Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Juga dikenali sebagai `Sportsmanship atau `Gamesmanship.

p. Menurut Microsoft Encarta Dictionaries, `Fair bermaksud `reasonable dan `done properly. Play pula bermaksud `take part in the game or sport. Jika digabungkan, `fair play bermaksud permainan bersih yang adil mengikut peraturan-peraturan tanpa melibatkan taktik kotor. Shields and Bredemeir (1995) telah mentakrifkan sebagai suatu keadaan di mana satu pertandingan itu merupakan sebuah permainan yang seimbang, adil dan tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang merupakan faktor kemenangan dalam sukan yang diceburi. Contohnya, dalam permainan hoki jurulatih mengarahkan pemainnya bermain dengan baik dan adil agar tiada kekasaran berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah jurulatih memberi tekanan kepada pemainnya supaya menyekat pemain lawan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan ini akan menyebabkan berlakunya keagresifan serta boleh menimbulkan pergaduhan.

SEMANGAT KESUKANAN Pematuhan semangat, kepada peraturan, dan etika sukan.

Boleh dianggap sebagai etos sukan. Ia adalah menarik

motivasi untuk memahami elemen sukan yang sukar difahami dengan lebih baik. Meluahkan satu aspirasi bahawa aktiviti sukan yang akan diminati, dengan pertimbangan wajar bagi keadilan, etika, menghormati, dan semangat persaudaraan antara lain. satu sama

Semangat Kesukanan Mengandungi 5 Perkara Penting: Komitmen yang tinggi terhadap bidang yang diceburi. Perasaan hormat dan ingin tahu tentang peraturan dan pegawai yang bertugas. Rasa hormat pada sebarang situasi dan mewujudkan hubungan yang baik. Menghormati pihak lawan. Mengelakkan dari perkara yang tidak elok seperti iri hati, bergaduh dan marah

Kesimpulannya, jika kelima-lima dirangkumkan bersama ia membawa maksud suatu perasaan prihatin atau memberi komitmen dan menghormati peraturan, pegawai, pihak lawan, suasana situasi dan penonton di samping dapat menghindari niat buruk dalam sukan.

PRINSIP FAIR PLAY Undang-Undang dan peraturan-peraturan haruslah dihormati. Semua pemain haruslah berusaha untuk menghormati pihak lawan, pengadil dan semua yang terlibat dalam Kejohanan seperti penonton-penonton, dan pegawai-pegawai. Sesiapa yang terlibat di dalam kejohanan harus menggalakkan tingkah laku seperti di atas, sebelum, semasa dan selepas Kejohanan, tanpa mengambil kira keputusan kejohanan itu. Unsur fair play adalah penting untuk kemajuan promosi dan pembangunan sukan. Tujuan fair play adalah untuk meningkatkan keseronokan semua yang terlibat dalam Kejohanan. Jikalau berlaku pergaduhan (secara fizikal atau mental) atau perselisihan faham di antara peserta-peserta semasa Kejohanan ini, Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang terlibat dengan pergaduhan ini. Sebarang rayuan tidak akan diterima. Peserta yang berkelakuan tidak adil atau tidak sopan akan disingkirkan. Semua keputusan penyingkiran Kejohanan ini akan dibuat oleh Pihak Penganjur. Semua keputusan adalah muktamad. Rayuan tidak akan di layan.

KESAN PERMAINAN BERSIH PENGADIL DAN PENGAWAI SUKAN Kelancaran perlawanan dan pertandingan Mengurangkan tindakan disiplin Mewujudkan keharmonian dan keselesaan pemain dan penonton jumlah pemain yang dikenakan

PEMAIN Mengelak daripada berlaku kecederaan Merapatkan hubungan pemain dengan

pasukan yang lain Mengajar nilai-nilai penting seperti semangat kesukanan(sportmanship) Meningkatkan imej pasukan

PENONTON Menjadikan aktiviti sukan satu

aktiviti yangmenyeronokkan Meningkatkan minat penonton terhadap acara sukan Meningkatkan jumlah penonton

KELEBIHAN FAIR PLAY Permainan yang adil dan bermutu akan dapat dihasilkan. Pemain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka. Melancarkan sesuatu pertandingan itu. Menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi antara pemain. Memupuk semangat berpasukan yang lebih progresif. Pemain dapat menghormati peraturan dan pihak lawan mereka.

Unfairplay Manakala unfairplay pula merujuk kepada permainan yang tidak adil dan ada unsur penipuan dan kekasaran didalam sesuatu permainan.

Mengapa ia boleh terjadi? Pengadilan yang berat sebelah 1.) Musuh tradisi cth jepun-china malaysia-indonesia-thailand 2.) Cuaca -panas menyebabkan pemain panas baran 3.) Padang yang tidak memuaskan 4.) Disiplin pemain kurang 5.) Kurang suntikan semangat dan galakan

Langkah mengatasi 1. Meningkatkan mutu pengadilan spt mengenakan tidakan terhadap pengadil itu sendiri. 2. Mengenakan denda kepada pemain ikut kesalahan (kad merah/kuning) 3. Rasa hormat antara pemain dan pemain lawan. Pemain perlu bersikap lebih profesional. 4. Mengenakan insentif dan hadiah kepada para pemain. Pihak penganjur perlu memberikan insentif kepada pasukan fairplay contohnya EUFA-portugal 2004

Kriteria pemilihan pasukan fairplay

1. Sesebuah pasukan dinilai berdasarkan;Kad kuning dan kad merah: 2. jika tiada sebarang kad diberikan,pasukan mendapat 10 mata. 1 mata akan ditolak dari setiap kad kuning dan 3 mata jika mendapat kad merah. 3. Mata maksimum bagi sesebuah pasukan yang menunjukkan permainan

bersih dan Positif adalah 10. dan mata minimum adalah 1.

ISU-ISU BERKAITAN FAIRPLAY Kesan Jika Nilai dan Etika dalam Sukan Diabaikan.. Contoh keganasan dalam sukan. 1.) KEGANASAN DALAM SUKAN

Di Amerika Selatan, keganasan pemain bola sepak menyebabkan pembinaan pagar elektirk di sekliling padang bola untuk mengelakkan penonton daripada menyerbu pemain.

Di Gautemala, penyokong sukan yang kalah menyerang penyokong pasukan yang menang dengan parang menyebabkan lima kematian. Pada tahun 1975, di Amerika, seorang pemain hoki dihukum kerana memukul pemain lain dengan kayu hoki.

Seorang pemain bola keranjang,Kermit Washington telah menumbuk Rudy Tomjanivich di muka.

Di Malaysia, agresifan berleluasa di kalangan ahli bola sepak. Contohnya Kejohanan Piala Malaysia. Pemain sebuah pasukan bertindak menyerang dan memaki Hamun, seorang pengadil kerana dikatakan berat sebelah.

Kesan Keganasan dalam sukan Menonton kegiatan ganas dalam sukan sebenarnya menambahkan sikap agresif penonton. ( Isoahola dan Halfield,1986) Kecederaan berlaku di kalangan penonton dan juga para pemain. Menyebabkan dibatalkan. Menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan juga penonton. Menyebabkan seseorang atlet mengalami kecederaan dan mungkin tidak dapat meneruskan permainan pada masa kelak. Seseorang atlet mungkin tidak mahu lagi terlibat dalam sukan tersebut. Nama baik pasukan ataupun negara akan tercemar akibat berlakunya keganasan dalam sukan. Kos-kos yang tinggi akan dikenakan untuk membina kemudahan-kemudahan yang mengelakkan berlakunya keganasan contohnya pagar. sesuatu pertandingan terpaksa diberhentikan ataupun

2.) Gangguan dalam Sukan

1. Penyalahgunaan Dadah 2. Minuman Alkohol 3. Merokok 4. Pendopan Bahan 1.) Penyalahgunaan Dadah: Tujuan

Keinginan atlet meningkatkan prestasi Kesan

1. Gencatan kematangan otak dan otot. Koordinasi anggota badan menjadi kurang cekap. 2. Ketagihan dengan dadah dan tidak dapat memberi tumpuan semasa latihan. 3. menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

2. Pengaruh Alkohol 4. Pengambilan alkohol yang lebih menyebabkan guanguan kepada

kerongkong, permukaan dalam usus besar dan perut dan menambahkan aktiviti buah pinggang. 5. Kerosakan / ganguan otak 6. Hati bengkak dan mengganggu fungsinya (hepatic failure) 7. Semasa metabolisma, alkohol menghasilkan kimia cetaldehydeyang boleh mencederakan hati, jantung dan organ-organ lain. 8. Pengambilan alkohol juga menyebabkan penyakit jantung dan penyakit sistem pengaliran.

3. Merokok 9. Dalam Kajian Kementerian Belia dan Sukan (1997) menyatakan sebanyak 71 peratus remaja melibatkan diri dalam merokok. 10. Kesan: 11. 3kali lebih mudah diserang penyakit jantung 12. 10 kali lebih mudah mengidap penyakit barah terutamanya barah paru-paru 4. Pendopan Bahan Penggunaan bahan atau teknik oleh atlet yang boleh meningkatkan prestasi. Contoh bahan haram:

1. Perangsang 2. Analgesik nakotik 3. Steroid anabolik 4. Beta penghalang Kesan: 5. Pendopan bahan haram ini amat menjejaskan kesihatan atlet . 6. Hal ini tidak adil terhadap peserta lain dalam pertandingan.

3. GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP ATLET WANITA Masalah gangguan seksual bukan sahaja berlaku di luar, bahkan dalam sukan Malaysia. Atlit wanita tidak terlepas dari permasalahan ini. Jurulatih tidak beramanah dan tidak melaksanakan tugas dalam memikul tanggungjawab membawa atlit Negara ke puncak. 4. Perjudian Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6 (2007). Biasanya perjudian berlaku di luar gelanggang Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan. Masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang. Terdapat pihak yang merasuah dan mengatur perlawanan yang

dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Terdapat `bookie yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka. Hakikatnya, pemain sedemikian menjadi tamak dan sanggup membiarkan diri mereka diperalat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menjadi gangguan apabila terdapat berita tentang pemainpemain yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah. Ia juga menimbul gangguan dalam pasukan permainan jika ada pemain yang digantung permainan atau dibuang dari pasukan.

Keadaan seperti ini telah mencemarkan nama baik dan tujuan asal sukan tersebut diadakan

Contoh rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura.

Hampir 100 orang pemain bola sepak telah ditahan dan 80 orang daripada mereka dikenakan tahanan permainan dan 16 orang lagi dibuang daerah.

5. Sikap jurulatih luar (import). Sikap jurulatih luar negara terhadap pemain juga boleh mempengaruhi mutu pencapaian sesebuah pasukan. Contohnya, semasa perlawanan persahabatan menentang Singapura di Pulau Pinang pada 8 Jun 2005, Bertalan Bicskei dari Hungary selaku jurulatih skuad bola sepak Malaysia, telah melempar botol ke padang sebelum menerjah salah seorang pemain Singapura atas alasan cuba melindungi pemainnya dan tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan oleh pengadil. Pada September 2005, kontrak Bicskei telah ditamatkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

PENAMBAHBAIKAN DALAM FAIR PLAY Dalam permainan bola sepak biasanya, pengadil sepatutnya lebih tegas kerana ada sesetengah pemain yang sengaja melambat-lambatkan masa. Pengadil haruslah peka dengan pemain kerana ada pemain yang suka berlakon. Amaran keras boleh diberikan sekiranya pemain itu sengaja melengahlengahkan perlawanan. Semangat kesukanan hendaklah diterapkan untuk menjadikan perlawanan yang bermutu. Pengadil haruslah bijak dalam membuat keputusan dan tidak dipengaruhi oleh pemain. KESIMPULAN Permainan bersih amat penting dalam sesuatu perlawanan. Ini dapat menjamin kepada penghasilan mutu perlawanan yang tinggi. Semangat kesukanan seharusnya dipupuk oleh setiap pemain. Permainan bersih haruslah diamalkan dalam setiap perlawanan. Pemain hendaklah memahami peraturan dan etika dalam perlawanan. BIBLIOGRAFI http://www.scribd.com/doc/46858711/Fair-Play http://www.scribd.com/doc/61714589/Pendidikan-Jasmani-Dan-KesihatanTingkatan-2-Kesan-Permainan-Bersih http://books.google.com.my/books?id=gRMjXZGt0IkC&pg=PA2&lpg=PA2&dq =permainan+bersih+(fair+play)&source=bl&ots=VGP8_6S5de&sig=6L5rG8E9 RFJ_SsiSKUa2JjuoHI&hl=en&sa=X&ei=nHdCT8mbOMuGrAepuIzaBw&ved=0CF UQ6AEwBjgU#v=onepage&q&f=true

Anda mungkin juga menyukai