Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri yg perlu ada dalam guru menjelang abad ke-21 1.

Berketerampilan - Seorang guru yg berketerampilan akan memberikan contoh yang terbaik kepada pelajar - Dari segi akhlak dan penampilan 2. Kesabaran yang tinggi - Dlm era yg mencabar, guru perlu bnyk bersabar tangani kerenah pelajar - Dunia semakin membangun, teknologi semakin canggih, kanak-kanak semakin pintar 3. Pengetahuan yang luas - Teknologi, berita semasa, subjek yang diajar - Kanak-kanak semakin pintar dan berpandangan jauh, kanak-kanak akan memberikan soalan yang luar daripada kotak pemikiran kita atau pun tinggi daripada taraf pemikiran mereka sendiri 4. Bijak mengawal suasana dan bersedia menghadapi cabaran - Akhlak pelajar makin merosot, tidak menghormati guru - Perlu pandai mengambil hati pelajar, bersedia untuk segala kemungkinan, tentangan atau kritikan daripada ibubapa 5. Jujur dan amanah - Tugas mendidik pada era ini amatlah mencabar - Guru perlu jujur dan amanah semasa menjalankan tugas bagi mendidik pelajar, tidak hanya bekerja untuk cari duit tetapi pelajar diabaikan 6. Bertanggungjawab - Sibuk dengan tugasan lain sama ada semasa bekerja mahupun dirumah - Masih perlu menjalankan tugas sebagai guru dengan bertanggungjawab , hadir ke kelas tepat pada waktu, jika ada kelas tambahan atau aktiviti sukan pada waktu petang perlulah hadir. 7. Prihatin - Kanak-kanak bermasalah makin meningkat (social, emosi) - Perlu peka dan prihatin terhadap pelajar supaya dapat bantu pelajar selesaikan masalah dengan cara yang baik dan sihat bukan dengan cara pemberontakan yang seringkali berlaku pada ketika ini. - Beri perhatian lebih kepada pelajar yang bermasalah dan jangan pilih kasih antara pelajar 8. Toleransi - Segelintir pelajar yang bertindak mengikut perasaan sendiri - Sabar dan toleransi dengan pelajar berkenaan, cth : cari punca masalah pelajar tidak menyiapkan kerja rumah yang idberi sebelum mengambil tindakan. 9. Kreatif dan inovatif - Teknologi canggih, kanak-kanak semakin pintar(kanak-kanak akan cepat bosan dengan pembelajaran yang biasa) - Sentiasa mencari kaedah terbaru dan lain daripada yang lain untuk mengajar supaya dapat menarik perhatian pelajar

10. Berdisiplin - Guru sebagai rol model kepada pelajar dan masyarakat - Guru perlu mempunyai disiplin yang tinggi supaya dapat dicontohi oleh pelajar - Cth : hadir tepat pada masa, sentiasa siapkan tugasan, sentiasa bersemangat datang ke kelas, tegas kepada perkara yang perlukan ketegasan

Anda mungkin juga menyukai