Anda di halaman 1dari 1

Terdapat guru yang memberikan respon yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil, minoriti atau

kelas sosial rendah. Ada kajian di Amerika menunjukkan , terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Jangkaan telah pun dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah berdasakan pakaian dan lain lain yang berkaitan dengan taraf sosioekonomi keluarga (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1). Guru perlu sedar akan kepentingan kepelbagaian sosio budaya. Ini akan membantu guru itu daripada bersifat etrosentrisme. Sekiranya guru itu bersifat etrosentrisme, maka guru itu akan mengamalkan diskriminasi. Sebagai contoh , kebanyakkan guru akan mengambil berat terhadap para pelajar yang pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan pelajar tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta sosio budaya yang tinggi. Jadi guru itu akan berusaha bersungguh sungguh untuk mengajar murid murid tersebut. Guru tersebut juga akan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang mendalam. Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir dan diberi layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar belakang mereka amat rendah dan pelajar yang rendah sosio ekonominya tidak akan ada niat untuk belajar. Ini secara automatik akan menyebabkan guru itu untuk memandang rendah terhadap mereka. Guru tersebut juga akan menunjukkan rasa tidak endah ketika mengajar. Guru tersebut juga tidak akan mengajar sesungguhnya. Secara tidak langsung dengan layanan yang berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah , dianggap pelajar bermasalah , dan akhirnya akan bertingkah laku sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Guru yang sedar akan kepentingan sosio budaya secara automatiknya dan mengelakkan diri mereka daripada amalan diskriminasi dan seterusnya akan memberikan tumpuan yang sama kepada semua kelas murid. Guru juga akan sedar bahawa tugas beliau adalah untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.

Seseorang guru tidak boleh mengambil keputusan dengan hanya melihat luaran para pelajar. Malah guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid maka guru itu akan dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar. Contohnya, sekiranya ada murid yang dari kawasan pinggir ataupun luar bandar, maka guru tidak sepatutnya mengharapkan murid tersebut untuk memiliki kemudahan yang sama seperti di kawasan bandar. Malah guru hendaklah patut memikirkan altenatif yang lain bagi murid murid tersebut bagi merasai kemudahan yang serupa. Guru yang memilki maklumat latar belakang keluarga pelajar akan dapat memahami tingah laku dan luahan perasaan pelajar yang dipengaruhi oleh persekitaran(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1) . Contohnya, Murid murid yang kehilangan ibu bapa mereka, mungkin akan menunjukkan sifat kemurungan ataupun sifat mendiamkan diri di dalam kelas. Jika guru itu mengenali isu ini, sudah tentu guru itu akan boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah yang dihadapinya.