Anda di halaman 1dari 13

Pembelajaran Masteri

Pengenalan Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Bloom, 1968: satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. Bloom, 1968: berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai.

Anderson & Block, 1975: ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Anderson & Block, 1975: idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan criteria masteri yang jelas.

Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan kerana: (a) Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. (b) Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. (c) Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri:


(a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan. (b) Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. (c) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan. (d) Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). (e) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.

Sambungan Ciri-ciri Pembelajaran Masteri (f) Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. (g) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. (h) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Aplikasikan strategi ke dalam 4 bidang

Modul ini mengandungi penerangan tentang Pembelajaran Masteri, cara melaksanakan Pembelajaran Masteri bagi beberapa tajuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 1. Menyatakan konsep Pembelajaran Masteri. 2. Menerangkan dan melaksanakan langkah Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

-Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. -Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. -Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut


hierarki atau unit pembelajaran. ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan. iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran. iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan. v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya: 1. Kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza 2. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza 3. Kemudahan yang ada 4. Masa yang diperuntukan

-Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang


berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan berbagai-bagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. -Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.