Anda di halaman 1dari 3

PEMINDAHAN DAN PENANAMAN ORGAN Makna : Proses pemindahan organ daripada individu kepada individu tertentu.

3 keadaan : Mengambil organ daripada penderma @ binatang. Potong organ, sediakan bekas untuk tempat organ tersebut. Letak organ tersebut pada tempatnya (orang yang didermakan). Hukum : Percanggahan pendapat daripada ulama fiqh diantara menjatuhkan hukum harus @ haram. Pendapat Rojih : Diharuskan sekiranya ia memberikan kebaikan dan kemaslahatan untuk masyarakat, sekiranya berlaku sebaliknya maka hukum tersebut jatuh haram. 3 gambaran manfaat daripada pemindahan dan penanaman organ :1) Pemindahan organ daripada orang yang hidup 2 keadaan : Pemindahan anggota daripada tempat lain ke tempat lain pada jasadnya sendiri seperti mengambil kulit paha untuk tampal di kawasan badan. Pemindahan anggota daripada orang lain kepada orang lain seperti mendermakan buah pinggang. 2) Pemindahan organ daripada mayat (orang yang telah mati) 2 keadaan : Mautu ad-dimagh (orang yang koma). Nafas dan jantung terhenti untuk selama-lamanya.

3) Pemindahan daripada embrio (janin) 3 keadaan : Janin yang gugur . Janin yang gugur operasi doktor @ jenayah. Menggandung luar rahim (bayi tabung uji).

Hukum-hukum syariah yang mensabitkan dengan 3 keadaan tersebut : Harus bagi pemindahan organ daripada tempat lain kepada tempat lain pada jasadnya sendiri. Harus bagi pemindahan organ daripada orang lain kepada orang lain. Harus mungambil daripada tempat penyimpanan organ bagi alasan orang yang memerlukan (orang sakit). Haram bagi pemindahan organ daripada orang koma seperti mengambil jantungnya kerana hanya otaknya sahaja yang mati. Haram bagi pemindahan organ sekiranya penderma tersebut memerlukannya seperti kedua belah mata. Harus bagi pemindahan organ daripada mayat sekiranya ketika hayatnya hidup ia memberi keizinan. Harus memindahkan organ dalam keadaan sempurna Wajib bagi kita untuk mengkaji topik ini dan hukum syariah. Syarat-syarat yang diharuskan bagi proses pemindahan dan penanaman organ adalah :1) Pastikan pesakit dan penderma tidak mendapat kemudharatan seperti melalui nasihat doktor. 2) Pastikan berubat dengannya, tiada alternatif untuk menggantikan dan mampu meneruskan fungsi organ itu. 3) Dengan menggunakan doktor yang mahir dan bukannya pelatih. 4) Pastikan proses pemindahan tersebut tidak bahaya kepada kedua-dua pihak. 5) Keyakinan peratusan yang tinggi bagi proses tersebut. 6) Tidak boleh melepasi batas keupayaan si penderma. 7) Penderma hendaklah menyatakan dengan jelas untuk menderma, mengikut prosiding yang ditetapkan. 8) Pastikan cukup syarat redha dan sukarela, kelayakan daripada penderma 9) Cukup syarat keredhaan pada pesakit atau keizinan walinya jika tiada kelayakan (budak)

10) Cukup alat-alat pembedahan yang digunakan oleh doktor tersebut dengan menggunakan kaedah yang betul.

Anda mungkin juga menyukai