Anda di halaman 1dari 3

Watak utama Mila (Lisa Surihani) Bedasarkan filem Ombak Rindu, Mila Amylia merupakan seorang pelakon popular

yang jelita serta lahir daripada keluarga kaya membuatkan dirinya mendapat segala apa yang dihajati, termasuk cintanya terhadap teman sepermainannya iaitu Haris. Kemunculan watak ini bermula apabila Mila balik dari Amerika setelah menamatkan pelajarannya di sana. Mengikut penelitian yang dibuat, Mila sebenarnya bukan watak antagonis keseluruhannya. Mungkin dari segi luaran akan nampak sisi hitam watak tersebut tetapi dalam waktu yang sama ada sisi putih pada watak ini. Mila mempunyai hubungan yang sangat baik dengan ibu Hariz kerana Mila memang sudah merancang untuk menjadi isteri Haris sejak dari zaman remaja lagi. Hubungkait dapat dibuat berdasarkan watak Mila ini dengan kedua-dua bahagian dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Bagi Kompetensi Kecerdasan Emosi kategori personal, Ianya terdiri daripada subkompetensi- subkompetensi iaitu, Kesedaran kendiri, Pengurusan kawalan kendiri dan Motivasi kendiri. Contohnya, Mila memainkan watak antagonis dalam filem ombak rindu ini. Aspek lain dalam kompetensi personal yang boleh dikaitkan ialah pengurusan kawalan kendiri. Salah satu daripadanya ialah kawalan kendiri. Dengan adanya kawalan kendiri, Mila akan dapat menguruskan emosi negatinya dengan baik. Dia juga akan bersikap tenang dan positif semasa tertekan. Mila merupakan seorang yang pemarah. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila Haris mengatakan ingin membatalkan rancangan perkahwinan mereka sebaik sahaja mereka berjumpa. Sepatutnya dalam hal ini, Mila dapat mengawal emosinya pada ketika ini dengan bertanya sebab Haris mengambil keputusan tersebut. Namun, oleh kerana sifat ego yang tinggi, Mila terus memberontak. Sikap Mila yang pemarah juga digambarkan dengan jelas dalam babak Haris memberitahu Mila bahawa dia mencintai orang lain di lokasi penggambaran filem Mila. Pada waktu ini, Mila terus mengamuk dan membaling semua baju yang tergantung di lokasi penggambarannya pada waktu itu. Kemudian Mila cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas sedalamnya supaya pergaduhan mereka tidak berlarutan.

Dalam Kompetensi Sosial pula, terdapat 2 subkomponen lain iaitu Kompetensi Sosial serta Kemahiran Sosial. Dalam Kompetensi Sosial, Mila umumnya, haruslah mempunyai perasaan empati kepada Izzah dan Haris. Begitu juga dengan Haris haruslah bersifat empati dengan peka terhadap emosi Mila yang tidak menentu. Dia juga haruslah bersedia untuk menceraikan Mila. Buktinya, semasa Mila mengetahui Haris telah mengahwini Izzah lebih awal daripadanya, dia sanggup meminta cerai kerana dia memahami perasaan Izzah sebagai seorang wanita, dan tahu bahawa Haris tidak mencintainya. Manakala telah memnuhi kehendak Mila dengan membebaskan Mila daripada ikatan perkahwinan mereka. Bagi mengatasi perasaan kecewanya, Mila telah membawa diri sekali lagi ke luar Negara, supaya dia dapat melupakan perasaanya terhadap Haris. Selain itu, tindakan ini diambil supaya dia dapat mengembangkan lagi kariernya sebagai seorang pelakon dan untuk mengubati kekecewaannya.

Watak sampingan Mail (Bront Palare) Bedasarkan filem Ombak Rindu, Mail merupakan watak sampingan. Dia seorang pemuda kampung yang menaruh perasaan pada Izzah. Mail seorang kawan yang baik apabila dia sanggup mendengar segala masalah Izzah. Watak ini hanya muncul sekali sekala dalam filem ini. Aspek lain dalam kompetensi personal yang boleh dikaitkan ialah pengurusan kawalan kendiri. Terdapat beberapa aspek dalam kawalan kendiri yang boleh diambil kira. Salah satu daripadanya ialah kawalan kendiri. Dengan adanya kawalan kendiri, Mail akan dapat menguruskan emosi negatifnya dengan baik. Dia juga akan bersikap tenang dan positif semasa kecewa. Mail tetap meneruskan kehidupan seperti biasa dan tetap melayan Izzah dengan baik. Buktinya semasa mereka naik sampan Izzah telam memberitahu bahawa dia sudah berkahwin. Apabila Mail mendengar berita tersebut, dia berdiam diri meskipun dia kecewa. Namun begitu, dia tetap dalam keadaan tenang dan masih berkawan baik dengan Izzah. Dalam Kompetensi Sosial pula, terdapat 2 subkomponen lain iaitu Kompetensi Sosial serta Kemahiran Sosial. Dalam Kompetensi Sosial, Mail umumnya, haruslah mempunyai perasaan empati dan bertimbang rasa kepada Haris yang begitu mencintai Izzah. Begitu juga dengan Haris haruslah bersifat empati dengan peka terhadap persahabatan Izzah dan Mail. Bagi mengatasi perasaan dendamnya, dia sedia memaafkan Haris dengan syarat, tidak menyakiti Izzah lagi malah mereka berjabat tangan sebagai tanda berdamai. Buktinya, semasa Haris meminta tolongnya untuk menemui Izzah, dia dengan rela hati membawa Haris pergi ke pondok tempat Izzah mengajar mengaji. Ini membuktikan bahawa Mail tidak berdendam dengan Haris walaupun Haris pernah menyakiti hatinya dengan menuduh dia ada hubungan istimewa dengan Izzah.

Anda mungkin juga menyukai