Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN B Penulisan Akademik Nyanyian Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara.

Bahagian ini memberi pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vokal seperti register/perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

Nyanyian Semerta Apakah maksud nyanyian semerta? Nyanyian semerta adalah kemampuan untuk membaca skor lagu tanpa berlatih sesuatu skor itu. Penyanyi semerta yang professional boleh menyanyikan skor lagu hanya dengan menggunakan minda mereka tanpa menggunakan bunyi alat muzik atau menyanyikannya. Untuk memperoleh kemahiran menyanyi semerta yang lancar, latihan demi latihan perlu dilakukan.

i) Latihan-latihan yang sesuai dalam aktiviti nyanyian semerta. Mengenali teori-teori asas muzik adalah penting untuk kelancaran dalam aktiviti nyanyian semerta. Sebagai seorang guru muzik, mereka perlu peka mengenai latar belakang pengetahuan mengenai teori muzik murid-murid. Pengenalan mengenai teori asas muzik adalah penting bagi memulakan aktiviti nyanyian semerta. Teori asas muzik adalah seperti mengenali not-not muzik. Terdapat 7 not asas dalam muzik. Not tersebut adalah C D E F G A B. Ada not yang berada di atas garisan bar dan ada juga not yang berada di dalam garisan bar. Skel C major merupakan skel yang paling asas dalam teori muzik. Dalam skel C major tiada

penggunaan sharp dan flat. Sangat penting untuk mahir dalam skel C major ini kerana ia merupakan satu-satunya skel yang paling asas sekali dalam semua skel.

Terdapat 7 konsep asas dalam muzik iaitu konsep melodi, irama, tekstur, harmoni, ekspresi, bentuk dan warna ton. Ketujuh konsep ini juga merupakan asas dalam nyanyian semerta. Konsep irama adalah konsep utama yang perlu dikuasai. Ini kerana semua jenis muzik mempunyai irama mereka tersendiri. Konsep irama adalah muzik yang bergerak pada beat tertentu dan setiap beat mempunyai nilai sama ada panjang atau pendek. Di samping itu, konsep irama ini juga adalah kumpulan beat yang membentuk tanda masa atau meter. Untuk memudahkan penyanyi semerta menyanyikan skor lagu, pendedahan irama lagu tersebut merupakan langkah pertama untuk menyanyi skor secara semerta. Konsep irama ini boleh dilatih dengan latihan menepuk beat mengikut irama dan menyanyikan notasi irama dalam skor lagu. Setelah mengenali irama dalam skor lagu, barulah penyanyi semerta mengenalpasti melodi dalam skor lagu tersebut. Dalam hal ini, konsep melodi juga merupakan asas yang penting dalam aktiviti nyanyian semerta. Melodi adalah susunan pic secara melintang. Dalam melodi terdapat pic yang rendah dan tinggi. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi, rendah dan mendatar. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. Pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Kebiasaannya untuk mengenalpasti melodi dalam sesebuah skor, langkah pertama yang digunakan adalah menyanyikan solfa skor lagu tersebut. Dengan menyanyikan solfa, ia lebih memudahkan penyanyi semerta mengenalpasti melodi dalam lagu tersebut. Konsep harmoni ialah hasil gabungan dua atau lebih pic yang disusun secara menegak dan dinyanyikan atau dimainkan secara serentak. Ia juga merupakan dua atau lebih rangkaian melodi yang digabungkan dan dibunyikan secara serentak. Dalam koir, konsep harmoni sering kali dipraktikkan. Secara tidak lansung konsep harmoni juga adalah sebahagian daripada aktiviti nyanyian semerta. Ini kerana ahli pasukan koir mempunyai skor mereka sendiri dan menyanyikan skor secara semerta. Selain itu, konsep ekspresi turut terlibat dalam aktiviti nyanyian semerta ini. Ini kerana dalam sesebuah skor, terdapat beberapa penggunaan ekspersi seperti forte, crescendo, piano dan lain-lain. Penyanyi semerta perlu peka terhadap penggunaan ekspresi dalam skor lagu. Ini kerana setiap simbol-simbol ekspresi mempunyai fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk untuk setiap penyanyi semerta mengenali banyak mengenai simbol-simbol ekspresi ini. Untuk memudahkan penyanyi semerta peka terhadap penggunaan ekspresi dalam nyanyian semerta ini, highlightkan setiap unsur ekspresi yang terdapat dalam skor lagu. Untuk konsep tekstur, bentuk dan warna ton, penyanyi harus peka akan kewujudan mengenai ketiga-tiga konsep ini. Daripada itu, penyanyi semerta dapat menilai bagaimana perjalanan skor lagu tersebut. Dalam konsep tesktur adakah lagu tersebut dalam homofoni, monofoni atau polifoni. Manakala dalam konsep bentuk, ia lebih menekankan mengenai frasa-frasa dalam lagu tersebut. Di samping itu, penggunaan frasa dalam lagu melatih penyanyi semerta dalam teknik pernafasan. Konsep warna ton ialah bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri tersendiri. Sesuatu bunyi itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Konsep bentuk memberi peluang kepada penyanyi semerta untuk mencipta idea kreatif untuk mendalami lagi aktiviti nyanyian semerta. Contohnya menepuk

irama bukan hanya menggunakan tepukan tangan. Tetapi penggunaan alat perkusi atau tubuh badan yang lain menceriakan lagi suasana semasa melakukan aktiviti nyanyian semerta.

ii.) Apakah persediaan umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta? Langkah pertama adalah mengenalpasti klef yang digunakan sama ada dalam klef trebel, klef bass, klef alto ataupun klef tenor. Kebiasaannya dalam nyanyian semerta klef yang seringkali digunakan pada peringkat awal nyanyian semerta adalah klef trebel. Selepas itu, melihat pada irama dalam skor lagu tersebut. Adakah dalam meter empataan, duaan atau tigaan. Setelah itu, tepuk irama meter tersebut untuk melihat bagaimana pergerakan irama dalam setiap bar skor lagu. Mengenalpasti samada penggunaan nada major atau minor. Penggunaan nada dalam lagu tersebut juga perlu dikenalpasti. Ini untuk memudahkan lagi aktiviti nyanyian semerta. Mengetahui penggunaan kord dalam skor lagu. Dengan ini, penyanyi semerta tahu not tersebut terdiri daripada triad yang sesuai atau tidak. Di samping itu, mengenali kord lagu juga membantu penyanyi semerta dalam menyanyikan solfa lagu tersebut. Menganalisis penggunaan-penggunaan istilah Italian seperti simbol-simbol dalam muzik. Ini membantu penyanyi untuk nyanyian semerta dapat menyanyikan lagu tersebut dalam stail yang sesuai. Skor lagu banyak menggunakan unsur dinamik seperti crescendo,

decrescendo dan banyak lagi. Adalah penting untuk seorang penyanyi semerta mengetahui kewujudan unsur-unsur ini dalam sesebuah skor untuk menghidupkan lagi ekspresi lagu tersebut.

Akhir sekali melihat sama ada terdapat tanda ulang pada skor tersebut. Ini untuk memastikan penyanyi nyanyian semerta sentiasa peka jika lagu perlu diulang atau tidak.

Pengurusan Grafik 1 Apek teori

Melodi susunan pic secara melintang

Irama - muzik yang bergerak pada beat tertentu Ekspresi - Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik 7 Konsep yang perlu dikuasai dalam meningkatkan kemahiran nyanyian semerta Bentuk - Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton

Harmoni gabungan dua atau lebih pic yang disusun secara menegak

Tekstur - ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar Warna ton - Bunyibunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Pengurusan Grafik 2 Pesediaan Umum

Apakah Persediaan Umum yang perlu dibuat sebelum membaca dan menyanyikan nyanyian secara semerta.

Mengenal pasti klef yang digunakan

Mengenal pasti irama

Melihat tanda ulang pada skor

Mengenal pasti penggunaan nada major atau minor

Mengenal pasti penggunaan kord

Menganalisis penggunaan istilah Itlian Mengenal pasti penggunaan simbol-simbol dinamik

C. PENULISAN REFLEKSI

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan aural dan nyanyian semerta ini, akhirnya dengan berkat Tuhan saya telah berjaya menyelesaikannya. Tugas menganalisis skor pada kali ini tidaklah sesukar seperti menganalisis skor seperti semester-semester yang lalu. Ini mungkin kerana setelah sering kali melakukan tugasan menganalisis skor. Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak perkara yang perlu diambil kira seperti bagaimana cara untuk merancang dalam melaksanakan aktiviti ini. Pertama sekali saya mencari 6 buah skor lagu. Setiap skor lagu tersebut mestilah mengandungi 3 flat/syarp ke atas. 4 daripada lagu tersebut mestilah lagu patriotik di mana dua daripadanya adalah dalam nada major dan dua lagi dalam nada minor. Begitu juga dalam lagu kanak-kanak. Salah satu mestilah dalam nada minor dan satu lagi dalam nada major. Skor yang saya dapat adalah skor daripada lagu-lagu lama yang telah saya simpan. Skor lama tersebut digunakan untuk dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat. Antara kelebihan atau kekuatan sepanjang menyelesaikan tugasan ini ialah yang pertama adalah setiap jeda yang diperlukan berjaya saya perolehi kerana ada beberapa jeda yang sukar untuk dijumpai dalam setiap skor seperti major 6, major 7, perfek 8 kerana jeda ini dijumpai pada skor-skor tertentu sahaja. Akan tetapi berkata kesabaran dan kerajinan, akhirnya saya menjumpai kesemua jeda tersebut. Dalam penulisan akademik pula, untuk mendapatkan sumber-sumber daripada internet adalah mudah tetapi untuk mengarangnya dalam penulisan akademik bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penggunaan kemahiran yang pelbagai seperti kemahiran mengambil isi-isi penting, contohnya dalam soalan tugasan yang pertama, apakah aspek-aspek teoiri yang penting dalam nyanyian semerta. Dalam aspek kelemahan pula, dalam menjalankan tugasan ini, banyak perkara dan kesalahan yang telah saya lakukan. Seperti melabel jeda dalam skor lagu tersebut. Oleh itu, saya terpaksa membuatnya semula.

Kelemahan yang seterusnya adalah, saya dapati skor yang saya perolehi itu rata-ratanya tidak mempunyai kesemua maklumat yang saya cari akan tetapi, dengan kegigihan dan kecekalan, saya terus berjuang untuk mencari skor yang mana terdapat kesemua maklumat-maklumat ini. Oleh itu dalam kelemahan yang saya hadapi ini, saya telah melakukan beberapa penambahbaikan seperti membuat semula analisis jeda dalam skor lagu. Sangat penting untuk meperbaiki setiap kesilapan dalam menjalankan tugasan kerana hal ini akan mempengaruhi markah kerja kursus yang diberi. Antara penambahbaikan yang telah saya lakukan adalah mencari semula skor yang lain yang mempunyai sumber maklumat yang lengkap mengikut soalan kertas kerja kursus. Sebagai kesimpulannya, kerja kursus pendek ini telah membawa suatu pengalaman yang baik dan menarik kepada saya dalam proses saya menjadi seorang yang bergelar guru.

Analisis Skor JEDA MAJOR 2 Minor 3 MAJOR 3 Perfect 4 Perfect 5 Minor 6 MAJOR 6 MAJOR 7 Octave/Perfect 8 Semitone

RUJUKAN 1. Wikipedia The Free Encyclopedia, (2013, February 1) Sight-Reading. Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Sight-reading.

2. Howard Richman of Sound Feelings Publishing, Reseda, California (2001). Sight Reading & Sight Singing. Retrived from http://www.vocalist.org.uk/sight_reading.html

3. Channel 4's 4 Talent, City Academy (2013). Sight Reading For Singers. Retrieved from http://www.city-academy.com/beginners-music-theory-course

4. Raja Sulaiman bin Raja Kamil, Aprisiasi Pendidikan Muzik ( 2012, Mac 12). Asas Nyanyian. Retrieved from http://aspirasipendidikmuzik.blogspot.com/

5. Cikgu Amin, Teacher, Sg Buloh, Selangor, Malaysia, citramuzika (2012, Mac 27). Konsep Muzik (7 elemen). Retrieved from

http://citramuzika.blogspot.com/2012/03/konsep-muzik-7-elemen.html

6. Mr. Mu Aku Dunia & Muzik (2011) Teori Asas 1: JEDA (Interval). Retrieved from interval.html http://akuduniamuzik.blogspot.com/2012/01/teori-asas-1-jeda-

Sight-reading
From Wikipedia, the free encyclopedia
This article is about sight-reading in music. For sight-reading of spoken text, see Cold reading (theatrical). Sight-reading is the reading and performing of a piece of written music, specifically when the performer has not seen it before, also called a prima vista. Sight-singing is often used to describe a singer who is sight-reading.

Contents
[hide]

1 Terminology
o o o o

1.1 Sight-reading 1.2 Sight transposition 1.3 Sight-playing 1.4 Sight-singing

2 Psychology 3 Professional use 4 Pedagogy 5 Assessment and standards 6 Notes 7 References 8 See also

[edit]Terminology [edit]Sight-reading
Authors in music literature commonly use the term "sight-reading" generically for "the ability to read and produce both instrumental and vocal music at first sight ... the conversion of musical information from sight to sound" (Udtaisuk 2005). Udtaisuk and some other authors prefer the use of the more specific terms "sight-playing" and "sight-singing" where applicable. This differentiation leaves a third more restricted use of the term "sight-reading" for the silent reading of music without creating sound by instrument or voice. Highly skilled musicians can sight-read silently; that is, they can look at the printed music and hear it in their heads without playing or singing; see Audiation. (True sight-reading or sight-singingnot codedecipheringis actually notational audiation.) Less able sight-readers generally must at least hum or whistle in order to sight-read effectively. This distinction is analogous to ordinary prose reading during the early Middle Ages, when the ability to read silently was notable enough for St. Augustine to comment on it (Manguel 1996). Franz Liszt was famous for his capacity to play advanced piano pieces sight-reading the notes.

Sight Reading for Singers


Course Outline Tutors Timetable & Booking Venues Sight Reading for Singers If you wish to expand your musical skills and learn the basics of music theory, then our Sight Reading for Singers course is for you. This course makes a perfect pair for other City Academy courses such as Choir, Singing and Musical Theatre. So why not double up and make the most of your musical self? If you are complete musical beginner, or need a little refresher then this course will take you through the basics of reading and following music, in a fun and supportive atmosphere, leaving you brimming with confidence in your musical knowledge. Sight Reading Skills Development We'll begin with the basics and go from there, guaranteeing a thorough musical understanding. We keep the classes light and fun, so if the idea of studying music theory fills you with dread this is your chance to get to grips with it in a relaxed atmosphere. Exact content may differ depending on students' needs and course duration, but topics generally covered include: Identifying clefs Staves What makes up a major scale Basic major scales and key signatures Identifying note lengths and names Basic minor keys Chords Italian Terms Dynamics More complex rhythms All major and minor key signatures and scales Following sheet music - codas, repeat marks etc Full recap

Basic sight singing You will receive friendly feedback throughout Something to Think About We think it is helpful to read this: 'Associated Board Guide to Music Theory' available at Amazon. Sight Reading for Singers Course Progression Beginners Musical Theatre Classes City Academy Choir Improvers Singing Lessons

Asas Nyanyian
Suara Manusia Udara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia.Bunyi suara ini kemudian dibentuk oleh organ vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh (organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialah a) Bibir b) Gigi c) Rongga Hidung d) Rongga Mulut d) Lelangit keras e) Lelangit lembut f) Lidah Postur Semasa Menyanyi Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi, bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur tubuh hendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus. Ini dilakukan dengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut dan selesa.

Teknik Asas Pernafasan Menarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya not

akhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi. Dicatat oleh Raja Sulaiman bin Raja Kamil di 5:14 PG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

AKU DUNIA & MUZIK

Home

Teori Asas 1 : JEDA (Interval)


Posted by mr Mu , at 15:12

Salam..agak lama tidak update blog ini. Memandangkan cuti sekolah bermula maka blog ini pun terpaksa bercuti sekali.HEHEHE apapun bagi meneruskan sesi pembelajaran kita, saya akan menyambung tajuk teori muzik ini dengan tajuk JEDA (Interval). Apa dia JEDA (Interval)? Jeda ialah jarak antara bunyi. Lebih kurang jarak antara dua bunyi la. Contoh antara bunyi x dan y. Diantara bunyi x dan y tersebut adalah JEDA(Interval). Boleh faham??? JEDA pula akan diukur dalam Ton dan Separuh Ton ataupun lebih dikenali dengan semiton. Bunyi bagi muzik pula lebih telah dicipta dengan melebelkan bunyi tersebut dengan abjad. Iaitu dari abjad Ahingga G. Lihat contoh dibawah : A B C D E F G A' B' C' D' Setiap abjad yang berakhir dengan huruf G akan bermula semula dengan huruf A semula namun bunyi pada huruf tersebut akan lebih tinggi nadanya.

Walaupun abjad A, B, C dan seterusnya digunakan tidak bermakna setiap bunyi akan bermula dengan huruf A. Setiap bunyi akan bermula dengan nada tersendiri dan tidak terikat dengan huruf A sahaja. Besar kemungkinan bunyi juga boleh bermula dari huruf G atau C.

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5

ISI KANDUNGAN Analisis Skor Penulisan Akademik Refleksi Rujukan Lampiran

MUKA SURAT

Analisis Skor Lagu Patriotik (nada minor)

Analisis Skor Lagu Patriotik (nada major)

Analisis Skor Lagu kanak-kanak (nada major)

Analisis Skor Lagu kanak-kanak (nada minor)

JABATAN PENDIDIKAN MUZIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK (INDIVIDU) TAHUN: 2013 SEMESTER: 3

MZU3109 AURAL DAN NYANYIAN SEMERTA II


DISEDIAKAN OLEH:

ELKANA JOHN No. K/P: 920929-12-6510


KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN:

G3.4(sem. 3)

2012171340012

PENSYARAH:

PN. CHING ING HOE


TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

18 MAC 2013