Anda di halaman 1dari 2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Peraturan-peraturan Am MSSM dan MSSM Negeri Johor. 2. HAD UMUR PESERTA (Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan) 2.1 Lelaki 12 tahun dan ke bawah 2.2 Perempuan 12 tahun dan ke bawah 3. JENIS PERTANDINGAN Perseorangan lelaki dan perempuan 12, tahun ke bawah. 4. PENDAFTARAN 4.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak lebih empat (4) orang peserta setiap kategori. 4.2 Walau bagaimana pun Pengerusi Teknik Daerah dibenar mendaftar tidak lebih dua (2) kali peserta yang lain jika difikirkan pemain itu berpotensi dengan mendapat persetujuan Pengerusi Teknik Negeri. 4.3 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi Kehormat 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 4.4 Penggantian pemain dibenarkan, dengan syarat pemain tersebut ada membawa bersama borang RO1. 5. SISTEM PERTANDINGAN 5.1 5.2 5.3 5.4 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati (knock out) Pemain utama (seding)diberi keutamaan. Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan melalui (2) game yang terbaik. Sistem kiraan mata 21 mata (best of three) akan digunakan dalam pertandingan.

6. MENARIK DIRI 6.1 Sekiranya seorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan maka lawanya akan dikira menang.

5., GELANGGANG DAN PERALATAN 5.1 Sila rujuk Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 5.2 Jenama bulu tangkis (shuttle) yang digunaka akan ditentukan oleh

Jawatankausa Teknik Permainan MSSM Negeri JohoR 7. PAKAIAN 7.1 Sebarang jenis warna pakaian diberarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Baju T yang bergambar tidak dibenarkan sama sekali 7.2 Pakaian yang berbentuk jeans, selipar dna lain-lain yang kurang sesuai adalah dilarang sama sekali dipakai di arena pertandingan. 7.3 Pemain yang mengambil hadiah hendaklah berpakaian kemas (pakaian sukan). Tidak dibenarkan bertopi dan berselipar (mesti memakai kasut). 7.4 Pemain-pemain tidak dibenarkan memaparkan iklan-iklan yang dilarang,memaparkan unsure-unsur negative dan menyentuh sensitivity agama dan kaum. 8. KETETAPAN MASA/ KELEWATAN 8.1 Semua perlawanan adalah mengikut jadual pertandingan yang ditetapkan kecuali diberitahu oleh refri atau pihak penganjur. 8.2 Selepas pengumuman, pemain hendaklah melapor diri kepada pengadil di gelanggang berkenaan. Pemain yang gagal melapor diri dalam masa 5 minit akan dikira kalah dan kemenangan percuma diberi kepada pihak lawan. 8.3 Masa rehat antara game ialah 2 minit (12 saat) rujuk 9.1. Masa rehat selama 1 saat) akan diberi dalam setiap game apabila seseorang pemain mencapai mata ke 11. Rujuk 9.2 9. BANTAHAN 9.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton (BWF) dan peraturan Am (16) MSSM. 9.2 Bantahan hendaklah dibuat menggunakan Borang Bantahan Rasmi.