Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sifat dan semulajadi manusia tidak jauh berbeza daripada haiwan seperti
beranak,makan,minum dan sebagainya, serta mempunyai nafsu yang tidak terbatas.
Oleh itu, ia amat sesuai dengan istilah al-insan atau al-nas yang disebut oleh pakar
bahasa arab berasal daripada perkataan nasiya yang memberi makna lupa. Dalam
konteks ini, Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran, Surah Taha, ayat 15 yang bermaksud:
Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepad Adam dahulu; maka dia
lupa perinta itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat.
Berdasarkan ayat di atas, Nabi Adam a.s telah terlupa janjinya kepada Allah s.w.t yang
menyebabkan beliau dikeluarkan daripada syurga dan hidup dimuka bumi.
Hanya Nabi Adam a.s yang diciptakan olah Allah s.w.t secara langsung daripada
tanah, sementara manusia lain (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.) dijadikan daripada
paduan air mani ibu dan bapanya. Meskipun bayi itu dijadikan daripada paduan air mani
ibu dan bapanya,tetapi sebenarnya manusi itu dijadikan daripada tanah juga. Hal ini
kerana sebatian air mani itu terdiri daripada unsur-unsur yang datang daripada tanah
juga. Justeru, sel-sel yang membentuk jasmani juga berasal daripada tanah. Menurut
beberapa ulama seperti Ibnu Abbas, Ibn Sa,d dan Mujahid, seseorang bayi itu akan
mengalami tiga alam kegelapan, iaitu alam rahim, alam perut dan alam selaput yang
menutupinya.
Sementara itu, kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa proses pembentukan
bayi di dalam rahim melalui tujuh peringkat, iaitu bermula dari Allah s.w.t jadikan saripati
tanah (nutfah) yang tersimpan di dalam rahim, kemudian membentuk alaqah,tulang,
tulang yang di balut dengan daging dan akhirnya terbentuklah lembaga yang lengkap,
dan ketika itu Allah s.w.t meniupkan roh kepadanya ketika bayi berumur empat bulan di
dalam rahim ibu. Hal ini di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadis yang
dirawayatkan oleh Bukhari; terjemahannya:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpun dalam perut (rahim) ibunya
selama 40 hari. Kemudian menjadi bentuk al-‘Alaqah seumpama itu juga. Kemudian
dijadikan mudhghah seumpama itu. Seperti itu diutuskan Malaikat supaya
meniupkan roh dan menulis empat perkara, iaitu rezeki,ajal,amal dan celaka, atau
bahagia.”
Apabila seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, maka bermulalah zaman baru baginya
yang terang-benderang berlainan sama sekali dari dunia rahim ibunya yang gelap-
gelita.
1.3 Mengenal pasti potensi diri sendiri untuk dimanfaatkan
Potensi diri yang harus dikenal pasti dan di manfaatkan dalam islam terbahagi
kepada tiga iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Melalui ketiga-tiga aspek ini,
seseorang manusia akan mencapai tahap potensi diri yang amat tinggi bagi
meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Dari segi akidah, akidah merupakan dasar
terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T
adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam
merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan
kukuh dalam jiwa setiap Muslim.
Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat.
Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan makhluk. Dialah yang
mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit
dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi
memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup.
Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan
patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda)
atau roh yang telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini
manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya
kepada Allah S.W.T semata-mata. Asas-asas akidah Islam ialah:
(i) Beriman kepada Allah
(ii) Beriman kepada Malaikat
(iii) Beriman kepada Kitab-Kitab
(iv) Beriman kepada Rasul-rasul
(v) Beriman kepada Hari Akhirat
(vi) Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak
mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia
kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah Islam akan
melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan
lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita
gariskan seperti berikut:
Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa.
Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan
gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam melahirkan insan
yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah
akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja
bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya
mendapat kebahagiaan di akhirat.
Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya,
mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang
mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil
kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai
yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian
insan dan masyarakat. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan
masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat
Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah
masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka
menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju
dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.
Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan
mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin
kepada hari pembalasan. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah
putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar
biasa. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah
S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati
kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir.
Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk
mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah
Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di
zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh
akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur
negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati
akidah Islam yang sebenar. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang
melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah
dan kemungkaran.
Dari aspek syariah pula, syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk
hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la
merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang diwahyukan
samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada al-
Sunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang
berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan dengan
ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai
perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi
mereka dengan Allah S.W.T, sesama manusia, dan alam lain) dan juga aspek
akhlaqiyyah(yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai
individu dalam bermasyarakat dan bernegara.
Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi
skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut:
i. Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.
ii. Hubungan antara manusia sesama manusia.
iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama
ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.
Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah
Islam terbahagi kepada tiga iaitu :
i. Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada
individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan
Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain.
ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah. Seluruh perintah dalam al-Quran yang ditujukan secara kolektif
dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah
seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar
serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain.
iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu
mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini
adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti
hudud, qisas dan takzir.
Manakala dari segi aspek akhlak pula, Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana
konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam
Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia
terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan
dan larangan serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak
mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah.
Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan
tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia.
Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit,
tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia
terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi
kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq
dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya.
Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang
tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit
perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang
baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
✔ Tanggungjawab bersama
• Mendalami ilmu fardu ain
• Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama
• Saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan menasihati
• Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
• Bersikap jujur dan menepati janji.