Ilustrasi
Ilustrasi
1. Ilustrasi bermaksud seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar 2. Lukisan untuk menjelaskan sesuatu seperti memberi keterangan, mesej, dan sebagainya 3. Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik) 4. Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamlagenda dan peristiwa bersejarah 5. Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi 6. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran 7. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek
Fungsi Ilustrasi
1. Menggambarkan dekoratif/unsur hiasan 2. Memberi maklumat tentang sesuatu subjek atau objek secara terperinci 3. Menyampaikan komentar atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas
fungsi dekoratif
Ciri-ciri Ilustrasi
1. Keaslian dan rekaan yang kreatif 2. Kemantapan dan kehalusan gaya melukis 3. Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks 4. Kreativiti 5. Reka letak menonjol dan menarik perhatian 6. Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak mesej 7. Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan 8. Menggunakan alat dan bahan dengan betul
Jenis-jenis Ilustrasi
1. Ilustrasi Perubatan Digunakan dalam bidang sains perubatan dengan meluas Untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama dalam bidang perubatan dan bidang lain yang berkaitan dengan kesihatan
menggambarkan organ-organ dalam badan dengan terperinci 2. Ilustrasi Alam Menggambarkann lukisan dan catan yang merujuk dalam alam semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan
ilustrasi alam semulajadi 3. Ilustrasi Fesyen Sangat popular sejak tahun 1920 lagi
ilustrasi fesyen
ilustrasi fesyen memaparkan rekaan pakaian 4. Ilustrasi Penerbitan Ilustrasi pada kulit buku, risalah, suratkhabar, kulit novel, kartun, dan ilustrasi cerpen menggambarkan tentang penceritaan bahan tersebut
ilustrasi penerbitan, komik 5. Ilustrasi Teknikal Bertujuan untuk mengkaji dan menghasilkan reka bentuk hasil ciptaan industri Lakaran teknikal, lukisan mekanikal dan reka bentuk berbantukan komputer merupakan bahagian penting untuk mendapatkan ilustrasi teknikal yang tepat Ilustrasi ini bertujuan untuk mempromosi barang
ilustrasi teknikal memberi gambaran terperinci pada bahagian enjin 6. Ilustrasi Perindustrian Merujuk lakaran idea untuk barangan industri Tidak terhad kepada industri berat, malahan mencakupi industri ringan seperti rekaan perabot, plastik dan lain-lain
ilustrasi industri barangan pengisar 7. Ilustrasi Haiwan Untuk menunjukkan lakaran jelas bahagian segmen badan Kerap digunakan untuk memaparkan haiwan purba yang telah pupus seperti dinosaur sering dilukis berdasarkan gambaran sejarah dan dipaparkan pada setem
ilustrasi memaparkan penerangan tentang bahagian-bahagian pada ikan 8. Ilustrasi Maklumat Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan