Anda di halaman 1dari 20

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

Pembangunan Athlit
Disediakan oleh: Angela Pao Sheng Mei Chong Yan Yu Chow PeiJeng Chua Shin Yee

Panel jurulatih memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakatbakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Pembangunan atlet yang terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya.

Merancang program latihan


Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Program latihan perlu dirancang dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan).

Bentuk program latihan


Terdapat dua bentuk program latihan: Program latihan jangka pendek yang mengambil masa kurang daripada dua tahun Program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun.

Latihan kemahiran psikologikal (LKP)


LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.

Pemakanan atlet
Pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama : a) Genetik

b) Latihan
c) Pemakanan

Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik.

Sahsiah
Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak.

Kerangka program latihan


Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang dapat dijalankan secara teratur.

Tujuan kerangka program latihan adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih.

Fasa-fasa latihan
Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu 1) fasa persediaan 2) fasa pertandingan 3) fasa transisi Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza.

Fasa persediaan
Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu Persediaan umum Persediaan spesifik.

Fasa persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum.

menjalani latihan pembinaan komponen fizikal

Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukansukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan.

Fasa pertandingan
Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu Pra-pertandingan Pertandingan.

Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini.

Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa pertandingan bergantung kepada format pertandingan.

Fasa transisi
Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan.

Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan program dan merancang sesi latihan yang akan datang.

Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai