juga menyukai