Anda di halaman 1dari 2

Analisis Komposisi Tubuh

Apakah Analisis Komposisi Tubuh?


Komposisi dan status cecair badan bukan hanya tentang berat badan. Analisis komposisi badan ialah cara yang penting untuk menilai status nutrisi dan kesihatan tubuh. Impedans elektrik seluruh badan ialah pengukuran komposisi tubuh yang mudah, tepat dan boleh dipercayai. Dengan mengukur kebolehan tubuh seseorang untuk mengalirkan elektrik, pelbagai bahagian dan komposisi tubuh boleh dikira. Ini boleh dicapai dengan menggunakan isyarat kecil tidak menyakitkan 500-800 mikroampere dan mengukur potensi konduksian menggunakan meter impedans bioelektrik.

Sejauh manakah Analisis Komposisi Tubuh selamat?


Pengukuran komposisi tubuh dengan impedans bioelektrik mudah, selamat dan tidak menyakitkan. Tiada risiko atau komplikasi jangkamasa panjang.

Siapakah yang patut menjalani Analisis Komposisi Tubuh?


Sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang geometri tubuh, pengedaran air tubuh dan komposisi lemak. Bagaimanapun, ibu yang mengandung dan orang yang mempunyai perentak jantung atau alat sokongan hidup hanya boleh melalui pemeriksaan ini selepas membuat perbincangan dan dengan penyeliaan teliti kakitangan perubatan.

Bagaimanakah saya harus menyediakan diri untuk menjalani Analisis Komposisi Tubuh?
Tiada persediaan khusus diperlukan. Anda akan dibawa ke sebuah bilik dan diminta berbaring terlentang semasa menjalani analisis.

Bagaimanakah Analisis Komposisi Tubuh dijalankan?


Dua pasang elektrod akan dilekatkan pada anda. Pasangan elektrod pertama akan dipasang pada pergelangan tangan dan pasangan kedua elektrod akan diletakkan pada pergelangan kaki dan kaki di sisi yang sama.

Satu arus tidak dapat dilihat berfrekuensi amplitud rendah (500-800 mikroampere pada 50kHz) akan dialirkan melalui elektrod luar dan susutan voltan akan dikesan oleh elektrod-elektrod pada pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Berdasarkan pengukuran ini, komposisi badan dan pelbagai parameter impedans bioelektrik akan dikira. Berapa lamakah masa diambil untuk Analisis Komposisi Tubuh?
Prosedur keseluruhan mengambil masa kurang daripada 10 minit.

Apakah maklumat yang dapat diperoleh daripada Analisis Komposisi Tubuh?


Dengan menggunakan teknik ini, pelbagai komposisi tubuh dan parameter dapat diperoleh termasuklah: 1. 2. Jisim lemak C ini menandakan berat lemak yang sebenar dalam tubuh anda. Jisim tubuh tanpa lemak C ini merupakan berat badan seseorang tidak termasuk tisu lemak. Ia berhubung kait dengan mortaliti dan morbiditi. 3. Kadar metabolisma sedang rehat C kalori minimum yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi penting semasa tubuh tidak bergerak. 4. Keseluruhan air dalam tubuh 5. Air intraselular 6. Jisim sel tubuh C ini adalah jisim semua tisu hidup aktif metabolisma dan sel-sel badan. Ia adalah pengukuran tepat status nutrisi seseorang. 7. Zat galian 8. Protein 9. Jisim otot 10. Kalsium keseluruhan tubuh

11. Glikogen 12. Fasa sudut C fasa sudut ialah penunjuk yang baik tentang kesejahteraan pesakit. 13. Reaktans C ia merujuk kepada kesihatan sel dalam badan kita. Reaktans yang rendah dikaitkan dengan kematian sel dan gangguan sel.

Bolehkah Analisis Komposisi Tubuh ini dipercayai?


Analisis Komposisi Tubuh mempunyai beberapa kelemahan. Memandangkan geometri badan dan pengedaran air dalam tubuh mungkin berbeza dalam keadaan obes, analisis impedans bioelektrik menggunakan formula terhadap subjek yang mempunyai berat tubuh badan normal akan memberikan bacaan amaun lemak tubuh terhadap individu yang sangat obes adalah kurang tepat.