Anda di halaman 1dari 26

1.

Pengenalan Sebagai seorang pendidik yang memegang tanggungjawab dalam perlaksanaan

kurikulum dan program pendidikan di sekolah perlulah memastikan aspirasi sekolah dan matlamat sekolah tercapai kerana ini secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Negara juga dapat direalisasikan. Menurut Coopes(1998) menyatakan seorang guru terutamanya guru seni yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajarannya dapat menguasai pengetahuan, teori pembelajaran dan psikologi manusia. Di mana beliau dapat mengawal dan memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya mencapai objektif melalui penyediaan bahan pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Contohnya penyediaan rancangan pengajaran yang berformatkan model ASSURE (Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982) iaitu langkah-langkah penyediaan rancangan pengajaran berdasarkan analisis latar belakang pelajar bagi memudahkan guru untuk menyampaikan pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran Menurut Prehn,1980; Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada pengajaran yang berterusan dan berkesan namun ia boleh terus dilihat melalui penghasilan sesuatu karya seni yang dihasilkan. Contohnya melalui penghasilan corak dan rekaan yang pelbagai melalui bentuk yang pelbagai, warna yang pelbagai kaedah yang pelbagai yang dapat mencerminkan luahan rasa dan persepsi murid terhadap apa yang dilalui dan dialami dalam kehidupan hariannya. Selain itu guru seni yang berpengetahuan dan berkemahiran mempunyai sifat jujur yang dapat menggalakkan pelajar berinteraksi dalam mewujudkan interaksi positif dalam pelbagai hala semasa pembelajaran berlaku. Guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran juga sentiasa menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang betul dan memudahkan mereka memahami proses pembelajaran yang dipelajari. Guru juga akan sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik serta murni tanpa mengabaikan budaya sedia ada yang ada pada pelajar. Melalui tugasan ini kita akan melihat peranan guru dalam menilai perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya pada beberapa orang pelajar bagi mencapai matlamat sekolah dan aspirasi sekolah dalam bidang corak dan rekaan.

2.0

Perlakuan Seni, Persepsi Seni dan Pengetahuan budaya Murid Dalam Corak dan Rekaan

Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang yang ada dalam aktiviti seni reka untuk menghasilkan sesuatu karya seni. Corak dan rekaan boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan tidak terancang. Corak Terancang Corak Tidak Terancang

Dihasilkan dengan motif yang tersusun dengan teratur dan dengan susunan yang tertentu.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ianya boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Teknik corak tidak terancng. 1.Pualaman

Jenis-jenis susunan 1. susunan ulang sekata 2. susunan selang-seli 3. susunan batu-bata 4. susunan bertimbal 5. susunan bertindih 6. susunan beralun 7. susunan berpusat 8. susunan orgee 9. susunan cerminan 10. susunan turun separa 11. susunan sisik ikan

2.Tiupan 3.Titisan 4. Ikatan dan celupan 5. Renjisan dan Percikan 6. Lipatan dan guntingan

Dengan menggunakan teknik,bahan dan media yang betul dan sesuai, sesuatu karya seni corak dan rekaan yang menarik akan dapat dihasilkan. Seperti corak cetakan, tiupan, kolaj, catan, mozek, resis dan banyak lagi.

Tujuan penghasilan corak dan rekaan adalah untuk mewujudkan ciri-ciri dari segi: a) Perlakuan seni pelajar untuk menghasilkan karya seni. b) Persepsi seni pelajar dalam sesuatu hasil karya seni. c) Pengetahuan budaya yang baru mahupun sudah lama diperolehi dan dipelajari oleh pelajar dalam penghasilan karya mahupun menilai karya.

1. PERLAKUAN SENI i) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. ii) iii) iv) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. Memilih jenis bahan yamg diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. Membezakan jenis corak tertentu. Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. Mengatur corak. Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. xv) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. 2. PERSEPSI SENI i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan , kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. ii) iii) iv) v) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

vi) vii) viii) ix) x) xi) xii)

Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam Susana seni dan menghasilkan dengan kehidupan mereka.

xiii)

Memberikan pertimbangan estika terhadap karya seni.

3. PENGETAHUAN BUDAYA i) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. ii) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. iii) Mengenal dan membuat corak0-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. iv) v) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. Menhargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

Bidang corak dan rekaan adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang individu. Bidang ini melihat kemampuan individu terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat corak dan rekaan dengan menggunakan pelbagai media dan teknik di mana secara tidak langsung perlakuan seni itu berlaku. Contohnya melalui

penghasilan corak dan rekaan pelajar menghasilkan corak yang diperbuat daripada batang daun pisang dan membuat bentuk ikan. Dalam proses menghasilkan corak ini, pelajar dapat memilih dan mendapatkan benda-benda yang boleh memebentuk sirip ikan, ekor ikan dan juga keseluruhan bentuk ikan. Pelajar juga kreatif dalam mempelbagaikan warna bentuk ikan ini supaya pemerhati karya dapat melihat perbezaan bentuk selain warna yang pelbagai untuk mengharmonikan karya seni yang dihasilkan. Pelajar dapat melukis dan menghasilkan sifat semulajadi ikan tersebut dengan baik. Kesemua proses penghasilan corak ikan menggunakan batang daun pisang inilah yang seorang guru dapat melihat perlakuan seni pelajarnya.

Bidang corak dan rekaan ini juga menekankan dan mewujudkan persepsi seni pelajar melalui perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri pelajar dalam membentuk sesuatu karya yang mempunyai maksud tersendiri. Contohnya corak kolaj berbentuk jam. Berdasarkan karya tersebut berlaku persepsi seni, di mana pelajar dapat mengaplikasi asas seni reka seperti imbangan, harmoni, kepelbagaian, penegasan, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Selain itu kaitan karya tersebut terhadap keadaan persekitaran dan kehidupan seharian diterapkan pada corak yang dihasilkan iaitu bentuk jam dan pelajar juga menyedari adanya corak tertentu pada karyanya iaitu angka-angka yang berlainan bentuk. Melalui karya seni yang dihasilkan, pelajar ini dapat menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. Selain itu pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa dapat menerapkan unsur budaya yang dipelajari dan dilihat dari nenek moyang mereka, sudara mara, rakan-rakan dan seterusnya menerapkannya dalam penghasilan karya . Kesedaran terhadap alam sekitar melalui pemerhatian pelajar dan juga pengalaman serta pengetahuan budaya tersebut juga menjadi fokus utama bidang corak dan rekaan ini. Contohnya corak batik yang berunsurkan suku kaum. Pelajar yang menghasilkan karya ini menerapkan lambang suku kaumnya dalam menghasilkan corak. Pelajar dapat mengolah dan mengubah unsur-unsur tradisional ini kepada corak batik. Penggunaan warna juga berunsurkan kebudayaan kebangsaan dengan warna merah,kuning, biru dan putih. Disini kita dapat melihat pelajar yang menghasilkan karya ini menghargai lambang kebudayaan bangsanya.

Berdasarkan lima karya seni corak dan rekaan yang dihasilkan oleh pelajar berikut, guru dapat melihat perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya seseorang pelajar.

Rajah 1: Karya seni cetakan yang dihasilkan oleh Mirzi Jubilin Tahun 6 Cemerlang

4. PERLAKUAN SENI 1. Murid ini memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu iaitu untuk memberi penegasan pada sirip ikan, ekor ikan, mata ikan dan juga sisik ikan. 2. Murid ini juga mengolah, mengubah suai dan menggunakan bahan yang sama untuk menimbulkan bentuk dimana pelapah pisang digubah untuk menghasilkan bentuk corak yang berlainan, perkara ini dapat dilihat dalam penghasilan bentuk sisik, mata, sirip dan ekor ikan di mana bahan yang sama iaitu pelapah pisang dipotong dan dibentuk berbezabeza. 3. Murid mengatur corak dengan baik dan teratur agar hasil karyanya kemas, menarik dan cantik. 4. Murid melukis corak mengikut sifat semulajadi ikan iaitu terdapatnya sisik dan sirip ikan. 5. PERSEPSI SENI 1. Murid menyedari prinsip seni reka dalam menghasilkan karyanya iaitu dari segi imbangan, penegasan, kesatuan dan kontras. Murid dapat menyeimbangkan bentuk ikan dengan baik serta memberi penegasan pada bentuk dimana dengan hanya melihat corak ikan ini kita dapat mengetahui haiwan kesayangan ataupun kegemaran murid tersebut. Kesatuan warna

dan juga kontras pada bentuk ekor dan juga sirip ikan. 2. Melalui karya ini juga murid merujuk pada alam semulajadi sebagai sumber idea iaitu haiwan dan tumbuhan dimana ia adalah berkait rapat dengan penggunaan pelapah pisang. 3. Berdasarkan tema haiwan kegemaran, dapat dilihat murid menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan sehariannya dengan menghasilkan corak ikan serta menggunakan tumbuh-tumbuhan. 6. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Bagi karya yang dihasilkan oleh murid ini, terdapat corak yang berunsurkan pelbagai corak tradisional iaitu unsur batik. Kita dapat melihat pada susunan siripnya yang kelihatan seperti seni batik.

Rajah 2: Karya seni corak mozek yang dihasilkan oleh Sharonie Tomas tahun 6 Cemerlang

1. PERLAKUAN SENI 1. Murid memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu, dimana karya ini murid memilih warna yang menarik untuk menimbulkan corak mozek yang menarik. 2. Murid juga dapat mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas seperti segi empat sama dan segi tiga yang terbentuk dalam karya yang telah dihasilkan. 3. Murid juga dapat mengatur corak yang menarik untuk membezakan objek utama dengan latar belakang karya. 4. Murid juga melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. Ini dapat dilihat pada ukuran terperinci yang dibuat pada saiz bentuk segi empat sama untuk menghasilkan ciptaan yang kemas dan seimbang. 2. PERSEPSI SENI 1. Murid ini menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, ruang dan penegasan. Corak mozek yang sama besar dan bentuk rumah yang berada di tengah menunjukkan keseimbangan objek. Ruang juga dimanfaatkan dengan adanya latar belakang pada objek rumah ini sebagai latar. Selain itu penegasan berlaku berdasarkan penggunaan warna yang kontra di mana latar belakang diberi warna yang lembut bagi memberi focus pada objek rumah yang diwarnakan dengan warna yang gelap.

2. Murid memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni dengan membuat corak rumah dimana rumah merupakan nilai estetika yang tinggi kerana ia kekal dan mempunyai banyak kenangan manis bersama keluarga. 3. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Murid mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah iaitu corak mozek yang kelihatan seperi anyaman.

Rajah 3: Karya seni corak dan rekaan catan yang dihasilkan oleh Nur Sharmilla Shasi Tahun 6C

1. PERLAKUAN SENI 1. Murid memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Murid bijak dalam pengolahan warna untuk menghasilkan corak catan Kolam India yang dihasilkan agar kelihatan sebenar ataupun semulajadi dan menarik. 2. Murid juga membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak kerana berdasarkan hasil karya yang dihasilkan bukan mudah untuk melukis motif dan memilih warna yang sesuai. Ini bermakna murid akan mencari bentuk-bentuk motif yang menarik dan mengikut tema kemudian mencuba dahulu warna-warna yang akan digunakan untuk menghasilkan karya seni ini. 2. PERSEPSI SENI 1. Murid menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, dan kesatuan dalam penghasilan corak ini. Ia dapat dilihat melalui corak kepala burung merak yang dilukis 2. Murid juga mengenal unsur corak yang terdapatdi persekitarannya iaitu corak burung yang dihasilkan. 3. Murid bijak mengatur corak

3. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Murid dapat menghargai, mengembangkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan melalui hasil rekaan corak Kolam India.

10

Rajah 4: Corak rekaan batik mempunyai unsur budaya murut yang dihasilkan oleh Alesia Rechit Ansirun Tahun 6 Cemerlang

1. PERLAKUAN SENI 1. Murid memilih mencipta karya seni yang digemari dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran dimana murid memilih untuk mereka seni kebudayaan batik suku kaum Murut. 2. PERSEPSI SENI 1. Murid dapat melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. 2. Murid juga dapat membezakan jenis corak tertentu. 3. Murid juga bijak mengatur corak. 3. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Murid dapat menghargai, mengembangkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan melalui hasil rekaan corak batik suku Kaum Murut. 2. Murid juga dapat mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur-unsur kraf tradisional.

11

Rajah 5: Karya corak dan rekaan kolaj yang dihasilkan oleh Bryan Valerian Tahun 6 Cemerlang

1. PERLAKUAN SENI 1. Murid ini memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu iaitu untuk memberi penegasan pada jarum jam dan angka nombor. 2. Murid ini juga mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan yang sama untuk menimbulkan bentuk dimana kertas warna digubah untuk menghasilkan bentuk corak yang berlainan, perkara ini dapat dilihat dalam penghasilan bentuk jam, jarum jam, angka nombor di mana bahan yang sama iaitu kertas warna dipotong dan dibentuk berbeza-beza. 3. Murid mengatur corak dengan baik dan teratur agar hasil karyanya kemas, menarik dan cantik. 4. Murid melukis corak mengikut sifat semulajadi jam iaitu terdapatnya jarum jam dan nombor angka. 2. PERSEPSI SENI 1. Murid menyedari prinsip seni reka dalam menghasilkan karyanya iaitu dari segi imbangan, penegasan, kesatuan dan kontras. Murid dapat menyeimbangkan bentuk jam dengan baik serta memberi penegasan pada bentuk dimana dengan hanya melihat corak jam ini kita dapat mengetahui benda kesayangan ataupun kegemaran murid tersebut. 2. Berdasarkan tema barang kesyangan, dapat dilihat murid menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan sehariannya dengan menghasilkan corak jam.

12

3. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Murid mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah iaitu corak mozek yang kelihatan seperi anyaman. 2. Murid juga mengenal dan membuat corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian dimana jam adalah kegunaan harian oleh itu murid memasukkan unsur tradisional pada kolaj jam ini. Jika di perhatikan pada karya ini, adanya unsur anyaman sekiranya dilihat secara tampak.

13

Rajah 6: Corak tiupan yang bertemakan perayaan dihasilkan oleh Shaznizam Amin Tahun 6 Cemerlang

1. PERLAKUAN SENI 1. Murid memilih dan menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Tujuan itu ialah memilih warna yang sesuai untuk menghasilkan impak bunga api. 2. Dalam karya seni yang di hasilkan ini, murid mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menhasilkan karya seni. Dimana murid mengenal pasti bahagian-bahagian yang kurang bercorak dan seterusnya menambah pelbagai warna yang menarik. Selain itu murid juga sabar dalam menghasilkan karya ini apabila terpaksa menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat tiupan. 3. Murid juga memilih jenis bahan yang diperlukan dalam kegiatan pendidikan seni ini dengan menggunakan bahan yang sesuai iaitu penyedut minuman (straw) untuk membuat tiupan. 2. PERSEPSI SENI 1. Murid menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni dan kesatuan dalam penghasilan corak. Ini dapat dilihat pada corak yang dihasilkan oleh murid apabila ruang kiri dan kanan karya seimbang dari segi corak dan warna. Keharmonian dalam karya ini juga dapat dilihat melalui penggunaan warna-warna yang harmoni. Terdapat juga kesatuan dalam karya ini apabila warna-warna corak tiupan menggambarkan semua perayaan bermain bunga api sesuai dengan tema iaitu tema perayaan.

14

3. PENGETAHUAN BUDAYA 1. Melalui tema iaitu tema perayaan, murid dapat menghargai dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan, kerana seperti yang kita tahu setiap kali perayaan di Negara kita ini pasti akan meraikannya dengan bermain bunga apai. Oleh itu, penghasilan karya ini menunjukkan bahawa budaya bermain bunga apai untuk memeriahkan suasana sentiasa berlaku. Justeru itu murid dapat mencurahkan pengalamannya dalam menyambut perayaan yang dirayakannya ataupun perayaan yang dirayakan oleh orang lain melalui corak bunga api yang dihasilkan melalui tiupan ini..

15

3.0

Maklumat sokongan

Teknik : Cetakan Menggunakan Bahan Alam. Definisi : Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, Styrofoam, logam, kadbod, dan bahan-bahan lain. Tema : Haiwan kegemaran Tajuk : Ikan Bahan Alatan Dan Media : Pelepah pisang, kertas lukisan, pisau, pensel, berus warna dan warna poster. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. Potong pelepah daun pisang menggunakan pisau dan asingkan daunnya kerana hanya batangnya digunakan untuk membuat aktiviti mencetak. 2. Buat satu lakaran gambar ikan mengunakan pensel dalam kertas lukisan. 3. Potong pelepah batang daun pisang untuk menghasilkan mata, sisik, sirip dan ekor ikan menurut gambar lakaran ikan. 4. Sapukan warna pada permukaan pelepah batang daun pisang yang telah siap dibentuk. 5. Mencetak satu persatu bermula dari mata, sisik, sirip dan seterusnya ekor ikan dengan menggunakan warna berlainan. 6. Terbentuklah ikan menggunakan teknik cetakan menggunakan pelepah batang daun pisang.

Apresiasi seni: Berdasarkan kolaj yang dihasilkan murid ini menghasilkan corak mengunakan teknik cetakan untuk menghsilkan corak berbentuk ikan. Bandura(1977) menyatakan pembelajaran boleh berlaku melalui pengaruh persekitaran, ini bermakna murid boleh menghasilkan karya berdasarkan pemerhatian sekelilingnya dan juga pengalaman hairannya. Ini bermaksud murid ini mengekspersikan pengalamannya melalui karya ini. Simbol atau bentuk ikan yang dihasilkan ini

16

secara tidak langsung menjurus kepada haiwan kegemaran murid. Simbol ini boleh dikaitkan dengan kehidupan harian ataupun budaya persekitaran murid yang terdedah kepada haiwan ini contohnya murid ini tinggal berdekatan dengan sungai. Dari segi pengolahan warna pula, murid ini gemarkan warna-warna yang harmoni. Ini jelas sekali murid ini merasa tenang, damai dan harmoni tinggal di kawasan persekitaran yang berdekatan dengan sungai. Melalui warna yang digunakan boleh dianggap bahawa murid ini sayang akan alam sekitar.

17

Teknik : Mozek. Definisi : Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan. Tema : Kampung Tajuk : Rumah saya di Kampung Bahan Alatan Dan Media : kertas lukisan, pensel, pembaris, berus warna dan warna air. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. Buat lakaran mozek berbentuk rumah pada kertas lukisan menggunakan pensel dan pembaris. Sebaik-baiknya ukur petak mozek dengan menggunakan pembaris untuk mendaptkan saiz yang sama dan nampak kemas. 2. Warnakan lakaran mozek dengan beberapa jenis warna. 3. Terbentuklah hasil mozek rumah.

Apresiasi seni : Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Oleh itu berdasarkan karya yang dihasilkan oleh murid ini dapat ditafsirkan bahawa murid ini amat menyukai rumahnya yang berada di kampung berdasarkan penegasan terhadap penggunaan warna kontra dimana bentuk rumah diberi penegasan dengan warna yang gelap berbanding latar blakang objek yang mengunakan warna cerah. Secara tidak langsung berdasarkan tema kampung, bentuk rumah ini juga dapat menggambarkan bahawa murid ini sangat suka berada di kampung walupun rumahnya sudah

18

lama dan membuatnya merasa marah dan sedih akibat daripada atap rumah yang semakin usang. Ini dapat dilihat pada warna atap bentuk rumah ini iaitu merah dan hitam. Merah menunjukkan kekesalan dan kemarahan manakala hitam menunjukkan kesedihan kerana atap rumah kampung tidak kukuh dan semakin usang. Namun murid ini tetap sukakan rumah di kampung kerana melalui warna latar belakang yang digunakan adalah warna yang lembut iaitu biru dan kuning maka suasana persekitaran di kampung amat menyenangkan dan jauh daripada kebisingan bandar.

19

Teknik : Catan dalam corak dan rekaan. Definisi : Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan intuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel). Tema : Perayaan Tajuk : Kolam India Bahan Alatan Dan Media : kertas lukisan, pensel, berus warna dan warna poster. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. Buat lakaran corak burung merak. 2. Warnakan lakaran corak burung merak menggunakan beberapa jenis warna mengikut warna yang bersesuaian. 3. Terbentuklah hasil corak burung merak menggunakan teknik catan dalam corak dan rekaan.

Apresiasi seni : Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakam gambaran yang dirasai. Berdasarkan hasil rekaan corak burung merak yang mana murid menggambarkan hubungkaitnya dengan penghasilan corak kolam india burung merak. Murid menginginkan suasana hidup yang harmoni dan menyifatkan gambaran haiwan ini membawa kepada suasana hidup yang aman dan harmoni. Ini dapat dilihat pada warna yang digunakan ada lah warna yang lembut dan cerah iaitu hijau, oren, kuning dan biru.

20

Melalui karya ini juga dapat menyatakan murid yang menghasilkan karya ini juga merayakan perayaan ini dan jelas sekali adik Sharmila Sashi mempunyai darah campuran bangsa india dan bangsa dusun. Beliau dapat melukis dan mengolah karyanya dengan baik berdasarkan pengalamannya itu (Bandura, 1977). Dari segi ruang dan kesesimbangan, murid ini menggunakan ruang sebaik-baiknya bagi menyampaikan mesej karyanya selain itu bentuk yang seimbang walaupun mempunyai lekukan corak yang berbeza. Bentukyang besar dan jelas ini juga menggambarkan betapa besarnya hati murid ini untuk menunjukkan dan menyatakan bahawa dia amat berbangga dapat merayaakan perayaan ini.

21

Teknik : Resis. Definisi : Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahanbahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air, dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Tema : Batik Tajuk : Batik Murut Bahan Alatan Dan Media : Kertas lukisan, warna kapur (oil pastel), pensel, berus warna, kapas dan warna air. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. Buat satu lakaran corak batik menggunakan pensil terlebih dahulu. 2. Warnakan lakaran corak batik yang dilukis tadi menggunakan oil pastel. 3. Setelah corak tadi diwarnakan dengan oil pastel.Sapukan warna air ke seluruh permukaan kertas lukisan dengan menggunakan kapas ataupun berus. 4. Terbentuklah hasil corak batik menggunakan teknik resis.

Apresiasi seni : Berdasarkan karya yang dihasilkan, dapat kita lihat bahawa murid ini menghasilkan bentuk budaya suku kaum Murut. Ini menunjukkan murid ini tahu tentang kebudayaan suku kaum ini. Boleh ditafsirkan juga bahawa murid berbangsa Murut. Murid ini amat menghargai budaya di Malaysia dengan menerapkan unsur tradisional suku kaum Murut. Melalui karya ini juga murid ini amat berbangga dengan lambang suku kaum Murut dengan menjadikan lambang ini sebagai simbol untuk menjadikannya sebagai corak batik. Terdapat juga unsur perpaduan dalam corak batik yang dihasilkan. Ia dapat dilihat melalui warna-warna yang digunakan berdasarkan warna bendera Malaysia

Teknik : Kolaj.
22

Definisi : Kolaj ialah suatu rekacipta yang yang melibatkan aktiviti gunting dan tampal. Bahanbahan yang digunakan ialah bahan-bahan terpakai seperti kertas warna, majalah, surat khabar dan sebagainya. Tema : Barangan Kesayangan Tajuk : Jam dinding Bahan Alatan Dan Media : Kertas warna, gunting, pensel dan gam air. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. 2. 3. 4. Buat satu lakaran gambar jam menggunakan pensel. Gunting kertas warna mengikut bentuk lakaran jam. Lekatkan kertas warna yang siap digunting mengikut lakaran gambar. Terbentuklah jam hasil teknik kolaj.

Apresiasi seni : Berdasarkan karya teknik kolaj ini, murid menghasilkan corak bentuk jam. Murid ini dapat menerapkan beberapa unsur seni iaitu keseimbangan, penegasan dan juga kesatuan. Dari segi keseimbangan murid menghasilkan objek yang seimbang dan dapat menarik minat pemerhati. Dari segi penegasan pula murid memberi penegasan pada penggunaan masa di mana masa itu sangat penting dan jangan digunakan dengan sia-sia. Dari segi kesatuaan pula murid ini menngabungkan unsur tradisional pada jam ini iaitu seni anyaman yang boleh dilihat secara tampak. Boleh di tafsirkan juga bahawa gabungan seni tradisonal dan jam ini menunjukkan bahawa walaupun berlaku peredaran waktu, seni budaya tradisional tetap seiring dengan zaman yang semakin maju. Dengan erti kata lain seni anyaman tidak lapuk ditelan zaman. Warna yang ditonjolkan juga adalah gabungan warna-warna harmoni yang membawa maksud murid ini mengharapkan keharmonian sentiasa ada sepanjang masa agar keadaan sentiasa aman dan bahagia.

23

Teknik : Percikan Dan Tiupan. Definisi : Percikan dan Tiupan ialah suatu rekcipta yang melibatkan aktiviti percikan warna ke atas permukaan kertas lukisan seterusnya susulan tiupan ke atas warna yang dipercik untuk menghasilkan suatu corak. Tema : Suasana perayaan Tajuk : Bunga api Bahan Alatan Dan Media : Penyedut minuman(straw), berus warna dan warna poster. Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak : 1. 2. 3. 4. Percikkan berus warna yang telah dibubuh warna air ke atas kertas lukisan. Lakukan tiupan ke atas warna air yang dipercikkan. Tiupan dilakukan seperti menurut gambaran letupan bunga api. Terbentuklah hasil gambaran letupan bunga api dengan menggunakan teknik percikan dan tiupan.

Apresiasi seni : Berdasarkan karya seni murid ini, dapat dilihat bahawa murid ini membuat corak letupan bunga api. Berdasarkan tema yang ditetapkan murid ini sering melihat pemainan bunga api setiap kali sesuatu perayaan disambut conothnya Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Murid ini dapat mengaplikasi unsur seni dari segi ruang, imbangan dan kesatuan. Ini dapat dilaihat apabila karya ini sungguh menarik perhatian dan menimbulkan persoalan dalam perkaitan tema yang diberi. Warna yang digunakan juga melambangkan keharmonian masyarakat dalam merayakan sesuatu perayaan. Daripada corak tiupan ini juga kita dapat ketahui bahawa murid ini sangat suka bermain dengan bunga api.

24

4.0

Kesimpulan

Feldman ( 1996 ) menyatakan bahawa pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Kesemua itu dapat dilihat melalui perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya individu itu semasa menghasilkan seni reka khususnya dalam bidang corak dan rekaan. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya. Oleh itu seorang guru pendidikan seni harus tahu perananya untuk menjadi pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi merealisasikan Flasafah Pendidikan Negara Malaysia.

25

5.0

Rujukan

(1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni visual. KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Elsie Tan. (Tanpa Tahun). Pendidikan Seni KBSM. Seri Kembangan, Selangor: Cemerlang Publications Sdn. Bhd., Kathleen Chee. Pendidikan Seni KBSM Kraf Tradisional & Kraf Semasa, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Ziahidee Hj Arsahd. HBAE 2103 Corak dan Rekaan, Oktober 2011. Seri Kembangan Selangor: Open University Malaysia (OUM)

http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html

http://sunshinevisualart.blogspot.com/2012/01/bidang-2-membuat-corak-dan-rekaan.html

26