Anda di halaman 1dari 8

DPN 1 Tempoh: Tahun 1984 - Tahun1991 Langkah langkah Kerajaan: a) Pertanian dibangunkan secara komersil b) Pengecualian cukai c) Penggunaan

sumber tanah dengan optimum d) Pemodenan dan komersilisasi e) Peranan sektor swasta

DPN 2 Tempoh: Tahun 1992 - Tahun 2010 Langkah langkah Kerajaan: a) Penggunaan sumber tanah dengan optimum b) Intensifikasi penyelidikan dan pembangunan c) Pengecualian cukai d) Peranan sektor swasta e) Reformasi sistem pemasaran f) Pendekatan kemanusiaan g) Permodenan dan komersilisasi

DPN 3 Tempoh: Tahun 1998 - Tahun 2010 Langkah langkah Kerajaan: a) Pendekatan Perhutani Menggabungkan kegiatan pertanian dan kegiatan perhutanan Penggunaan sumber tanah secara optimum Menggalakkan sektor swasta menceburi kegiatan tanaman secara komersial. b) Pendekatan Berasaskan Produk Menekankan keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus Menekankan pembangunan kelompok industri yang berasaskan pertanian.

Jadual A: Langkah-langkah Kerajaan dalam Dasar Pertanian Negara I, II dan III.

A. Langkah yang sama dalam DPN I, II dan III

Penggunaan sumber tanah secara optimum merupakan langkah yang terus dikekalkan dan digunakan dalam ketiga-tiga Dasar Pertanian Negara. Menurut perkara yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara, tanah yang terbiar iaitu tanah darat atau tanah sawah yang berkeluasan minima 0.4 hektar ke atas samada bersambungan (contiguous) atau bertaburan yang merupakan tanah milik individu dan tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut dan berpotensi untuk kegunaan pertanian akan diambilmilik tanah tersebut. Namun, tidak mempunyai jentera penguatkuasaan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut. Ini menyebabkan banyak tanah yang terbiar dan tidak diusahakan dengan optimum terutamanya di kawasan luar bandar. Saya berpendapat ini merupakan sebab utama kerajaan menekankan penggunaan tanah secara optimum dalam DPN. Namun, usaha ini kurang berkesan oleh itu ia dijalankan berterusan sehingga DPN 3. Ini dapat dibuktikan melalui data yang menunjukkan bahawa sehingga tahun 2009 sejumlah 531,763.74 hektar tanah terbiar yang melibatkan 1,436 lokasi telah dikenalpasti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui kerjasama Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Pemimpin Tempatan. Penggunaan sumber tanah secara optimum sebenarnya sangat penting kerana tanah diperlukan untuk penanaman hasil pertanian. Penggunaan sumber tanah secara optimum dapat meningkatkan keupayaan sektor pertanian dalam menghasilkan bahan makanan yang mencukupi untuk keperluan negara dan eksport. Penggunaan yang optimum juga boleh membawa pulangan yang banyak untuk pengusaha dan ini secara tidak langsung dapat membasmi kemiskinan dan boleh menarik pihak swasta yang lebih menekankan keuntungan lumayan untuk melabur dalam sektor pertanian. Kita melihat aspek dari DPN 3, kegiatan pertanian dan perhutanan telah digabungkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Usaha ini telah mengatasi masalah kekurangan sumber dengan menggabungkan tanaman, perikanan dan penternakan serta dilengkapi dengan agro-pelancongan. Lantaran daripada itu, sektor pelancongan Negara juga dapat dimajukan.

Selain itu, langkah yang terdapat dalam ketiga-tiga DPN ialah peranan sektor swasta. Sektor swasta merupakan badan bukan kerajaan dan sektor ini mempunyai kuasa pelaburan dan penggunaan teknologi yang tinggi. Oleh itu,kerajaan berharap sektor ini dapat menceburi diri dengan aktif dalam sektor pertanian untuk memajukan lagi sektor pertanian dengan

pelbagai projek besar dan menggunakan teknologi tinggi yang sedia ada pada sektor swasta. Kerajaan telah memberi pengecualian duti, tarif dan perlindungan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta. Namun, masalah timbul dalam DPN I akibat kelambatan sektor swasta untuk bertindak balas kerana mereka berasa kadar keuntungan agak kecil berbanding dengan kadar keuntungan pelaburan sektor bukan pertanian. Walau bagaimanapun, peranan sektor swasta masih ditekankan dalam DPN II kerana memang tidak dinafikan bahawa kuasa pelaburan sektor swasta yang tinggi membolehkan sektor pertanian berkembang maju. Memetik keratan akhbar Berita Harian pada 18 Oktober 2002, mantan Menteri Pertanian berkata lapan peluang perniagaan atau industri pertanian dan makanan dikenal pasti oleh Kementerian Pertanian yang mampu menjana ekonomi negara, antaranya ialah mengusahakan tanaman makanan, sayur-sayuran atau buah-buahan secara moden. Contohnya adalah pengenalan teknologi tanaman tomato menggunakan rumah kaca yang berjaya mengeluarkan sebanyak 600 tan metrik sehektar semusim di Belanda yang sesuai dijalankan di Malaysia. Usaha-usaha Kementerian Pertanian adalah untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dan usahawan dalam sektor pertanian. Kita dapat melihat bahawa kerajaan bukan sahaja memberi pengecualian duti atau peruntukan kepada sektor swasta namun kerajaan juga membuat banyak kajian terhadap potensi sektor pertanian untuk menarik minat sektor swasta. Usaha kerajaan ini juga selaras dengan RMK 7 yang berharap menggalakkan penyertaan sektor swasta yang berskala besar terutama dalam pengeluaran komodoti makanan. Akan tetapi, penglibatan sektor swasta semasa DPN II masih lembap dan kemungkinan perlu dikaji semula sistem insentif. Memetik keratan akhbar Utusan Malaysia pada 27 Mei 2010, Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin berkata Kerajaan sedang mengkaji pemberian insentif baru yang lebih menarik bagi menggalakkan lebih banyak pihak swasta melabur dalam teknologi jimat buruh demi untuk meningkatkan hasil pertanian negara. Beliau juga berkata Langkah itu penting kerana untuk menjana dan memperolehi teknologi baru yang mampu membantu meningkatkan produktiviti pertanian serta bekalan makanan negara, ia memerlukan sokongan komitmen yang tinggi daripada sektor swasta. Beliau juga memberitahu bahawa Dalam hal pemberian insentif, kerajaan sedang mengkaji pelbagai cadangan kerana sedar sektor pertanian Negara memerlukan inovatif baru seperti teknologi nano, bio serta teknologi maklumat yang relevan untuk pembangunan industri agro-makanan. Hujah-hujah di atas merupakan ucapan beliau semasa majlis perasmian Konvensyen Jaminan Bekalan 2010-2020, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Menerusi hujah beliau, kita boleh lihat kerajaan telah sedar masalah yang timbul semasa DPN II iaitu masalah insentif menyebabkan

kelembapan sektor swasta untuk melabur dalam sektor pertanian. Pihak kerajaan adalah begitu peka terhadap masalah yang boleh menyebabkan pihak swasta untuk tidak melabur dalam sektor pertanian.

B. Langkah yang baru diperkenalkan. Pendekatan kemanusiaan merupakan langkah yang baru diperkenalkan semasa DPN II dilancarkan. Teori ini menekankan keupayaan petani dan nelayan untuk meningkatkan pendapatan tanpa bergantung kepada subsidi tetapi berteraskan kerajinan, perubahan sikap, pembangunan komuniti, inisiatif dan keusahawanan. Pembangunan kemanusiaan ini juga menekankan penggunaan sumber-sumber tempatan pada paras maksimum serta berusaha untuk menghidupkan kembali nilai dan sifat pembangunan komuniti tempatan. Kerajaan memperkenalkan langkah baru ini kerana strategi yang member bantuan dan subsidi kurang berkesan dalam membasmi kemiskinan. Oleh itu, kerajaan berharap petani dan nelayan sendiri boleh berusaha lebih gigih untuk menambahkan pendapatan mereka. Dalam langkah ini, kerajaan masih memberikan bantuan dan subsidi kepada mereka tetapi berkurangan. Kerajaan berharap merusi langkah yang sedemikian boleh mendorong nelayan dan petani untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan produktiviti. Dengan cara sebegini, para petani akan lebih rajin untuk menerokai tanah terbiar untuk mengusahakan kerana subsidi dan bantuan yang berkurangan akan menjejaskan kehidupan mereka. Untuk meneruskan kehidupan, mereka pasti akan berusaha untuk mengeluarkan hasil dan menggunakan semua sumber untuk meningkatkan produktiviti dan meningkatkan pendapatan. Secara tidak langsung, maslah tanah terbiar juga boleh dikurangkan dan pihak kerajaan juga boleh mengurangkan perbelanjaan atas pemberian subsidi.

Selain itu, langkah yang baru diperkenalkan dalam DPN II ialah intensifikasi penyelidikan dan pembangunan. Langkah ini menentukan bahawa faedah daripada penyelidikan dan pembangunan sampai kepada petani-petani tradisional. Sekarang ini, sebahagian besar petani kecil tidak menerima teknologi dan hasil penyelidikan dan pembangunan pertanian. Penyaluran dan pencapaian teknologi pertanian perlu lebih menyeluruh melalui mekanisme pengembangan yang lebih berkesan. Sebagai contoh,

pembangunan bidang genetik (genetical engineering) membantu industri pertanian menghasilkan hasil tanaman yang lebih banyak dengan menyelidik pengabungan genetik yang baru dan lebih efektif. Penyelidikan dari segi sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi dua atau tiga kali setahun dan dipercayai akan meningkat lagi pada masa hadapan. p\Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor juga membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil tanaman. Jika semua hasil penyelidikan dan pembangunan ini dapat disalurkan kepada petani-petani kecil, sector pertanian pasti akan lebih berkembang maju dengan peningkatan produktiviti yang ketara. Selain itu, penggunaan bernih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea atau organik melalui penyelidikan pertanian meningkatkan lagi kualiti hasil pertanian. Reformasi pemasaran juga antara strategi yang baru diperkenalkan dalam DPN II. Reformasi pemasaran perlu meliputi bukan setakat pembaikan institusi dan sistem pemasaran pertanian tetapi juga perlu mewujudkan sistem jaminan harga dan juga rantaian yang berkesan bagi keluaran pertanian. Sistem pemasaran perlu menjamin bahawa keluaran

pertanian penting mendapat sokongan dan jaminan harga melalui harga minimum terjamin. Contohnya, hasil pertanian harus diberi harga kawalan seperti tepung atau gula untuk memastikan petani-petani kecil boleh mendapatkan keuntungan yang sepatutnya dan tidak selalu dieksploitasi oleh pemborong atau orang tengah. Sistem pemasaran juga perlu mewujudkan rantaian dan infrastruktur pasaran yang menyeluruh dan berkesan untuk

menjamin keluaran pertanian dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan menguntungkan. Sebagai contoh, hasil pertanian dari petani-petani boleh terus dihantar ke pasaran atau petani-petani diberi saluran untuk menjual hasil mereka. Ini dapat menjamin hasil mereka dapat dipasarkan dengan sepenuhnya dan membolehkan mereka mengaut keuntungan untuk menyara hidup dan juga dapat mengalakkan mereka untuk lebih berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan memperoleh keuntungan yang maksima. Secara tidak langsung, sektor pertanian dapat dimajukan dan dibangunkan. Selain itu, pendekatan perhutani juga antara strategi yang diperkenalkan dalam DPN III. Pendekatan perhutani ini memberikan penekanan yang menyeluruh kepada masalah kekurangan sumber-sumber seperti buruh, tanah pertanian, dan sumber air untuk pengairan tanaman. Pendekatan ini juga menggabungkan dua kegiatan iaitu kegiatan pertanian dan kegiatan perhutanan supaya serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ini telah membuka jalan kepada pengusaha sektor pertanian untuk membangunkan sektor pertanian

serta sektor perhutanan secara bersama bagi meningkatkan keuntungan. Dengan penggabungan kedua-dua sektor ini, penggunaan sumber seperti tanah dapat dijimatkan serta dioptimumkan. Pendekatan ini juga dapat mengurangkan tekanan terhadap permintaan tanah untuk sektor pertanian kerana kegiatan ini membawa kepada pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama. Seterusnya, pendekatan ini juga menyokong pelbagai perhubungan simbiotik termasuklah penanaman sepsis pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah bagi memaksimumkan keuntungan. Misalnya, melalui tanaman industri (contohnya herba) di bawah pokok balak, kita dapat memungut hasil dari pokok balak dan tanaman herba pada masa yang sama. Ini dapat memberi keuntungan melebihi kos kepada para pengusaha. Ini dapat membantu untuk meningkatkan taraf hidup para pengusaha. Akibat daripada peluang hasil yang lebih awal dan berterusan yang diperoleh daripada komponen pertanian dalam perusahaan campuran ini, sektor swasta akan digalakkan untuk menceburi kegiatan tanaman ini secara komersial. Secara tidak langsung, sektor pertanian akan berkembang pesat akibat peluang untuk mengaut keuntungan yang tinggi dan juga atas campur tangan sektor swasta dalam sektor pertanian. Pendekatan berasaskan produk merupakan strategi yang baru diperkenalkan dalam DPN III. Pada awal pendekatan ini, produk dan pasaran utama dikenal pasti berdasarkan permintaan, potensi pasaran, dan cita rasa pengguna. Pendekatan ini dapat memberikan penekanan yang lebih kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Kemudian, pendekatan ini mengambil kira permintaan, keperluan pengguna dan pasaran bagi menggubal strategi pengeluaran pertanian huluan supaya standing dengan industri lain. Ini telah mewujudkan peluang kepada usahawan pertanian untuk menambahkan pengeluaran dan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian. Pendekatan ini juga mengenal pasti petunjuk pasaran dan pola cita rasa pengguna yang kemudiannya disalurkan kepada pengeluar di peringkat lading. Dengan ini, pengalakkan terhadap produk-produk pertanian yang bermutu dan bernilai tinggi dapat dipertingkatkan berdasarkan penghasilan produk yang berbeza dan peningkatan nilai ditambah produk tersebut bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa. Pendekatan ini juga memberi manfaat dalam mengenal pasti dan memperluas peluang-peluang pasaran pengeluaran yang kurang mendapat sambutan di luar Negara. Pada pendapat kami, pendekatan ini memang mendatangkan banyak manfaat. Menerusi petunjuk pasaran, pengusaha boleh sedar akan hasil yang lebih mendapat sambutan perlu ditingkatkan produktivit maka bagi hasil yang kurang mendapat sambutan

maka penanaman produk tersebut dapat dikurangkan. Dengan ini, pengusaha boleh memaksimumkan keuntungan dengan menanam hasil berdasarkan petunjuk pasaran dan juga pola cita rasa pengguna. Kita juga dapat tahu jenis produk yang mandapat sambutan di luar Negara dan kita boleh membuat penambahbaikan terhadap produk tersebut supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

C. Langkah yang digugurkan.

Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang diperkenalkan dalam DPN II tetapi telah digugurkan semasa DPN III dilancarkan. Pendekatan kemanusiaan menekankan keupayaan petani dan nelayan untuk meningkatkan pendapatan tanpa bergantung kepada subsidi tetapi berteraskan kerajinan, perubahan sikap, pembangunan komuniti, inisiatif dan keusahawanan. Pembangunan kemanusiaan ini juga menekankan penggunaan sumber-sumber tempatan pada paras maksimum serta berusaha untuk menghidupkan kembali nilai dan sifat pembangunan komuniti tempatan. Pada pendapat kami, pendekatan ini memang tidak sesuai untuk dilaksanakan di Negara kita. Hal ini kerana terdapat banyak petani atau nelayan yang memang amat miskin terutamanya di kawasan pedalaman. Ada dalam kalangan mereka hanya mampu menyara keluarga dengan bantuan subsidi yang sedia ada. Jika kerajaan mengurangkan bantuan subsidi, masalah untuk menyara keluarga telah wujud. Ini menyebabkan mereka berasa resah dan risau dan ini menjejaskan emosi mereka. Petani dan nelayan yang kekurangan wang ini mungkin tidak berdaya untuk mengusahakan aktiviti mereka. Dengan ini, bagaimanakah sektor pertanian dapat diperkembangkan. Mungkin ada yang memang rajin tanpa bantuan subsidi, tetapi tanpa subsidi yang mencukupi, mereka tidak

mampu untuk menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti. Mereka juga tidak mampu untuk membeli benih yang berkualiti untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Oleh itu, kami berasa pendekatan ini tidak sesuai sebagai usaha untuk memperkembangkan sektor pertanian dan ia sememangnya haru digugurkan.

Anda mungkin juga menyukai