Anda di halaman 1dari 4

Latihan Dan Kemahiran Berganjak kepada soal modal insan, yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, program latihan

akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baru selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju. Bagi tujuan ini, pada tahun 2013, sejumlah 3.7 bilion ringgit akan disediakan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional. Setiap tahun hampir 180 ribu graduan berkelulusan diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi. Untuk membantu mereka yang masih menganggur, maka Kerajaan akan melancarkan Graduate Employability Blueprint pada penghujung tahun 2012. Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasaran graduan. Dalam hal ini, Kerajaan akan menubuhkan Graduate Employability Taskforce dengan peruntukan 200 juta ringgit. Kerajaan telah melaksanakan Program Skim Latihan 1Malaysia atau dikenali sebagai SL1M yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan soft-skills dan on-job-training di syarikat swasta melalui galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan oleh pihak syarikat. Galakan ini telah diberi mulai 1 Jun 2012 sehingga tahun 2016. Kerajaan juga memperuntukkan 440 juta ringgit kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepada pelatih untuk menjalani latihan kemahiran. Langkah ini akan dapat memanfaatkan hampir 40 ribu pelatih di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 5. Kerajaan juga memperuntukkan 366 juta ringgit bagi menaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara. Pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakan selaras dengan

matlamat mentransformasikan industri utama negara berteras kepada teknologi tinggi, berinovatif serta berpendapatan tinggi. Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesional dan berbakat di dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas, perkapalan, ICT, kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun 2013, dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya. Di samping itu, Petronas akan menggunakan kemudahan Institut Kemahiran Belia Negara di Pengerang, Johor untuk melatih seramai 300 orang belia menjelang akhir tahun ini dalam bidang minyak dan gas bagi memenuhi keperluan projek RAPID. Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet yang tidak memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaan. Selaras dengan itu, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran. Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dan kolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional. Bagi memastikan golongan pekerja swasta adalah sentiasa sihat dan produktif dalam menyumbang kepada pembangunan syarikat dan ekonomi negara, aspek kesihatan mesti diberi keutamaan. Untuk ini, PERKESO akan menyediakan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit bagi membolehkan ahlinya seramai 1.4 juta orang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital Kerajaan atau klinik panel PERKESO. Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit, kepada semua pekerja yang berumur antara 40 hingga 55 tahun.

Training and Skills

qShifted to the question of human capital, the knowledge, creativity and innovation, training programs will be designed to hone new skills in line with the future needs of the industry towards high-income economy and developed. For this purpose, in 2013, a total of 3.7 billion dollars will be provided to train students in technical and vocational fields.

Each year nearly 180 thousand graduates graduated diploma and bachelor graduated from institutions of higher learning. To help those who are still unemployed, the Government will launch Blueprint Graduate employability at the end of 2012. This framework will focus on strengthening the employability of graduates. In this regard, the Government will establish a Graduate employability Taskforce with the provisions of 200 million dollars.

The Government has implemented a 1Malaysia Training Scheme otherwise known as SL1M that aim to improve the employability of graduates through soft-skills training and on-job-training in private companies through double tax deduction on expenses incurred by the company. This incentive has been given from 1 June 2012 until the year 2016.

The government also allocated 440 million dollars to the Skills Development Fund to provide loans to the trainees to undergo skills training.

The move will benefit nearly 40 thousand trainees at the Malaysian Skills Certificate Level 1 to 5. The government also allocated 366 million dollars to upgrade and purchase equipment Industrial Training Institute and the National Youth Skills Institute. A

Various skills training programs will be implemented in line with the goal of transforming the country's main industry terraced to high technology, innovative and high-income.

To this end, the focus will be to create a professional and talented manpower in selected industries including oil and gas, shipping, ICT, creative and biotechnology. For the year 2013, about 5,000 trainees are expected to participate. In addition, Petronas will use the facilities of the National Youth Skills Institute in Pengerang, Johor to train a total of 300 youths by the end of this year in the field of oil and gas to meet the RAPID project.

The Government is aware of the poor students of the Indian community, especially from estates that do not get good results in exams and not able to get a job.

Accordingly, the Government will provide 50 million dollars to train 3.200 students of the Indian community to equip them with skills, in line with market demand. This training will be conducted by the Industrial Training Institute and colleges under the National Dual Training Scheme.

To ensure that private workers are always healthy and productive in contributing to the development of the company and the economy, health aspects must be given priority.

For this, SOCSO will provide a sum of 200 million dollars to allow its members to a total of 1.4 million people undergo health checks for free at government hospitals or clinics SOCSO panel. Health screening aims to detect communicable diseases, to all workers aged between 40 and 55 years.

Anda mungkin juga menyukai