Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE - 1 TAHUN 2011

HARI : SELASA TARIKH: 15 . 01 . 2013 MASA: 1.15 - 1.45 PETANG KEHADIRAN:

MINIT MESYUARAT: 1. UCAPAN PENGERUSI Mengalu-alukan kehadiran semua guru . Berharap agar semua guru dapat memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik kerana dengan suka atau minat sahaja pencapaian dalam Matematik akan dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun. 2. UCAPAN PENASIHAT/GB SKDT 2.1 Mengucapkan tahniah kepada semua ahli kerana telah berjaya melaksanakan perancangan aktiviti Panitia matematik 2010 dan berharap pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan pada tahun ini. 2.2 Meminta kerjasama semua guru untuk meningkatkan mutu UPSR pada tahun ini. 2.3 Pastikan fail panitia lengkap.Dokumen yang mesti ada dalam fail panitia :- Carta Organisasi Sekolah - Carta Organisasi Kurikulum - Carta AJK Panitia/Mata Pelajaran - Sukatan Pelajaran - Biodata Guru - Surat Panggilan Mesyuarat & Agenda - Jadual Waktu Guru - Jadual Analisa Murid - Jadual Pencerapan - Analisa Peperiksaan 2.4 Berharap agar semua guru bahasa dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

2.5 Beliau juga berharap agar semua guru memastikan target panitia 100% lulus tercapai. 3. Pengesahan Minit mesyiuarat Bil 4 / 2010 Dicadangkan oleh : Encik Badli Yamin Disokong oleh ; Encik Mohd Azmi b. Abdullah 4. Perkara Berbangkit. Tiada 5. Kertas-kertas Mesyuarat. 5.1 Rancangan Pelajaran 5.1.1 Rancangan Tahunan Boleh difotostat daripada contoh rancangan pelajaran yang ada. 5.1.2 Rancangan Harian Sama seperti penulisannya di tahun lepas. 5.2 Buku Teks, Buku kerja/ latihan tambahan. 5.2.1Buku Teks bagi semua kelas telah diagihkan dan mencukup kecuali bagi murid baru berpindah. 5.2.2 Buku kerja tidak dibeli pada tahun 2011 tetapi guru boleh menggunakan wang fotostat kelas untuk penyediaan latihan tambahan. 5.3 Bahan Alat Bantu Mengajar. Guru yang mengajar di setiap kelas diharap dapat menyenaraikan bahan yang diperlukan dalam P&P mereka dan maklumkan kepada ketua panitia. 5.4 Penilaian dan Peperiksaan Guru-guru dikehendaki merujuk kepada takwim sekolah bagi ujian-ujian bulanan dan peperiksaan yang hendak dijalankan. Bagi calon-calon UPSR, mereka akan menduduki ujian yang telah dirancang oleh daerah dan JPNS selain daripada ujian pihak sekolah.

5.5 Penyeliaan Buku Latihan murid 5.5.1 Cara menanda Tandakan pada jawapan yang diberi murid dan bulatkan jawapan yang salah. 5.5.2 Pembetulan latihan yang salah hendaklah dibuat . 5.5.3 Buku latihan dicop sebulan sekali untuk semakan penjaga. 5.6 Analisa PENILAIAN AKHIR TAHUN 2009 Dan TARGET 2010 ( TOV & ETR ) Lihat Lampiran.

5.7 Program PPSMI Program PPSMI tetap dilaksanakan pada tahun 2011 walaupun Program tersebut akan dimansuhkan pada 2012. Hanya tahun satu pada tahun ini yang menggunakan sukatan pelajaran terbaru mengikut kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) 5.8. Buku Kerja Tambahan Guru yang mengajar diberi kuasa untuk memilih buku kerja yang diperlukan. 5.9 Strategi 5.9.1 Mempastikan semua murid mahir dalam fakta asas Matematik. 5.9.2 Mempastikan semua murid benar-benar memahami bahasa Matematik seperti jumlah atau semua (operasi + dan x ) beza ,selisih baki ( operasi - ) dan sebagainya. 5.9.3 Memperbanyakkan latihan berbentuk latih tubi terutamanya soalan-soalan berbentuk masalah harian. 5.9.4 Kelas bimbingan bagi murid-murid yang lemah. 5.9.5 Memberi ujian-ujian topikal. 6. Aktiviti dan Perancangan 2011 Dilampirkan 7. Hal-Hal Lain Tiada 8. Penutup. Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.15 petang.

Disediakan oleh , ( EN. MOHD AZMI B. ABDULLAH ) SETIAUSAHA PANITIA MATEMATIK

Disahkan oleh,

.. ( CIK NUR HAYATI BT BACHOK )

KETUA PANITIA MATEMATIK

Anda mungkin juga menyukai