Anda di halaman 1dari 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

PENGENALAN Pada hari Rabu bersamaan 24 Febuari 2010 yang lalu, unit PISMP PSV (Pendidikan Seni Visual) dan PISMP PJ (Pendidikan Jasmani) telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) buat kali pertama pada tahun ini. Pada kali ini program yang telah disusun berbentuk bengkel yang diadakan di Dewan Al-Khawarizmi yang teletak di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tawau. Pada kali ini, program BIG ini telah diisi dengan menjemput penceramah untuk memberi ceramah selama tiga jam bagi memenuhi syarat program pada kali ini. Bengkel Pengurusan Pendidikan merupakan tajuk yang akan disampaikan oleh penceramah yang dijemput dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau iaitu Tuan Haji Ramlan Bin Mala. Beliau merupakan salah seorang daripada kakitangan mengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Beliau juga turut memegang jawatan dalam organisasi pentadbiran Institut. Semasa sesi ceramah ini dijalankan, penceramah diminta untuk menyampaikan ceramah dalam bentuk dua sesi sahaja. Berdasarkan ceramah yang telah diberikan, saya telah memperolehi banyak pengetahuan terutamanya dari aspek perundangan dan peraturan pendidikan serta implikasi kepada tugas guru. Di samping itu dapat menyenaraikan peranan dan fungsi JPN, PPD dan PKG dalam pengurusan pendidikan.

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5


OBJEKTIF PROGRAM Dalam program Bina Insan Guru pada kali ini, program ini mempunyai objektif yang ingin dicapai oleh setiap peserta agar keseluruhan matlamat program ini tercapai dengan sepenuhnya. Objektif program Bina Insan Guru kali ini adalah untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dam menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Menunjukan komitmen dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab kepada komuniti Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya Menghayati dan menampilkan cirri-ciri kerohanian,nilai etika dan akhlak keguruan. Melakar misi dan visi yang sesuai untuk dimanfaatkan di sekolah pelatih pada masa akan datang Menyenaraikan aspek perundangan dan peraturan pendidikan dan implikasinya kepada peranan guru Menyenaraikan peranan dan fungsi JPN, PPD dan PKG dalam pengurusan pendidikan Mengaplikasi bentuk-bentuk pengurusan cemerlang dalam pengurusan

pendidikan seharian

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5


KANDUNGAN CERAMAH Dalam sesi ceramah tersebut, penceramah menyampaikan ceramah mengikut tajuk ceramah yang disusun serta disediakan iaitu Pengurusan Pendidikan. Secara umumnya, penceramah yang telah dijemput membentangkan pelbagai organanisasi dan sistem pentadbiran berkenaan dengan Jabatan Pendidikan Negara. Hal ini adalah untuk mengetahui peranan dan fungsi segala jabatan yang terdapat di dalam JPN. Setelah menerangkan pelbagai fungsi dan peranan jabatan-jabatan yang terdapat di dalam JPN, maka penceramah meminta kami untuk membentuk kumpulan perbincangan. Antara tugas yang diarahkan kepada saya bersama kumpulan saya adalah untuk mencari maklumat berkenaan dengan peranan jabatan SPBT. Iaitu Skim Pinjaman Buku Teks. Setelah bekerjasama antara ahli kumpulan saya, akhirnya saya bersama ahli kumpulan saya selesai menyiapkan pembentangan kami. Seterusnya setelah semua kumpulan penbentangan siap menyiapkan tugasan yang diberi, penceramah meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil dapatan masing-masing. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membentangkan hasil kerja setiap kumpulan. Pada akhir sesi pembentangan, penceramah telah memberikan kami segala panduan serta maklumat tentang segala jabatan-jabatan yang terdapat di dalam struktur organisasi dalam pentadiran Kementerian Pelajaran Malasysia.

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5


REFLEKSI Dari ceramah yang telah saya sertai dalam program BIG tersebut, terdapat banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya peranan serta fungsi setiap jabatan-jabatan di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi seorang yang bakal bergelar guru seperti saya, saya bersyukur kerana telah dapat mempelajari perkara ini dengan lebih awal lagi kerana pada masa hadapan saya tidak akan mengalami kejutan budaya serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku serta dapat berhubung dengan jabatan-jabatan yang berkenaan apabila keadaan memerlukan. Selain itu, sebagai seorang bakal guru kelak, saya mestilah bijak untuk mengurus segala urusan berkaitan dengan pendidikan, segala hal ehwal berkaitan dengan kurikulum pendidikan, hal ehwal guru, isu-isu berkaitan dengan keguruan serta kebajikan guru telah dapat saya pelajari. Hal ini kerana, seorang guru itu adalah suatu wadah kepada masyarakat untuk menyalurkan pelbagai maklumat serta menjadi batu pengukur untuk sesuatu yang berguna. Guru yang juga pendidik memikul amanah

untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sekiranya saya sendiri tidak dapat melengkapkan diri saya dalam segala pengetahuan berkenaan dengan jabatan-jabatan yang ada dalam KPM, maka tidak hairan suatu masa nanti saya akan mengalami kesukaran untuk berususan dengan KPM kelak.. Disebabkan itulah saya perlu mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu dahulu ketika masih dalam proses pembelajaran ini. Saya sedar akan apabila saya sudah berada di alam pekerjaan, pelbagai urusan-urusan berkaitan dengan bidang keguruan akan menuntut saya banyak berurusan dengan KPM.

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5


Saya juga telah didedahkan dengan pelbagai peranan dan fungsi pelbagai jabatan yang terdapat dalam KPM. Ianya amat berguna kepada saya kerana ia memberi gambaran mengenai peranan dan fungsi sesebuah jabatan tersebut. Saya berasa amat bertuah kerana telah diberi pendedahan berkenaan dengan perkara ini lebih awal lagi. Dengan adanya pendedahan awal ini, ia telah menjadi satu batu loncatan kepada saya dan perlu saya menimba segala pengatahuan agar ianya tidak menjadi sesuatu yang sukar dan baru bagi saya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru dan akan bergelar guru satu hari kelak, ternyata masih banyak pengetahuan serta pengalaman yang perlu saya cari sebelum merasai situasi sebenar di alam keguruan nanti. Dengan adanya program seperti BIG inilah diharap akan sedikit sebanyak akan membantu saya dalam proses untuk menimba ilmu untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke liang lahad. Program-program seumpama ini juga mampu memberikan impak yang besar kepada semua bakal guru khususnya kepada diri saya pengetahuan saya dalam bidang keguruan bukan sekadar ala kadar sahaja.