Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri sastera melayu Sastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan

unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera. Kedua-dua unsur tersebut diolah oleh pengarang istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau. Antaranya contoh karya sastera sejarah ialah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Tuhfat Al Nafis dan lain-lain. Memang tidak dapat boleh dinafikan bahawa terdapat banyak ciri dalam sastera

sejarah. Ciri-ciri sastera melayu dari segi tujuan penulisan. Karya sastera sejarah lahir di istana dan dikarang oleh penulis golongan istana yang mempunyai daya kreatif yang tinggi untuk merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu dan Negara kota. Sastera Melayu juga bertujuan untu menunjukkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu. Biasanya karya sastera sejarah dihasilkan atas perintah raja atau pemerintah. Penulis atau penyusun karya ini adalah terdiri daripada kalangan pembesar yang memegang jawatan penting dalam sesebuah pemerintahan atau istana. Karya sastera sejarah juga berfungsi sebagai wadah nasihat, pengajaran, panduan dan petunjuk kepada golongan pemerintah dan pembesar. Selain itu, kami boleh mendapati ciri-ciri sastera Melayu dari segi corak penceritaan. Karya sastera sejarah mengandungi dua corak penceritaan iaitu peristiwa sebenar atau fakta sejarah dan unsur atau peristiwa bukan sejarah seperti unsur fantasi, mitos dan lagenda. Peristiwa-peristiwa sejarah menceritakan sejarah Negara kota merangkumi peristiwa pembukaan negeri, penaklukan, hubungan diplomatik, kegemilangan dan kejatuhan sesebuah Negara kota. Watak-watak pemerintah, pembesar dan rakyat yang terlibat dalam karya merupakan watak yang benar-benar wujud dalam sejarah sebenar. Gambaran masyarakat Melayu dari segi adat istiadat, ekonomi, politik dan struktur pemerintahan dalam karya sastera sejarah adalah merupakan peristiwa sejarah sebenar yang berlaku pada zaman lampau.

Bagaimanapun peristiwa-peristiwa sejarah tersebut bercampur aduk antara fakta sejarah dan bukan sejarah seperti mitos dan lagenda. Unsur mitos dimasukkan oleh pengarang dalam karya sastera sejarah untuk menunjukkan keistimewaan golongan pemerintah dan juga untuk tujuan menyindir atau mengkritik perlakuan buruk golongan pemerintah. Antara unsur mitos dalam karya sastera sejarah ialah mitos asal-usul raja, mitos pembukaan negeri, mitos kedatangan Islam dan mitos alegori. Sejarah Melayu bukan sahaja sebuah karangan yang lama sudah terkenal, malah paling laris dan banyak edisinya dalam sejarah kepustakaan Melayu. Selain dari paragrafparagrafnya dikutip untuk dijadikan pelajaran dalam setengah-setengah buku teks, Sejarah Melayu ini jugalah satu-satunya buku yang dipergunakan oleh penyusun-penyusun sejarah, ketika menyusun Sejarah Malaya, kebanyakan kesan-kesan dan peristiwa-peristiwanya berdasarkan buku ini. Sejarah Melayu mengandungi 4 cetera (bab) kesemuanya. Satu pembahagian yang umum menunjukkan bab-bab ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Di samping judul dalam Bahasa Melayunya, Sejarah Melayu juga dikenali dengan judul Arabnya iaitu Sulalatul-Salatin bererti Salasilah Sultan-sultan. Teks Sejarah Melayu ini pada amnya mengisahkan pengalaman sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yang memerintah Melaka dari awal abad ke-15 hingga awal abad ke-17. Dengan perkataan lain, inti ceritanya ialah berkenaan raja-raja Melaka dari pemerintahan rajanya yang pertama hinggalah ke raja-raja yang akhir, apabila Portugis menyerang Melaka tahun 1511. Selepas itu penulisannnya dilanjutkan lagi hingga ke zaman awal penubuhan rajaraja Melayu dari Melaka ke Johor. Mitos dan lagenda adalah dua unsur tidak mungkin dapat dipisahkan dalam Sejarah Melayu. Namun begitu, sebagai sastera sejarah, Sejarah Melayu menggalurkan beberapa aspek penting seperti pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, kritikal sosial, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita.