Anda di halaman 1dari 52

1.

PENDAHULUAN

Bloch dan Trager (1942), mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang vokal yang digunakan oleh manusia untuk

berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa berlaku apabila adanya penutur dan pendengar. Menurut Chomsky (1957). Setiap penutur dan pendengar mempunyai dua perkara penting iaitu kecekapan bahasa dan pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak manusia dan ia diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu

menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.

Dari segi pragmatik, ahli-ahli linguistik bersetuju bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dengan andaian bahawa manusia mempunyai beberapa makna yang hendak disampaikan, dia mengucapkan bunyi-bunyi dengan tepat. Orang yang mendengar bunyi-bunyi tersebut akan cuba memberikan makna kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur.

Justeru itu, penekanan terhadap pengajaran fonetik dan fonologi perlulah dititikberatkan bagi membolehkan maksud yang ingin

disampaikan oleh penutur dapat diterima dengan baik oleh pendengar.

Proses pengajaran ini perlu dilaksanakan dari peringkat awal lagi iaitu, seawal peringkat kanak-kanak bagi melatih kebolehan

menggunakan dan mengujarkan bahasa dengan betul oleh kanak-kanak. Oleh itu, peranan guru sebagai pendidik dan pembimbing amatlah dititikberatkan agar matlamat ini dapat dicapai.

2.0

Teori Fonetik dan Fonologi

Definisi Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan atau dituturkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. bahasa. Bunyi-bunyi yang bermakna dikenali sebagai bunyi

Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang

dihasilkan oleh alat artikulasi.

Dari segi pendefinisian pula, Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.

Manakala, fonologi menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985) pula ialah, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology.

Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

Manakala, fonetik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenarankebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang
2

bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi (Dr. Lufti Abas, 1985).

Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji tentang bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.

Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Cabang pertama iaitu fonetik artikulasi ialah cabang yang mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

Selain itu, cabang ini juga membuat pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

Cabang yang kedua pula ialah fonetik akustik.

Fonetik akustik

ialah cabang yang mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan disini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

Seterusnya, cabang fonetik yang terakhir iaitu fonetik auditori. Fonetik auditori ialah cabang yang mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.

Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi j a d u a l

b e r i k u t :

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Menurut

Marzuki

Nyak

Abdullah

dalam

bukunya

Kamus

Tatabahasa Bahasa Melayu (1997), sebutan baku bermaksud Bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan alat sebaran am. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang dianggap standard berbanding dengan variasi lain dalam pertuturan bahasa Melayu. Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan penyeragaman. Secara khususnya, pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu bertujuan: i. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dikalangan semua pengguna bahasa Melayu, ii. Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa,sistem ejaan dan kosa kata, iii. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi ; dan iv. Untuk mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah.

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu


5

Menurut Awang Sariyan

(1988:6), ahli- ahli bahasa

telah

bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalahseperti berikut i. Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi Bahasa Melayu yang dilambangkan. ii. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. iii. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktubercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

3.0

Fungsi Alat-Alat Artikulasi/Artikulator

Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa.

Seperti mana yang kita ketahui, bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:

Rajah 1 : Alat-alat Artikulasi (Artikulator)

Oleh itu, sebagai manusia kita haruslah sentiasa bersyukur kerana salah satu anugerah yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi. Hal ini melibatkan aspek alat tutur dan peranannya dalam pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada tiga, iaitu :

1) alat bahagian dalam tubuh (Organ Pernafasan) 2) alat artikulasi 3) daerah artikulasi

Alat bahagian dalam tubuh (Organ Pernafasan)

Dalam menghasilkan bunyi bahasa banyak organ pernafasan yang kita gunakan. Ini termasuk organ yang terlibat dengan sistem udara yang

keluar dan masuk ke paru-paru. Organ-organ yang terlibat dalam aliran udara untuk pernafasan juga terlibat dalam penghasilan bunyi. Organorgan tersebut ialah:

i.

Paru-paru

Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan pengucupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti kita bernafas biasa.

ii.

Trakea

Merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paruparu, dan keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

3.1.3 Larinks

Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

3.1.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar.

Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah suai. Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glottis.

iii.

Kotak suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan fungsi bahasa. Fungsi biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa, ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

iv.

Epiglotis

Epiglotis (anak tekak) ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks. Epiglotis tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.

v.

Farinks

Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinksdengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.

Alat-alat Artikulasi (Organ Sebutan)

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alatalat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah
10

sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.

i.

Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah ( akar lidah ) boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.

ii.

Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan.

Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya, keadaannya menjadi terhampar, sebaliknya apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

iii.

Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerakgerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ], [ ], [ ] dan [ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

11

iv.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyibunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

v.

Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

vi.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Gambar rajah pita suara :

12

Rajah 2 : Keadaan Bibir

vii.

Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah, rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di buka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

13

viii.

Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun

kedudukannya adalah penting di dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang ( rahang atas dan rahang bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i ] dan [ u ] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ ].

Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya. Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara.

14

Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa alat-alat tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang berfungsi di dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita seharian untuk berinteraksi antara individu dengan individu yang lain. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu ialah alat tutur ( alat artikulasi ).

Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan yang amat penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan bergantung pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.

15

4.0

PERSEMBAHAN SLAID

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

5.0

TRANSKRIPSI TEKS KOMUNIKASI


Teks Asal : Pidato Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

5.1

REMAJA BERWAWASAN ASPIRASI NEGARA Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan. Malah, lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang menyerlahkan kredibiliti dan karisma kepimpinan sehingga akhirnya beliau diangkat menjadi menteri kabinet yang termuda dalam meneraju Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila negara.

mengangkat

Rasullulah sebagai rol model dan contoh tauladan kerana zaman remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan telah pun mewarnai diri Rasullulah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal mahupun
44

secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu bentuk keinginan dan negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya, remaja masa kini yang bakal menerajui negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi negara untuk menjadi negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Ketahanan rohaniah remaja, menjana pembangunan Negara, menjadi kata kunci saya yang keempat. Tidak dapat dinafikan, ramai remaja yang tersungkur kerana ilmu di dada masih tidak disepadukan dengan iman yang hakiki. Oleh itu, menyedari hakikat pentingnya iman dan ketahanan rohaniah, maka, kerajaan dengan sokongan pelbagai agensi yang lain telah mengadakan program dan kem penghayatan Islamiah untuk memantapkan iman golongan remaja. Tidak cukup dengan itu, maka, wujudlah rancangan imam muda yang menjadi fenomena yang menilai kefahaman ilmu dan iman dalam meniti kehidupan. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam

mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh AlQuran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan negara. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa iman yang terdapat dalam diri remaja mampu menerbitkan seorang remaja yang berwawasan dan menjadi benteng yang kukuh dalam menghadapi perubahan globalisasi yang penuh pancaroba pada masa kini.

Hadirin yang penuh santun,


45

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan negara. Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai gelaran yang tercipta seperti Mat Rempit, Mat Gian, Samseng Jalanan, bohsiah, bohjan, kaki lepak perlu dihapuskan. Hal ini demikian, ianya akan memberi gambaran buruk serta meruntuhkan nilai moral dan

kemajuan negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia ini demi mengharumkan nama negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w (Sumber : http://www.scribd.com/doc/79085707/Pidato-Iddin-Remaja-

Berwawasan-Aspirasi-Negara)

46

5.2

Transkripsi

# [uba] [kita] [fikir] [sjna?] # [zaman] [rmaja] [a] [ditonjolkan] [oleh] [bkas] [presidn] [amerika] [sarikat] # [abraham] [lincon] [a] [pua] [hati] [budi] [membantu] [ora] [lain] [walaupun] [diria] [juga] [dihambat] [kemiskinan] # [malah] # [lakaran] [kemurnian] [zaman] [r maja] [turut] [ditunju?kan] [oleh] [prdana] [mntri] [kesaaan] [kita] # [datu?] [sri] [najib] [tun] [abdul] [raza?] # [a] [mrlahkan] [kredibiliti] [dan] [karisma] [kpimpinan] [shiga] [a?hira] [bliau] [diakat] [mnjadi] [mntri] [kabinet] [a] [termuda] [dalam] [mnraju] [ngara] #

47

6.0

PENUTUP

Kesimpulannya, fonetik dan fonologi merupakan salah satu daripada bidang linguistik dan memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Bidang fonetik dan fonologi mengkaji tentang penggunaan alat-alat artikulasi dalam proses penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna disamping mengkaji tentang huruf-huruf dalam bahasa Melayu iaitu, huruf vokal, konsonan dan diftong.

Selain itu, bidang fonetik dan fonologi ini turut berkait rapat dengan pembakuan sebutan Bahasa Melayu di Malaysia.

Justeru

itu,

sebagai

seorang

guru,

kita

seharusnya

tidak

memandang remeh bidang fonetik dan fonologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Hal ini kerana bidang ini merupakan bidang linguistik yang berkait rapat dengan bidang linguistik yang lain dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

48

7.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapatlah saya menyempurnakan penghasilan kerja kursus bagi subjek BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini.

Kerja kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini secara dasarnya mencakupi kesemua tajuk dalam performa kursus. Selain itu, tugasan ini juga melibatkan latihan dalam mentranskripsi bahan komunikasi dalam dahasa Melayu ke dalam bentuk simbol-simbol fonetik bahasa Melayu.

Pada mulanya, saya kurang memahami kehendak tugasan ini kerana tidak mendapat gambaran yang jelas tentang penyediaan tugasan. Namun, atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing, Munsyi Mohamad bin Musip, saya lebih memahami dengan lebih jelas lagi kehendak tugasan ini.

Bagi saya, salah satu aspek yang sangat penting dalam penyediaan sesuatu kerja kursus ialah pemerolehan ilmu. Ini kerana

dengan melakukan rujukan untuk menghasilkan sesuatu kerja kursus akan menjadikan kerja kursus itu lebih berkualiti disamping dapat memberikan lebih kefahaman dan input tambahan kepada saya. Hal ini dapat saya kaitkan dengan tugasan ini yang mengkehendaki saya membuat penulisan ilmiah tentang tajuk-tajuk yang terdapat dalam performa kursus,

Oleh itu, pelbagai bahan perlu dirujuk untuk melaksanakan tugasan ini. Melalui beberapa bahan yang telah saya rujuk dapatlah saya menghasilkan kerja kursus ini disamping memperoleh ilmu dan

pengalaman yang bermanfaat bagi diri saya. Saya berharap saya dapat
49

mengaplikasikan ilmu dan input baharu yang saya perolehi semasa menghasilkan kerja kursus apabila saya menjadi seorang guru kelak. Moga-moga dengannya juga dapat menjadikan saya guru yang berkemahiran dalam bidangnya dan mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

Dari sudut tugasan pertama iaitu menghuraikan teori fonetik dan fonologi dan fungsi alat-alat artikulasi (artikulator), saya telah merujuk pelbagai bahan antaranya buku, internet dan modul untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah yang mencakupi tajuk-tajuk ini. Melalui pelbagai bahan rujukan ini saya dapat memperolehi banyak input tambahan yang amat berguna disamping dapat menambahkan kefahaman tentang fonetik dan fonologi yang diajar oleh pensyarah di dalam kelas.

Saya merasakan bahawa tugasan ini amat memberi makna kepada saya kerana melalui penghasilan tugasan ini barulah saya sedar betapa pentingnya bidang fonetik dan fonologi ini untuk dipelajari dan kepentingan untuk mengaplikasikannya di sekolah apabila bergelar pendidik kelak.

Tugasan kedua pula memerlukan saya melaksanakan amali sebutan bahasa Melayu menerusi pelbagai bentuk komunikasi dan mentranskripsikan sebutan yang dilafazkan secara berkumpulan. Saya merasakan tugasan kedua ini amat mencabar kerana saya perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bentuk amali. Namun begitu, hasil bantuan rakan-rakan sekumpulan dan rakan-rakan sekelas yang lain saya dapat mengatasi masalah ini. Tugasan ini juga

memberikan saya pengalaman yang amat berharaga. Hal ini kerana ini adalah pertama kali saya mentranskripsikan teks dalam bentuk simbolsimbol fonetik. Melalui tugasan kedua ini, saya berharap saya akan lebih

50

mahir lagi dalam mentranskripsikan teks ke dalam bentuk simbol fonetik pada masa hadapan.

Tidak dinafikan dalam menghasilkan sesuatu tugasan kita pasti akan mengalami beberapa cabaran dan kekangan. Antara cabaran yang saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah kekangan dari segi masa. Hal ini adalah kerana saya perlu menyiapkan kerja kursus ini dan dalam masa yang sama menyiapkan beberapa kerja kursus lain yang perlu dihantar pada tarikh yang sama kerja kursus ini perlu diserahkan.

Untuk mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan jadual waktu untuk menghasilkan tugasan ini bagi membolehkan tugasan kerja kursus ini disiapkan tepat pada masanya. Selain itu, buku-buku rujukan juga agak terhad untuk dijadikan sebagai panduan menghasilkan kerja kursus ini. Namun begitu, saya telah mengambil alternatif dengan

membuat rujukan tambahan daripada internet dan bertukar-tukar bahan rujukan dengan rakan sekelas bagi mengatasi maslah ini.

Bagi diri saya, cabaran dan kekangan amat penting dalam sesuatu pekerjaan kerana cabaran dan kekangan akan menjadikan sesorang lebih matang dalam menangani sesuatu masalah dan memberikan kenikmatan yang lebih setelah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan kerana telah berjaya mengatasi kekangan yang dihadapi. Saya menjadikan kata-kata Hamka hidup ini terdiri antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan, kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan sebagai pendorong untuk saya tabah menghadapi cabaran dalam menghasilkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, sebagai seorang bakal pendidik saya perlu membuat persediaan yang rapi sebelum bergelar seorang guru kelak agar kemenjadiaan diri seorang guru berjaya saya capai. Dalam hal ini saya
51

merasakan bahawa kerja kursus ini amat memberi manfaat kepada saya kerana melalui pengahasilan kerja kursus ini banyak ilmu dan input-input baharu serta pengalaman-pengalaman baharu yang saya perolehi. Saya berharap dengan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya membuat persediaan diri disamping mematangkan diri saya agar saya lebih bersedia untuk menghadapi realiti sebenar sebagai seorang pendidik kelak.

Saya turut berharap agar saya dapat mengaplikasikan elemenelemen seni dalam pendidikan ini ke dalam mata pelajaran yang akan saya ajar apabila menjadi seorang guru kelak dan moga-moga dengannya saya mampu melahirkan genrerasi baharu yang menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

52

Anda mungkin juga menyukai