Anda di halaman 1dari 30

PRAKATA

andskap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita pada masa kini. Sejak kebelakangan ini, tanaman memanjat dan menjalar semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat hiasan dan landskap di halaman rumah.

Tanaman memanjat dan menjalar memainkan peranan penting bagi menyerikan suasana persekitaran serta menjadikan laman rumah menjadi lebih indah dan ceria. Di dalam habitat semulajadinya, tanaman memanjat dan menjalar merupakan tumbuhan yang melilit, memanjat dan menjalar. Tumbuhan ini kebiasaannya mempunyai alat khas untuk memanjat seperti tendril, pencangkuk dan akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan. Tetapi kini, penggunaan tanaman ini telah beralih menjadi pelengkap kepada elemen taman yang cukup penting. Tanaman ini bukan sahaja ditanam di kawasan laman rumah bahkan turut ditanam di kawasan hotel, apartmen, kondominium ataupun pejabatpejabat juga telah menjadikan tanaman ini sebagai suatu alternatif untuk memperindahkan lagi sesuatu kawasan. Bagi mendapatkan pelbagai jenis tanaman memanjat dan menjalar, anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari di hutan misalnya kerana tanaman hiasan ini sudah banyak dijual oleh peniaga-peniaga kecil di tepi-tepi jalan hinggalah di kedai-kedai besar. Jika suatu ketika dahulu, tanaman menjalar dan memanjat kurang diminati oleh penggemar landskap kerana dianggap sebagai pengganggu jika penyelenggaraannya kurang dititikberatkan oleh pemilik sendiri, kini tanaman ini telah digunakan secara meluas dan telah menjadi tanaman hiasan yang popular dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Terdapat beberapa jenis tanaman memanjat dan menjalar seperti E. Cupreata (Hook) Hanst, Fittonia, Hemigraphis alternata, Monstera delicoasa liebm, Pellionia dan sebagainya. Dari aspek penjagaan, tanaman ini mudah dijaga ataupun diselenggara. Dalam proses penjagaan, pelbagai aspek perlu diberi perhatian terutamanya semasa pemilihan tanaman menjalar dan memanjat yang sesuai. Selain itu, antara persoalan lain yang perlu dipertimbangkan ialah adakah tanaman ini memerlukan ruang yang luas untuk ditanam? Bolehkah tanaman ini dapat tumbuh dengan sihat, cantik dan berbunga segar? Masalah ini tidak hanya dihadapi oleh penggemar tanaman hiasan lain yang telah lama terlibat dalam dunia landskap ini. Justeru itu, buku Tanaman Memanjat dan Menjalar dalam Landskap telah disusun dalam menghuraikan penggunaan tanaman ini sebagai penyeri taman serta
1

memberi pengetahuan yang lengkap mengenai penjagaannya. Buku ini juga, memaparkan siat-sifat tanaman jenis memanjat dan menjalar, jenis-jenis tanaman memanjat dan menjalar, habitan tanaman ini dan cara penjagaanya. Akhirnya sekali, ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan pihak yang memberi bantuan dalam penghasilan buku ini. Penulis menyedari bahawa masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam pengisian buku ini. Oleh itu, cadangan dan kritikan membina amat dialu-alukan daripada semua pihak agar buku ini dapat memenuhi kehendak para pembaca.

KANDUNGAN

Prakata 1. 2. 3. 4. 5. Pengenalan Landskap dan Pokok Menjalar dan Memanjat Jenis-jenis Tanaman Pokok Menjalar dan Memanjat Kegunaan dalam Landskap Keunggulan dan Kelemahan Pembiakan, Penanaman dan Penyelenggaraan

6.

Penutup

Rujukan

PENGENALAN Tumbuhan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembinaan sebuah taman atau landskap di sesebuah kawasan. Tanpa tumbuhan bermakna sesebuah taman itu tampak kurang berseri atau kelihatan seperti kaku. Tumbuhan landskap

tanaman

menjalar

bagaikan

simbol

menghargai kunjungan tetamu, sekali gus menyerikan segenap ruang pergola, gazebo dan pintu pagar kediaman. Kepelbagaian warna bunga dan daun tanaman memanjat ini mewujudkan suasana harmoni dan sejuk mata memandang. Penggunaan mendapat perhatian pergola yang makin mampu

terbahagi kepada beberapa jenis mengikut kegunaan, bentuk dan ciri-ciri

pertumbuhanya. Jenis tumbuhan landskap terdiri daripada tumbuhan jenis renek, naungan, palma, penutup bumi, hiasan dalaman, semusim, memanjat dan

menampilkan keunikan sesebuah laman. Pergola adalah para kayu yang dibina di laman untuk memayungi ruang pejalan kaki atau ruang depan atau belakang rumah dan boleh diperoleh dalam dua jenis iaitu bertutup atau terbuka. Nama pergola di ambil daripada bahasa Latin, Pergula yang merujuk kepada layar sengkuap dan kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris. Dengan kata lain, pergola adalah binaan sementara yang biasa dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman.

menjalar, kaktus, lendair, akuatik dan bonsai. Tanaman memanjat dan menjalar terdiri daripada tumbuhan yang memanjat, melilit dan menjalar menggunakan tendril, pencangkuk atau akar yang mengeluarkan pelekat contohnya, bunga kertas, petrea, kembang pagi dan sebagainya.

LANDSKAP

DAN

POKOK

MENJALAR DAN MEMANJAT Kehadiran menjalar tanaman bagaikan memanjat pelengkap atau utama

Hiasan

untuk

pergola

jangan

diabaikan. Pergola perlu dihias mengikut selera dan konsep yang diinginkan dan seeloknya jangan biarkan pergola kosong tanpa sebarang hiasan. Pergola akan kelihatan lebih hidup dengan hiasan pokok menjalar. Pokok yang biasanya sesuai untuk hiasan pergola adalah Kembang Seri Pagi, Bunga Ketup-ketup, Akar Dani, Titus atau tumbuhan sayuran seperti timun, tomato, tembikai dan peria.
4

suasana semula jadi di taman. Tanaman ini sememangnya kian mendapat perhatian di kalangan peminat seni taman di Malaysia. Apatah lagi tanaman ini bukan sahaja sekadar menampilkan malah lebih visual hijau sudut

semulajadi, pandangan

melahirkan berseni.

Keunikan

Pokok jenis menjalar juga boleh digunakan dalam pelandskapan kawasan rumah, terutamanya kawasan rumah

jenis berbunga elok digunakan (Nor Ain Mohd Rejab, 2006).

sempit. Pokok menjalar boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam di atas pergola atau gazebo, atau hanya untuk kecantikan jika menjalar di dinding atau di gantung. Kadang-kadang pokok ini boleh di biarkan menjalar di atas bumbung halaman dalam (patio) untuk melembutkan struktur keras.

Episcia Famili: Gesneriaceae Genus Episcia mempunyai 40 spesies, kesemuanya berasal dari kawasan Amerika Tropika dan Hindia Barat. Pokok ini mempunyai tabiat hidup menjalar dan mengeluarkan sulur berakar seperti pokok strawberi. Daun-daunnya terlalu rapat ke bumi dan biasanya berwarna berwarna-warni. merah cerah

Kebiasaannya, tanaman memanjat atau menjalar terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis renek dan herba. Ia juga dibahagikan pula kepada tiga kumpulan iaitu berkayu keras, sederhana dan lembut serta merayap dan menjalar.

Bunganya

berbentuk trumpet. Di tanah yang lembap dan agak terlindung daripada panas

matahari yang terik, pokok ini boleh dijadikan penutup bumi. Selain itu, pokok Episcia boleh ditanam di dalam pasu kecil dan

JENIS-JENIS TANAMAN POKOK MENJALAR DAN MEMANJAT POKOK MENJALAR Pokok jenis menjalar juga boleh digunakan dalam pelandskapan kawasan kawasan rumah rumah, sempit.

digantung. Sulur-sulur yang terjuntai dan daun-daun yang berkilat serta bunga berwarna merah cerah menjadikan pokok ini sangat menarik apbila digantung. Dua psesis yang popular di Malaysia ialah E. Cupreata dan E. Reptans.

terutamanya

Pokok menjalar boleh digunakan untuk memberi warna dan teduhan jika ditanam di atas pergola atau gazebo, atau hanya untuk kecantikan jika menjalar di dinding atau di gantung. Kadang-kadang pokok ini boleh di biarkan menjalar di atas bumbung halaman dalam (patio) untuk melembutkan struktur keras. Bagi daya tarikan dan sebagai tanaman tumpuan, pokok menjalar

E. Cupreata (Hook) Hanst.

hijau kemerahan berbelang kelabu berkilat pada tulang daun dan urat daun sisi. Bunganya juga berbentuk trumpet,

berwarna merah cerah. Spesis ini hidup subur di tanah gembur yang banyak mengandungi humus tetapi bersaliran baik, iaitu tidak menakung air. Episcia mudah dibiakkan dengan mengambil anak pokok berakar daripada sulur yang menjalar dan memindahkannya ke dalam pasu yang lain.

Pokok jenis herba menjalar ini mempunyai daun berbentuk bujur telur, berwarna perang kehijauan atau hijau berbelang kelabu, berkilat. Bunganya, berbentuk trumpet dan berwarna merah cerah.

Fittonia Famili: Acanthaceae Pokok menjalar atau merayap yang rendah ini berasal dari Amerika Tengah. Daunnya berbentuk bujur, tersusun secara

bertentangan, dua helai pada setiap buku E. Reptans Mart. dan terasing oleh jambak spika yang tumbuh tegak mengeluarkan bunga-bunga berwarna kuning. Tanaman ini begitu menarik kerana daun-daunnya mempunyai urat-urat yang berwarna putih, iaitu F. Verschaffeltii var. Argyroneura lebih

mudah ditemui daripada yang berurat daun merah.

Daun-daunnya bujur telur dan berbulu halus bak baldu. Warnanya perang tua atau
6

kerana daun-daunnya sangat digemari siput. Campuran tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah yang banyak

mengandungi bahan organik atau humus tetapi tidak sampai menakung air. Pasu diletakkan di tempat yang agak terlindung dengan keamatan cahaya 20-30%.

Hemigraphis F. Verschaffeltii var. Argyroneura Famili: Acanthaceae

Fittonia dapat hidup dengan baik di tempat-tempat yang teduh dan terlindung. Selain ditanam di dalam pasu dan

digantung, tanaman ini juga sesuai sebagai tanaman penutup bumi di taman batu. Spesis ini juga cantik jika ditanam bercampur bersama-sama tumbuhan hiasan lain seperti Selaginella, Spiscia dan lainlain. Untuk hiasan di dalam pasu perlu dinaikkan sedikit kerana pokok ini jenis pokok merayap yang rendah dan daundaunnya lebih menarik jika berada rapat ke permukaan tanah. Penyiraman air yang teratur perlu dilakukan kerana spesis ini tidak tahan terhadap kekeringan. Fittonia dibiakkan dengan kerataan batang yang mempunyai buku. Keratan ini akan berakar dalam masa 2-3 minggu. Walaupun mudah dibiakkan, tumbuhan ini agak sukar berkembang dengan subur Hemigraphis alternata Tumbuhan yang berasal dari Pulau Jawa ini selain sering ditemukan di taman batu, sesuai juga untuk pasu gantung. Spesies ini juga dikenali sebagai pokok daun logam. Batangnya yang menjalar dan daundaunnya yang berwarna ungu berkilat di permukaan atas menjadikannya unik dan sangat menarik. Permukaan bawah daun berwarna ungu tua, tidak berkilat. Bentuk

daunnya bujur telur dan tepinya bergerigi krenat. Daun-daun ini tersusun

kayu sokong atau dinding yang kuat. Monstera memerlukan tanah yang banyak humus atau bahan organik tetapi bersaliran baik. Keadaan teduh dan lembap sesuai untuk pertumbuhan yang baik walaupun ada spesies yang tahan terhadap panas. Pembiakannya menggunakan keratan mudah batang. iaitu Batang

bertentangan. Bunganya kecil, berbentuk corong dan berwarna putih, dikeluarkan di hujung cabang. Tumbuhan ini gemar tempat yang tidak begitu panas tetapi sinaran matahari pagi elok untuk

mengekalkan warna daun yang cantik. Penyiraman air yang teratur iaitu dua kali sehari perlu kerana pokok ini tidak tahan terhadap kekeringan. Hemigraphis mudah dibiakkan

dikerat-kerat, setiap keratan mengandungi 3-4 buku dan kemudian di semai di dalam pasir yang lembap.

dengan keratan batang serta tumbuh dengan cepat. Spesies ini sering kali di tanam sebagai tanaman tutup bumi atau bercampur dengan tanaman lain dalam taman mini.

Monstera delicoasa Liebm.

Monstera Famili: Araceae Kebanyakan spesies dalam genus ini ialah pokok pemanjat yang mempunyai daun cantik dan sesuai dijadikan hiasan dalam ruangan. Pokok ini boleh dibiarkan Monstera delicoasa Pokok pemanjat ini berasal dari Amerika Tropika iaitu dari Mexico dan Guatemela. A daun-daunnya besar dan lebar mencapai 90 cm tebal dan keras bak kulit. Bentuk daun kordat tetapi bercuping dalam. Selain bercuping, terdapat banyak lubang di antara urat daun utama dan juga di antara cuping-cuping tersebut. Anak-anak pokok
8

memanjat tiang atau arca teres, beranda atau balkoni rumah selain digunakan juga untuk menutupi batang pokok yang besar. Ada juga spesies yang sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung, misalnya M.obliqua var. expilata. Tetapi,

kebanyakannya mempunyai batang keras dan tebal, sesuai dibiarkan memanjat pada

yang masih kecil mempunyai daun tanpa cuping atau lubang. Spesies ini boleh ditanam di dalam pasu atau di tanah. Batangnya yang keras melekap pada batang pokok, tiang atau kayu penyokong. Pada batang terdapat akar udara yang melekat atau berjuntai. Bagi hiasan di dalam rumah akar-akar ini boleh ditarik dan dikumpul di pangkal pokok supaya kelihatan kemas.

Pokok ini sesuai ditanam di dalam pasu yang kecil dan dibiarkan menjalar atau berjuntai. Pasu begini sangat menarik apabila digantung. Jika ditanam di dalam pasu yang besar, kayu penyokong perlu diletakkan memanjat. Selain medium tanah, spesies ini juga hidup dengan baik di dalam medium air atau hidroponik. supaya batangnya dapat

Monstera obliqua var. expilata Sinonim: M. Leichtlinii

Monstera pertusa var. borsigiana

Monstera pertusa var. borsigiana Monstera obliqua var. expilata Spesies yang berasal dari Brazil ini lebih kecil daripada spesies M. Pertusa var. Borsigiana dan M. deliciosa. Batang dan daunnya lebih lembut dan pertumbuhannya lebih cepat. Bentuk daun bujur, Spesies ini seakan-akan sama dengan M. deliciosa. Perbezaannya ialah daun-

daunnya yang lebih kecil dan lembut serta pokoknya lebih cepat membesar. Spesies ini agak tahan hidup di tempat yang terlindung dan lebih digemari sebagai hiasan di dalam rumah.

panjangnya 20-30 cm dan lebarnya 10-20 cm. Daun-daun ini berlubang-lubang.

Pellionia Famili: Urticaceae

Warna daunnya hijau tembaga berkilat, bergaris-garis ungu dan berjalur hijau cerah di tengahnya.

Pokok kecil yang menjalar ini berasal dari Indo-China, Burma dan Malaysia. Apabila ditanam di dalam pasu yang kecil, Pellionia repens var. varidis Daun-daunnya mempunayi tompok

batangnya akan berjuntai di keliling pasu, menjadikannya cantik jika digantung.

berwarna putih dan warna latarnya hijau. Spesies Pellionia tumbuh dengan lambat tetapi mudah hidup dan boleh dibiakkan dengan keratan batang. Satu daripada kelebihannya ialah daun-daun di pangkal batangnya tidak mudah gugur.

Tempat yang agak terlindung daripada matahari terik, misalnya di beranda dan di tepi anjung sesuai untuk pertumbuhannya. Spesies ini juga sesuai ditanam bercampur dengan tanaman hiasan lain di dalam pasu yang lebar. Batangnya lembut dan berair atau bersifat sukulen. Daun-daunnya tersusun secara berselang. Bentuknya bujur panjang atau elips, tidak simetri di pangkal dan panjangnya kira-kira 5 cm.

Peperomia Famili: Piperaceae Famili Piperaceae mempunyai empat

genus dan lebih 1000 spesies pokok herba dikotiledon atau pokok renek yang kecil. Beberapa spesies jenis epifit dan

mempunayi batang yang memanjat. Pellionia repens var. repens hiasan Banyak spesies dan variati pokok tergolong dalam genus padat ini, dan

kebanyakannya

berbentuk

rendah. Beberapa spesies terdapat di hutan, iaitu di tanah yang cetek atau melekat pada humus. Daun-daun pokok Peperomia

biasanya tebal dan tidak sesuai ditanam di tempat yang lembap dan basah. Pokok ini hidup lebih subur di tempat yang agak kering. Oleh itu, jika ditanam sebagai pokok hiasan, pokok ini tidak perlu Pellionia Repens var. Repens disiram selalu. Sesetengah spesies seperti P. sandesii akan menjadi reput apabila
10

diberi banyak air atau disiram terlalu kerap. Bagi hiasan pasu di rumah, pokok Peperomia lebih baik ditanam di dalam bekas yang kecil kerana pokok ini tidak banyak mengeluarkan akar. Variati yang berwarna-warni memerlukan cahaya

Spesies ini dikenali juga sebagai Peperomia hijau kerana mempunyai daun yang berwarna hijau tua keseluruhannya. Pokok herba yang rendah ini bersifat sukulen, sangat tahan dan mudah dijaga. Daun-daunnya berkilat dan tebal, bernabu, berbentuk bulat bujur, berselang-selang pada batang. Pokok ini dapat hidup di tempat terlindung dan hidup subur di tanah berpasir. Spesies ini sangat menarik apabila ditanam di dalam pasu yang berbentuk bulat.

matahari yang tidak begitu terik untuk mengekalkan warnanya. Bagi spesies yang berwarna hijau pula, daun-daunnya akan menjadi keras jika didedahkan kepada panas matahari terik. Peperomia mudah dibiakkan, iaitu dengan menggunakan keratan batang atau daun. Keratan-keratan ini lebih mudah berakar di dalam medium pasir. Variati berwarna-warni boleh dibiakkan dengan keratan batang yang mempunyai daun kerana batang kadang-kadang

Peperomia obtusifolia var. variegata

menghasilkan pokok yang hijau. Terdapat empat spesies Peperomia yang cantik dan ditanam sebagai hiasan: Peperomia obtusifolia (L.) Dielr

Peperomia obtusifolia (L.) Dielr Variati ini mempunyai daun yang

berwarna-warni iaitu hijau di tengah dan warna krim di tepi keliling daunnya. Spesies ini sangat menarik apabila ditanam bersama pokok-pokok lain atau di tanam. Pokok ini juga sesuai ditanam di dalam pasu berbentuk bulat kerana susunan daun Peperomia obtusifolia dan tabuat pertumbuhannya
11

membuatkannya gubahan bunga.

kelihatan

sebagai

daun

kecil

menambahkan

lagi

kecantikkannya. Tumbuhan ini mudah dibiakkan, tidak memerlukan penjagaan

Peperomia sandesii

yang rapi serta tahan terhadap kekeringan. Bagi mengekalkan warnanya, pasu perlu digantung di tempat yang agak terdedah pada cahaya matahari.

Philodendron Famili: Araceae Antara pokok pemanjat yang semakin popular pada masa ini ialah Philodendron. Tumbuhan yang tahan lasak ini bukan sahaja tidak memerlukan panjagaan rapi, Peperomia sandesii Spesies ini merupakan spesies yang paling menarik. Dikenali sebagai Pepermia tembikai kerana mempunyai kulit buah tembikai. Pokoknya jenis herba yang rendah, berbatang lembut dan berair. Daun-daunnya berbentuk jantung, berkilat, berbelang-belang putih kekelabuan di bahkan juga paling menarik terutama jika digunakan untuk menutup dinding di antara gerbang di teres-teres atau anjung rumah. Di anggarkan lebih daripada 225 spesies Philodendron terdapat di dunia ini. Kebanyakannya berasal dari Amerika

Tropika. Spesies ini boleh hidup lama di tempat yang terlindung. Batangnya

antara sembilan urat daun yang berwarna hijau.

memanjat dengan cara melekat pada dinding, pokok besar atau sokongan yang diberi khusus padanya. Kesemua spesies

Peperomia scandens var. variegata Spesies ini paling sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung. yang Tabiat menjalar

mempunyai

akar

udara

yang

boleh

memanjang dan menjalar jauh, tetapi akar yang pendek digunakan untuk melekat. Spesies Philodendron yang canti dan biasa ditanam untuk menghiasi

pertumbuhannya

menjadikannya sangat menarik kerana batangnya kelihatan berjurai-jurai

ruangan ialah P. Hastatum, P. Lacerum dan P. Bipinnatifidum.

menutupi pasu. Warna daunnya cantik, iaitu kuning berbelang hijau serta saiz

12

Philodendron bipinnatifidum Schott.

Pembiakannya

adalah

dengan keratan

batang berbuku atau keratan pucuk.

Philodendron hastatum Hort.

Philodendron bipinnatifidum Pokok pemanjat yang besar ini berasal dari Amerika Tropika. Daun-daun juga besar, jenis majmuk bipinat dan mempunyai 1012 segmen atau cuping pada kedua-kedua belah tulang daunnya. Cuping-cuping ini kecil dan memanjang, cuping paling hujung lebih panjang daripada yang lain. Seludang daunnya terdapat di pangkal daun berwarna merah. Tabiat pertumbuhannya sama Philodendron hastatum Spesies ini sangat popular sebagai tanaman hiasan dalam ruangan. Daun-daunnya besar dan berbentuk hastat tanpa cuping. Daun-daun ini licin berkilat, berwarna hijau tua di permukaan atau tetapi perang tua keunguan di permukaan bawahnya. Pokok ini biasanya ditanam di dalam pasu yang diletakkan kayu penyokong yang kuat dan dibiarkan memanjat. Selain itu, pokok boleh juga dibiarkan memanjat dinding tembok arau pagar asalkan tempat tersebut agak terlindung daripada cahaya matahari yang terik. Daun-daunnya akan melecur apabila didedahkan pada panas matahari yang terik. Pokok ini mudah dibiakkan dengan keratan batang, tunas atau pucuk berdaun.

seperti P. lacerum, iaitu melekat pada dinding atau pokok besar dengan bantuan akarnya. Spesies ini tahan terhadap panas dan kadang-kadang didapati ditanam di tempat yang agak terdedah. Pada masa ini pokok ini banyak ditanam di tepi

bangunan yang tinggi menghiasi kota raya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, persekitaran yang agak lembap dapat mengekalkan pertumbuhan yang baik.

13

Philodendron lacerum (Jacq.) Schott

terlindung daripada panas terik. Cara pembiakannya mudah, iaitu dengan

menggunakan keratan ruas batang atau pucuk berdaun. Pastikan keratan ini

mempunyai beberapa akar udara.

Scindapsus Famili: Araceae

Genus

Scindapsus

berasal

dari

Asia

Tenggara. Pokok yang dikenali sabagai duit-duit ini mempunyai batang bernabu Philodendron lacerum Spesies yang berasal dari Cuba ini mempunyai daun yang besar dan menarik kerana tepinya bercuping dan berlekuklekuk dalam. Daun pada pokok yang muda berbentuk jantung tanpa cuping, tetapi semakin tua daun ini membentuk cuping yang jelas. Panjang daun 20-80 cm dan lebarnya 20-60cm. dengan Spesies ini mempunyai batang memanjat, iaitu dengan melekap pada pokok lain, dinding batu atau penyokong yang dibuat khusus untuknya. Selain mempunyai akar yang pendek untuk membolehkannya melekap, pokok ini juga mempunyai akar udara yang panjang. Spesies ini agak tahan terhadap panas tetapi untuk baik, mendapatkan pasunya perlu Scindapsus keratan mudah pucuk atau dibiakkan batang. dan memanjat. Daun-daunnya berbentuk jantung, berwarna hijau muda dan kadangkadang bertompok-tompok kuning, putih atau warna perak. Pokok ini dapat hidup di tempat yang teduh dan sesuai untuk hiasan dalam ruangan. Batangnya boleh dilatih memanjat kayu atau dibiarkan berjurai di dalam pasu yang digantung.

Kesemua spesies boleh hidup dalam medium air dan tanah. Spesies yang biasa ditanam ialah Scindapsus aureus.

pertumbuhan

diletakkan di tempat yang agak redup atau


14

Scindapsus aureus (Lindl.) Engl.

mempunyai daun hijau berbelang putih dan warna perak. Tanaman ini jika ditanam di dalam pasu sederhana besar dan diberi

penyokong yang tegak sangat sesuai dijadikan hiasan dalaman ruangan kerana saiznya yang sederhana. Pokok ini juga sangat cantik apabila ditanam di dalam pasu kecil dan dicampur dengan pokok hiasan lain atau digantung. Daun-daunnya tidak tahan terhadap sinaran matahari yang Scindapsus aureus Pokok yang mempunyai batang memanjat atau menjalar ini boleh dibiarkan melekap pada pokok lain atau kayu penyokong. Saiz daun dan batangnya berbeza-beza, bergantung pada bekas atau pasunya dan sama ada batangnya dapat memanjat atau tidak. Jika ditanam di dalam pasu yang kecil tanpa penyokong, kecil, daun dan juka Syngonium Famili: Araceae terik. Di tempat yang agak teduh,

permukaan daunnya akan lebih cantik dan berkilat. Selain hidup dalam medium tanah, pokok ini juga mudah hidup dalam medium air atau secara hidroponik. Spesies ini sangat mudah

dibiakkan, iaitu dengan keratan pucuk berdaun dengan sedikit akar udara.

batangnya

sebaliknya

batangnya dapat melekap atau memanjat, saiznya akan menjadi besar. Daun berbentuk jantung, berukuran daripada hanya 10 cm hingga mencapai 90 cm panjang. Warnanya terdiri daripada hujau keseluruhannya (Scindapsus aureus var. giant leaf) hingga hijau berbelangbelang kuning pucat. Tetapi, terdapat satu variati yang kian popular pada masa ini, iaitu S. aureus var. marble queen yang

Tumbuhan yang berasal dari kawasan Amerika tropika ini tumbuh dengan cepat dan merupakan tanaman yang paling sesuai sebagai penutup dinding atau batang pokok besar. Spesies Syngonium

kebanyakannya tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Kebanyakan spesies Syngonium boleh dilatih supaya memanjat kayu penyokong


15

atau dicantas supaya rimbun menutupi pasu. Selain itu, batangnya yang menjalar menjadikannya sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung. Kebanyakan spesies tahan terhadao panas tetapi

Syngonium Podophyllum Schott.

pertumbuhannya lebih baik di tempat yang agak terlindung. Pembiakannya mudah, iaitu

menggunakan keratan pucuk atau keratan berbuku. Akar-akar baru akan muncul dalam masa yang singkat. Selain hidup di dalam medium tanah, pokok ini juga sesuai ditanam dalam medium air atau secara hidroponik. Spesies yang berasal dari mexico ini biasanya terdapat di negara ini, kadangSyngonium hoffmani Daun-daunnya mempunyai tiga cuping berbentuk sagitat, berwarna hijau tetapi tulang daun dan urat-urat daunnya kadang hidup liar di kebun. Daun-daunnya berbentuk palmat, terdiri daripada 3-9 anak daun. Daun-daun ini berbentuk anak panah semasa muda. Pokok ini tumbuh dengan cepat, sesuai ditanam di dalam pasu atau di tanah dan diberi kayu penyokong. Spesies ini juga sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung. Pokok yang ditanam di tanah akan menjalar dan membentuk ruas yang lebih panjang. Spesies ini juga sesuai dijadikan penutup dinding atau batang pokok. Batangnya memanjat menggunakan akar udara. Syngonium Podophyllum

berwarna putih. Helai daunnya bertukar putih apabila pokok ini didedahkan kepada cahaya matahari yang terik. Spesies ini sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung.

16

Tradescantia Setcreasea dan Zebrina Famili: Commelinaceae

itu, tanaman ini boleh diletakkan di tempat yang sesuai mengikut warna yang diingini. Pada umumnya, kesemua spesies famili ini sangat mudah dijaga dan dibiakkan. Pembiakannya adalah dengan keratan pucuk yang sangat mudah dari buku batang. Selain medium tanah,

Tumbuh-tumbuhan

dalam

famili

ini

terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Kebanyakan spesies ialah jenis herba rendah dan menjalar, dan

mempunyai daun-daun yang berwarnawarni. Spesies yang cantik dan biasa ditanam ialah Setcreasea, Zebrina

spesies-spesies ini juga mudah hidup dalam air dan secara hidroponik.

pendula, Tradescantia fluninensis dan Rhoeo discolor. Kecuali Rhoeo discolor, kesemua spesies mempunyai tabiat pertumbuhan yang seakan-akan sama, iaitu menjalar dan sangat sesuai ditanam di dalam pasu kecil dan digantung. Apabila digantung, POKOK MEMANJAT Terdapat pelbagai spesies pokok memanjat terdapat di negara, sesetangahnya jenis renek dan ada pula jenis herba. Pokok memanjat boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut rupa bentuknya.

batangnya akan berjurai menutupi pasu. Spesies-spesies ini agak tahan terhadap panas, tetapi untuk mendapatkan

Pembahagian ini dibuat semata-mata untuk memudahkan pengenalpastiannya. 1. Pokok memanjat berkayu keras 2. Pokok memanjat berkayu penghuraian dan

pertumbuhan yang baik, tempat atau ruangan yang tidak terlalu panas seperti di anjung, beranda dan teres adalah lebih sesuai. Tradescantia dan Zebrina mudah berubah warna mengikut keamatan cahaya yang diterimanya dan kandungan air dalam mediumnya. Di ruangan agak gelap dan di tanah terlalu lembap, warna daunnya yang ungu menjadi hijau atau hijau keunguan. Manakala di tempat panas dan tanah yang agak kering, daun-daunnya akan menjadi kecil, keras dan berwarna ungu cerah. Oleh Kebanyakan pokok yang memanjat dan berkayu keras ialah pokok ini renek. tidak pada Pokok Memanjat Berkayu Keras

sederhana dan lembut. 3. Pokok merayap dan menjalar.

Kebiasaannya menampakkan

pokok-pokok sifat

memanjat

peringkat awal pertumbuhannya sehingga besar dan mendapat sokongan seperti para17

para,

pagar

atau

pokok

lain

bagi seperti

Terdapat

pelbagai

varieti

lain var.

membolehkannya memanjat. Pokok renek memanjat seperti ini jika dicantas akan menjadi pokok renek yang rimbun dan tidak mempunyai sifat memanjat lagi. Allamanda cathartica L. Famili: Apocynaceae

Allamanda

cathartica

Williamsii yang mempunyai daun dan bunga yang kecil tetapi juga berwarna kuning. Dipercayai varieti ini merupakan kacukan dengan antara Allamanda cathartica Cara

Allamanda

neriifolia.

pembiakan pokok ini adalah dengan cara keratan pucuk berdaun atau batangnya. Keratan disemai di dalam pasir dan setelah berakar akan dipindahkan ke dalam karung plastik atau pasu dengan tanah campuran 5:3:2 dan dipelihara sehingga subur. Pokok Allamanda cathartica

banyak ditanam secara berkelompok atau berbaris di tepi-tepi jalan, halaman rumah bagi mempamerkan bunganya yang

menarik. Pokok ini boleh juga ditanam di dalam pasu dan menjadi hiasan yang Allamanda cathartica L. Pokok renek Allamanda cathartica L. berasal dari Brazil. Batangnya melampai dan beruas-ruas pendek. Daun pokok ini tersusun sepusar iaitu 3-4 helai pada tiaptiap buku dan berbentuk bujur runcing. Mempunyai 6-8 cm panjang dan 2-3 cm lebar. Bunga berbentuk loceng iaitu 6-7 cm diameter dan 6 cm besar dan suka memanjat. Daunnya berukuran 10-12 cm panjang dan 3-4 cm lebar. Bunganya 8-9 cm diameter dan berwarna kuning di mana pada bunganya yang belum kembang terdapat warna perang pada corongnya.
18

cantik bagi hiasan luaran bangunan. Allamanda cathartica var.

Hendersonii memerlukan sokongan atau para-para berdasarkan Manakala bagi sifatnya bagi pertumbuhannya yang memanjat. Allamanda

pokok

williamsii pula biasanya ditanam secara berkelompok di atas batas-batas ataupun ditanam di dalam pasu. Dari segi penjagaan, Allamanda tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan keperluan tanah yang subur dan saliran yang baik. Cantasan

perlu dilakukan pada pokok ini bertujuan untuk mengekalkan bentuknya tetapi jika diperlukan sifat memanjatnya, cantasan tidak perlu dilakukan lagi. Dari segi pembajaan pula, pokok ini dibaja dengan menggunakan baja sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE atau 18:33:18 + TE di mana dilakukan tiga bulan sekali atau selepas dilakukan cantasan pada pokok.

Allamanda violacea Gardn. & Field. Famili: Apocynaceae

Allamanda violacea Gardn. & Field. Spesies Allamanda ini berbeza daripada spesies lain. Pokok ini berupa pokok renek rimbun dan tidak bersifat memanjat. Pokok ini dikenali sebagai Allamanda ungu di mana bunganya berwarna ungu muda Allamanda cathartica Allamanda ini jarang sekali terdapat ditanam di taman-taman walaupun mempunyai warna bunga yang menarik. Dari segi pembiakannya pula dan jarang-jarang didapati

mengeluarkan buah.

adalah dengan cara keratan tetapi tidak begitu mudah berakar. Hormon pengakar perlu digunakan bagi membiakkan pokok Allamanda spesies ini.

Allamanda cathartica var. Hendersonii

19

Allamanda neriifolia Hook. Sinonim: Allamanda schottii Pohl. Famili: Apocynaceae

Arrabidaea magnifica (Bull. ) Sprague. Sinonim: Bigonia magnifica Bull. Famili: Bignoniaceae

Arrabidaea magnifica (Bull. ) Sprague. Allamanda neriifolia Hook. Pokok Allamanda spesies ini tidak begitu suka memanjat jika dibandingkan dengan Allamanda cathartica. Bunganya yang kecil tetapi mempunyai corong yang panjang dan berwarna kuning. Pokok spesies ini mengeluarkan buah yang berbentuk globos dan berduri lembut. Cara membiakkannya adalah sama dengan spesies Allamanda yang lain. Pokok ini kebiasaannya ditanam secara berkelompok atau bersendirian dan perlu diberi sokongan supaya tidak terkulai. Cantasan perlu dilakukan pada pokok ini bertujuan mengekalkan bentuknya. Cara membiakkannya adalah dengan cara keratan batang. Keratan mudah berakar dan cepat membesar. Pokok renek ini biasanya ditanam dan dibiarkan memanjat ke pagar, anjung
20

Spesies ini dikenali sebagai pokok renek memanjat berkayu sederhana. Pokok ini berasal dari Colombia. Spesies ini

merupakan pokok memanjat yang sangat cantik dan berbunga sepanjang masa. Dari segi fizikalnya, pokok ini mempunyai daun yang majmuk terdiri daripada dua anak daun yang berbentuk sesudu

berukuran 5-10 cm panjang dan 3-5 cm lebar. Bunganya pula berbentuk loceng, 68 cm diameter yang berwarna ungu dan terdapat warna putih di kerongkongnya. Pokok ini jarang-jarang terdapat

mengeluarkan buah.

rumah atau para-para. Selain itu, pokok ini juga biasanya ditanam secara bersendirian dan diberi kayu sokongan untuk

de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Pokok dalam famili bunga kertas tergolong yang

pertumbuhannya. Pokok ini boleh menjadi pokok renek yang rimbun jika cantasan kerap dilakukan.

Nyctaginaceae

mengandungi 28 genus dan 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis,

Bougainvillea Famili: Nyctaginaceae

dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis. Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

Pokok renek memanjat berkayu keras ini berasal dari Brazil.

Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") berwarna-warni mempunyai yang bunga

berkembang

sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, ditanam pokok di bunga kertas sering kawasan

taman-taman,

perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga menarik. dan dahan-dahan botani bunga yang ini

Nama

Bougainvillea spp. Pokok bunga kertas mendapat

nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine
21

Pokok Merayap dan Menjalar Kebanyakan pokok yang menjalar atau merayap ialah herba dan terdapat juga pokok renek yang berkayu lembut. Ada spesies-spesies, jika mendapat kayu

Pokok ini kadang-kadang membiak secara berleluasa sehingga menjadi rumpai dan sukar dibasmikan. Sebagai tanaman hiasan pokok ini jarang-jarang ditanam tetapi kini terdapat hibrid hasil daripada kacukan spesies ini. Hibrid ini mempunyai bunga yang besar dan berwarna menarik.

sokongan akan memanjat. Asystasia Chelonoides Nees. (Asistasia) Famili: Acanthaceae (Rumput Israel)

Asystasia Gangetica (L.) T. Andres (Asistasia besar) Famili: Acanthaceae (Rumput ruas-ruas)

Asystasia Chelonoides Nees. (Asistasia) Asystasia Gangetica (L.) T. Andres Pokok herba rendah ini berasal dari Malaysia. Pokok ini seakan-akan sama dengan Asystasia gangetica tetapi Pokok herba menjalar atau kadang-kadang memanjat secara melilit ini berasal dari Afrika Barat. Batangnya lembut dan daunnya berbentuk oval. Bunganya

mempunyai bunga yang kecil berwarna ungu keputihan. Pokok ini dibiakkan dengan cara menyemai biji benih atau dengan

berjambak-jambak keluar dari pucuk. Pada satu jambak terdapat 6-10 kuntum bunga yang berbentuk loceng dan berwarna putih. Terdapat hibrid kemungkinan

menanam anak yang sentiasa hidup di rumpunnya.

kacukan daripada spesies ini. Batangnya lebih tegap dan bunganya yang lebih besar
22

dan berbagai-bagai warna seperti putih kebiruan, kekuningan atau kemerahan. Cara membiakkannya adalah dengan

Cara

membiakkannya pucuk atau

adalah batang.

keratan

Biasanya pokok ini ditanam di dalam pasu dan diberi kayu penyokong bagi

dengan keratan pucuk berdaun atau secara menyemai biji benih. Pokok ini kini banyak ditanam sebagai hiasan tutup bumi atau tanaman pasu.

membolehkannya memanjat. Pokok ini tidak tahan kepada cahaya matahari yang kuat dan sesuai untuk hiasan dalaman.

Cissus Discolor Bl. (Sisus Ungu) Famili: Vitaceae (Mottled Cissus)

Cissus Quadrangularis L. (Sisus Sirih) Famili: Vitaceae

Cissus Discolor Bl. (Sisus Ungu)

Cissus Quadrangularis L. (Sisus Sirih)

Pokok renek yang lembut ini berasal dari Malaysia. empat dan Batangnya memanjat lembut, secara bersegi melilit.

Pokok renek memanjat ini berasal dari India. Batangnya bersegi empat, berlendir dan sedikit berkayu. Daunnya berbentuk bujur sirih, teratur berselang 5-8 cm panjang. Pada setiap buku ruas terdapat sulur paut bagi membolehkannya

Daunnya berbentuk jantung, bergerigi halus tepinya 10-15 cm panjang.

Permukaan atas daun berwarna hijau bertompok ungu dan perak manakala permukaan bawah daun berwarna ungu kemerahan. Bunganya kecil dan tidak menarik.

memanjat. Bunganya kecil sahaja dan tidak menarik. Cara dengan membiakkannya pucuk atau adalah batang.
23

keratan

Biasanya pokok ini dibiarkan memanjat pagar atau junjung yang dibuat

membolehkannya memanjat petal yang runcing, berombak-ombak di tepinya

khasuntuknya. Selain itu, ia boleh juga dibiarkan memanjat pokok besar. Pokok ini biasa ditanam menghiasi tepi-tepi kolam atau menghiasi taman batu-batan. Ia tidak memerlukan jagaan yang rapi kecuali cantasan perlu dilakukan apabila terlalu rimbun.

berwarna kuning kehijauan di hujung dan merah di pangkalnya. Bunga ini kembang seperti bunga yang lain tetapi ke

kemudiannya

akan

menyonsang

belakang. Pistilnya jelas melintang ke arah satu arah. Spesies yang seakan-akan sama, Gloriosa Rothshcildiana OBrien

Gloriosa Superba L. (Gloriosa merah) Famili: songsang) Liliaceae (Bunga kembang

mempunyai bunga yang lebih besar dan berwarna kuning dan merah. Spesies ini tidak dapat hidup dengan baik di tanah rendah tetapi lebih sesuai di tanah tinggi yang berhawa dingin. Cara pembiakannya adalah dengan menanam ubi yang boleh diambil apabila pokok ini telah mati. Biasanya pokok ini ditanam di atas batas dan dibuat para-para bagi membolehkannya memanjat. Pokok ini juga dibiarkan memanjat pagar. Semua bahagian pokok ini, lebih-lebih lagi ubinya mengandungi racun.

Gloriosa Superba L. (Gloriosa merah)

Pokok herba memanjat ini mempunyai ubi di dalam tanah. Batangnya lemah dan tidak bercabang pada awal pertumbuhannya tetapi apabila telah mula berbunga pokok ini mula bercabang. Daunnya bujur tajam, tidak mempunyai petiol yang jelas,

mempunyai sulur paut di hujungnya bagi

24

Osbeckia Dodecandrum (Senduduk jalar) Famili: Melastomataceae

Portulaca Grandiflora Hook. (Potulaka) Famili: Portulacaceae

Osbeckia Dodecandrum (Senduduk jalar)

Portulaca Grandiflora Hook. (Potulaka)

Pokok renek lembut yang menjalar ini mempunyai batang yang bersegi-segi, berbulu halus dan berwarna kemerahan. Daunnya bujur bulat dan mempunyai bulu yang kesat 3-5 cm panjang dan 2-3 cm lebar. Bunganya dan berwarna berukuran 5-8 ungu cm

Pokok herba yang lembut dan merayap ini berasal dari Brazil. Batangnya lembut dan berlendir. Daunnya tebal, bulat bujur dan 1-2.5 cm panjang. Bunganya seakan-akan bunga ros, petalnya selapis atau berlapislapis, terdapat berbagai-bagai warna.

kemerahan diameter.

Bunganya kembang pada waktu pagi dan layu pada waktu petang. Cara pembiakannya adalah dengan keratan pucuk berdaun. Pokok ini boleh juga dibiakkan dengan menyemai biji benih yang diimport. Spesies ini banyak ditanam sebagai hiasan tutup bumi juga untuk mempamerkan keindahan bunganya yang berwarna-warni. Biasanya pokok ini di tanam di atas batas di halaman-halaman iaitu di tempat yang mendapat cahaya matahari secukupnya. Tanahnya perlu subur dan mengandungi kompos atau najis
25

Cara pembiakannya adalah dengan keratan pucuk berdaun atau keratan batang yang telah berakar dari rumpunnya.

Biasanya pokok ini ditanam sebagai hiasan tutup bumi di tempat-tempat yang redup. Selain itu, ia juga boleh ditanam di dalam pasu gantung untuk mempamerkan

keindahan bunganya. Pokok ini tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik dan memerlukan tanah yang subur dan lembap sedikit.

ayam secukupnya. Jangan digunakan najis lembu atau kerbau kerana biji-biji rumput yang terdapat dalamnya akan tumbuh dan menandingi bunga ini. Pembajaan adalah dengan baja sebatian kompleks 12:12:17:2 + TE atau 18:33:18 + TE. Sebaiknya baja ini dilarutkan terlebih dahulu di dalam air dan disiramkan ke pangkalnya.

biji-biji

berwarna

perang.

Cara

pembiakkannya adalah dengan menyemai biji benih. Pokok ini biasanya ditanam dan dibiarkan memanjat pagar atau para-para.

Setcreasea Pallida (Setkrisia ungu) Sinonim: Setcreasea purpurea (Purple heart) Famili: Commelinaceae

Quamoclit Pinnata Boj. (Kuamoklit) Sinonim: Ipomoea Quamoclit L. (Cypress Vine) Famili: Convolvulaceae

Setcreasea Pallida (Setkrisia ungu)

Pokok

herba

lembut,

merayap

dan

berlendir ini berasal dari Mexico. Daunnya linear dan tidak mempunyai tangkai daun Quamoclit Pinnata Boj. (Kuamoklit) 10-16 cm panjang dan keseluruhannya

berwarna ungu kemerahan. Bunganya Pokok herba yang memanjat ini berasal dari Amerika Selatan. Daunnya halus tersusun seperti sikat dan berwarna hijau muda. Bunganya berwarna merah dan terdapat juga jenis yang berwarna putih. Bentuk bunga ini seperti bintang dan corongnya 2 cm panjang. Buahnya Cara pembiakannya adalah dengan keratan pucuk berdaun. Biasanya pokok ini ditanam sebagai hiasan tutup bumi di tempat-tempat redup atau di dalam pasu yang digantung. Ia memerlukan tanah yang kecil berwarna merah muda.

mempunyai 2-4 pangsa yang mengandungi


26

subur dan lembap sedikit tetapi tidak tahan air yang bertakung.

menanam elakkan daripada menggunakan najis lembu kerana najis ini mengandungi benih-benih rumput yang akan tumbuh dan

Wedelia Trilobata (Wedelia kuning) Famili: Compositae

menandingi herba lain. Sebaiknya najis ayam yang telah reput digunakan.

Zebrina Pendula Schnitz. (Zebrina) Famili: Commelinaceae

Wedelia Trilobata (Wedelia kuning)

Pokok herba menjalar ini berasal dari India Timur dan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Batangnya liat dan mempunyai daun yang tersusun berhadapan, berbentuk bujur, bercuping dan bergerigi di tepinya. Pada batang yang muda, petiol dan juga daunnya terdapat bulu-bulu halus yang kesat. Bunganya seperti bunga matahari 2 cm lebar dan berwarna kuning. Pokok ini dibiakkan dengan keratan Pokok herba menjalar ini berasal dari Mexico. Daunnya berwarna ungu di permukaan bawah manakala di permukaan atas daun berjalur ungu dan perak. Bunganya kecil dan tidak menarik. Pokok ini mudah dibiakkan dengan pucuk. Keindahan daunnya Zebrina Pendula Schnitz. (Zebrina)

menggunakan keratan pucuk berdaun. Pokok ini biasa ditanam sebagai hiasan tutup bumi. Ia boleh juga ditanam di dalam kotak-kotak penanaman dan dibiarkan menjalar dan berjuntai ke bawah. Semasa

menjadikannya sesuai sebagai penutup bumi yang cantik. Ia juga sangat sesuai di tanam di dalam pasu dan digantung. Pokok ini memerlukan tanah yang subur iaitu yang mengandungi kompos atau bahan

27

organik secukupnya. Ia tidak tahan cahaya matahari yang kuat dan memerlukan perlindungan.

KEUNGGULAN DAN KELEMAHAN PEMBIAKAN, PENANAMAN DAN PENYELENGGARAAN PENUTUP

KEGUNAAN DALAM LANDSKAP

28

RUJUKAN

Ismail Saidin. (2001). Bunga-Bungaan Malaysia: Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Ain Mohd. Rejab. (2006). Landskap Kediaman: Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rukayah Aman. (1995). Tanaman Hiasan Ruangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pokok Bunga Kertas (2011). Diperolehi pada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bunga_Kertas Mac 22, 2011 daripada

Pokok menjalar tambah seri (2011). Diperolehi pada Mac 25, 2011 daripada http://www.hmetro.com.my/articles/Pokokmenjalartambahseri/Article

29

30

Anda mungkin juga menyukai